soalan individu

4
Soalan 1 Dibawah system Saraan Malaysia (SSM) seseorang pegawai yangg baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam akan dikenakan tempoh percubaan sebelum disahkan dalam perkhidmatannya. a) Berapa lamakah tempoh percubaan bagi seseorang pegawai yang baru dilantik? Jawapan Tempoh percubaan di bawah SSM untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan adalah antara satu hingga tiga tahun. b) Tempoh percubaan seseorang pegawai boleh dilanjutkan “dengan berdenda” atau “tiada berdenda”. Jelaskan kedua-dua maksud tempoh perlanjutan tersebut. Jawapan Tempoh percubaan yang disebutkan dalam mana-mana skim perkhidmatan boleh dilanjutkan atas pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Perlanjutan tempoh percubaan bagi seseorang pegawai boleh dengan denda (iaitu dengan penangguhan kenaikan gajinya) atau dengan tiada berdenda, di mana pegawai itu dibenarkan menerima kenaikan gaji semasa dalam tempoh percubaan lanjutannya itu c) Dalam jangka masa berapa lamakah Ketua Jabatan perlu memperakukan tempoh perlanjutan seseorang pegawai sebelum tamat tempoh percubaan dan nyatakan perkara-perkara yang perlu terkandung dalam perakuan tersebut. Jawapan Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuannya tentang perlanjutan percubaan seseorang pegawai di bawah jagaannya iaitu tiga bulan sebelum tamat tempoh percubaannya. Perakuan itu hendaklah mengandungi sebab-sebab pegawai itu tidak dapat disahkan, sokongan-sokongan Ketua Jabatan mengapa perlanjutan tempoh percubaan boleh diberi dan juga Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap beserta dengan senarai peperiksaan

Upload: hafis82

Post on 01-Feb-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penjawat awam

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan individu

Soalan 1

Dibawah system Saraan Malaysia (SSM) seseorang pegawai yangg baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam akan dikenakan tempoh percubaan sebelum disahkan dalam perkhidmatannya.

a) Berapa lamakah tempoh percubaan bagi seseorang pegawai yang baru dilantik?

Jawapan

Tempoh percubaan di bawah SSM untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan adalah antara satu hingga tiga tahun.

b) Tempoh percubaan seseorang pegawai boleh dilanjutkan “dengan berdenda” atau “tiada berdenda”. Jelaskan kedua-dua maksud tempoh perlanjutan tersebut.

Jawapan

Tempoh percubaan yang disebutkan dalam mana-mana skim perkhidmatan boleh dilanjutkan atas pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Perlanjutan tempoh percubaan bagi seseorang pegawai boleh dengan denda (iaitu dengan penangguhan kenaikan gajinya) atau dengan tiada berdenda, di mana pegawai itu dibenarkan menerima kenaikan gaji semasa dalam tempoh percubaan lanjutannya itu

c) Dalam jangka masa berapa lamakah Ketua Jabatan perlu memperakukan tempoh perlanjutan seseorang pegawai sebelum tamat tempoh percubaan dan nyatakan perkara-perkara yang perlu terkandung dalam perakuan tersebut.

Jawapan

Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuannya tentang perlanjutan percubaan seseorang pegawai di bawah jagaannya iaitu tiga bulan sebelum tamat tempoh percubaannya. Perakuan itu hendaklah mengandungi sebab-sebab pegawai itu tidak dapat disahkan, sokongan-sokongan Ketua Jabatan mengapa perlanjutan tempoh percubaan boleh diberi dan juga Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap beserta dengan senarai peperiksaan (jika ada) yang telah dilulusinya atau tidak dengan tarikh-tarikhnya sekali

Page 2: Soalan individu

Soalan 2

Encik Supian telah diarahkan menjalankan tugas menemuduga calon-calon baru di pulau pinang mulai 10 hingga 13 April 2009. Beliau berlepas ke pulau pinang dari ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang pada 9 April 2009 dan kembali pada 14 April 2009 jam 5.00 petang.

Nyatakan tuntutan-tuntutan yang boleh dituntut oleh Encik Supian mengikut pekelilig yang berkaitan.

Jawapan

Elaun yang boleh dituntut En supian ialah :

Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing.

Elaun Makan.

Elaun Lojing Dreber.

Soalan 3

Encik mamat seorang penghantar cepat (PAR) telah mendapat kemalangan jalanraya semasa menghantar surat dengan motosikalnya pada 28 Mac 2009. Belaiu telah bertugas dengan kerajaan lebih kurang 5 tahun, dimana lantikan pertamanya ialah pada 1 April 2004.

a) Apakah jenis cuti yang boleh diberikan kepada encik mamat.?

En Mamat boleh memohon cuti sakit pada kadar

a) 90 hari cuti sakit bergaji penuh diluluskan oleh ketua jabatab

b) 90 hari cuti tambahan bergaji penuh diluluskan oleh ketua setiausaha kementerian

b) sekiranya kejadian itu berlaku diluar tugas, apakah jenis cuti yang boleh diberikan?

Jawapan

Sekiranya di luar waktu bertugas En Mamat boleh memohon

a) Cuti Sakit

b) Boleh sambung cuti rehat

c) Boleh di panggil bertugas sekiranya diarahkan oleh ketua jabatan

Page 3: Soalan individu

Soalan 4

Seseorang pegawai awam tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

a) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan “keterhutangan yang serius’’?

Jawapan

Keterhutangan kewangan yang serius ertinya keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang, setelah diambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius kepadanya.

b) jelaskan 3 keadaan seseorang pegawai dikatakan berada dalam keterhutangan yang serius

Jawapan

Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika

(a) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi enam kali emolumen bulanannya;

(b) dia ialah seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan dalam penghakiman itu; atau

(c) dia ialah seorang bankrap, selagi dia belum dilepaskan daripada kebankrapan atau penghakiman kebankrapannya belum dibatalkan.