soalan moral final 2010 tingkatan 1

12
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai 77400 Sungai Rambai, Melaka PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 TAHUN 2010 PENDIDIKAN MORAL Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A 30 soalan objektif Bahagian B 10 soalan isi tempat kosong Bahagian C 2 soalan berstruktur Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan. Nama : ______________________________________________ Tingkatan: ___________________________________________ Tarikh : ______________________________________________ (Kertas ini mengandungi 9 halaman bercetak)

Upload: hisham-ibrahim

Post on 06-May-2017

226 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai77400 Sungai Rambai,

Melaka

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUNTINGKATAN 1TAHUN 2010

PENDIDIKAN MORALSatu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian:

Bahagian A – 30 soalan objektif

Bahagian B – 10 soalan isi tempat kosong

Bahagian C – 2 soalan berstruktur

Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan.

Nama : ______________________________________________

Tingkatan: ___________________________________________

Tarikh : ______________________________________________

(Kertas ini mengandungi 9 halaman bercetak)

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. …………………………… ………………………………………….

(MOHD HALIMI MOHAMAD ISHAK) (MOHAMMAD RIZAL RAZALI) (HJH SITI SAIDAH SARWADI)

GURU MATAPELAJARAN GURU PANITIA P. MORAL GKMP KEMANUSIAAN

Page 2: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

Bahagian A

Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.

Pilih satu jawapan yang paling tepat dan bulatkan.

1 Apakah tanggungjawab manusia di muka bumi ini?

A Memakmurkan alam dan mengambil faedah daripada pembangunan

B Berusaha untuk mengenali diri sendiri

C Mengembalikan alam sekitar kepada generasi yang akan datang

D Memelihara semua haiwan dengan sebaik-baiknya

2 Pernyataan berikut tidak menerangkan ciri toleransi?

A Mengutamakan hak dan kepentingan pribadi

B Bersedia untuk memaafkan orang lain

C Memberikan bantuan apabila diperlukan

D Menerima teguran atau pandangan orang lain dengan ikhlas

3 Apakah pribahasa yang sesuai menggambarkan kasih sayang ibu bapa

terhadap anak-anak?

A Bagai aur dengan tebing

B Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga

C Bagai menatang minyak yang penuh

D Buang yang keruh, ambil yang jernih

4 Mengapakah orang yang lebih tua dalam keluarga perlu menunjukkan teladan

yang baik kepada anak-anak?

A Kerana orang yang tua sentiasa berada di sisi mereka

B Kerana anak-anak mudah mengikut tingkah laku orang yang lebih tua

C Kerana orang yang lebih tua mudah melaksanakan tanggungjawab

D Kerana anak-anak masih tidak mengerti apa-apa

Page 3: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

5 Apakah tanggungjawab utama bapa sebagai ketua keluarga?

A Menjaga harta keluarga

B Mendisiplinkan anak-anak

C Mencari nafkah untuk keluarga

D Menguruskan hal ehwal ruamah tangga

6 Aktiviti pembangunan tidak dirancang boleh menyebabkan

I banjir kilat.

II tanah runtuh.

III gempa bumi.

IV hakisan tanah

A II dan III

B III dan IV

C I, II dan IV

D I, III dan IV

7 Mengapakah tong-tong sampah itu disediakan mengikut tiga jenis warna yang

berlainan?

A Meringankan beban pekerja

B Mencantikkan suasana sekitar

C Sebagai warna korporat tong sampah

D Memudahkan pembuangan sampah mengikut jenis

8 Haiwan manakah yang menjadi vektor kepada penyakit taun?

A Lalat

B Lipas

C Tikus

D Nyamuk

Kerajaan telah melancarkan program Kitar Semula untuk menjaga kebersihan persekitaran dengan menyediakan tiga jenis tong sampah dengan tiga warna utama, iaitu biru, coklat, dan jingga

Page 4: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

9 Antara berikut, yang manakah kelebihan program kitar semula kepada

persekitaran?

A Mengurangkan jumlah sampah sarap

B Menjimatkan penggunaan kertas

C Mengawal perbelanjaan kerajaan

D Mengurangkan kawasan pelupusan sampah

10 Mengapakah aktiviti pembalakan haram salah di sisi undang-undang?

A Khuatir pihak lain terancam

B Merosakkan sumber alam semula jadi

C Mengancam keselamatan penduduk

D Pokok-pokok balak tidak cukup matang

11 Apakah yang diperlukan oleh pengguna jalan raya untuk mengelakkan

pencemaran udara?

A Tidak keluar rumah

B Menggunakan kenderaan solar

C Menggunakan minyak tanpa plumbum

D Menaiki kenderaan awam untuk ke tempat kerja

12 Sampah-sarap yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan sungai

menjadi .................

I cetek.

II jernih.

III tercemar.

IV keruh.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Page 5: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

13 Antara berikut, yang manakah bukan tempat-tempat menarik di Malaysia?

A Pulau Batam

B Istana Budaya

C Pulau Langkawi

D Menara Berkembar Petronas

14 Apakah nama bendera negara Malaysia?

A Jalur Gemilang

B Terang Berbelang

C Jalur Warna-warni

D Kibaran Gemilang

15 Yang berikut merupakan lambang-lambang kebesaran negara, kecualiI Rukun Negara

II Jalur Gemilang

III lagu Negaraku

IV bangunan Parlimen

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

16 Mengapakah kita perlu mengamalkan semangat patriotisme?

A Dapat memajukan negara

B Melindungi negara daripada kemusnahan

C Membebaskan Negara daripada ancaman musuh

D Membolehkan Negara berada dalam suasana yang aman dan harmoni

17 Apakah ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin untuk membangunkan

negara?

A Putus asa

B Kesyukuran

C Berwawasan

D Individualistik

Page 6: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

18 Manakah antara yang berikut merupakan tokoh yang pernah menjadi Perdana

Menteri Malaysia?

I Dato’ Onn Jaafar

II Tun Abdul Razak

III Tunku Abdul Rahman

IV Tun Abdullah Badawi

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

19 Berapa buah negerikah yang membentuk Malaysia?

A 11

B 13

C 9

D 8

20 Jalur Gemilang mempunyai _____________ warna.

A dua

B lima

C tujuh

D empat

21 Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak-kanak

mengalami masalah berikut, kecualiA kelesuan.

B pertumbuhan terbantut

C kerosakan penglihatan

D perubahan pada tingkah laku

Page 7: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

22 Yang berikut merupakan hak-hak wanita, kecualiA bersuara

B mengundi

C mendapat pekerjaan

D menjadi ketua keluarga

23 Mengapakah Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun?

A Untuk memerah tenaga pekerja

B Untuk memilih pekerja yang cemerlang

C Untuk menambahkan pendapatan pekerja

D Untuk menghargai jasa dan pengorbanan pekerja kepada Negara

24 Kita tidak seharusnya ____________ golongan kurang upaya kerana mereka

mempunyai hak untuk hidup.

A menindas

B menyayangi

C menyanjung

D mempersenda

25 Apakah sikap pengguna yang bijak?

A Membeli barangan di tempat yang berprestij sahaja

B Mencari maklumat tentang barangan yang ingin dibeli terdahulu

C Membeli barangan yang hampir tamat tempoh luput tetapi murah

harganya

D Membeli barangan berdasarkan pembungkusan yang cantik

26 Yang berikut merupakan peraturan di sekolah, kecuali A tidak membuat bising di perpustakaan

B masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru

C berambut pendek bagi pelajar lelaki

D memakai uniform sekolah yang lengkap

Page 8: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

27 Hak kebebasan bersuara bagi rakyat Malaysia terkandung dalam

A Rukun Negara

B Piagam Negara

C Perlembagaaan Malaysia

D Hukum Kanun Negara

28 Yang berikut merupakan Negara anggota ASEAN, kecualiA Filipina

B Indonesia

C Bermuda

D Singapura

29 Apakah kebaikan melaporkan kegiatan salah laku pelajar kepada ibu bapa

melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)?

A Menimbulkan perasaan takut dikalangan pelajar

B Mewujudkan persefahaman antara ibu bapa dan pelajar

C Membendung kejadian salah laku pelajar

D Melindungi keselamatan guru-guru di sekolah tersebut

30 Mengapakah setiap negara perlu saling menghormati antara satu dengan

yang lain?

A Untuk menjamin keamanan sejagat

B Untuk memonopoli kuasa ekonomi

C Untuk menonjolkan kekuatan masing-masing

D Untuk mengetahui rahsia pertahanan Negara lain

( 30 x 2 markah )

Page 9: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

Bahagian B

Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.

1 Individu yang berdikari mampu melaksanakan _____________tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

2 Kita perlu berani menghadapi cabaran untuk memperoleh ___________.

3 Individu yang rajin akan sentiasa mendapat _______________ untuk melaksanakan sesuatu tugas.

4 Kebolehan untuk melaksanakan sesusatu tugas bergantung kepada ____________ diri.

5 Seseorang yang berdikari dapat ____________ potensi yang ada pada dirinya.

6 Kita akan ____________ orang lain sekiranya kita tidak berusaha untuk berdikari.

7 Setiap insan di dunia ini memerlukan _____________ dalam hidupnya.

8 Sikap setia terhadap raja dan negara amat penting dan merupakan ____________ bagi setiap rakyat Malaysia.

9 Keluarga yang menjalankan tanggungjawab dengan sempurna akan memperoleh _____________ .

10 Sudah menjadi tradisi masyarakat kita membawa __________ ketika menziarahi saudara mara. ( 10 x 2 markah )

Kebahagiaan

Membebankan

Keyakinan

Kejayaan

Memperkembangkan

Tanggungjawab

Kekuatan

Kasih saying

Kewajipan

Buah tangan

Page 10: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

Bahagian C: Soalan Struktur

Baca situasi-situasi di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1 Kehidupan keluarga Jocelyn sangat miskin. Hal ini menyebabkan Jocelyn tekun belajar dan berazam akan mengubah nasib mereka sekeluarga. Namun, kemiskinan keluarganya menyebabkan kadangkala Jocelyn terfikir untuk berhenti sekolah.

(i) Wajarkah Jocelyn berhenti sekolah demi mengurangkan beban keluarganya? Berikan alasan anda._________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

( 4 markah )

(ii) Nyatakan dua contoh peribahasa yang menggambarkan sikap Jocelyn.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

( 6 markah )

2 Tat Meng amat meminati bidang penulisan. Dia bercita-cita untuk menjadi penulis yang berjaya. Justeru, Tat Meng giat menghadiri kursus penulisan dan sering menghantar karyanya ke syarikat penerbitan.

(i) Nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh Tat Meng untuk mencapai kejayaan.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

( 4 markah )

(ii) Bolehkah kita berjaya dalam hidup sekiranya kita tidak mengamalkan sikap rajin?_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

( 6 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 11: Soalan Moral Final 2010 Tingkatan 1

Skima jawapan Pendidikan Moral Tingkatan 1

Bahagian A : Objektif

1 A2 A3 C4 B5 C6 C7 D8 A9 C10 B 11 C12 C13 A14 A15 B

16 D17 C18 D19 B20 D21 D22 D23 D24 B25 B26 B27 C28 C29 C30 A

Bahagian B : Isi tempat kosong

1 Tanggungjawab

2 Kejayaan

3 Kekuatan

4 keyakinan

5 memperkembangkan

6 Membebankan

7 Kasih sayang

8 Kewajipan

9 Kebahagiaan

10 Buah tangan

Bahagian C : Soalan Struktur

1 (i) Tidak wajar. Jocelyn seharusnya tabah menghadapi kemiskinan hidup dan rajin belajar. Dia harus percaya bahawa kemiskinan itu bukanlah penghalang untuk dia mencapai cita-cita.

(ii) > Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.> Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

2 (i) Tat Meng mengamalkan sikap rajin dan gigih berusaha demi meraih kejayaan. Dia tidak mudah putus asa dan yakin akan kebolehannya.

(ii) Tidak. Individu yang malas berusaha tidak akan meraih kejayaan. Hanya

individu yang rajin dan cekal mengahadapi dugaan dapat mengecap kejayaan dalam hidup.