soalan perbincangan
TRANSCRIPT
SOALANA-SOALAN PERBINCANGAN
1- Hang Tuah adalah seorang ahli diplomatik yang berjaya, sepertimana yang
digambarkan di dalam Hikayat Hang Tuah. Berdasarkan contoh-contoh yang
sesuai bincangkan pendapat tersebut.
2- Hang Tuah adalah satu watak yang unik, sekap dan bijak. Ini dapat dibuktikan
ketika beliau berhadapan dengan musuh-musuhnya. Berdasarkan contoh-contoh
yang sesuai buktikan kenyataan ini.
3- Hang Tuah adalah yang begitu kuat taat setianya dalam menjalankan perintah
raja. Bincangkan pendapat ini seperti yang digambarkan di dalam teks Hikayat
Hang Tuah.
4- Bendahara Paduka Raja digambarkan sebagai pentadbir yang cekap. Beri
pendapat anda dan buktikan kenyataan ini.
5- Di dalam Hikayat Hang Tuah terdapat beberapa jenis senjata yang digunakan
oleh masyarakatnya. Di antaranya termasuklah keris. Jelaskan peranannya seperti
yang terdapat dalam Hikayat ini.
6- Hang Tuah dikatakan seorang watak yang lebih mementingkan golongan feudal
daripada rakyat jelata, sedangkan Hang Jebat dianggap sebagai watak revolusioner
dengan memperlihatkan sikap lebih realistik dan optimis. Dengan contoh-contoh
yang sesuai huraikan kenyataan di atas.
7- Watak-watak wanita dalam Hikayat Hang Tuah lazimnya digambarkan sebagai
watak-watak yang lemah, pasif dan kurang berperanan. Namun begitu, gambaran
watak Tun Teja agak berbeza daripada kelaziman itu. Huraikan keistimewaan Tun
Teja kalau dibandingkan dengan watak-watak wanita lain.
8- Huraikan dengan ringkas perhubungan antara Kerajaan Melaka dengan Kerajaan
Majapahit serta nyatakan perbezaan yang ketara di antara perwatakan Patih Gajah
Mada dengan Laksamana Hang Tuah di dalam Hikayat Hang Tuah.
9- Apakah yang awda fahami tentang epik? Bincangkan ciri-ciri epik dan
keberkesanannya dalam Hikayat Hang Tuah.
10- Hikayat Hang Tuah memaparkan beberapa watak bukan manusia. Watak-
watak ini telah mempengaruhi sebahagian besar perjalanan cerita teks tersebut.
Huraikan.
11- Sebagai wira, Hang Tuah di dalam Hikayat Hang Tuah dilebih-lebihkan
sehingga ada waktunya watak-watak lain diketepikan begitu sahaj. Bincangkan
pernyataan di atas.
12- Hikayat Hang Tuah banyak menampilkan unsure-unsur ajaib, fantasi dan luar
biasa. Jelaskan dengan mengemukakan contoh-contohnya sekali.
13- Hang Tuah adalah seorang watak yang diberi gambaran sebagai manusia luar
biasa sedangkan watak Bendahara Paduka Raja aalah watak manusia Melayu yang
bijaksana dan arif. Dengan mengemukakan conroh-contoh yang sesuai, bandingka
kedua-dua watak ini untuk membuktikan kenyataan di atas.
14- Dalam Hikayat Hang Tuah, watak Hang Tuah terlalu dibesar-besarkan
sehingga ada yang mengatakan Hang Tuah sebagai lambang kekuasaan dan
kebesaran Melaka. Bahaskan.
15- Ceritakan asal-usul keluarga Hang Tuah dan peristiwa yang berlaku sehingga
Hang Tuah dilantik menjadi biduanda istana.
16- Hang Tuah memainkan peranan utama sebagai tokoh epik yng memiliki
keberanian luar biasa di dalam Hikayat Hang Tuah. Huraikan.
17.- Dalam Hikayat Hang tuah diceritakan tentang pertarungan antara Hang Tuah
dengan Hang Jebat yang memperlihatkan satu daripada ciri-ciri epik. Huraikan
ciri-ciri epik itu.
18. Berikan pendapat kamu yang boleh membuktikan bahawa Hikayat Hag Tuah
itu sebagai sebuah epik.
19- Sejauh manakah Hikayat Hang Tuah dapat digambarkan kesetiakawanan
masyarakat Melayu pada ketika itu? Jelaskan.
20- Apakah peristiwa yang membawa kepada perpindahan kerajaan Bentan ke
Melaka dan apa yang mula-mula dibuat oleh rajanya ketika sampai di Melaka.
21- Sebagai sebuah hasil sastera lama, Hikayat Hang Tuah tidak terkecuali
daripada pengaruh-pengaruh asing. Buktikan sokongan awda terhadap kenyataan
ini.
22- Hikayat Hang Tuah tidak dapat dikecualikan daripada nilai-nilai sejarah.
Bincangkan.
23- Bandingkan perwatakan Hang Tuah dengan Hang Jebat.
24- ‘Hang Tuah penyelamat negeri Melaka’
‘Hang Tuah pahlawan yang berjasa’
‘Hang Tuah teman setia raja’
‘ Hang Tuah ketua diplomat’
‘Hang Tuah penegak imej Melaka’
Buktikan sokongan awda terhadap cogan kata-coga kata di atas.
25- Dalam Hikayat Hang Tuah terdapat beberapa peristiwa yang berunsur alegori
(perlambangan). Jelaskan beberapa contoh peristiwa sedemikian.
26- Unsur-unsur berperikemanusiaan seringkali diketepikan dalam Hikayat Hang
Tuah. Bangkang pendapat ini.
27- Dalam Hikayat Hang Tuah terdapat beberapa episod pengarang
menggambarkan keluarbiasaan watak utamanya. Berdasarkan kepada beberapa
peristiwa di dalam Hikayat ini, jelaskan ‘keluarbiasaan’ watak Hang Tuah tersebut.
28- Di dalam Hikayat Hang Tuah tercatat bahawa kerajaan Melaka menjalin
hubungan dengan kerajaan Majapahit. Huraikan permulaan dan berakhirnya
hubungan anatara kedua-dua buah kerajaan tersebut.
29- Hang Tuah sangat setia kepada raja berbanding Hang Jebat. Berikan pendapat
kamu tentang hal ini dengan memberikan alas an-alasan yang konkrit.