soalan tugasan pembelajaran-jawapan

11
SOALAN TUGASAN PEMBELAJARAN (KUMPULAN) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PRASEKOLAH AMBILAN JUN 2011 PRA 6T PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK INTERAKSI MAC 2014 1. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Kenanga telah mendapat aduan daripada ibu bapa bahawa guru prasekolah telah memberikan laporan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka semasa pertengahan tahun tanpa menjalankan ujian. Bagi menyelesaikan masalah ini, Guru Besar telah meminta guru Prasekolah Sri Kenanga mengadakan taklimat kepada ibu bapa. Taklimat yang akan diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai sumber maklumat perkembangan kanak-kanak prasekolah. Bantu cikgu prasekolah menyediakan bahan taklimat tersebut. Bahan taklimat tersebut perlulah dihuraikan secara menyeluruh berserta contoh yang bertetapan supaya mudah difahami ibu bapa. Jawapan : Taklimat Penilaian Pentaksiran Prasekolah Pengenalan Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanamkna keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa. Konsep pentaksiran Pentaksiran ialah proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Definisi Pentaksiran Prasekolah Pentaksiran ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran. Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi kanak-kanak dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment). Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Pentaksiran dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Ianya dilakukan pada setiap masa tidak kira pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai.

Upload: rosida-ida

Post on 27-Dec-2015

164 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

SOALAN TUGASAN PEMBELAJARAN (KUMPULAN)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

PRASEKOLAH

AMBILAN JUN 2011

PRA 6T

PRA3111

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK INTERAKSI MAC 2014

1. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Kenanga telah mendapat aduan daripada ibu bapa bahawa

guru prasekolah telah memberikan laporan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka semasa pertengahan tahun tanpa menjalankan ujian. Bagi menyelesaikan masalah ini, Guru Besar telah meminta guru Prasekolah Sri Kenanga mengadakan taklimat kepada ibu bapa. Taklimat yang akan diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai sumber maklumat perkembangan kanak-kanak prasekolah. Bantu cikgu prasekolah menyediakan bahan taklimat tersebut. Bahan taklimat tersebut perlulah dihuraikan secara menyeluruh berserta contoh yang bertetapan supaya mudah difahami ibu bapa.

Jawapan :

Taklimat Penilaian Pentaksiran Prasekolah

Pengenalan

Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanamkna keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa.

Konsep pentaksiran

Pentaksiran ialah proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian.

Definisi Pentaksiran Prasekolah

Pentaksiran ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran.

Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi kanak-kanak dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment). Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas.

Pentaksiran dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Ianya dilakukan pada setiap masa tidak kira pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai.

Page 2: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

Ciri-ciri Pentaksiran Pasekolah

1. Mengambil kira psikologi dan sifat semulajadi kanak-kanak. 2. Lebih mementingkan proses bukan produk. 3. Dijalankan tidak secara langsung. 4. Dijalankan dalam suasana semula jadi. 5. Dijalankan dalam suasana tidak formal. 6. Dijalankan dalam keadaan yang tenang. 7. Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid. 8. Tidak melabelkan murid sebagai pandai, tidak pandai, 9. Dijalankan secara beterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran. 10. Maklum balas segera di beri untuk tujuan penambahbaikan. 11. Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan 12. Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid. 13. Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian murid. 14. Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) murid. 15. Menepati Standard Pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan.

Kaedah Pentaksiran

Kaedah pentaksiran ditentukan berdasarkan maklumat awal tentang kemahiran, kebolehan dan keupayaan kanak-kanak. Kaedah merujuk kepada aktiviti yang hendak dilaksanakan oleh kanak-kanak. Apa-apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak yang memberikan maklumat tentang pembelajaran mereka boleh dijadikan pentaksiran. Di peringkat prasekolah, pemerhatian adalah satu kaedah yang lazim digunakan untuk mengumpul maklumat dan

evidens.

Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data dan maklumat dan merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.

Tingkah laku adalah merujuk kepada tindakkan atau tindak balas dalam sesuatu situasi. Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, bermain bersama rakan atau bersendirian.pemerhatian tingkah laku juga boleh di buat semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan,melukis, mewarna dan sebagainya.

Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi boleh diperhatikan semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita, bersoal jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep dan kemahiran yang perlu mereka ketahui dan kuasai. Hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai ialah lukisan, mewarna, lakaran,tulisan, buku skrap, kraftangan, lembaran kerja, model menggunakan bongkah , video kanak-kanak dan gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktiviti pembelajaran dan pengajaran di prasekolah dan sebagainya. Setiap bahan atau hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio.

Pemerhatian hendaklah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Perancangan pentaksiran perlu dibuat bersekali dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlangsung, guru membuat pemerhatian secara berterusan dan mencatat maklumat dalam rekod yang bersesuaian. Maklumat yang direkod adalah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid. Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan rekod senarai semak, rekod anekdot, rekod berterusan ( Running Record ), rekod skala Kadar

dan hasil kerja murid (portfolio).

Apakah yang ditaksir?

Perkara yang di taksir merupakan kandungan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Perkara-perkara merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin di kembangkan dalam diri murid dikategorikan mengikut enam tunjang iaitu:

Tunjang Komunikasi Tunjang Sains Dan Teknologi. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai.

Page 3: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

Tunjang Fizikal Dan Estetika Tunjang Kemanusiaan Tunjang Ketrampilan Diri.

Laporan

Laporan merupakan rumusan yang di buat oleh guru daripada maklumat yang dikumpul dan analisis yang di buat mengenai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan spesifik. Ulasan yang di buat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri murid.

Rumusan

Pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak dapat disimpulkan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran kanak-kanak dengan tujuan mengumpul maklumat berkenaan pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini perlu dijalankan secara berterusan dan besesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran.

Disediakan oleh - Juriah bt Zaini, Noriza bt Ahmad dan Haslina bt Ismail

2. Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam

perenggan 5. (1) menyatakan bahawa

Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-

muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Jelaskan mengapa hal ini perlu dikuatkuasakan untuk murid-murid prasekolah.

JAWAPAN : Pentaksiran dan peniliana adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Iamerupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Syeksen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran dan penilaian membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Jesteru penilaian berterusan tentang perkembangan murid dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor perlu dikuatkuasakan untuk murid-murid prasekolah. Domain kognitif adalah melibatkan tahap perkembangan pemikiran kanka-kanak terhadap kemahiran yang telah dipelajari. Domain afektif pula adalah berfokus terhadap sikap, nilai minat dan perasaan. Manakala domain psikomotor pula adalah melibatkan tahap penguasaan murid dari segi motor halus dan motor kasar kanak-kanak.

Ketiga-tiga domain tersebut amat penting bagi mengukur tahap perkembangan murid-murid. Ia merupakan gambaran tentang perkembagan murid, menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan. Ia juga dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dan merancang tindakan susulan. Selain daripada itu, ianya boleh memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid. Penilaian ke atas kanak-kanak daripada peringkat prasekolah adalah sangat penting kepada guru prasekolah untuk mengesan pencapaian, perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara berterusan dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam menjalankan penilaian, guru perlu megambil kira beberapa perkara seperti pengetahuan kanak-kanak mengenai diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan selain dari pengetahuan yang dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka lalui di prasekolah. Kemahiran kanak-kanak dari segi pertuturan, penguasaan bacaan dan tulisan, kemahiran berfikir serta kemahiran psikomotor kasar dan halus juga perlu diambil kira. Aspek-aspek lain ialah seperti kreativiti, sikap dan sahsiah kanak-kanak serta kebolehan berkomunikasi perlu diperhatikan oleh guru-guru prasekolah dengan teliti dan prihatin.

Disediakan oleh - ZAINORA BT. ZAKARIA, FARIDAH BANU BT. NOOR MOHAMED dan ROSNAH BT. ABDULLAH

Page 4: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

3.

Berikut merupakan rekod penilaian mengenal huruf, membaca suku kata KV, suku kata KVK, dan membaca perkataan murid prasekolah iaitu Johan. Semasa penilian dijalankan Johan gagal menyebut huruf T, J Y, gagal membunyikan suku kata KV iaitu da, fo ni, wi, du dan ne. Johan juga gagal membunyikan suku kata KVK “kes” dan gagal membaca perkataan feri dan jeti.

Sediakan rekod yang bersesuaian, analisiskan data secara keseluruhan dan buat laporan berkaitan. Rancangkan satu tindakan susulan yang bertepatan. Jawapan : Rekod Senarai Semak Nama Murid : Johan bin Ahmad Nama Guru : Puan Sososo Tunjang Komunikasi

Standard Pembelajaran Ulasan Tarikh Ulasan Tarikh) Ulasan Tarikh)

Kemahiran Membaca

Membunyikan huruf besar secara rawak

Tidak boleh menyebut huruf T,J dan Y 24/1/2014

Membunyikan suku kata terbuka (KV)

Tidak boleh membunyikan suku kata “da’ “fo” “ni” “wi” “du” dan “ne” 15/2/2014

Membunyikan suku kata tertutup ( KVK)

Gagal menyebut suku kata tertutup iaitu “kes” 16/3/2014

Membaca perkataan (KVKV) Tidak boleh membaca perkataan “feri” dan ‘jeti”

Analisis Data

Januari Februari Mac April

Belum kenal 3 huruf Belum kuasai suku kata terbuka secara keseluruhan

Tidak boleh membunyikan suku kata tertutup yang mempunyai huruf “e” ditengah ( contoh kes)

Tidak boleh membaca perkataan tertentu.

0

1

2

3

4

5

6

7

Huruf KV KVK KVKV

Graf Kemahiran Membaca

Januari

Februari

Mac

April

D P R B I L K

F T Q X C G

O V M W J N

H E Y U A S Z

Ba ca da qa te

ke pe je lo mo

fo to ri gi ni wi

zu hu yu du

me se fe ne

Hen tak bok ros sup

das lem zip sos wal

tor jen rum pin can

min tuk van kes

nom gin

Baju sudu ubi tipu

soto peti sepi vila

mata kutu labu logo

feri nasi suzi Pasu

kota tuju jeti besi topi

Page 5: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

LAPORAN Pada bulan Januari Johan tidak boleh menyebut 3 huruf besar secara rawak iaitu huruf T, J dan Y. Ini disebabkan Johan jarang melihat huruf tersebut dipersekitaran dan juga kurang penekanan daripada guru. Pada bulan Februari Johan tidak boleh membunyikan setiap satu daripada suku kata tertentu daripada vokal a seperti da, vokal o seperti fo, vokal i seperti ni dan vi, vokal u seperti du dan vokal e seperti ne. Masalah ini adalah disebabkan murid ini tidak memberi penumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. Seterusnya pada bulan Mac, Johan tidak boleh membunyikan suku kata tertutup iaitu, suku kata “ kes.” Ini jelas menunjukkan Johan tidak dapat membezakan vokal e pepet dan e taling. Pada bula April pula, Johan gagal membaca perkataan iaitu feri dan jeti. Ini rentetan daripada Johan kurang menguasai vokal e. TINDAKAN SUSULAN. Guru perlu memperbanyakkan aktiviti latih tubi menyebut huruf T,J,Y, Membunyikan suku kata terbuka, membunyikan suku kata tertutup dan membaca perkataan, dengan menggunakan pelbagai cara seperti kad huruf, membentuk huruf menggunakan doh, mewarna huruf, menggunakan aplikasi ict dan pelbagai cara lagi. Guru juga perlu tumpukan lebih perhatian kepada Johan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Guru juga perlu berjumpa dengan ibu bapa dan nyatakan kelemahan Johan berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh guru. Kerjasama ibu bapa amat perlu demi peningkatan prestasi Johan. Disediakan oleh - Sopuan binti Ishak, Soleha binti Mat Taib dan Sopiah binti Zakaria

4. Sebagai seorang Juru Latih Utama Prasekolah, anda diminta memberikan kursus kepada guru-guru prasekolah di daerah Kuala Muda bagaimana menganalisis maklumat pentaksiran sebelum membuat laporan perkembangan kanak-kanak. Sediakan bahan-bahan untuk anda memberikan kursus tersebut.

5. Hasil kerja murid merupakan salah satu rekod yang boleh digunakan untuk mendapatkan

maklumat perkembangan murid prasekolah. Apakah rekod yang bersesuaian digunakan untuk merekod

hasil tugasan di atas. Apakah maklumat perkembangan murid yang boleh anda rekod daripada hasil

tugasan tersebut.

Sediakan rekod yang bersesuaian dan buat laporannya. Jelaskan mengapa anda memilih jenis rekod

tersebut. Rancang tindakan susulan untuk mengembangkan lagi potensi murid ke tahap yang optmum.

6. Tindakan susulan merupakan satu aktiviti yang dilakukan oleh guru selepas melaksanakan

pentakisran. Jelaskan EMPAT perkara yang perlu diberi perhatian untuk membuat tindakan susulan

terhadap perkembangan kanak-kanak.

Jawapan:

Mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan potensi murid. mengenal pasti kecerdasan murid sama ada mereka telah

maju dlm pelajaran. sebagai contoh mengenal pasti adakah murid telah menguasai kemahiran dan kebolehan dalam

Page 6: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

dalam semua domain yang dinilai. potensi murid dalam semua tunjang perlu di kenalpasti. umpamanya

mengenalpasti kemahiran motor halus seperti kemahiran menguntai manik, membutang baju dan mengikat tali kasuit.

psikomotrakan manipulative.Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka

seperti tangan dan kaki. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan dan membaling objek juga

7.

Standard pentaksiran keenam adalah berkaitan dengan etika yang perlu dipatuhi guru semasa

menjalankan pentaksiran terhadap kanak-kanak.

Jelaskan etika-etika pentaksiran yang perlu diikuti oleh guru prasekolah dan huraikan kepentingan etika

pentaksiran tersebut di patuhi.

8.

Cikgu Aida ingin mengetahui kebolehan motor halus murid dalam kelasnya. Bantu cikgu Aida mengenal

pasti dan merancang aktiviti pentaksiran yang boleh dijalankan untuk mengumpul maklumat. Kenal

pasti juga rekod-rekod pentaksiran yang hendak digunakan.

Jawapan:

Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang mana memerlukan bagi membentuk cara mereka melakukan

gerakan.Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulative.Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak

mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan

dan membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut. Antara aktiviti motor halus

ialah seperti a. main doh, b. untai manik, c. membutang baju, d.main lego, e. main puzzle, f. membuka dan menutup

tudung botol, g.memasukkan benang ke dalam lubang, h.mengikat tali kasut, i. mengasingkan bijian ke dalam bekas

berlainan, j. menggunting kertas mengikut bentuk dan k. Main Pasir

contoh Rekod Anekdot untuk menilai Aktiviti : Main Pasir

Nama : Muhammad Munir Mohtar Umur : 6 tahun Tarikh : 21.04.2014 Kelas : Pra Bijak Masa : 9.00 pagi Tempat : Di Anjung Prasekolah Nama Guru: Pn Norizan Abdullah

Pemerhatian :

Aqilah bermain bersama sekumpulan 5 orang di pusat main pasir. Mereka bermain dengan beberapa peralatan main pasir seperti pengorek, pencedok, cawan, baldi, dan sebagainya.

Semasa aktiviti baru bermula, kedengaran Aqilah memberi cadangan kepada kanak-kanak yang lain.

Aqilah : Mari kita buat rumah dengan pasir. Lepas buat rumah, kita buatlah bukit dan sungai di belakang rumah, buat pagar di sekeliling rumah. Nanti

Mempunyai sifat kepimpinan

Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipenuhi

Pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai ialah pentaksiran yang menggunakan

pelbagai sumber dan maklumat untuk menjelaskan perkembangan pembelajaran

seseorang murid (Baker, 2007, Cizek 2010).

Page 7: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

tentu rumah kita cantik.

Kanak-kanak yang lain bersetuju. Aqilah membahagikan peralatan permainan pasir kepada kawan-kawannya. Jadi setiap seorang mempunyai alat mainan tersebut.

Aqilah: Ambil seorang satu benda-benda ni. Jom kita buat rumah kita cantik-cantik. Nanti kita kongsi-kongsi guna alat-alat ni.

Akhirnya rumah pasir pun siap dibina tanpa sebarang konflik hasil daripada peranan yang dimainkan Aqilah.

Aqilah memahami erti persahabatan dan bekerjasama sesama rakan-rakan.

Menunjukkan sifat toleransi dan

pandai membahagikan peralatan

sama rata.

9. Konteks persekitaran merupakan salah satu pembolehubah yang perlu dipertimbangkan semasa melaksanakan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak.

Nyatakan pandangan anda tentang aspek persekitaran yang mempunyai pengaruh besar terhadap proses pentaksiran. Jelaskan bagaimana aspek tersebut mempengaruhi pentaksiran dan berikan contohnya.

JAWAPAN yang disediakan oleh kumpulan 9.

KOMEN :

SEPATUTNYA jawapan dimulakan dgn memberikan maksud persekitaran dan senaraikan 4 faktor yang mempengaruhi persekitaran. bincangkan setiap faktor dgn menyertakan contoh. Nyatakan juga bagaimana faktor tersebut memberi pengaruhnya kepada pentaksiran.

Page 8: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

KEUTUHAN INSTITUSI KELUARGA (IBU BAPA / KELUARGA )

Ibu bapa memberi pengaruh yang amat besar dalam perkembangan dan pertumbuhan diri setiap kanak-kanak. Tumbesaran

yang sempurna adalah dibina sejak dari dalam kandungan lagi. Begitu juga dengan pembentukan sahsiah dan disiplin kanak-

kanak. Contohnya perkembangan bahasa di rumah boleh mempengaruhi corak komunikasi kanak-kanak ketika di sekolah. Begitu

juga baka boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu. Oleh itu, pentaksiran yang dijalankan dipengaruhi oleh

kebolehan yang dibentuk oleh ibu bapa dan keluarga di rumah.

Kedudukan ekonomi yang tidak kukuh atau tidak baik akan memberi kesan pada perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak

mungkin terbiar kerana ibu bapa lebih memikirkan bagaimana untuk memenuhi keperluan hidup berbanding kepentingan

pendidikan. Kanak-kanak akan terabai dan terbiar kerana kurangnya keselasaan di rumah dan tidak menerima makanan yang

berzat.

RAKAN SEBAYA/ KAWAN

Pengaruhnya amat besar dalam perkembangan komunikasi atau pengetahuan kanak-kanak. Dari segi emosi mereka lebih dekat

dengan rakan sebaya. Kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun sudah mula mahu berinteraksi dengan rakan sebaya. Sedangkan

guru akan berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut dalam usia 5-6 tahun. Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakan

sebaya mereka menunjukkan kebolehan diri yang lebih baik berbanding apabila berinteraksi dengan guru. Hal ini boleh

mempengaruhi pentaksiran yang dibuat terhadap kanak-kanak.

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Guru memainkan peranan penting dalam persekitaran pembelajaran murid di sekolah. Komitmen guru terhadap tahap

pencapaian kanak-kanak amat penting . Contohnya guru yang prihatin, rajin mencari maklumat, kreatif dalam merancang

pembelajaran yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak sudah tentu memberi impak yang besar terhadap perkembangan

pembelajaran kanak-kanak.

Guru bertindak sebagai fasilitator, perancang dan dapat menyediakan persekitaran yang kondusif yangmenggalakkan kanak-

kanak meneroka. Guru harus peka dengan latar belakang murid yang memberi gambaran tentang perkembangan kanak-kanak.

Guru akan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Tindakan ini dapat membantu guru

memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dan merancang tindakan susulan.

Tanggungjawab guru sebagai fasilitator ialah membantu kanak-kanak untuk memahami konsep baru, menyusun maklumat bagi

memudahkan kanak-kanak mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lama. Guru perlu sedar bahawa sesetengah kanak-

kanak mungin berada dalam mood yang berbeza. Untuk memnuhi keperluan kanak-kanak yang berbeza ini guru boleh

mengadakan satu perbincangan berasaskan apa yang mereka pelajari daripada eksperiman atau kajian yang mereka alami.

PERSEKITARAN

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

EKONOMI KELUARGA

KEUTUHAN INSTITUSI KELUARGA

(IBU BAPA/ KELUARGA)

RAKAN/KAWAN

Page 9: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

EKONOMI

Ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang kukuh dapat menyediakan prasarana yang baik kepada anak-anak. Anak-anak akan

membesar dengan sihat dan cemerlang. Sementara anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan rendah pula

kurang mendapat kemudahan yang baik untuk meningkatkan pembelajaran. Mereka juga kurang mendapat makanan yang

berzat, buku-buku tambahan, computer dan sebagainya. Oleh itu faktor ekonomi tidak seharusnya mempengaruhi penilaian

terhadap kanak-kanak.

NAMA AHLI KUMPULAN: NUR KHAMIDAH BINTI MOHAMED BANDI, MUFISHOH BINTI SAID dan NORHIDAYAH BINTI MOHAMED

BAKRIM

10. Rancang 3 bentuk rekod yang akan anda laksanakan dalam proses membuat pemerhatian

semasa rutin pagi.

Rutin Pagi ialah aktiviti lazim yang dilakukan setiap hari oleh murid-murid prasekolah setiap hari sebaik sahaja mereka sampai ke kelas prasekolah. Rutin pagi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran ialah menanggal dan meletakkan kasut di atas rak, bersalaman dengan guru dan PPM dan mengambil sarapan pagi dan bermain bebas. Rutin pagi yang termasuk dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah beratur, membaca doa belajar, menyanyi lagu patriotik dan lagu sekolah, melafaz ikrar Prasekolah, memeriksa kebersihan, menanda kedatangan diikuti dengan perbualan tentang hari, tarikh, cuaca, perasaan, kesihatan dan tema pada minggu berkenaan. Umumnya Rutin pagi yang termasuk dalam sesi pengajaran dan pembelajaran hanyalah 10 minit dan rutin yang tidak termasuk dalam sesi pengajaran dan pembelajaran biasanya memakan masa 15 -30 minit. Rekod-rekod yang boleh dilaksanakan semasa ruti n pagi ialah rekod berterusan, rekod anekdot dan senarai semak.

Rekod berterusan (running record) ialah catatan dalam bentuk cerita ‘narrative’ yang dibuat ke atas individu atau kelompok murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Pemerhatian dijalankan dalam tempoh 5 -10 minit. Berbeza dengan rekod anekdot, pemerhatian dirancang oleh guru. Contoh rekod berterusan. Nama: Ahmad Akif B. Abdullah. Umur: +- 5 tahun. Nama guru: Pn. Anis Suraya Bt. Ali Masa: 8.00 pagi.

Pemerhatian Ulasan

Semasa slot Rutin Pagi, guru mengarahkan semua murid beratur dalam dua barisan mengikut jantina tetapi Akif masih leka bermain lego. Setelah berkali-kali guru memanggil namanya, barulah Adam datang dan menolak-nolak rakannya untuk beratur di hadapan. Rakan-rakan yang lain kelihatan marah dan tidak puas hati. Cikgu Anis menegur perbuatan Akif . Dia diam membatu. Semasa menyanyikan lagu-lagu patriotik , Akif masih lagi tidak duduk diam, dia memusing-musingkan badannya dan menoleh ke kiri dan ke kanan. Cikgu Anis memandang tepat kepadanya dan membuat isyarat supaya Akif menumpukan perhatian semasa menyanyikan lagu Negaraku. Akif berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku.

Akif memerlukan lebih dari sekali arahan sebelum mengikutinya. Akif sukar menurut peraturan. Akif tidak selesa berada dalam situasi tersebut. Dia berasa tertekan. Akif tahu dia diperhatikan dan tahu perbuatannya tidak disukai oleh guru. Akhirnya, Akif mematuhi arahan guru

Domain yang diperhatikan. Domain kognitif: Sukar menurut arahan/ kurang memahami arahan guru, Tidak boleh memberi tumpuan dalam tempoh masa yang agak panjang. Kurang peka kepada keadaan sekeliling. Domain afektif: Kurang berminat mengikuti pengajaran guru. Tabiat suka menganggu.

Page 10: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

Domain psikomotor: Telah menguasai kemahiran motor halus, lebih berminat kepada aspek manipulatif dan ada ciri-ciri hiperaktif.

SENARAI SEMAK SEMASA RUTIN PAGI

NAMA MURID : SITI SALEHA BT ANUAR

NAMA GURU : HANISA BT HASSAN

KANDUNGAN PEMERHATIAN ULASAN

1.1 Memberi salam dengan jelas dan

bertatasusila

/

Murid boleh memberi salam tetapi dengan suara yang amat perlahan

1.2 menjawab salam dengan jelas dan

bertatasusila

/

Murid menjawab salam dengan perlahan dan malu-malu seperti tiada keyakinan diri

1.3 bersalam dengan guru dan pembantu

pengurusan murid

/

Murid boleh bersalam dengan guru dan ppm dengan cara yang betul

1.4 meletakkan kasut di tempat yang betul

/

Murid telah boleh meletakkan ksut di tempat yang betul

1.5 berbaris dengan tertib dan mengambil

sarapan mengikut giliran

/

Murid boleh berbaris dengan tertib semasa mengambil sarapan

1.6 membaca doa sebelum dan selepas

makan

/

Murid boleh membaca doa sebelum dan selepas makan

1.7 membaca doa sebelum memulakan

pembelajaran dengan jelas dan tertib

/

Murid membaca doa tetapi dengan suara yang perlahan

1.8 memberi respons semasa nama

dipanggil semasa guru mengambil kedatangan

/

Cuma mengangkat tangan apabila namanya dipanggil

1.9 berpakaian bersih dan kemas waktu hadir ke sekolah

/

Murid berpakaian bersih semasa berada di sekolah

Contoh Rekod Anekdot

Nama : Nur Aleesya Syafiyah Tarikh : 17.04.2014

Umur : 5 tahun Tempat : Dalam Kelas

Masa : 7.40 pagi

Pemerhatian:

Syafiah masuk ke dalam kelas. Semasa

dia sedang meletakkan begnya di atas kerusi,

tiba-tiba duit syiling yang digenggamnya terjatuh

ke dalam beg Aidid.

Syafiah terus memberitahu cikgu. “ Cikgu duit

Interpretasi:

Syafiah menunjukkan bahawa dia tahu bahawa membuka atau

mengganggu beg orang lain adalah satu kesalahan dan akan

dianggap mahu mencuri. Walaupun duitnya tejatuh dibahagian

atas beg dan jelas kelihatan, tetapi dia tidak mengambilnya

terus sebaliknya memberitahu guru terlebih dahulu.

Page 11: Soalan Tugasan Pembelajaran-jawapan

jatuh dalam beg Aidid”

Cikgu terus memberitahu Aidid dan meminta

Aidid melihat ke dalam begnya. Aidid mengambil

duit syiling tersebut dan memberikannya semula

kepada Syafiah.

Syafiah dapat mengaplikasikan ajaran tentang nilai-nilai murni

yang telah diajar oleh guru . Walaupun dia baru berumur lima

tahun, tetapi dia dapat memahami dan mengaplikasikannya.

Komen : tahniah kepada kumpulan 10 yang menyediakan jawapan sangat tepat berdasarkan soalan.

Disusun oleh:

Suzana Binti Abd Mutalib

Jabatan Prasekolah