soalan tugasan titas

Upload: muhamad-zan-yadiey

Post on 09-Jul-2015

2.729 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Soalan Tugasan TITASAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar di bawah bimbingan kuliah dan tutorial saya, Dr Suhaila Abdullah di SK3 : Sila maklum bahawa oleh kerana jumlah pelajar untuk tutorial lebih dari 200 orang maka kita tetapkan 5 orang satu kumpulan. Pelajar boleh memilih ahli kumpulan masing-masing (pastikan 5 orang) dan kita akan tentukan soalan tugasan dalam tutorial minggu depan. Bagi yang belum ada group boleh tulis di borang yang ditampal di papan kenyataan di luar pejabat saya. Bagi yang belum mendapat senarai soalan tugasan juga boleh mendapatinya dari sana atau anda boleh mendapatkannya dari sini: Berikut merupakan soalan-soalan tugasan bagi subjek TITAS. Sila pilih satu soalan daripada 20 soalan berikut. Anda perlu menyediakan laporan bertulis dan juga membentangkan tajuk yang dipilih. HTU 223 TITAS (Semester I, 2011/2012) FORMAT PENULISAN 1-Tidak lebih dari 12 halaman bersama dengan rujukan. 2-Langkau 1.5 dengan menggunakan Font Times New Roman 12. 3-Sekiranya didapati ada perbuatan COPY and PASTE maka tugasan anda akan diberi markah 0.

BAHAGIAN TAMADUN ISLAM 1. Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan tokoh pemikir Islam moden. Bincangkan latar belakang beliau dan nyatakan pandangan anda mengenai teori pengislaman ilmu yang sering diperkatakan beliau. 2.Bernostalgia tentang keagungan sejarah Tamadun Islam tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada usaha pembangunan tamadun umat Islam kini. Debatkan kenyataan ini dengan merujuk senario perkembangan tamadun Islam di Malaysia. 3. Tonton filem Nur Kasih The Movie. Bincangkan nilai-nilai ketamadunan dan kemanusiaan yang terkandung di dalam jalan penceritaan filem tersebut. Nyatakan juga iktibar yang boleh diambil dari kisah dalam filem ini berdasarkan nilai-nilai kebaikan yang terdapat dalam budaya masyarakat Arab dan masyarakat Melayu.

4. Bincangkan bagaimana institusi wakaf (endowment) dapat mempertingkatkan ekonomi dan kesejahteraan umat Islam di Malaysia. BAHAGIAN TAMADUN MELAYU 5. Tun Seri Lanang merupakan cendekiawan Melayu unggul. Bincangkan sejarah hidup dan perjuangan beliau dalam memartabatkan bangsa Melayu suatu ketika dahulu. Ketengahkan juga idea-idea beliau yang dapat diberi nafas baru dalam mengukuhkan keharmonian warga Malaysia sekarang. 6. Tamadun bangsa Melayu telah berkembang secara seiring dengan tamadun Cina dan tamadun India di daerah Nusantara. Namun begitu tamadun Melayu perlu menjadi asas pembentukan dasar kebudayaan kebangsaan di Alam Melayu. Beri penilaian anda. 7. Bincangkan sejarah dan peranan Pulau Pinang dalam pembangunan ketamadunan di Malaysia. 8. Isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains masih lagi diperdebatkan hingga ke hari ini. Rungkaikan masalah ini dengan mengambil kira bahawa Melayu sebagai bahasa ibunda (native language) rakyat Malaysia dan usaha Malaysia untuk membina tamadunnya berasakan kepelbagaian budaya dan bangsa. BAHAGIAN TAMADUN CINA 9. Untuk memerintah Negara China, seseorang maharaja perlu mendapat mandat dari syurga. Huraikan teori mandat dari syurga ini dari perspektif keagamaan dan politik dan nyatakan pandangan anda mengenai teori ini. 10. Bincangkan faktor-faktor kejayaan penguasaan ekonomi dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia yang boleh dicontohi. 11. Bincangkan tentang sejarah pembentukan dan keunikan budaya masyarakat Peranakan Cina di Melaka. 12. Perkembangan ekonomi negara China hari ini telah menggugat kedudukan negara Amerika yang pernah dianggap sebagai pemegang ekonomi dunia. Antara rahsia kejayaan China adalah pegangan mereka kepada ajaran Konfucianisme. Jelaskan bagaimana hubung kait ajaran ini dengan pembangunan rakyat mereka dalam aspek ekonomi, sosial dan politik. BAHAGIAN TAMADUN INDIA 13. Agama Sikh yang diasaskan oleh Guru Nanak adalah hasil gabungan antara agama Hindu dan Islam. Huraikan elemen-elemen gabungan tersebut. 14. Agama Jainisme merupakan pecahan dari agama Hindu. Ia tidak menerima sistem kasta. Bincangkan konsep-konsep kepercayaan agama ini dan kenapakah ia menentang sistem kasta dalam agama Hindu.

15. Bincangkan tentang keunikan budaya hidup masyarakat India di Malaysia yang terkandung dalam novel Interlok dan nyatakan langkah-langkah terbaik yang boleh diusahakan bagi menjamin keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 16. Mahatma Gandhi dikatakan seorang pemimpin yang sangat menitikberatkan persoalan kemanusiaan dan alam sekitar. Huraikan dengan jelas falsafah beliau mengenai manusia dan alam sekitar.

BAHAGIAN CABARAN DAN ISU-ISU KONTEMPORARI 17. Ulang tahun ke-10 peristiwa September 11 baru sahaja diadakan. Apakah yang dapat anda pelajari dari peristiwa September 11. Berikan komen, kritikan dan persepsi anda mengenai peristiwa ini. 18. Beri kritikan anda terhadap kejadian bencana alam yang sering menimpa dunia hari ini dan kaitannya dengan kelestarian tamadun manusia. 19. Usaha mengekalkan kelestarian alam boleh diusahakan melalui pelbagai pendekatan. Bincangkan pendekatan yang sesuai dijalankan di Malaysia dan bagaimanakah sikap dan sambutan masyarakat terhadap usaha ini demi memastikan kesinambungan tamadun dapat diwarisi kepada generasi yang seterusnya. 20. Di samping nilai positif yang wujud dalam perkembangan teknologi komunikasi yang ada pada hari ini, masyarakat juga berdepan dengan pelbagai masalah yang dihasilkan dari teknologi ini. Bincangkan masalah yang timbul dari perkembangan teknologi ini dan bagaimana teknologi ini boleh dianggap sebagai faktor keruntuhan sesebuah tamadun. DR SUHAILA 13 SEPTEMBER 2011 __________________________________XXX________________________________

Berikut merupakan soalan-soalan tugasan bagi subjek TITAS. Sila pilih satu soalan daripada 10 soalan berikut. Anda perlu menyediakan laporan bertulis dan juga membentangkan tajuk yang dipilih. HTU 223 TITAS (Semester II, 2010/2011) Soalan Tugasan adalah seperti berikut: SOALAN TUGASAN UNTUK KURSUS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) SEM 2 2010/2011 1. Jelaskan peranan institusi keluarga dalam proses pembinaan Tamadun Malaysia dengan mengaitkan ajaran agama Islam, Hindu, Christian dan Buddha.

2. Kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini boleh menghalang proses pembinaan Tamadun Malaysia. Bincangkan. 3. Isu integrasi dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi: mitos atau realiti. Berikan pandangan dan hujah anda mengenai isu ini dalam konteks pengukuhan toleransi antara tamadun di Malaysia. 4. Pada pandangan anda, sejauhmanakah sistem pengajian tinggi di Malaysia memerlukan transformasi dan inovasi bagi meningkatkan kecemerlangan tamadun. Huraikan dengan memberikan contoh-contoh kaedah dan amalan yang boleh diteladani dari universitiuniversiti terkemuka dunia 5. Islam Hadhari dan 1 Malaysia merupakan pendekatan terbaru dalam mengharmonikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Apakah yang anda dapat cerapkan dari kedua-dua pendekatan ini? 6. Bincangkan bagaimanakah caranya anda dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia pada peringkat antarabangsa? 7. Penjanaan ekonomi sebagai asas pembinaan tamadun: Pengajaran daripada Tamadun Cina 8. Pilih salah SATU pemikiran ekonomi tokoh-tokoh pemikir Islam:

Ibn Khaldun Abul ala al-Maududi Al-Ghazali Umar Chapra Ibn Taimiyyah 9. Tamadun adalah satu pencapaian budaya pada tahap yang tinggi

Berdasarkan kenyataan tersebut nyatakan ciri-ciri kebudayaan yang terdapat dalam manamana masyarakat di seluruh dunia melalui saluran media (iklan, cerita pendek, sketsa, drama, filem) dan beri penilaian anda terhadap potensi nilai ketamadunan yang ada dan beri cadangan langkah-langkah untuk mengukuhkannya. 10. Sistem kepercayaan atau agama menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun. Pilih satu bentuk kepercayaan agama dan peranannya sebagai sumber penyelesaian kepada gejala sosial yang merebak dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia. SELAMAT BERUSAHA ! Dr Suhaila 11.1.2011

SOALAN UNTUK PROJEK KURSUS TITAS SEM 1 2010/2011 1. Iatau IIRanjau Sepanjang Jalan. Pilih salah satu novel Dato Shahnon Ahmad: Detik-Detik Diri di Daerah Daif

Tonjolkan nilai-nilai kemanusiaan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut dan kaitkan dengan proses pembinaan tamadun bangsa. 2. Tonton filem Hotel Rwanda arahan Terry George.

Ketengahkan nilai-nilai kemasyarakatan yang ingin disampaikan oleh filem tersebut dan berikan kepentingan nilai-nilai tersebut dalam pembinaan peradaban. 3. Malik Bennabi seorang tokoh peradaban Islam ada mengatakan:

Jepun berhasil mencapai kemajuan kerana strategi pembaharuannya jelas, tepat dan cerdas. Mereka mengutamakan kebangkitan intelektual dan membangun peradaban mereka berdasarkan spesifikasi mereka sendiri dan tidak memandu kepada pembaratan secara keseluruhan. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan bagaimana peranan jati diri bangsa dan budaya dalam pembinaan tamadun Malaysia. 4. Tonton filem Avatar arahan James Cameron.

Jelaskan bagaimana kedudukan nilai spiritual dalam sesebuah masyarakat dan kaitkan peranannya dalam pembinaan bangsa yang berjaya. 5. Berikan ulasan berkaitan isu-isu ketamadunan yang dibincangkan di dalam buku di bawah ini dan relevensinya di Malaysia : Islam and Confucianism A Civilizational Dialogue Edited by : Osman Bakar

Co editor : Cheng Gek Nai. University of Malaya Press. 6. Berikan ulasan berkaitan isu-isu ketamadunan yang dibincangkan di dalam buku berikut dan relevensinya dalam konteks dunia pada hari ini : Islam and Civilizational Dialogue- A Quest for A Truly Universal Civilization By : Osman Bakar University of Malaya Press. 7. Analisis faktor kejatuhan salah satu tamadun atau kerajaan yang pernah mencapai zaman kegemilangan berdasarkan teori kitaran (umran) Ibn khaldun. 8. Sejarah membuktikan bahawa tamadun manusia mempunyai hubungan yang sangat erat dengan alam semula jadi bagi menjamin kelangsungan sesuatu tamadun. Huraikan perkara ini dengan merujuk kepada tamadun Melayu, tamadun Cina dan tamadun India. 9. Berpandukan kitab al-Muqaddimah karangan Ibn Khaldun, huraikan proses kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun serta prinsip-prinsip asas yang membezakan sebuah masyarakat bertamadun dengan masyarakat yang tidak bertamadun. 10. Tonton filem `Laskar Pelangi arahan Riri Riza (2008). Bincangkan kepentingan nilai-nilai ketamadunan bangsa yang dikemukakan melalui filem ini dan kaitkan kepentingan tersebut dengan usaha memperkasa Tamadun Malaysia pada masa hadapan.