soaljawab thinx-2
DESCRIPTION
Soalan Sering DitanyaTRANSCRIPT
SOALAN YANG SERING DI TANYA TENTANG THINX‐2
APAKAH TABLET CHEWABLE THINX‐2 TELAH DIDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. THINX‐2 telah dikelaskan sebagai makanan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat ruj : (28)dlm.KKM‐163/S/25 Jld71 bertarikh 10Sept 2009. APAKAH GULA TEBU PENULINAN BERGANDA (DOUBLE REFINED CANE SUGAR)? Proses penulinan berganda gula tebu ‐ gula tebu kasar dicampurkan dengan sirap pekat dan dibersihkan secara emparan bagi membersihkan sisa pepejal tebu. Larutan gula ini kemudiannya dijernihkan melalui tindakan kalsium phosphate yang memerangkap sebahagian sisa pejal tebu untuk ditapis keluar.
Selepas sebahagian baki pepejal ditapis keluar, sirap jernih ini dinyahwarna melalui penapisan lapisan karbon aktif.. Sirap yang ditulinkan kemudiannya dipekatkan lagi menjadi amat pekat dan dikristalkan dalam ruang hampagas/vakum bagi menghasilkan gula putih tulin. Gula ini kemudiannya dimampatkan menjadi tablet (seperti tablet kunyah THINX‐2 ).
APAKAH KELEBIHAN GULA TEBU PENULINAN BERGANDA DALAM RAMUAN THINX‐2? Proses penulinan berganda gula tebu (Double purified cane sugar) ini akan mengekalkan hanya molekul gula paling ringkas sahaja iaitu glukosa dan fruktosa sahaja. Jadi ia mudah diserap terus ke aliran darah bawah lidah semasa dikunyah atau dikemam. Ia juga bertindak sebagai media garam tisu biochemic yang sesuai. KENAPA DI KUNYAH/KEMAM / DIHISAP BAWAH LIDAH? Di bawah lidah terdapat jaringan salur darah halus (kapilari) yang akan menyerap terus nutrient yang bermolekul halus. Oleh kerana molekul fructose & glukosa serta mineral tisu biochemic yang halus dan tidak perlu pencernaan lagi, maka ia boleh terus diserap untuk penyerapan dan penggunaan optima.
THINX‐2 DIRUMUS BERDASAR GULA TEBU. ADAKAH GULA INI BOLEH MENGGEMUKKAN? Gula dalam tebu adalah gula glukosa dan fruktusa. Gula ini penting sebagai sumber tenaga sel‐sel. Gula fruktosa adalah sumber tenaga segera yang baik untuk mengawal gula darah dan mengawal selera. Walaupun adanya glukosa,
pengambilan THINX plus 5 tidak menggemukkan kerana kuantiti setiap tablet hanya 2gm sahaja dan jumlah ini tersangat sedikit untuk dikaitkan dengan kegemukan.
ADAKAH GARAM TISU BIOCHEMIC DALAM FORMULA THINX‐2 INI SEJENIS PEMAKANAN ATAU UBAT? Garam tisu adalah ‘makanan’ – pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi optima badan dan juga mengekalkan keseimbangan serta melegakan symptom penyakit. Garam tisu boleh diambil sentiasa untuk mencegah penyakit dan memperbaiki fungsi badan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat penyakit.
JIKA IA MAKANAN, APAKAH SUMBER YANGMENGANDUNGI GARAM TISU? Garam tisu wujud semulajadi dalam semua bahan organic di muka bum seperti tumbuhan, herba, buahan, garam laut, garam bukit dansebaganinya. 12 jenis garam tisu yang dikenali sebagai garam tisu biochemic, garam sel atau garam tisu dihasilan oleh badandaripada sumber makanan harian dan air yang kita minum.
KENAPA KITA DIGALAKKAN MENGAMBIL SUPLEMEN GARAM TISU? Diet yang seimbang semestinya mengandungi semua ini. Tapi malangnya dengan kaedah pertanian moden dan cara pemprosesan makanan hari ini jelas memberitahu kepada kitabahawa kekurangan garam tisu dari diet harian pasti berlaku walaupun kita mengambil diet yang sihat
ADAKAH GARAM TISU DALAM THINX‐2 INI SELAMAT? Kelebihan sesuatu vitamin boleh membahayakan kesihatan tetapi kelebihan garam tisu pula jelas TIDAK MERBAHAYA dan SELAMAT. Adalah mustahil untuk mengalami kelebihan garam tisu kerana badan akan menggantikannya bila berkurangan dan terus menyingkirkannya apabila berlebihan. Ia selamat untuk semua katagori umur, dari bayi sehinggalah kepada wanita hamil dan menyusu.
BILAKAH MASA PALING SESUAI MENGAMBIL –THINX‐2 Ambil 15 – 30 minit sebelum makan supaya khasiatnya boleh diserap terus tanpa berinteraksi dengan makanan lain. Kemam/hisap supaya nutrient aktif boleh terus diserap ke aliran darah melalui salur darah dibawah lidah.
SIAPAKAH YANG HARUS MENGAMBIL THINX‐2 Semua golongan usia boleh mengambilnya. Tetapi sangat disyorkan kepada golongan pelajar peringkat rendah, menengah dan peringkat pengajian tinggi, golongan eksekutif yang banyak menggunakan tenaga pemikiran, individu yang hidup di persekitaran stress dan sebagainya.
BOLEHKAH DIAMBIL OLEH WANITA HAMIL ATAU MENYUSU? Boleh dan digalakkan, kerana THINX‐2 adalah persediaan homeopati menggunakan garam tisu yang selamat dan baik bagi perkembangan minda bayi dalam kandungan atau bayi yang menyusu. Lagipun garam mineral tisu ini adalahsalah satu antara 5 jenis khasiat pemakanan asas kehidupan selain vitamin, protein, asid lemak dan karbohidrat.
ADAKAH THINX AKAN MENIMBULKAN KESAN SAMPINGAN Tidak sama sekali. Ianya selamat! Garam mineral biochemic yang terkandung dalam THINX ‐2 juga terdapat dalam makanan harian kita. Rumusan THINX‐2 tidak menggunakan sebarang bahan kimia.
BOLEHKAH DIAMBIL DALAM JANGKAMASA YANG LAMA Kita perlukan makanan sepanjang hayat kita. Begitu juga dengan pemakanan tambahan THINX‐2, ianya boleh diambil dalam jangka masa yang lama dan tidak mendatangkan kesan sampingan.
BILAKAH KESAN PENGAMBILAN THINX plus 5 DAPAT DIRASAI? Secara puratanya, kesan awal boleh dilihat dalam 1 – 3 minggu pengambilan. Pengambilan berterusan selama 3 bulan digalakan untuk kesan yang lebih baik.
APAKAH ANAK SAYA PASTI MENDAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG CEMERLANG SELEPAS MENGAMBIL THINX‐2. THINX‐2 adalah formula untuk meningkatkan fungsi dan kesihatan sel‐sel otak. Bagi pelajar, ’in‐put’kan sel‐sel otak yang segar dan sihat dengan memperbanyakkan belajar, mengulangkaji dan sebagainya. Jika sel‐sel otak sihat dan tidak digunakan dengan baik maka, ianya tidak mempengaruhi status akedemik pelajar tersebut. Kata orang, “otak baik mesti digunakan dengan baik”
ADAKAH ANAK SAYA AKAN MENJADI ’HYPERACTIVE’ Tidak. Mungkin mereka nampak lebih aktif daripada biasa, tetapi bukanlah hyperactive.
BAGAIMANA MENYIMPAN THINX‐2 Simpan ditempat kering dan dingin. Elakkan daripada sinaran terus matahari dan kepanasan.
RASANYA YANG MANIS MENYEBABKAN KANAK‐KANAK MENGGEMARI THINX‐2, APAKAH KESAN SAMPINGAN JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN? Rasa yang manis adalah daripada gula asli tebu. Ia tidak memudaratkan dari segi kesihatan dan berat badan, lagi pun gula asli baik untuk menyumbang tenaga.
SELAIN MENYIHATKAN SEL‐SEL OTAK, APAKAH KESAN LAIN YANG BOLEH DIBANTU DENGAN THINX‐2? THINX ‐2 bukan sahaja untuk meningkatkan minda tetapi ia juga boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah pening kepala, migraine, kedinginan dan mengawal selera makan.
____________________________________________hubungi 013 3868658 untuk keterangan lanjut