srikandi islam

Upload: nurafzi

Post on 02-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rabiah al adawiyah

TRANSCRIPT

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyah

Contributed by AJK Web

Wednesday, 17 July 2013

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyah Bismillahirrahmanirrahim

Saya yakin most of us pernah mendengar nama Rabiatul Adawiyah. Seorang wanita yang mengabdikan seluruh

kehidupannya hanyalah untuk Allah. Masanya dipenuhi dengan beribadah kepada Allah semata-mata.

Teringin benar rasanya menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Yang cintanya hanya kepada Allah dan bukannya kepada

dunia. Cintakan dunia, cintakan manusia- hati tidak akan pernah merasa puas dan manusia mudah berubah. Hati akan

sakit, sedih, kecewa. Tapi cintakan Allah, Dia tidak akan mengecewakan hamba-Nya. Dan Allah itu sentiasa ada di kala

senang dan di kala susah. Dia tidak pernah meninggalkan kita.

Marilah kita selusuri perjalanan hidup Rabiatul Adawiyah. Semoga sama-sama kita dapat mengambil pelajaran dari

kisah ini:

Gambar Hiasan

Rabiah ialah anak keempat dalam satu keluarga miskin dilahirkan pada kurun pertama Hijrah di kota Basrah, tebing

Sungai Dajlah, Iraq. Bapanya bernama Ismail bin Muhammad Dawi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat

patuh dan taat pada agama, sukakan kebaikan dan sentiasa berdamping diri dengan Al Quran. Ayahnya seorang yang

warak, sentiasa memenuhi masa dengan membaca Al Quran, memperbanyakkan sembahyang sunat, dan berpuasa

serta hati tak lekang dari berzikir mengingati Allah.

Oleh kerana Rabiah anak yang bongsu, dia selalu mengikuti bapanya dan berdamping dengan segala program

ayahnya. Sejak kecil lagi beliau telah dapat menghafaz Al Quran. Selain itu Al Quran juga menjadi penawar hatinya dan

ubat bagi mengubati segala penyakitnya. Perangai Rabiah sangat berbeza dari adik beradiknya yang lain. Beliau

sentiasa tenang dan tidak gopoh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bila waktu makan, beliau makan sedikit dan

berhenti sebelum kenyang.

Rabiah selalu mengingatkan ayahnya supaya mengawasi dari memberi makanan yang syubhat lebih-lebih lagi yang

haram kepadanya.

Wahai ayah, lebih baik bersabar kerana lapar di dunia daripada bersabar terhadap azab Allah di akhirat.

Dari keistimewaan yang terdapat padanya serta tingkah lakunya yang luar biasa sejak dari kecil itu, ternyata bahawa

suatu hari nanti Rabiah Al Adawiyah akan menjadi salah seorang di antara kekasih-kekasih Allah. Bagaimanapun untuk

mencapai darjat yang tinggi itu beliau terpaksa menghadapi berbagai ujian dan penderitaan hidup. Allah SWT tidak

akan mengangkat darjat seseorang dengan semudah atau tanpa diuji terlebih dahulu.

Ujian pertama yang terpaksa ditempuhi ialah ayahnya meninggal dunia dalam usianya yang masih muda, ibunya pula

menyusul tidak lama selepas itu. Ini membuatkan beliau terpaksa berpisah dengan adik beradiknya yang lain.

Tinggallah Rabiah yatim piatu dan sebatang-kara tanpa saudara mara tempat mengadu dan bergantung hidup. Ketika

itu ia hidup penuh dengan linangan air mata dan kesedihan memanjang. Ini membuatkan dia sedar dan insaf bahawa

ujian yang Allah timpakan itu adalah untuk mengajarnya agar jangan bergantung dengan makhluk yang lain kecuali

Allah. Allahlah tempat mengadu dan Allah jugalah yang menjadi hiburan dan tempat mengharap kasih sayang. Kini

beliau menyerahkan dirinya bulat-bulat pada Allah.