strategi dan kaedah.pptx

13
STRATEGI DAN KAEDAH DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAJUK 4

Upload: fadilahabwahab

Post on 04-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

STRATEGI DAN KAEDAH DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

STRATEGI DAN KAEDAH DALAM PENGAJARANPEMBELAJARAN PENDIDIKANMORAL

TAJUK 411/8/2014Strategi Ialah susunan pendekatan dan kaedah atau langkah-langkah yang di ambil untuk melaksanakan sesuatu perancangan dalam pengajaran untuk mencapai objektif.3 strategi utama Strategi pemusatan guru

Strategi berpusatkan pelajar

Pengajaran berpusatkan bahan1 perancangan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dengan teratur dan sistematik.Kaedah perlu di buat dalam bentuk langkah-langkah yang sesuai dan tersusun untuk mencapai objektif pembelajaran.Kaedah Kaedah Main Peranan (Simulasi)

Mewujudkan 1 situasi yang seakan sebenar tetapi dalam bentuk yang di permudahkan, di ringkaskan atau di kecilkan supaya masalah itu mudah di selesaikan.Peranan guru : Memilih 1 masalah atau isu.Pastikan unsur-unsur utama masalah ada dalam simulasiKenalpasti konsep-konsep yang terlibatTentukan langkah yang perlu di ambil.Kaedah Kaedah Bermain Dan Bercerita

Kaedah Bermain dapat membina kemahiran jasmani, keyakinan diri dan merangsang sifat kepimpinan.Bercerita merupakan 1 kaedah yang popular kerana di dalam cerita mempunyai banyak nilai-nilai moral dan ia menarik perhatian murid. Boleh berbantukan gambar dan klip video untuk menunjukkan 1 kisah teladan.Kaedah Nyanyian Dan Lakonan

Teknik nyanyian menghiburkan murid dan dapat mengurangkan ketegangan.Boleh digunakan sebagai set induksi dalam penyampaian dan penutup.Lakonan merupakan memerlukan seseorang memainkan peranan semasa melakonkan sesuatu cerita atau peristiwa sama ada secara spontan atau membaca skrip.Memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk membawakan sesuatu watak.Kaedah Perbincangan

1 bentuk diskusi antara ahli kumpulan dalam bentuk kumpulan kecil ataupun besar.Murid dapat mengeluarkan pendapat masing-masing.Terdapat 2 cara : Sesi Buzz dalam kumpulan kecil 4-6 orang Sumbang Saran 1 bentuk perbincangan yang membolehkan kumpulan mengeluarkan sebanyak mana idea secara spontan dan berkelompok.

Kaedah Lawatan

Memberikan kesempatan kepada murid memerhati dan membuat pertimbangan mengenai sesuatu perkara atau keadaan perkara secara langsung di luar bilik darjah.Lawatan juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab.Terdapat 3 garis panduan :Fasa sebelumFasa semasa Fasa selepas lawatanKaedah Projek

Memerlukan penglibatan murid.Objektifnya adalah untuk pemerolehan pengetahuan baru atau pengetahuan sedia ada kepada situasi harian.Guru bertindak sebagai motivator.Berikan masa yang secukupnya kepada pelajar.Membimbing murid sehingga mereka faham. Kaedah Tunjuk Cara

1 cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu di ikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya.Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan yang mereka benar-benar memahami.Guru merupakan pemain utama mengingatkan pelajar untuk mencapai objektif.

Kaedah Pameran

Kaedah yang memberikan motivasi dan juga menghargai sumbangan pelajar untuk terus berusaha.Mendorong pelajar memiliki daya kreativiti dan kepimpinan diri.Guru menggalakkan pelajar menguruskan 1 pameran di dalam kelas dan kemudian pada peringkat sekolah.Kaedah Penyelesaian Masalah

Digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah harian.1 cara pengajaran yang berdasarkan kaedah penyelesaian yang saintifik.Garis panduan :Kenal pasti masalahMencari maklumat Membuat hipotesisMenguji hipotesisMenilai dan membuat rumusan.