struktur bahasa hubungan paradigmatik & sintagmatik

27
STRUKTUR BAHASA HUBUNGAN PARADIGMATIK DAN SINTAGMATIK Disediakan oleh: Kumpulan 5 Mohamad Afifi bin Jafri Mohd Faiz bin Mohd Jaihan Nurul Husna binti Mohd Puat Siti Halimatus Saadiah binti Mohd Nazari

Upload: siti-halimatus-saadiah

Post on 30-Nov-2015

199 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

pengantar linguistik

TRANSCRIPT

Page 1: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

STRUKTUR BAHASAHUBUNGAN

PARADIGMATIK DAN SINTAGMATIK

Disediakan oleh: Kumpulan 5

Mohamad Afifi bin JafriMohd Faiz bin Mohd JaihanNurul Husna binti Mohd PuatSiti Halimatus Saadiah binti Mohd Nazari

Page 2: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Dibahagikan kepada dua bidang utama. Struktur bahasa atau tatabahasa (morfologi,

sintaksis, fonetik dan fonologi). Struktur makna (semantik dan pragmatik). Kedua-duanya menunjukkan adanya

pengetahuan lingusitik yang mendasarinya. Misalnya, fonetik dan fonologi untuk struktur

bunyi bahasa, morfologi untuk struktur kata. Sintaksis untuk struktur antara perkataan,

semantik untuk struktur makna, pragmatik untuk struktur antara bahasa lisan dengan apa yang diperkatakan.

STRUKTUR LINGUISTIK

Page 3: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Terdiri daripada morfologi, sintaksis, fonetik dan fonologi.

Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera, struktur bahasa wujud akibat adanya aturan-aturan bahasa.

Maka, terdapatlah struktur bahasa iaitu ketetapan peristiwa bahasa.

Dapat dilihat pada susunan fonem, susunan kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi.

Juga termasuk struktur bahasa yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin berbicara dalam sesuatu bahasa.

STRUKTUR BAHASA

Page 4: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata (Nik Safiah Karim, 1996).

Struktur kata – susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna.

Bentuk kata – rupa unit tatabahasa, samaada bentuk tunggal atau hasil pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata – proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama.

STRUKTUR BAHASA(MORFOLOGI)

Page 5: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

o Morfem ialah unit tatabahasa terkecil yang bermakna dan berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu.

o Perkataan ialah morfem dan boleh terbentuk daripada satu morfem atau lebih.

o Morfem dapat dibezakan berdasarkan jenis maknanya.

o Ada golongan morfem yang mempunyai makna yang menunjukkan benda, perkara, perbuatan atau sifat yang terdapat di sekeliling kita.

STRUKTUR BAHASA(MORFOLOGI)

Page 6: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Contoh morfem dalam Bahasa Melayu:

[ bazir ] – satu morfem[ membazir ] – dua morfem [ mem + bazir ][ pembaziran ] – tiga morfem [ pem + bazir + an ]

STRUKTUR BAHASA(MORFOLOGI)

Page 7: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

• Morfem terbahagi kepada dua, iaitu:• Morfem bebas dan morfem terikat.• Morfem bebas boleh wujud sendiri tanpa perlu

bergabung dengan unsur lain untuk membentuk kata.

• Morfem bebas juga boleh bergabung dengan morfem lain untuk membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata majmuk.

• Contohnya, "batu" boleh diterbitkan menjadi "berbatu, membatu, batuan, batu-batan, batu api, kepala batu dan berbatu-batu".

STRUKTUR BAHASA(MORFOLOGI)

Page 8: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

• Morfem terikat pula tidak dapat wujud sendiri tanpa unsur lain dan tidak boleh berdiri sebagai kata asal atau kata dasar.

• Contohnya; imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan yang mesti bergabung dengan unsur lain untuk membentuk perkataan.

• Alomorf merujuk kepada kelainan dalam sesuatu morfem terikat yang hadir berdasarkan bunyi awal sesuatu perkataan yang diimbuhkan kepadanya.

STRUKTUR BAHASA(MORFOLOGI)

Page 9: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan dan konstruksi ayat, frasa dan klausa.

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Contoh frasa : membaca, membaca buku, sedang membaca buku, sedang membaca buku di perpustakaan.

STRUKTUR BAHASA(SINTAKSIS)

Page 10: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.

Klausa terbahagi kepada dua iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri dan bukan ayat lengkap.

Ayat : Mereka akan makan untuk menghilangkan lapar. Contoh klausa bebas : Mereka akan makan Contoh klausa tak bebas : untuk menghilangkan lapar

STRUKTUR BAHASA(SINTAKSIS)

Page 11: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Kajian tentang sistem bunyi susuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia.

Terbahagi kepada dua bidang iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara

pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya.

Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan.

Fonemik ialah bidang yang mengkaji fungsi atau struktur bunyi bahasa.

STRUKTUR BAHASA(FONOLOGI)

Page 12: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 iaitu kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa.

Penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan dan meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan.

Bunyi-bunyi bahasa dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong.

Bunyi-bunyi ini diberi lambang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

STRUKTUR BAHASA(FONOLOGI)

Page 13: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Perkataan fonetik berasal daripada Greek iaitu phone yang bermaksud bunyi.

Fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diintepretasikan.

Fonetik ialah bidang linguistik yang mengkaji bunyi bahasa sejagat secara saintifik dari segi pengeluarannya dan aspek-aspek pendengarannya.

Terdapat tiga jenis bidang fonetik iaitu fonetik artikulasi, akustik dan auditori.

STRUKTUR BAHASA(FONETIK)

Page 14: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

• Fonetik artikulasi mengkaji cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian artikulator yang terlibat dalam penghasilan bunyi.

• Fonetik akustik mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Contohnya nada, frekuensi dan amplitud.

• Fonetik auditori adalah kajian tentang bagaimana cara bunyi bahasa ditanggapi atau diterima oleh pendengar.

STRUKTUR BAHASA(FONETIK)

Page 15: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

• Sintagmatik dan paradigmatik diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure dalam bukunya Course de Linguistique Generale (1916).

• Menurut Ferdinand, sintagmatik adalah perkaitan yang terdapat dalam perkataan konkrit tertentu.

• Paradigmatik pula adalah hubungan yang terdapat dalam penggunaan bahasa secara keseluruhannya.

HUBUNGAN SINTAGMATIK DAN PARADIGMATIK

Page 16: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

o Hubungan sintagmatik adalah hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam suatu tuturan, yang tersusun secara berurutan, bersifat linear.

o Hubungan sintagmatik ini terdapat, baik dalam aspek fonologi, morfologi, ataupun sintaksis.

HUBUNGAN SINTAGMATIK

Page 17: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Hubungan dalam aspek fonologi boleh dilihat pada urutan fonem-fonem pada sebuah kata yang tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna kata itu.

Contohnya pada perkataan kita, terdapat hubungan fonem-fonem dengan urutan / k i t a.

Apabila urutannya diubah, maka maknanya akan berubah, atau tidak bermakna sama sekali.

Contoh : kita, kiat, kati, kait, ikat

HUBUNGAN SINTAGMATIK DALAM ASPEK FONOLOGI

Page 18: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Hubungan dalam aspek morfologi boleh dilihat pada urutan morfem-morfem pada suatu kata, yang juga tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna daripada kata tersebut.

Ada kalanya maknanya berubah dan ada kalanya tidak mempunyai makna langsung.

Contoh: segi tiga, tiga segi.

HUBUNGAN SINTAGMATIK DALAM ASPEK MORFOLOGI

Page 19: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Hubungan sintagmatik pada aspek sintaksis boleh dilihat pada urutan kata-kata yang mungkin dapat diubah, tetapi mungkin juga tidak dapat diubah tanpa mengubah makna ayat tersebut, atau menyebabkan tak bermakna sama sekali.

Contoh:Hari ini barangkali dia sakitBarangkali dia sakit hari iniDia sakit hari ini barangkaliDia sakit barangkali hari ini

HUBUNGAN SINTAGMATIK DALAM ASPEK SINTAKSIS

Page 20: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

o Hubungan paradigmatik adalah hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam suatu tuturan dengan unsur-unsur sejenis yang tidak terdapat dalam tuturan yang bersangkutan.

o Hubungan paradigmatik dapat dilihat dengan cara penggantian, baik pada aspek fonologi, morfologi mahupun sintaksis.

HUBUNGAN PARADIGMATIK

Page 21: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Secara lebih jelas, paradigmatik merujuk kepada perbandingan perkataan dalam sistem bahasa yang mempunyai sebutan atau bunyi dan fungsi yang sama atau hampir sama.

Sebagai contohnya, dalam ayat Ali menyikat rambutnya dan Abu mengikat tali kasut, hubungan antara perkataan menyikat dan mengikat serta rambutnya dan tali kasut bersifat paradigmatik.

Perkataan menyikat dan mengikat mempunyai sebutan atau bunyi yang hampir sama.

Perkataan rambutnya dan tali kasut berfungsi sebagai objek dalam ayat.

HUBUNGAN PARADIGMATIK

Page 22: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

• Paradigmatik bermakna kumpulan perkataan yang tergolong di dalam sesuatu kategori yang tidak jelas dan mengalami perubahan pada bila-bila masa di dalam menyatakan kesatuannya.

• Paradigmatik melibatkan perubahan penggunaan kata di dalam ayat.

• Kata yang mempunyai hubungan secara menegak disebut sebagai hubungan paradigmatik.

• Hubungan begini dikaitkan kesamaan dengan makna antara satu kata dengan kata lain yang disebut sebagai sinonim.

HUBUNGAN PARADIGMATIK

Page 23: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

o Sebagai contoh perkataan lena-nyenyak dan pukul-tabuh.

o Contoh perkataan di atas mempunyai makna yang sama dan boleh diguna kedua-dua pasangan di dalam ayat.

o Ali sedang lena tidur di dalam bilik. Ali sedang nyenyak tidur di dalam bilik.

o Ahmad dipukul oleh bapanya kerana tidak pergi ke sekolah. Ahmad ditabuh oleh bapanya kerana tidak pergi ke sekolah.

HUBUNGAN PARADIGMATIK

Page 24: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Paradigmatik di dalam semiotik pula dilihat sebagai sesuatu set simbol atau tanda yang salah satunya mungkin dipilih untuk digabungkan dengan tanda- tanda yang lain.

Semiotik adalah kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambang dengan benda atau idea yang dimaksudkan.

Hubungan paradigmatik juga boleh dilihat sebagai hubungan luaran antara tanda dengan tanda lain.

Contohnya: Awan gelap - menunjukkan hari hendak hujan.

HUBUNGAN PARADIGMATIK

Page 25: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Hubungan paradigmatik dalam aspek fonologi dapat dilihat pada penggantian fonem-fonem.

Antara bunyi /r/, /k/, /b/, /m/, dan /d/ yang terdapat pada perkataan rata, kata, bata, mata, dan data.

HUBUNGAN PARADIGMATIK DALAM ASPEK FONOLOGI

Page 26: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

Hubungan paradigmatik pada aspek morfologi dapat dilihat pada contoh perfiks me- di-, pe-, dan te- yang terdapat pada kata-kata merawat, dirawat, pesawat, dan terawat.

HUBUNGAN PARADIGMATIK DALAM ASPEK MORFOLOGI

Page 27: Struktur Bahasa Hubungan Paradigmatik & Sintagmatik

o Hubungan sintagmatik dan paradigmatik adalah hubungan secara mendatar atau secara linear tetapi hubungan paradigmatik bermaksud hubungannya adalah secara mengufuk.

KESIMPULAN