suhaila binti mod nor - fp.utm.my · doa, jasa dan pengorbanan kalian mengiringi ... kerana...
TRANSCRIPT
KAJIAN PENILAIAN KURIKULUM PENDIDIKAN FIZIK DAN KIMIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SUHAILA BINTI MOD NOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAJIAN PENILAIAN KURIKULUM PENDIDIKAN FIZIK DAN KIMIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SUHAILA BINTI MOD NOR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT
KELUARGA TERSAYANG
AYAH DAN BONDA
HJ MOD NOR B. ISMAIL & HJH. MARIAM BT HJ HASSAN
DOA, JASA DAN PENGORBANAN KALIAN MENGIRINGI
KEHIDUPAN DAN KEJAYAAN KU.
TERIMA KASIH AYAH DAN EMAK
TERIMA KASIH ADIK-ADIK KU
MOHD RIZAL, SUHANA, MOHD HANAFI
KERANA MENDUKUNG SEMANGAT DAN CITA-CITA KU
TIDAK LUPA JUGA BUAT PARA “PENDIDIK”
MENGAJAR DAN MENABUR BUDI PADA KU
SEHINGGA AKU SAMPAI KE TAHAP INI
KHAS BUAT TEMAN-TAMAN SEPERJUANGAN
TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN DAN SEMANGAT
DARI KALIAN SEPANJANG PENGAJIAN KU
SEMOGA ALLAH JUALAH YANG DAPAT MEMBALAS
SEGALA JASA DAN BUDI BAIK
KALIAN SELAMA INI
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi ke atas limpah kurnia dan iziNYA
Projek Sarjana Muda ini telah dapat disempurnakan. Di kesempatan ini saya ingin
merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah banyak memberi
sokongan dan dorongan untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sehingga dapat
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada PM. Dr. Mohini Binti
Mohamed, selaku penyelia projek di atas keperihatinan beliau menyemak,
menyumbangkan idea, memberi teguran, nasihat, bimbingan dan cadangan sepanjang
projek ini dijalankan.
Penghargaan ini juga saya ucapkan kepada kedua-dua ibu-bapa dan ahli
keluarga kerana memberi galakan dan semangat yang berterusan sepanjang
penyelidikan ini dijalankan. Buat rakan seperjuangan, terima kasih di atas segala
dorongan dan bantuan yang diberikan.
Akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Semoga penyelidikan ini dapat menjadi bahan rujukan yang bermanfaat kepada
semua pihak yang memerlukannya.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah berkaitan tentang penilaian kurikulum program Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan Fizik (SPF) dan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Kimia (SPC). Kajian ini melibatkan seramai 122 orang responden yang terdiri
daripada pelajar tahun satu hingga tahun akhir di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen
soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur empat kategori model KIPP iaitu
Konteks, Input, Proses dan Produk. Empat aspek yang dinilai iaitu program,
kandungan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran dan kepuasan pelajar. Nilai
pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.96. Analisis statistik deskriptif
dalam bentuk min, sisihan lazim dan peratus telah digunakan untuk menganalisi data.
Kesemua data dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the Social
Science” (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan kategori program (min 3.84,
SL=0.79) berada pada tahap memuaskan. Kategori yang kedua adalah kategori
kandungan pelajaran (min 3.74, SL=0.83), diikuti ketiga ialah kategori pengajaran
dan pembelajaran (min 3.68, SL=0.89), keempat ialah kategori kepuasan pelajar (min
3.75, SL=0.84). Keseluruhannya tahap penilaian kurikulum program SPF dan SPC
di UTM berada pada tahap memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat juga
beberapa aspek yang kurang memuaskan dan perlu di tangani. Di samping itu,
dikemukakan juga cadangan kajian untuk memperbaiki perkhidmatan dan
meningkatkan lagi kepuasan pelajar terhadap program yang diambil.
vi
ABSTRACT
The study examined the curriculum evaluation of program ‘Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan Fizik (SPF) and Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Kimia
(SPC)’. A total of 122 first year to final year undergraduate students of Faculty
Education of Universiti Teknologi Malaysia involved in the study. The study
employed a set of questionnaire measuring on four categories of CIPP model that is
Context, Input, Process and Product using five point scales. The four aspects for the
evaluation are program, content of lesson, teaching and learning and student’s
satisfaction. The Cronbach Alpha coefficient for the instrument is 0.96. Data
obtained was analyzed statistically in term of mean, standard deviation and
percentage. All the data was analyzed using the “Statistical Package for the Social
Science” (SPSS). Result of the study showed that the program category (mean 3.84,
SD=0.79) is at a satisfactory level. Second category was content of lesson (mean
3.74, SD=0.83), third was teaching and learning category (mean 3.68, SD=0.89) and
finally, satisfaction category (mean 3.75, SD=0.84). Generally, the level of
curriculum evaluation of program SPF and SPC at UTM were found to be at
satisfactory level. The results of the study also have a less satisfactory level and need
to be addressed. Finally, several recommendations were given to enhance the
student’s satisfaction for the program taken.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABCTRACT vi
KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiii 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6
viii
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8 1.8 Definisi / Istilah 8
1.9 Penutup 10
2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11 2.2 Penilaian Kurikulum 11 2.3 Model Penilaian Kurikulum 14
2.3.1 Model Objektif 15 2.3.2 Model Stake 15 2.3.3 Model Holistik 16 2.3.4 Model Illuminatif 16
2.3.4.1 Komponen 17
2.3.4.2 Tahap Penilaian 17
2.3.4.3 Perlaksanaan Penilaian
Illuminatif 18
2.3.4.4 Kekuatan Dan Kelemahan 19
2.3.5 Model Konteks, Input, Proses Dan
Produk (KIPP) 20
2.3.5.1 Pengenalan 20 2.3.5.2 Carta Alir Model Penilaian KIPP 22 2.3.5.3 Penilaian Konteks 24 2.3.5.4 Penilaian Input 25 2.3.5.5 Penilaian Proses 26
ix
2.3.5.6 Penilaian Produk 26
2.3.5.7 Kekuatan Dan Batasan Model
Penilaian KIPP 27
2.3.5.8 Rumusan 27
2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Penilaian Kurikulum 28
2.4.1 Program 28 2.4.2 Kandungan Pelajaran 33 2.4.3 Pensyarah 35
2.4.4 Pengajaran Dan Pembelajaran 40
2.5 Penutup 44
3 METODOLOGI KAJIAN 45
3.1 Pengenalan 45 3.2 Reka Bentuk Kajian 45 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 46 3.4 Instrumen Kajian 47
3.5 Prosedur Kajian 49 3.6 Kajian Rintis 50 3.7 Analisis Data 51 3.8 Penutup 52 4 ANALISIS DATA 53
4.1 Pengenalan 53 4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden 54
x
4.3 Analisis Dapatan Kajian Bahagian B 56
4.3.1 Analisis Tahap Program 57 4.3.2 Analisis Kekuatan Dan Kelemahan
Kandungan Pelajaran. 59
4.3.3 Analisis Pengajaran Dan Pembelajaran 63
4.3.4 Analisis Tahap Kepuasan Pelajar 65
4.4 Analisis Soalan Terbuka 66 4.5 Kesimpulan 68
4.5.1 Analisis Min Keseluruhan Penilaian 68
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 70
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbincangan 71
5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan Pertama 71 5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kedua 74
5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan Ketiga 77
5.2.4 Perbincangan Dapatan Persoalan Keempat 80
5.3 Cadangan Kajian 82
5.4 Cadangan Lanjutan 82
5.5 Kesimpulan 83
RUJUKAN 85 LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Skala Likert 48
3.2 Pembahagian Item Mengikut Model Penilaian KIPP 48
3.3 Tiga Tahap Penilaian Maklumat Yang Diperolehi 51
4.1
Analisis Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina
54
4.2 Analisis Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Program
54
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Tahun Dan Program
55
4.4 Kesesuaian Dari Segi Memenuhi Pengetahuan Dan
Kemahiran Asas Yang Berkaitan Dengan Profesion
Perguruan
57
4.5 Kekuatan Dan Kelemahan Kandungan Pelajaran
Yang Terdapat Dalam Kursus Yang Dipelajari Di
UTM
59
4.6 Perbandingan Antara Kekuatan Dan Kelemahan
Kandungan Pelajaran Yang Terdapat Dalam Kursus
Yang Dipelajari Di UTM
60
4.7 Analisis Pengajaran Dan Pembelajaran Yang
Dipelajari Di UTM
63
4.8 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Program Di UTM 65
4.9 Min Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan 68
xii
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Langkah-Langkah Proses Kajian Penanda Arasan 14
2.2 Carta Alir Model Penilaian KIPP 24 4.1 Peratus Responden 55 4.2 Bilangan Responden Mengikut Kursus 56 4.3 Perbandingan Antara Kekuatan Dan Kelemahan
Dalam Aspek Kandungan Pelajaran.
63
xiii
SENARAI SINGKATAN
ICT - Information and Communications Technology IPT - Institut Pengajian Tinggi PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik/Matematik) UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan masa kini berhadapan dengan cabaran membentuk seseorang
individu sama ada untuk memenuhi keperluan sendiri, negara atau masyarakat bagi
menghadapi alaf baru. Untuk menghasilkan sumber tenaga manusia yang
berketrampilan, berpengetahuan, dan berkemahiran, pendidikan yang terbaik harus
disediakan.
Dalam konteks demikian, universiti turut tidak terlepas dari memainkan
peranan dalam proses pembangunan individu. Walaupun universiti terkenal dengan
gedung peneroka dalam sesebuah masyarakat, namun fungsinya dalam proses
pembangunan sumber manusia adalah amat penting.
Bertepatan dengan tuntutan ini, maka kurikulum yang sesuai harus dibina
atau diubah supaya individu yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan semasa dan
sejajar dengan hasrat negara untuk cuba menyediakan sistem pendidikan yang
berkualiti dan cemerlang dalam usaha untuk membangunkan generasi alaf baru
menuju Wawasan 2020. Kefahaman tentang kurikulum akan memberikan kelebihan
kepada golongan pendidik untuk melaksanakan program pendidikan dengan lebih
berkesan.
2
Kegiatan pembangunan kurikulum adalah satu proses berterusan untuk
menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Kursus-kursus yang diajar di universiti
perlulah dipantau supaya graduan yang dihasilkan memenuhi keperluan semasa.
(Abdullah, 2005)
Jelas kini fungsi universiti adalah amat penting dalam pembangunan
keilmuan. Namun begitu dalam melaksanakan dan menilai sesuatu kurikulum,
banyak agen perubahan yang diperlukan dan dipantau untuk memastikan kurikulum
yang dibina dapat menghasilkan produk yang terbaik. Ini dapat dilihat dari segi
program, kandungan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran dan tahap kepuasan
pelajar terhadap program yang diambil.
Jesteru itu, perkembangan kurikulum di universiti dapat dinilai daripada
perkembangan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Peranan pelbagai pihak
amatlah penting untuk memastikan kurikulum dapat dilaksanakan seperti mana yang
dirancang. Dengan ini, tidak hairanlah akan lahir graduan yang produktif dan
kecemerlangan universiti sebagai pusat pendidikan dapat direalisasikan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama sesebuah universiti.
Kejayaan tersebut adalah bergantung kepada prestasi dan kejayaan pelajar dalam
pelajaran. Bagi pelajar fakulti pendidikan di UTM, prestasi akademik amatlah
penting kerana pelajar-pelajar inilah merupakan bakal pendidik yang akan
dipertanggungjawabkan kelak untuk mendidik anak bangsa. Selain daripada
akademik, kemahiran mengajar dan pengetahuan yang luas tentang dunia pendidikan
adalah beberapa perkara yang amat penting untuk menjadi seorang guru yang baik
hasil keluaran dari UTM.
3
Hasrat kerajaan untuk melahirkan guru aliran sains yang mencukupi telah
mendorong Fakulti Pendidikan UTM mewujudkan Program Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan - Fizik (SPF) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan - Kimia
(SPC) di UTM. Objektif bagi program ini ialah untuk membentuk guru-guru fizik
dan kimia yang bersahsiah tinggi serta mempunyai teori-teori asas pendidikan, ilmu
dan kemahiran khusus serta ICT untuk merancang dan melaksanakan pengajaran
secara kreatif, inovatif dan efektif di institusi pendidikan. Melalui program ini,
pelajar-pelajar akan dididik dengan ilmu dan kemahiran yang boleh memenuhi
keperluan pembelajaran khususnya peringkat sekolah menengah.
Namun begitu, untuk menghasilkan bakal pendidik yang berkualiti, asasnya
adalah dari program yang diambil. Sejauh manakah keberkesanan kurikulum
pendidikan di UTM dapat melahirkan bakal guru yang berkualiti dan setaraf dengan
hasrat kerajaan untuk menjadikan profesion perguruan suatu bidang yang
profesional. Pada masa kini, kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi
memperolehi pencapaian akademik yang mendatar dan di bawah tahap yang
sepatutnya. Pihak institusi pengajian tinggi yang dapat melahirkan pelajar yang
meningkat dari segi kuantiti, tetapi bukan dari segi kualiti akan mewujudkan
bilangan pelajar yang memperolehi kelas pertama dan kelas kedua tinggi adalah
terhad berbanding dengan bilangan pelajar yang memperolehi kelas kedua rendah
dan kelas ketiga. Merujuk daripada laporan keputusan peperiksaan semesta 1 sesi
2005/2006 bagi aliran perdana, didapati bahawa min PNGK bagi fakulti pendidikan
adalah kedua tertinggi berbanding fakulti-fakulti lain. Walau bagaimanapun, apabila
dilihat daripada skop yang lebih kecil, min keputusan pelajar dari kursus SPF hanya
mencapai setakat 2.87 manakala SPC adalah 2.90. Ini perlu diberi perhatian yang
lebih khusus supaya bakal pendidik yang akan dilahirkan lebih bersedia sebelum
melangkah ke alam pekerjaan sebagai guru.
Dari tahun-tahun awal pengenalannya sehinggalah sekarang, masih tidak
ramai para pensyarah atau penyelidik yang membuat kajian berkaitan dengan
kesesuaian kurikulum mata pelajaran pendidikan yang dipelajari diperingkat
universiti terhadap keperluan pembelajaran di sekolah. Hal ini penting kerana
teknologi dan ilmu pengetahuan sentiasa berubah-ubah berdasarkan keperluan
4
semasa. Begitu juga dengan kurikulum serta kandungan sesuatu mata pelajaran yang
perlu dilakukan perubahan untuk penambahbaikan bagi menyediakan pengetahuan
yang berguna berdasarkan keperluan terkini.
Kajian-kajian telah banyak membuktikan bahawa pelajar-pelajar di institusi
pengajian tinggi sentiasa mengalami berbagai masalah pembelajaran. Objektif
pendidikan, pensyarah, pengajaran dan pembelajaran merupakan beberapa perkara
penting yang memastikan kecemerlangan sesebuah akademik. Kesesuaian sesuatu
program atau kurikulum pembelajaran yang dirancang perlulah memenuhi keperluan
pelanggan dan pasaran. Dalam hal ini sebelum membuat sesuatu program haruslah
memikirkan terlebih dahulu bentuk-bentuk pengisian atau input yang perlu
disediakan bagi memastikan kurikulum dalam sesuatu program yang dilaksanakan
sesuai dan dapat melahirkan graduan yang berkualiti yang diperlukan oleh negara.
1.3 Penyataan Masalah
Kecemerlangan akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan
seseorang pelajar dalam semua peringkat, dari alam persekolahan hinggalah ke
institusi pengajian tinggi. Namun begitu, tanpa disedari terdapat pelajar yang
cemerlang di sekolah tetapi tidak cemerlang di universiti. Adakah kurikulum yang
terdapat di universiti tidak memuaskan atau tidak memenuhi kepuasan yang
dikehendaki? Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap kepuasan pelajar dan menilai
kurikulum yang telah dijalankan sama ada memberi manfaat atau sebaliknya.
Penilaian kurikulum yang dilaksanakan akan dapat memperbaiki kualiti
sistem pendidikan di fakulti pendidikan. Selain itu, melalui penilaian yang
dilakukan, pelajar dapat meluahkan kepuasan dan ketidakpuasan terhadap program
yang diambil, fakulti dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan yang lebih penting
dapat melahirkan graduan UTM yang berkualiti sesuai dengan kehendak
kementerian juga sekolah.
5
Selain itu, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau
persepsi bakal guru dari UTM. Pelajar-pelajar diminta memberi maklum balas
mengenai program yang diambil di UTM, kekuatan dan kelemahan kandungan
pelajaran, pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari, serta kepuasan pelajar
terhadap program yang diambil di UTM. Ia melihat sama ada kandungan kurikulum
yang dilaksanakan masa kini masih relevan atau pun tidak untuk keperluan
pembelajaran masa kini di sekolah atau di institusi pendidikan yang lain. Ia penting
sebagai semakan untuk penambahbaikan bagi pengubahsuaian kandungan kurikulum
di masa hadapan.
Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberi sumbangan memandangkan tidak
ramai yang membuat penyelidikan tentang perkara ini. Fokus utama adalah daripada
program SPF dan SPC. Melalui kajian ini dapatlah diketahui samaada kurikulum di
UTM dapat memenuhi atau tidak keperluan pembelajaran terutamanya di sekolah.
Kajian ini juga adalah amat perlu dan hasil kajian yang diperolehi amat berguna
kepada semua pihak terutamanya kepada universiti dan pensyarah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mengandungi beberapa objektif utama seperti di bawah,
i. Mengenal pasti sejauh manakah program yang diambil di UTM dapat
memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan
profesion perguruan.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kandungan pelajaran yang
terdapat dalam kursus yang dipelajari di UTM.
iii. Mengenal pasti sejauh manakah pengajaran dan pembelajaran yang
dipelajari di UTM memenuhi keperluan pelajar.
iv. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap program yang diambil
di UTM.