sumbangan tamadun islam dalam bidang sains sosial
TRANSCRIPT
TAMADUN ISLAM
Tajuk: Sumbangan Tamadun Islam kepada
bidang Sains Sosial dan Seni
PENGENALANTamadun Islam merupakan salah
satu tamadun dunia yang terunggulSumbangannya tidak ternilai dalam
membentuk generasi muda yang bertamadun dan maju.
Sejarah Islam juga telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam Islam telah mampu membentuk satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat manusia, menuju kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
MAKSUD TAMADUN
MAKSUD SAINS SOSIAL
MAKSUD SENI
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
SOSIALAsas-asas Pembentukan Masyarakat
Islam pada Zaman Rasulullah dan Sahabat.
Sambg. Akhlak menjadi perkara asas yang
perlu ditanam dan disuburkan dalam pembinaan sesebuah masyarakat.
Jatuh bangunnya sesebuah masyarakat bergantung sejauh mana akhlak dapat diterapkan dan dicerakinkan.
Dengan asas akhlak, pembentukan peribadi yang menjadi tunggak masyarakat akan tercapai
SOSIAL
Hak dan Tanggungjawab Anggota Masyarakat
Setiap individu berhak hidup dengan aman dan tenteram
Kebebasan setipa individu tidak boleh diceroboh Maruah dan peribadi, nilai diri dan nama baik setiap
ahli masyarakat tidak boleh dihina dan dicela sesuka hati
Kebebasan berfikir, beragama dan melahirkan pendapat juga merupakan hak anggota masyarakat
Setiap individu bebas bergerak dan melakukan sebarang aktiviti yang bermanfaat tanpa batasan warna kulit dan pegangan agama.
Menegakkan kebaikan dan menentang kemungkaran merupakan hak bagi setiap anggota masyarakat yang diberikan oleh Islam
Islam dan Masyarakat Berbilang Kaum
Ahli-ahli sains sosial menakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat berbilang bangsa, bahasa, kebudayaan dan agama
Masyarakat beragama Islam wajb tunduk kepada semua peruntukan hukum Islam. Kewajipan ini ditentukan oleh 2 faktor:
1. Kewajipan terhadap Allah S.W.T apabila ia mengumumkan Islam sebagai agamanya (tanggungjawab akidah atau agama)
2. Tanggungjawab kepada pemerintah yang mengambil sistem perundangan Islam sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab politik)
PENDIDIKAN
Zaman Pemerintahan Bani Umayyah Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, para
Sahabat dan Tabi’in berlumba-lumba membina institusi pengajian Islam, di masjid, kuttab (pondok), istana dan rumah.
Sebagai contoh Khalifah Mu’awiyah ibn Abi Sufyan sering mengundang para cendekiawan ke istananya untuk membicangkan pelbagai bidang ilmu.
Pihak pemerintah telah menubuhkan Bayt Al-Ilm (gedung ilmu) di Baghdad untuk memindahkan ilmu dari negara luar melalui usaha penterjemahan.
Penterjemah, pustakawan, penyalin dan ramai orang terpelajar dilantik untuk menjalankan tugas-tugas tersebut dengan bayaran gaji yang tinggi.
Pada masa pemerintahan Nizam Al-Mulk telah ditubuhkan sebagai institusi yang dinamakan Madrasah Nizamiyah di Baghdad sebagai pusat pendidikan.
Zaman Pemerintahan Bani Abbasiah Zaman pemerintahan Harun Al-Rashid
dan Al-Ma’mun merupakan zaman kemajuna dan kegemilangan ilmu seperti masjid, kuttab dan istana, kerajaan telah mendirikan pusat pengajian yang lebih moden dikenali sebagai madrasah (sekolah).
Ia mencangkupi pengajian peringkat rendah, menengah dan tinggi di seluruh negara terutamanya di Kota Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah dan Balkh.
Zaman mereka dianggap sebagai zaman keemasan dalam bidang pengetahuan dan pendidikan.
Sistem Pengajian Pondok
Sistem pengajian pondok merupakan antara institusi pendidikan Islam yang bersifat normal dan mempunyai pengaruh yang besar dikalangan masyarakat Melayu.
Sistem pengajian pondok bermula sejak abad ke-18M hingga ke abad 20 M.
Sistem pengajian sebegini berkembang pesat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Sekolah Pondok Pak Chu Him di
Gajah Mati, Pendang
Madrasah Pokok Sena yang dibuka oleh Tuan Hussain
Kedah serta dikelilingi lebih seratus buah
pondok.
EKONOMI
3- EKONOMIKonsep ekonomi pada dasarnya
menekankan Allah S.W.T sebagai penguasa yang mencipta alam ini.
Konsep pertama adalah konsep Rububiyyah yang menekankan sifat Allah S.W.T sebagai penguasa yang membuat peraturan dan bertujuan menjaga dan menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Prinsip Ekonomi Kebebasan terhad dan menurut nilai-
nilai akhlak. Hak milik swasta atau awam. Campurtangan pihak berkuasa. Prinsip keadilan sosial. Prinsip kemuafakatan. Prinsip istikhlaf. Prinsip bekerja dengan ganjaran. Prinsip keuntungan dan kerugian. Prinsip menjauhkan perbuatan
merosakkan
Perbandingan Sistem Ekonomi Moden dengan Sistem Ekonomi
IslamKapitalisme Islam
Berasaskan Laisez Faire Penekanan terhadap hak
pemilihan individu dan perdagangan bebas.
Monopoli Riba Pengamalnya tidak akan
mendapat sebarang ganjaran selagi modal yang dipinjam tidak akan menghasilkan keuntungan.
Semua harta kekayaan hanya milik Allah S.W.T
Individu berhak menikmati hasil titik peluhnya sendiri.
Tiada riba
Pencapaian dalam Bidang Ekonomi
Bank Islam Al-Rahnu(Pajak Gadai Islam) Zakat Takaful Pusat Pungutan Zakat Saham dan institusi Sistem perbankan tanpa faedah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia(YPEIM) Lembaga Urusan Tabung Haji.
POLITIK DAN PENTADBIRAN
Konsep Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
Pemerintah dan pemimpin ialah Khalifah Allah S.W.T dimuka bumi yang diamanahkan oleh Allah untuk memerintah dan memimpin rakyat, mentadbir alam dan mengurus sumber tabii.
Pemerintahan dan pentadbiran berlunaskan konsep Imamah (menghayati ciri-ciri kepimpinan Imam dalam mengetuai sembahyang berjemaah).
Kuasa merupakan amanah Allah kepada manusia yang perlu digunakan dan dijalankan secara betul serta menepati dengan kehendak yang dituntut oleh syariah
Peranan Rasulullah S.A.W sebagai Ketua Negara
Membina masjid dan menjadikannya sebagai institusi
Menyatupadukan orang-orang Arab di bawah satu Akidah
Meletakkan asas penubuhan kerajaan Islam Madinah setelah baginda dan orang
Mengadakan perjanjian kesefahaman dan kerjasama bantu-membantu antara orang-orang Islam dengan Yahudi
PIAGAM MADINAH
Peranan Pemerintahan Al-Khulafa’ Al-Rashidin
Mentadbir kerajaan Madinah setelah kewafatan Rasulullah dan menggantikan Rasulullah sebagai ketua negara Islam dalam mengurus kepentingan ummah.
Memperkukuh kewibawaan dan kedaulatan kerajaan Islam
memperluas kekuasaan pengaruh Islam ke kawasan luar semenanjung Tanah Arab melalui pembukaan negeri-negeri yang baru.
mengemaskini struktur pentadbiran dan organisasi kerajaan supaya menjadi lebih cekap dan berkesan.
Memperteguhkan kedudukan ekonomi negara Islam. Mempertingkatkan hasilpendapatan dan sumber kewangan kerajaan islam dengan memperkenalkan cukai-cukai baru.
Pemerintahan Kerajaan Islam Madinah di Bawah Khalifah Umar Ibn Al-Khatab (R.A) Perluasan wilayah-wilayah kerajaan
Islam. Pentadbiran wilayah. Strultur dan organisasi pentadbiran
Umar Ibn Al-Khattab Penubuhan Bayt Al-Mal Pentadbiran tanah Pembinaan bandar-bandar tentera Peraturan dan arahan baru
Prinsip Syura Pentadbiran dan pengurusan berlandaskan
sistem perbincangan dan perundingan dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan.
Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan / pentadbiran dibuat melalui persetujuan hasil daripada perbincangan.
Kesepakatan, kesefahaman dan kesatuan pendapat serta pandangan dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu masalah.
Menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai asas sandaran dan sumber rujukan dalam membuat keputusan.
Menghormati dan menghargai pandangan orang lain.
Prinsip Hibah: Mengawal, menyemak dan mngemaskini sistem
pemerintahan dan pentadbiran supaya dapat dipertingkatkan lagi tahap kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan kepada rakyat.
Menilai pencapaian prestasi dalam pentadbiran dan pengurusan supaya kelemahan, kekurangan dan kesilapan diri dapat di atasi dan diperbaiki dengan baik.
Mengukur kejayaan pemerintahan supaya perlaksanaan perancangan menepati kehendak sasaran dan memenuhi matlamat yang diingini.
Mengetahui kesilapan diri sendiri supaya dapat dilakukan pembetulan dan memastikan permasalahan yang sama tidak berulang lagi.
Menyemak perkembangan serta mengikuti perubahan bagi menentukan kejayaan perlaksanaan sesuatu dasar atau perancangan.
GEOGRAFI DAN PELAYARAN
Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam, kerana dari ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan fardhu haji.
Tokoh Geografi dan Pelayaran Islam 1.Sulaiman
Buku pertama dalam bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan laporan-laporan perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Siraf, ke negeri China dan India. Sulaiman melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan.
2. Thabit Ibn Qurrah Beliau telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan beberapa tempat di bumi berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud.
Sambg. 3. Ibn Khurdazbih
Beliau berketurunan Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada tahun 232H/846M yang diberi judul "Kitab al Masalik wa al-Mamalik".
Buku yang bernilai khusus tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara bebas.
Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, al-Maqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis geografi lain pada masaselepasnya
4. Ab Abdullah Al-BattaniAl-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius.
Beliau amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang agung termasuklah menetapkan tahun syamsiah
menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat.
Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum — De numeris stellerum et motibus.
Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.
Ibn Batuta (704 – 779H / 1304 – 1372M) – Bapa Pelayaran
Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko.
Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan dan telah
menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun .
Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan.
Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat.
Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain.
Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
IbnuMajid Nama lengkap beliau ialah Sihabuddin Ahmad bin Majid bin
Amr ad-Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husain bin Abi Ma'lak as-Sa'di bin Abi ar-Raka'ib an-Najdi.
Tidak diketahui tanggal lahir dan kematiannya. Namun, beberapa sumber sejarah menyebut beliau hidup pada abad 9 H atau 15 M.
Keluarga Ibnu Majid berasal dari daerah Gurun Nejd, Yaman. Lautan menjadi tempat yang tak asing bagi Ibnu Majid sejak
kecil lagi. Beliau sering mengikuti pelayaran yang dilakukan ayahnya di kawasan Laut Merah.
Penguasaannya ke atas kawasan Samudra Hindi mendorong dirinya membuat catatan-catatan khusus dalam bidang ini.
Kepandaian Ibnu Majid dalam perhitungan pelayaran mencapai puncaknya ketika ia berhasil membuat kompas dengan 32 arah mata angin.
Kompas yang jauh lebih baik daripada kompas buatan ahli-ahli pelayaran lain ketika itu, terutama orang Mesir dan Moroko yang merupakan bentuk awal kompas moden.
KESENIAN
DEFINISI Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang
estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran.
Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.
Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan.
Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia.
Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.
KESIMPULAN
Banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah.
RUJUKAN Mustafa Haji Daud (2002), Tamadun Islam,
Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Abdul Rahman Nawas,Nawawee Mohammad (1995), Tamadun Islam,Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur.
Mohd Liki Hamid (2006), Pengajian Tamadun Islam, PTS Profesional, Kuala Lumpur.
Haji Ahmad Fauzi Hj Morad (1997), Tamadun Islam, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
http://www.slideshare.net/ryblaze/sumbangan-tamadun-islam
http://myais.fsktm.um.edu.my/7541/1/68-84_Dr._Ali.pdf