sumbangan tokoh asing terhadap perkembangan bahasa melayu moden
TRANSCRIPT
SUMBANGAN TOKOH ASING TERHADAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN ERA PRAMERDEKAR.O WINSTEDT( 1878 – 1966 )
DISEDIAKAN OLEH :SHARIFAH SHAIDA ZAINAL
BIODATA Nama penuh R.O Winstedt ialah Richard
Olaf Winstedt . Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di
Oxford dan meninggal dunia pada 2 Jun 1966 di London .
Mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College , Oxford dan memperoleh Master of Arts .
Kemudian beliau menerima Doctor of Letters pada tahun 1920 .
Berkhidmat di tanah melayu Beliau datang ke Tanah Melayu untuk
menjadi nazir sekolah-sekolah di Perak pada tahun 1902 .
Semasa berkhidmat , beliau mendalami pengetahuan tentang bahasa dan budaya Melayu .
Beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran pada tahun 1916 di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu .
Pada tahun 1935 , beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan di Tanah Melayu dan pulang ke London .
Setelah pulang ke london
Setelah menetap di London , R.O Winstedt berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti London .
Beliau dilantik sebagai reader dan akhirnya sebagai Honorary Fellow dalam bidang Melayu di School of Oriental and African Studies .
Bersara daripada perkhidmatan pendidikan aktif pada tahun 1946 .
Sumbangan dalam bidang bahasa
R.O Winstedt merupakan pegawai Inggeris yang berusaha melakukan penyelidikan tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu .
Menghasilkan dua buah kamus yang dianggap lengkap oleh beberapa orang sarjana .
Kamus tersebut ialah A Practical Modern Malay-English Dictionary (1952) dan An Unabridged English Dictionary (1958) .
Selain dari dua buah kamus itu , beliau menghasilkan kamus yang berjudul Dictionary of Colloquial Malay .
Selain bidang perkamusan , R.O Winstedt menyusun tatabahasa Melayu berdasarkan dua buah buku , iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah .
Dengan berdasarkan buku tersebut , beliau menghasilkan karya tatabahasa yang berjudul Malay Grammar yang diterbitkan pada 1914 .
Sumbangan dalam bidang kesusasteraan
R.O Winstedt menghasilkan A History of Classical Malay Literature .
Beliau juga menyunting Hikayat Bayan Budiman , Misa Melayu , dan Hikayat Anggun Cik Tunggal .
Karya-karya popular
o Karya popular beliau yang lain termasuklah The Malay Magician , A Simple Malay Reader , Malay Proverbs , dan The Malays : A Cultural History .
o Selain itu , karya yang berkaitan dengan sejarah seperti History of Malaya , History of Riau and Johore , History of Perak , dan lain-lain lagi .
Sumbangan dalam bidang pendidikan
• Semasa menjadi Penolong Pengarah Pelajaran , beliau ditugaskan meneliti dan membuat kaji selidik tentang pendidikan vernakular .
• Beliau juga membuat laporan yang mengemukakan cadangan tentang bidang pelajaran .
• Akhirnya Maktab Perguruan Sultan Idris , Tanjung Malim ditubuhkan pada 1922 .
• Selepas beliau terlibat dalam soal-soal pendidikan , beliau kemudiannya menghasilkan dua buah buku tentang pendidikan .
• Buku tersebut ialah Education in Malay (1923) dan The Educational System in Malaya (1931) .
Sekian terima kasih