sumbangan tokoh matematik india
TRANSCRIPT
SUMBANGAN TOKOH MATEMATIK TIMUR TENGAH DAN INDIA
SUMBANGAN ARYABHATTA:
Aryabhatta yang lahir pada 478 sangat terkenal dalam bidang astronomi
sehingga diberikan gelaran sebagai “Bapa Astronomi India”.
Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang kemudiannya
dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian.
Pada tahun 499, Aryabhata memperkenalkan fungsi versinus dan menghasilkan
jadual sinus trigonometri yang pertama, mengembangkan teknik dan algoritma
algebra, infinitesimal, persamaan pembezaan, dan memperolehi penyelesaian
nombor bulat untuk persamaan linear dengan suatu cara yang serupa dengan
cara moden, bersamaan dengan perkiraan astronomi tepat berasaskan sebuah
sistem kegravitian heliosentrik.
Beliau juga mengira nilai π hingga empat tempat perpuluhan sebagai 3.1416.
SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI:
Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang
kemudiannya diperkembangkan kepada tangen.
Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh
Khwarizmi.
Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep
asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak
hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi
juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam
pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.
Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa
lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0). Kejayaan itu
akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada
bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.
Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang
dibangunkan oleh orang Arab.
Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan
itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh
nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.
Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab),
beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan
pecahan.
Beberapa cabang ilmu dalam Matematik yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi
seperti: geometri, aljabar, aritmatika dan lain-lain.
Beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan
trigonometri dan astronomi. Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan
matematik dan mengemukakan 800 buah masalah yang sebagian besar
merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo.
Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-
Khawarizmi.
Dalam Sistem Nombor, beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting
dalam sistem Nombor pada zaman sekarang. Karyanya yang satu ini memuat
Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan trigonometri , teorema segitiga
sama kaki dan perhitungan luas segitiga, segi empat dan lingkaran dalam
geometri.
Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar
dan hisab.
SUMBANGAN IBN-SINA:
Beliau yang lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah
merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji
bintang pada masa tersebut.
Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana
beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen,
pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau
sendiri untuk diamalkan.
Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal
Tuhan.
SUMBANGAN OMAR KHAYYAM:
Beliau telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam
memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta
klasifikasi tentang persamaan.
Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan
jelasnya dalam penulisan al-Khawarizmi.
Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan iaitu penemuan
sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu sama lain dalam
kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan dalam
bentuk geraf.
Beliau mengkelaskan banyak persamaan algebra berdasarkan kerumitan
masing-masing dan mengenal pasti 13 bentuk persamaan kubus yang berbeza.
Beliau membangunkan pendekatan geometri untuk menyelesaikan persamaan,
yang membabitkan satu pilihan pintar kon-kon yang sesuai.
Beliau menyelesaikan persamaan-persamaan kubus dengan menyilangkan
parabola dengan bulatan.
Beliau merupakan orang pertama yang membangunkan teorem binomial dan
menentukan pekali binomial.
Beliau memajukan pengembangan binomial bagi kes apabila eksponen adalah
integer positif.
Beliau menokok nambah hasil kerja Euclid sambil memberi definisi baru bagi
nisbah-nisbah dan memasukkan pendaraban nisbah-nisbah. Beliau
menyumbang kepada teori garis selari.
SUMBANGAN BHASKARA:
Pada abad ke-12, Bhaskara merupakan tokoh pertama untuk memikirkan
kalkulus pembezaan, bersamaan dengan konsep-konsep terbitan, pekali
pembezaan dan pembezaan.
Beliau juga membuktikan teorem Rolle (kes khas untuk teorem nilai min),
mengkaji persamaan Pell, dan menyiasat terbitan fungsi sinus. Sejak abad ke-
14, Madhava serta ahli-ahli matematik Pusat Pengajian Kerala yang lain
mengembangkan ideanya dengan lebih lanjut.