sumber maklumat sekunder
DESCRIPTION
kemahiran berfikirTRANSCRIPT
Sumber maklumat sekunder
Sumber sekunder boleh dikenali sebagai sumber kedua,sumber
bukan sezaman. Menurut Kamus Dewan dan Pustaka edisi ketiga
cetakan keenam 2002, sekunder bermaksud yang kedua pentingnya
atau tidak yang utama atau yang terbit atau terhasil daripada satu
yang asas atau utama. Hal ini bermakna sumber sekunder dihasil
daripada sumber primer. Sumber ini sudah diubah, diedit dan
ditafsirkan. Ia merupakan pernyataan semula ataupun ringkasan
daripada maklumat utama atau sumber primer. Sumber sekunder
adalah sumber yang sudah ditapis oleh orang lain yang bukan
sumber asalnya.
Menurut Arthur Marwick dalam bukunya yang bertajuk “The
Nature of Nasionan”, beliau mengatakan bahawa sumber sekunder
adalah karya-karya yang sudah diproses berdasarkan bahan-
bahan mentah tertentu atau daripada saksi-saksi yang terlibat dalam
kejadian tertentu. Berdasarkan pandangan Abdul Rahman Haji
Abdullah, sumber sekunder merupakan karya yang sudah diproses
daripada bahan mentah.
Sumber sekunder turut mencerita, menganalisis, mentafsir
dan menilai sumber primer. Sumber sekunder memberi gambaran
kepada pembaca tentang sesuatu yang telah berlaku berdasarkan
sumber primer yang sukar difahami.
Sumber ini telah memenuhi keperluan kita kerana kos yang
lebih murah dan mudah difahami. Walaubagaimanapun, sumber ini
juga mempunyai kekurangan kerana ia mungkin disusun dan diterbit
bagi tujuan lain yang berbeza dengan kehendak pengguna.
Maklumatnya mungkin kurang tepat dan sudah ketinggalan. Ia juga
mungkin bukan dalam format yang kita inginkan.