sumber tenaga elektrik

Upload: sllonebull

Post on 10-Mar-2016

103 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

SUMBER TENAGA ELEKTRIK-SEL KERING

-Saiz kecil ,senang dibawa-Tidak boleh diguna semula setelah tenaga telah habis-Contoh bahan yang menggunakan sel kering ialah lampu kecil,kereta maian ,kalkulator

-AKUMULATOR

-Lebih besar daripada sel kering-Boleh memasukkan tenaga setelah tenaga telah habis-Contoh bahan yang menggunakan akumulator ialah kereta

DINAMO

-menukar tenaga kinetik kepada tenaga elektrik -Contoh bahan yang menggunakan akumulator ialahbasikal -putaran lebih banyak kali, mentol akan lebih terang

TENAGA SOLAR

-menyerap tenaga daripada matahari dan menukar tenaga cahaya kepada tenaga elektrik.-Contohnya lampu jalan,satelit, heater

STESEN JANAKUASA ELEKTRIK

-menghantar tenaga elektrik ke setiap rumah,kilang atau pejabat

Rancangan Pelajaran harian ( Tenaga bertindak )

Rancangan Pelajaran harian Unit 2 ( Tenaga )

Tarikh/ Hari: 2 November 2011 / RabuMasa : 7.30 8.30Matapelajaran: Sains Bil Pelajar: 20 orang Tahun : 5Tajuk: Tenaga ( Tenaga bertindak ) Objektif : Perubahan Bentuk Tenaga1.1 Menyatakan bentuk tenaga1.2 Menyatakan tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.

Pengetahuan Sedia Ada : mentol yang menyala boleh menjadi panasKemahiran Proses Sains: Meramal, membuat inferens, berkomunikasi, membuat hipotesisBahan : Mentol, lampu picit, bateri, lilin.Nilai :Bekerjasama, Kerajinan mensyukuri nikmat TuhanKemahiran : Simulasi, penerangan, bersoaljawab dan sumbangsaran.

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi( 10 Minit )Pelbagai bentuk tenaga- Guru mengucapkan salam.- Guru meminta murid memerhati bhan-bahan yang ditunjukan oleh guru. - Guru meminta murid menyatakan apa yang mereka perhatikan.- Murid menjawab salam- Murid membuat pemerhatian.- Murid menyatakan apa yang mereka perhatikan.Lilin menyala, lampu picit, radio.

K.P.SPemerhatianBBMLilin, radio, lampu picit.

Perkembangan.

Langkah 1( 15 Minit )Pelbagai bentuk tenaga:Contoh:-Tenaga cahaya- Tenaga bunyi-Tenaga haba- Tenaga Kimia- Tenaha elektrik- Tenaga solar- Tenaga Keupayaan

- Guru memberi penerangan kepada murid mengenai kepelbagaian bentuk tenaga.

- Guru menyatakan contoh bentuk bentuk tenaga dan memberi penjelasan mengenai setiap contoh di papan tulis.- Guru meminta murid-murid untuk menyalin semula nota yang di tulis ke dalam buku nota.- Guru memilih murid secara rawak untuk bersoaljawab secara lisan dengan murid -murid untuk mengukuhkan lagi pengetahuan mereka.- Murid memberi perhatian dan mendengar penerangan dari guru.

- Murid mencatat nota yang ditulis oleh guru ke dalam buku nota mereka.- Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul.- Kemahiran: PeneranganKPS: Berkomunikasi, inferens, membuat hipotesis

Langkah 2( 25 Minit )Perubahan Tenaga.T.elektrik T. HabaT. Elektrik T. Bunyi + T. CahayaT.Kimia T. Haba + T.Cahaya- Guru menerangkan bahawa tenaga boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.- Guru menyatakan contoh contoh aktiviti yang melibatkan perubahan bentuk tenaga.- Guru membuat catatan mengenai aktiviti perubahan bentuk tenaga di papan tulis.

- Guru meminta murid secara individu menyatakan perubahan tenaga bentuk tenaga yang terdapat pada peralatan yang dinyatakan.Contoh alat:- Periuk elektrik- Radio- Televisyen- Dapur gas- Kipas angin- Seterika- Jam dinding - Guru meminta murid memberi jawapan mengenai perubahan bentuk tenaga.- Guru membetulkan jika terdapat kesilapan.

- Murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru.- Murid membuat catatan berdasarkan penerangan dari guru.

- Secara individu, murid mencari jawapan mengenai perubahan bentuk tenaga yang terlibat berdasarkan peralatan yang diterangkan oleh guru.

- Murid menulis jawapan mereka di papan tulis.

K.P.S: Pemerhatian, Berkomunikasi, inferensBBM: Lilin, radio, lampu picit.Kemahiran: PeneranganNilai: Kerajinan, Bekerjasama

Penutup( 10 minit )Terdapat pelbagai bentuk tenaga:-Tenaga cahaya -Tenaga bunyi -Tenaga haba -Tenaga Kimia -Tenaga elektrik - Tenaga solar - Tenaga Keupayaan

Contoh Perubahan Tenaga.T.elektrik T. HabaT. Elektrik T. Bunyi + T. CahayaT.Kimia T. Haba + T.Cahaya

- Guru merumuskan pelajaran pada hari itu denga bersoaljawab dengan murid.Soalan.Apakah conto-contoh bentuk tenaga?- murid menjawab soalan guru.

Jawapan. -Tenaga cahaya -Tenaga bunyi -Tenaga haba -Tenaga Kimia -Tenaga elektrik - Tenaga solar - Tenaga KeupayaanKemahiran : Bersoaljawab

Refleksi :Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Objektif yang hendak di capai telah tercapai. Dan murid dapat mengaitkan dengan pengajaran yang lepas.

Kekuatan:Kekuatan dalam menyampaikan pengajaran tajuk tenaga ini ialah, kefahaman murid serta pengetahuan mereka terhadap tajuk ini. Tambahan pula tajuk ini, dirasakan agak mudah dan senang untuk difahami dan dikuasai. Selain itu juga, murid telah belajar sedikit sebanyak mengenai tajuk ini pada pengajaran sebelum ini. Pengalaman lepas mereka juga penting untuk memudahkan mereka menguasai tajuk ini. Ini kerana, kebanyakan peralatan yang dinyatakan sering kali mereka lihat dan gunakan dalam kehidupan seharian.

Kelemahan. Ketiadaan penggunaan peralatan Ict .Guru lebih banyak memberi penerangan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berfokuskan guru.

Langkah Penambahbaikan.Cuba perbanyakan lagi bahan bantu mengajar, seperti mempelbagaikan lagi gambar-gambar yang berkenaan. Selain itu juga, cuba gunakan ICT dalam pengajaran seperti mengadakan tayangan video mengenai yang berkaitan dengan tajuk yang diajar.

Rancangan Pelajaran harian Tajuk 2 ( Perubahan Tenaga )

Tarikh : 3 April 2013Hari : RabuMasa : 7.40 - 9.10 pagiMata pelajaran: SainsBil Pelajar : orangTahun : 5 BetaTajuk : Tenaga ( Tenaga bertindak )Objektif : Perubahan Bentuk Tenaga 1.1 Menyatakan bentuk tenaga 1.2 Menyatakan tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. 1.3 Memberi contoh-contoh peralatan yang menunjukkan berlakunya perubahan bentuk tenaga.Hasil Pembelajaran : 1.1 : Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 7 jenis bentuk tenaga 1.2 : Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 2 daripada 4 perubahan tenaga 1.3 : Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 perubahan bentuk tenaga yang berlaku dalam objek yang dinyatakan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah berpengalaman perubahan tenaga di persekitaran iaitu perubahan tenaga pada lampu suluh ( lampu bercahaya dan mentolnya menjadi panas selepas dinyalakan.Kemahiran Proses Sains : Meramal, membuat inferens, berkomunikasi, membuat hipotesisBahan : lampu picit, bateri, lilin.Nilai :Bekerjasama, Kerajinan mensyukuri nikmat TuhanKemahiran : Simulasi, penerangan, bersoal jawabdan sumbang saran.

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan

Set Induksi( 10 Minit )Pelbagai bentuk tenaga- Guru memberi salam.- Guru menyalakan lilin, dan membuka suis lampu suluh.- Murid memerhati bahan-bahan yang ditunjukkan oleh guru.- Murid menyatakan apa yang mereka perhatikan.K.P.SPemerhatianBBMLilin, radio, lampu picit.

Perkembangan.

Langkah 1( 20 Minit )Pelbagai bentuk tenaga:Contoh:-Tenaga cahaya- Tenaga bunyi-Tenaga haba- Tenaga Kimia- Tenaga elektrik- Tenaga solar- Tenaga Keupayaan

- Guru memberi penerangan kepada murid mengenai kepelbagaian bentuk tenaga.- Guru menyatakan contoh bentuk bentuk tenaga dan memberi penjelasan mengenai setiap contoh di papan tulis.- Guru meminta murid-murid untuk menyalin semula nota yang di tulis ke dalam buku nota.- Guru memilih murid secara rawak untuk bersoaljawab secara lisan dengan murid -murid untuk mengukuhkan lagi pengetahuan mereka.Kemahiran:PeneranganKPS:Berkomunikasi, inferens, membuat hipotesis

Langkah 2( 20 Minit )Perubahan Tenaga.T.elektrik T. HabaT. Elektrik T. Bunyi + T. CahayaT.Kimia T. Haba + T.Cahaya- Guru menerangkan bahawa tenaga boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.- Guru menyatakan contoh contoh aktiviti yang melibatkan perubahan bentuk tenaga.- Guru membuat catatan mengenai aktiviti perubahan bentuk tenaga di papan tulis.K.P.S:Pemerhatian, Berkomunikasi, inferensBBM:Lilin, radio, lampu picit.Kemahiran:PeneranganNilai:Kerajinan, Bekerjasama

Langkah 3(20 Minit )- Murid secara berkumpulan menyatakan perubahan tenaga bentuk tenaga yang terdapat pada peralatan yang dinyatakan.

Contoh alat:- Periuk elektrik- Radio- Televisyen- Dapur gas- Kipas angin- Seterika- Jam dinding

- Guru meminta murid memberi jawapan mengenai perubahan bentuk tenaga di papan putih.- Guru membetulkan jika terdapat kesilapan.K.P.S : Perbincangan kumpulanBBM : Kad gambar

Penutup( 10 minit )Terdapat pelbagai bentuk tenaga:-Tenaga cahaya -Tenaga bunyi-Tenaga haba-Tenaga Kimia-Tenaga elektrik - Tenaga solar- Tenaga Keupayaan

ContohPerubahan Tenaga.T.elektrik T. HabaT. Elektrik T. Bunyi + T. CahayaT.Kimia T. Haba + T.Cahaya- Murid bersoal jawab dengan guru tentang apa yang telah dipelajari

Soalan.Apakah contoh-contoh bentuk tenaga?

Jawapan.-Tenaga cahaya -Tenaga bunyi-Tenaga haba-Tenaga Kimia-Tenaga elektrik - Tenaga solar- Tenaga KeupayaanKemahiran :Bersoal jawab

Sumber dan Kegunaan Elektrik 1.1 Sumber Elektrik

Kemagnetan Dinamo dan turbin pada penjana di stesen jana kuasa elektrik menggunakan prinsip tindakan kemagnetan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Prinsip ini berdasarkan pergerakan magnet melalui gegelung wayar yang dililit di sekeliling sebatang teras besi. Apabila magnet digerakkan, jarum penunjuk galvanometer akan bergerak. Keadaan ini menunjukkan terhasilnya arus elektrik.

Dinamo Bahagian utama dinamo ialah gegelung wayar, magnet, kekal, dan teras besi. Apabila andan mengayuh basikal, magnet dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar. Teras besi digunakan untuk mengembangkan medan magnet. Arus elektrik yang lebih kuat akan terhasil apabila putaran magnet dilajukan atau bilangan lilitan gegelung wayar ditambah.

Turbin Turbin ialah sejenis alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim, atau angin. Turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal untuk menggerakkan pelbagai jenis mesin seperti pam air dan penjana elektrik. Rotor di dalam turbin terdiri daripada bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar. Apabila bilah-bilah ini diputar oleh air misalnya, maka gandar akan turut berputar oleh air misalnya, maka gandar akan turut berputar. Gandar ini dihubungkan kepada penjana yang akan berputar dan mengahasilkan kuasa elektrik.

Tindaka Kimia

Sel Kering Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt. Sel ini digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio, lampu suluh, jam, dan alatan mainan. Batang karbon yang terdapat di tengah-tengah sel bertindak sebagai punca positif. Di sekeliling batang karbon terdapat campuran ammonium klorida dan mangan dioksida yang bertindak sebagai elektrolit. Bahan ini terkandung dalam bekas zink yang bertindak sebagai punca negatif. Tindak balas kimia yang berlaku antara elektroilit dengan bekas zink akan menghasilkan arus elektrik. Kelemahan sel kering ialah sel ini tidak dapat digunakan lagi setelah casnya habis. Pelbagai jenis sel kering boleh didapati dipasaran, iaitu sel alkali, sel merkuri, sel lithium, dan sel nikel cadmium (Ni Cad).

i. Sel Alkali Sel alkali merupakan sejenis sel yang mampu membekalkan tenaga elektrik dalam jangka masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan sel biasa.

ii. Sel merkuri Sel merkuri merupakan sejenis sel bersaiz kecil yang hanya digunakan untuk peralatan peranti atau perkakas elektrik seperti alat yang hanya memerlukan seperti alat yang hanya memerlukan arus yang rendah.

iii. Sel lithium Sel ini mampu membekalkan arus yang tinggi dan jangka hayat yang lama serta boleh dicas semula. Sel lithium biasanya digunakan pada peralatan yang kecil (mudah alih) seperti kamera, kalkulator, dan komputer (memori sokongan).

iv. Sel nikel cadmium (NiCad) Sel ini banyak digunakan pada peralatan pada peralatan tanpa wayar (cordless). Sel ini boleh dicas semula sehingga 1000 kali dengan meggunakan peralatan khas yang membekalkan arus yang stabil serta mengelakkan litar pintas.

Sel Basah Sel basah digunakan dalam kenderaan seperti bas, kereta, lori, dan motosikal. Tenaga yang dihasilkan oleh sel basah lebih tinggi jika dibandingkan dengan sel kering. Sel ini boleh dicas semula apabila kuasanya berkurangan atau lemah. Sel ini menghasilkan voltan 2 volt. Bagi penggunaan biasa, sel ini dibuat dalam 6 volt dan 12 volt.

Cahaya Apabila cahaya dipancarkan ke permukaan sesuatu bahan kimia seperti selenium, natrium, dan kalium, sedikit arus elektrik dihasilkan. Prinsip ini digunakan pada meter dedahan cahaya untuk kamera dan sel solar pada kalkulator.1.2 Kegunaan Elektrik

Elektrik untuk menghasilkan haba Perkakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas seperti periuk nasi, pengering rambut dan seterika. Elemen pemanas biasanya diperbuat daripada nikrom.

Elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin, mesin pengisar, dan gerudi elektrik. Kesemua perkakas berkenaan berasaskan motor elektrik.

Elektrik untuk menghasilkan bunyi Tenaga elektrik boleh ditukar kepada tenaga bunyi. Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga kepada tenaga bunyi adalah seperti radio, loceng, dan siren.

Elektrik untuk menghasilkan cahaya Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya adalah seperti lampu pijar dan lampu pendarflour. Tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri. Arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri ini akan menghasilkan sinaran ultraungu. Sinaran ini akan bertukar menjadi cahaya putih apabila terkena lapisan fosfor.