surat jemputan menghadiri persidangan sumber terbuka malaysia kali ke 5 2013 moscmy 2013

Upload: linuxmalaysia-malaysia

Post on 28-Oct-2015

385 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Surat Jemputan Menghadiri Persidangan Sumber Terbuka Malaysia Kali Ke 5 2013 MOSCMY 2013. Pendaftaran kini dibuka http://www.mosc.my/

TRANSCRIPT

  • Rujukan Kami : MOSC2013 / MOSCMY

    Kepada Sesiapa Yang Berkenaan 13 Ogos 2013

    JEMPUTAN MENJADI PESERTA PERSIDANGAN SUMBER TERBUKA MALAYSIA 2013 (MOSCMY 2013)

    Yang Berbahagia Tan Sri / Dato / Tuan / Puan

    Malaysia Open Source Developers Community (OSDC.my) dengankerjasama IMS Asia SdnBhd dengan bangganya akan menganjurkanPersidangan Sumber Terbuka Malaysia 2013 atau Malaysia OpenSource Conference 2013 (MOSC2013 atau MOSCMY 2013) buat tahunyang ke-5, yang akan diadakan dari 10 hingga 11 September 2013di GTower Hotel, Kuala Lumpur.

    Tema tahun persidangan untuk MOSC 2013 adalah BoostingMobility. Tema tahun ini bertujuan untuk berkongsi dan menerokapeluang-peluang bagaimana dan cara sistem penyelesaian dan.teknologi Open Source sebagai penyumbang tapak asas danpemangkin untuk inisiatif mobiliti.

    MOSC2013 akan menjadi platfom perkongsian pengetahuan yangmengandungi tiga haluan perbincangan yang akan mewakili berbagaiperingkat di dalam Sumber Terbuka; iaitu Strategic, Operationaldan Devices & Solutions. Persidangan ini mensasarkan penyertaandaripada agensi kerajaan, swasta, pendidikan dan sektor SMEs dariMalaysia dan rantau Asia Pasifik.

    Kami menjemput Yang Berbahagia Tan Sri / Dato / Tuan/ Puan untukmenyertai lebih 400 pembangun perisian, perunding, pakar, danpengguna perisian Sumber Terbuka yang akan membincangkan melaluilebih 20 sesi tentang topik-topik terkini Sumber Terbuka Mobiliti sepertiCloud Computing, Data and Analytics, Security and Governance,Internet Based Business Channel, Business Intelligence dansebagainya.

    Kehadiran dan penyertaan didalam persidangan ini juga akanmemberikan peluang untuk berinteraksi dengan komuniti danpendahulu teknologi pembangunan perisian termasuk dari Microsoft,Oracle, LPI, Red Hat, Mozilla dan Novell. Pendaftaran boleh dibuatsamada melalui laman web http://www.mosc.my.

    Bersama-sama memo ini, kami lampirkan brosur MOSC 2013 untukrujukan pihak tuan.

    Oleh itu, kami amat berharap Tan Sri / Dato / Tuan / Puan dapatmenyertai persidangan ini untuk berkongsi pengalaman denganpeserta dan pembentang berkenaan pembangunan Sumber Terbuka,sekaligus memberikan sokongan kepada komuniti dan pembangun

    Email: [email protected] Website: www.mosc.my

  • perisian. Kehadiran dan penyertaan tuan puan di dalam persidanganini juga akan memberikan peluang untuk Tan Sri / Dato / Tuan / Puanberinteraksi dengan komuniti dan pembangun perisian terbaik dirantau Asia Pasifik. Pendaftaran boleh dibuat di laman webhttp://www.mosc.my/register

    Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi [email protected].

    Sekian, Terima Kasih.

    Harisfazillah Jamel

    Secretariat Malaysia Open Source Conference 2013

    Email: [email protected] Website: www.mosc.my