surat pekeliling bahagian pentadbirankemalangan atau penyakit. 2.0. keahlian dan umur penyertaan...
TRANSCRIPT
SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN BILANGAN 03 TAHUN 2018
GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
(SKKR)
1
s
1.0. PENDAHULUAN
Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR) diwujud oleh pengurusan RISDA
pada 1 April 1991 bagi memberi perlindungan kepada waris ahli yang
meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat
kemalangan atau penyakit.
2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN
2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA
dan kakitangan Syarikat Milikan RISDA (SMR) / NARSCO / KARISMA
yang berjawatan tetap dan menerima gaji bulanan.
2.2. Penyertaan SKKR juga terbuka kepada pesara RISDA atau kakitangan
SMR / NARSCO / KARISMA yang telah menamatkan perkhidmatan
(PESARA).
2.3. Mana-mana kakitangan yang dilantik, bersara atau menamatkan
perkhidmatan selepas tarikh perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu
pada 1 Mei tahun semasa juga boleh menyertai SKKR.
2.4. Penyertaan SKKR juga dibuka kepada pasangan (suami / isteri)
kakitangan atau PESARA termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat
serta anak-anak yang masih di bawah tanggungan.
2.5. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai
SKKR adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di
sisi undang-undang termasuk anak berstatus Orang Kelainan Upaya
(OKU) yang masih belum bekerja dan belum berkahwin.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
2
2.6. Pasangan yang berkahwin, anak yang dilahirkan atau anak yang
menyambung pengajian di Tingkatan 6 atau Institut Pengajian Tinggi
(IPT) selepas tarikh perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu pada 1
Mei tahun semasa juga boleh menyertai SKKR.
2.7. Umur penyertaan SKKR mengikut kategori adalah seperti berikut:
2.8. Had umur penyertaan SKKR bagi setiap kategori ialah pada tarikh
perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu pada 1 Mei setiap tahun.
2.9. Bagi kakitangan dan pasangannya (suami / isteri) yang bekerja di
RISDA / SMR / NARSCO / KARISMA boleh menyertai SKKR secara
berasingan. Bagaimanapun, anak kakitangan dan pasangannya hanya
dibenarkan menyertai SKKR sekali sahaja sama ada mengikut
penyertaan ibu atau bapa.
BIL KATEGORI UMUR PENYERTAAN
a. Kakitangan Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 60.
b. PESARA Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke70.
c. Pasangan kakitangan atau PESARA termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat.
Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 70.
d. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang belum bekerja dan belum berkahwin: i. Bayi hingga anak tamat
sekolah menengah tingkatan 5.
ii. Anak belajar di tingkatan
6 atau menuntut di IPT dalam dan luar negara.
Mulai umur 1 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 18. Mulai tarikh daftar tingkatan 6 atau IPT hingga tamat belajar atau satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 26 (mana yang terdahulu).
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
3
3.0. PENAMATAN KEAHLIAN
Kelayakan seseorang sebagai ahli SKKR akan tamat apabila:
3.1. Kakitangan atau PESARA meninggal dunia.
3.2. Kakitangan bersara atau menamatkan perkhidmatan dan berhenti
mencarum.
3.3. Kakitangan meninggalkan perkhidmatan.
3.4. Kakitangan meletak jawatan.
3.5. Kakitangan ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.
3.6. Gagal mencarum dua (2) bulan berturut-turut.
3.7. Anak-anak di bawah tanggungan telah bekerja atau telah berkahwin
atau telah menamatkan pengajian. Kakitangan atau PESARA boleh
menamatkan keahlian dengan memaklumkan secara bertulis kepada
Urus Setia SKKR dan caruman SKKR yang telah dibayar sebelumnya
tidak akan dikembalikan.
4.0. CARUMAN
4.1. Caruman keahlian SKKR tidak dikenakan GST sebanyak 6%.
4.2. Kadar caruman SKKR bagi kakitangan dan pasangan (suami / isteri)
yang berumur di bawah 60 tahun serta anak-anak yang masih di
bawah tanggungan yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan
adalah seperti di lampiran 1.
4.3. Caruman SKKR yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan bagi
pasangan (suami / isteri) kakitangan yang berumur 60 tahun hingga
satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 70 adalah seperti di lampiran 2.
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
4
4.4. Caruman kakitangan kepada SKKR akan dibuat secara potongan gaji
pada setiap bulan oleh majikan masing-masing.
4.5. Ahli yang bercuti tanpa gaji hendaklah menguruskan caruman SKKR
secara tunai atau kaedah lain yang sesuai bagi tempoh cuti tanpa gaji
tersebut.
4.6. Bagi ahli SKKR yang bersara semasa tempoh perlindungan insurans
berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang
keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari
tarikh persaraan sehingga tamat tempoh perlindungan insurans.
4.7. Kadar caruman SKKR bagi PESARA dan pasangan (suami / isteri)
yang berumur di bawah 70 tahun dan anak-anak yang masih di bawah
tanggungan yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan adalah
seperti di lampiran 3.
4.8. Caruman PESARA hendaklah dibayar sekaligus secara tunai atau
melalui cek atau pindahan dalam talian atas nama Skim Khairat
Kakitangan RISDA akaun Bank Muamalat nombor 1403-0004273-714.
Jika caruman dibuat secara pindahan dalam talian, PESARA perlu
menyatakan nama serta nombor kad pengenalan dan mengemukakan
salinan slip berkenaan.
4.9. Apa-apa perubahan nilai perlindungan dan kadar caruman SKKR
adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa dan Syarikat
Insurans yang dilantik oleh RISDA.
5.0. PENAMAAN WASI
5.1. Kakitangan dan PESARA dibenar menamakan dua (2) wasi untuk
menerima wang perlindungan SKKR yang terdiri daripada ibu, bapa,
suami, isteri, anak dan lain-lain.
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
5
5.2. Kakitangan dan PESARA bertanggungjawab memaklumkan kepada
wasi bahawa wasi yang dinamakan adalah pemegang amanah dan
bukannya penerima hak atau wasiat. Wasi yang beragama Islam
bertanggungjawab menguruskan pembahagian pampasan secara
faraid dan bagi wasi yang bukan beragama Islam pula
bertanggungjawab menguruskan pembahagian pampasan tersebut
menurut Akta Pembahagian 1958.
5.3. Usia wasi yang dinamakan mestilah 18 tahun dan ke atas.
5.4. Urus Setia SKKR akan menguruskan pampasan selepas ditolak segala
hutang kepada Tabung untuk diserahkan kepada Wasi pertama. Jika
Wasi pertama telah meninggal dunia, pampasan tersebut akan diberi
kepada Wasi kedua. Sekiranya kedua-dua wasi telah meninggal
dunia, pampasan tersebut akan diserah kepada Pemegang Amanah
atau Pentadbir yang telah ditentukan oleh Mahkamah Tinggi atau
Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.
6.0. HUTANG KEPADA TABUNG
Hutang kepada Tabung yang dimaksudkan ialah:
6.1. Baki caruman bulanan SKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan
mulai tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.
6.2. Baki caruman bulanan SHPB yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan
mulai tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.
6.3. Baki hutang caj rawatan dan perubatan hospital yang tidak dilindungi
oleh insurans SHPB yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan atau
PESARA.
6.4. Baki hutang pinjaman TKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan.
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
6
7.0. PERLINDUNGAN SKKR
7.1. SKKR melindungi kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh
bagi ahli yang berumur di bawah 65 tahun.
7.2. Bagi ahli yang berumur 65 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang
tahun ke 70, SKKR hanya melindungi kematian sahaja.
7.3. Nilai perlindungan tertakluk kepada kategori dan umur penyertaan
seperti berikut:
BIL. KATEGORI NILAI PERLINDUNGAN
MINIMA MAKSIMA
a. Kakitangan umur < 60 tahun RM10,000
60 x pendapatan bulanan @ RM350,000 (mana yang terendah)
b. PESARA umur < 70 tahun RM10,000 RM20,000
c. Pasangan kakitangan (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur < 60 tahun
RM10,000 Sama dengan pilihan kakitangan @ RM150,000 (mana yang terendah)
d. Pasangan kakitangan (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur 60 hingga < 70 tahun
RM10,000
e. Pasangan PESARA (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur < 70 tahun
RM10,000
f. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan kakitangan (umur < 60 tahun)
RM10,000 Sama dengan pilihan kakitangan @ RM100,000 (mana yang terendah)
g. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan PESARA(umur < 70 tahun)
RM10,000
7.4. Kakitangan yang memilih nilai perlindungan RM160,000 dan ke atas
untuk pasangan (suami / isteri) semasa polisi perlindungan insurans
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
7
tahun 2014-2015 boleh mengekalkan atau mengurangkan nilai
perlindungan tersebut.
8.0. HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH
8.1. Hilang upaya kekal dan menyeluruh bermaksud ketidakupayaan
seseorang melakukan sebarang aktiviti, pekerjaan atau perniagaan
bagi memperolehi upah, ganjaran atau keuntungan akibat kemalangan
atau penyakit.
8.2. Hilang upaya kekal dan menyeluruh ini berterusan bagi satu tempoh
tidak kurang dari enam (6) bulan berturut-turut.
8.3. Hilang upaya kekal dan menyeluruh mengakibatkan seseorang
tidak berupaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti harian
tanpa bantuan pihak lain seperti berikut:
a. Bergerak atau berpindah - keupayaan untuk bergerak sendiri dari
satu bilik ke bilik yang lain atau di dalam bilik yang sama atau
baring dan bangun dari katil atau kerusi.
b. Mengawal perkumuhan - keupayaan untuk mengawal
pembuangan air kecil dan besar.
c. Berpakaian - keupayaan untuk memakai atau menanggalkan
pakaian sendiri.
d. Ke tandas - keupayaan membersihkan diri sendiri di dalam tandas
atau bilik air termasuk masuk dan keluar tandas atau bilik air.
e. Makan - keupayaan untuk menyuap makanan atau minuman
sendiri.
8.4. Hilang upaya kekal dan menyeluruh juga merangkumi keadaan
seseorang seperti berikut:
a. Kehilangupayaan penglihatan kedua-dua belah mata, atau
b. Kehilangupayaan sekurang-kurangnya dua (2) anggota pada atau
atas pergelangan tangan atau buku lali, atau
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
8
c. Kehilangupayaan penglihatan satu (1) mata dan satu (1) anggota
pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali.
9.0. PENGECUALIAN PERLINDUNGAN
Insurans tidak melindungi bagi kematian atau hilang upaya kekal dan
menyeluruh yang disebabkan oleh punca-punca seperti berikut:
9.1. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri yang
disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.
9.2. Dijangkiti Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Acquired Immune
Deficiency Syndrome (AIDS) atau lain-lain penyakit kelamin.
9.3. Aktiviti penerbangan peribadi selain penumpang yang menggunakan
penerbangan syarikat komersil dan dikenakan tambang serta melalui
laluan yang ditetapkan.
9.4. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diistiharkan atau tidak
diistiharkan, aktiviti jenayah atau penganas, bergiat cergas dalam
mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam
mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.
10.0. TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan insurans adalah satu tahun bermula dari 1 Mei tahun
semasa hingga 30 April tahun berikutnya atau sehingga had umur penyertaan
seseorang ahli SKKR mengikut mana yang terdahulu atau satu tempoh yang
ditetapkan oleh pengurusan RISDA.
11.0. CARA MEMOHON DAN MEMBAHARUI KEAHLIAN
11.1. Kakitangan RISDA / SMR / NARSCO / KARISMA yang ingin memohon
menjadi ahli atau membaharui keahlian SKKR bagi tempoh
perlindungan yang baharu hanya perlu mengemaskini maklumat
kakitangan, pasangan (suami / isteri) dan anak-anak yang masih di
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
9
bawah tanggungan dalam Sistem e-Tabung dengan melayari laman
sesawang di www3.risda.gov.my/etabung.
11.2. Bagi PESARA yang ingin memohon menjadi ahli atau membaharui
keahlian SKKR bagi tempoh perlindungan yang baharu perlu mengisi
borang.
11.3. Bagi kakitangan yang dilantik atau bersara, pasangan yang berkahwin,
anak yang dilahirkan atau anak yang menyambung pengajian selepas
tarikh pembaharuan perlindungan insurans (1 Mei tahun semasa) yang
ingin menyertai SKKR juga perlu mengisi borang.
12.0. TUNTUTAN PAMPASAN
Setiap tuntutan pampasan perlindungan mestilah dilengkapkan dengan
dokumen-dokumen berikut:
12.1. Borang tuntutan pihak insurans yang telah lengkap diisi
12.2. Salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur yang disahkan
12.3. Salinan Sijil Kematian yang disahkan
12.4. Salinan Kad Pengenalan si mati yang disahkan
12.5. Salinan Kad Pengenalan wasi yang disahkan
12.6. Laporan polis jika kematian akibat kemalangan
12.7. Laporan perubatan jika diperlukan
12.8. Laporan bedah siasat jika diperlukan
13.0. BORANG DAN KEGUNAAN
BIL. NAMA BORANG KEGUNAAN
13.1. SKKR 01/2016 Borang Penyertaan SKKR Bagi Kakitangan
13.2. SKKR 02/2016 Borang Penyertaan SKKR Bagi Pesara
13.3. SKKR 03/2016 Borang Penamaan Wasi SKKR
13.4. SKKR 04/2016 Borang Kebenaran Penyelesaian Hutang
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
10
14.0. URUS SETIA
Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urus Setia
SKKR di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe, Ibu
Pejabat RISDA, KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
11
Lampiran 1
NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR
BAGI KAKITANGAN DAN PASANGAN UMUR DI BAWAH 60 TAHUN
TERMASUK ANAK DI BAWAH TANGGUNGAN
10,000.00 3.10 37.20
15,000.00 4.65 55.80
20,000.00 6.20 74.40
25,000.00 7.75 93.00
30,000.00 9.30 111.60
35,000.00 10.85 130.20
40,000.00 12.40 148.80
45,000.00 13.95 167.40
50,000.00 15.50 186.00
55,000.00 17.05 204.60
60,000.00 18.60 223.20
65,000.00 20.15 241.80
70,000.00 21.70 260.40
75,000.00 23.25 279.00
80,000.00 24.80 297.60
85,000.00 26.35 316.20
90,000.00 27.90 334.80
95,000.00 29.45 353.40
100,000.00 31.00 372.00
110,000.00 34.10 409.20
120,000.00 37.20 446.40
130,000.00 40.30 483.60
140,000.00 43.40 520.80
150,000.00 46.50 558.00
160,000.00 49.60 595.20
170,000.00 52.70 632.40
180,000.00 55.80 669.60
190,000.00 58.90 706.80
200,000.00 62.00 744.00
210,000.00 65.10 781.20
220,000.00 68.20 818.40
230,000.00 71.30 855.60
240,000.00 74.40 892.80
250,000.00 77.50 930.00
260,000.00 80.60 967.20
270,000.00 83.70 1,004.40
280,000.00 86.80 1,041.60
290,000.00 89.90 1,078.80
300,000.00 93.00 1,116.00
310,000.00 96.10 1,153.20
320,000.00 99.20 1,190.40
330,000.00 102.30 1,227.60
340,000.00 105.40 1,264.80
350,000.00 108.50 1,302.00
NILAI
PERLINDUNGAN
KADAR CARUMAN
BULANAN
KADAR CARUMAN
TAHUNAN
RM RM RM
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
12
Lampiran 2
NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMANSKKR
BAGI PASANGAN BERUMUR 60 TAHUN HINGGA
SATU (1) HARI SEBELUM ULANG TAHUN KE 70
NILAI PERLINDUNGAN
KADAR CARUMAN BULANAN
KADAR CARUMAN TAHUNAN
RM RM RM
10,000.00 3.10 37.20
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
13
Lampiran 3
NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR
BAGI PESARA DAN PASANGAN BERUMUR DI BAWAH 70 TAHUN
TERMASUK ANAK DI BAWAH TANGGUNGAN
NILAI PERLINDUNGAN
KADAR CARUMAN BULANAN
KADAR CARUMAN TAHUNAN
RM RM RM
10,000.00 3.10 37.20
20,000.00 6.20 74.40
NOTA : Pasangan dan anak pesara hanya boleh memilih RM10,000 sahaja.
14
SKKR 1/2016
Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIA
Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baharu 3. No. Pekerja
- -
4. Tarikh Lahir 5. Pendapatan Sebulan (Gaji asas+elaun tetap)
- - R M .
6. Jawatan
7. Tempat Bertugas
8. Alamat
Poskod Bandar
9. No. Telefon Kediaman 10. No. Telefon Bimbit
- -
BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI KAKITANGAN
MAKLUMAT KAKITANGAN
NILAI
PERLINDUNGAN
RM RM
JUMLAH CARUMAN
PILIHAN PELAN PERLINDUNGAN
BIL. NAMA NILAI
CARUMAN
BULANAN
15
SKKR 1/2016
BIL. NAMA ANAKNO. KAD PENGENALAN
BAHARU / MYKIDHUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT NO. PELAJAR
MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)
BIL. NAMA PASANGANNO. KAD PENGENALAN
BAHARUHUBUNGAN
TEMPAT BERTUGAS
(Nyatakan jika berkhidmat di RISDA / SMR / NARSCO / KARISMA)
MAKLUMAT ANAK (anak kandung, anak tiri dan anak angkat)
16
SKKR 1/2016
Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR serta membenarkan gaji bulanan
saya dipotong sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . untuk caruman SKKR.
- -
Tarikh
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- -
Tarikh
Nama:
Jawatan:
Cop Jabatan:
# NOTA:
1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan (suami / isteri) dan anak yang layak dan akan menyertai SKKR sahaja.
1.1. Umur maksima penyertaan pasangan hingga 1 hari sebelum 70 tahun.
Nilai perlindungan maksima RM150,000 bagi 60 tahun ke bawah dan RM10,000 bagi 60 tahun dan ke atas.
1.1. Umur maksima penyertaan anak dari 1 tahun hingga 1 hari sebelum 18 tahun jika masih bersekolah dan
hingga 1 hari sebelum 26 tahun jika sambung pengajian di Tingkatan 6 atau IPT awam / swasta.
Nilai perlindungan maksima RM100,000.
2. Sertakan salinan Kad Pengenalan ahli dan pasangan serta MyKid anak yang menyertai SKKR.
3. Sertakan salinan Kad Pelajar anak yang masih belajar di IPT awam / swasta yang menyertai SKKR.
4. Sertakan salinan slip deposit tunai / pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.
Tandatangan Ketua Jabatan
PENGAKUAN
PENGESAHAN MAJIKAN
Tandatangan Kakitangan
17
SKKR 2/2016
Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIA
Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baharu
- -
3. Tarikh Lahir 4. Tarikh Bersara
- - - -
5. Tempat Bertugas Terakhir
6. Alamat
Poskod Bandar
7. No. Telefon Kediaman 8. No. Telefon Bimbit
- -
BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI PESARA
MAKLUMAT PESARA
RM RM
JUMLAH CARUMAN
PILIHAN PELAN PERLINDUNGAN
BIL. NAMA NILAI
PERLINDUNGAN
NILAI
CARUMAN
TAHUNAN
18
SKKR 2/2016
BIL. NAMA ANAKNO. KAD PENGENALAN
BAHARU / MYKIDHUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT NO. PELAJAR
MAKLUMAT ANAK (anak kandung, anak tiri dan anak angkat)
MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)
BIL. NAMA PASANGANNO. KAD PENGENALAN
BAHARUHUBUNGAN
TEMPAT BERTUGAS
(Nyatakan jika berkhidmat di RISDA / SMR / NARSCO / KARISMA)
19
SKKR 2/2016
Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR dan membayar caruman SKKR
sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . secara * tunai / pindahan / cek atas
nama "SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA" akaun Bank Muamalat nombor 1403-0004273-71-4.
- -
* potong mana yang tidak berkenaan
# NOTA:
1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan (suami / isteri) dan anak yang layak dan akan menyertai SKKR sahaja.
1.1. Umur maksima penyertaan pasangan hingga 1 hari sebelum 70 tahun.
Nilai perlindungan maksima RM10,000 sahaja.
1.1. Umur maksima penyertaan anak dari 1 tahun hingga 1 hari sebelum 18 tahun jika masih bersekolah
dan hingga 1 hari sebelum 26 tahun jika sambung pengajian di Tingkatan 6 atau IPT awam / swasta.
Nilai perlindungan maksima RM10,000 sahaja.
2. Sertakan salinan Kad Pengenalan ahli dan pasangan serta MyKid anak yang menyertai SKKR.
3. Sertakan salinan Kad Pelajar anak yang masih belajar di IPT awam / swasta yang menyertai SKKR.
4. Sertakan salinan slip deposit tunai / pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.
5. Nilai perlindungan dan kadar caruman 1 tahun:
PENGAKUAN
TarikhTandatangan Pesara
BIL Penyertaan
1.
2.
3.
Kadar Caruman
RM37.20
RM74.40
RM37.20
RM37.20
Pesara
Pasangan
Anak
Nilai Perlindungan
RM10,000
RM20,000
RM10,000
RM10,000
20
SKKR 3/2016Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIA
Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baharu
- -
1. Nama Wasi Pertama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baharu 3. Hubungan
- -
4. Alamat
Poskod Bandar
5. No. Telefon Kediaman 6. No. Telefon Bimbit
- -
7. Nama Wasi Kedua (mengikut kad pengenalan)
8. No. Kad Pengenalan Baharu 9. Hubungan
- -
10. Alamat
Poskod Bandar
11. No. Telefon Kediaman 12. No. Telefon Bimbit
- -
1. Saya bersetuju melantik penama di atas sebagai wasi untuk menerima dan mengurus pembahagian baki
wang perlindungan yang layak diterima dari SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA selepas kematian saya.
2. Saya bersetuju semua wang tersebut diserahkan kepada wasi pertama atau wasi kedua sekiranya wasi
pertama meninggal dunia.
3. Saya akan memaklumkan kepada wasi yang dilantik bahawa mereka merupakan pemegang amanah dan
bertanggungjawab menguruskan pembahagian wang tersebut secara faraid.
- -
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- -
Nama:
No. KP:
# NOTA: Wasi mestilah berumur 18 tahun ke atas.
TarikhTandatangan Ketua Jabatan / Saksi
PENGESAHAN MAJIKAN / SAKSI
BORANG PENAMAAN WASI SKKR
MAKLUMAT KAKITANGAN / PESARA
MAKLUMAT WASI
PENGAKUAN KAKITANGAN / PESARA
TarikhTandatangan Kakitangan / Pesara
21
SKKR 4/2016
Urus Setia SKKR KEGUNAAN URUS SETIA
Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baharu
- -
Saya faham dan bersetuju membenarkan Urus Setia Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR) untuk mengurus
pemotongan atau menyelaras wang pampasan SKKR yang layak diterima selepas kematian saya bagi
menyelesaikan semua hutang saya dan perkara-perkara seperti berikut:
1. Menyelesaikan semua baki hutang bil rawatan hospital saya dan tanggungan yang tidak dilindungi oleh
insurans Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN
2. Menyelesaikan semua baki pinjaman Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA saya (jika ada), DAN
3. Menyelesaikan baki caruman saya yang tertunggak kepada Skim Khairat Kakitangan RISDA (jika ada)
dan Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN
4. Menguruskan bayaran baki wang perlindungan SKKR yang layak diterima (jika ada) kepada wasi yang
telah dinamakan oleh saya atau menurut apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.
- -
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- -
Nama:
No. KP:
Tarikh
Tandatangan Kakitangan / Pesara
Tandatangan Ketua Jabatan / Saksi
BORANG KEBENARAN PENYELESAIAN HUTANG
MAKLUMAT KAKITANGAN / PESARA
PENGAKUAN KAKITANGAN / PESARA
PENGESAHAN MAJIKAN / SAKSI
Tarikh