surat penjelasan perbezaan tarikh 2

2
Timbalan Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim, Bandar Amanjaya, Kedah Darul Aman. Dr.Alvin Isaac Sukumar Pegawai Perubatan UD 41 524 Jln Sutera, Taman Maznah, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan . 18 MEI 2014 Puan, SURAT PENJELASAN PERBEZAAN TARIKH Berhubung dengan perkara diatas, saya Dr.Alvin Isaac ingin menjelaskan perbezaan tarikh bermulanya tempoh tidak hadir bertugas dalam buku laporan perkhidmatan dan surat permohonan cuti tanpa gaji yang dipohon ketika saya menjalani tempoh latihan sizwazah dihospital puan. 2. Adalah dicatat dalam buku laporan perkhidmatan bahawa saya tidak hadir bertugas dari tempoh 14 Januari 2011 sehingga 30 Januari 2011. Akan tetapi saya telah memohon cuti tanpa gaji pada tempoh tersebut kerana terpaksa menjaga bapa saya yang sakit pada ketika itu. Saya telah mendapatkan surat sokongan daripada Pengarah hospital tetapi surat permohonan saya itu tidak dipanjangkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. 3. Surat permohonan itu bertarikh 17 Januari 2011 tetapi didalam buku laporan perkhidmatan saya adalah dicatat bahawa gaji saya telah diberhentikan mulai 14 Januari 2011. Ini adalah kerana 14 Januari (Jumaat) dan 15 Januari (Sabtu) adalah hari cuti dan saya tidak berkerja pada hari itu. 16 Januari pula adalah cuti peristiwa Hari Keputeraan Sultan Kedah dimana saya tidak berkerja juga. Oleh sebab demikianlah saya menulis surat permohonan cuti tanpa gaji bertarikh 17 Januari 2011 kerana 3 hari sebelumnya adalah hari cuti. 4. Dengan ini saya memohon jasa baik pihak puan untuk mengesahkan sebab sebab diatas sebagai sahih sebagai penjelasan perbezaan tarikh yang dicatat dalam buku laporan perkhidmatan dan tarikh

Upload: sathis-kumar

Post on 05-Dec-2015

258 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Surat Penjelasan Perbezaan Tarikh 2

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Penjelasan Perbezaan Tarikh 2

Timbalan PengarahHospital Sultan Abdul Halim,Bandar Amanjaya,Kedah Darul Aman.

Dr.Alvin Isaac SukumarPegawai Perubatan UD 41524 Jln Sutera,Taman Maznah,41000 Klang,Selangor Darul Ehsan. 18 MEI 2014

Puan,SURAT PENJELASAN PERBEZAAN TARIKH

Berhubung dengan perkara diatas, saya Dr.Alvin Isaac ingin menjelaskan perbezaan tarikh bermulanya tempoh tidak hadir bertugas dalam buku laporan perkhidmatan dan surat permohonan cuti tanpa gaji yang dipohon ketika saya menjalani tempoh latihan sizwazah dihospital puan.

2. Adalah dicatat dalam buku laporan perkhidmatan bahawa saya tidak hadir bertugas dari tempoh 14 Januari 2011 sehingga 30 Januari 2011. Akan tetapi saya telah memohon cuti tanpa gaji pada tempoh tersebut kerana terpaksa menjaga bapa saya yang sakit pada ketika itu. Saya telah mendapatkan surat sokongan daripada Pengarah hospital tetapi surat permohonan saya itu tidak dipanjangkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

3. Surat permohonan itu bertarikh 17 Januari 2011 tetapi didalam buku laporan perkhidmatan saya adalah dicatat bahawa gaji saya telah diberhentikan mulai 14 Januari 2011. Ini adalah kerana 14 Januari (Jumaat) dan 15 Januari (Sabtu) adalah hari cuti dan saya tidak berkerja pada hari itu. 16 Januari pula adalah cuti peristiwa Hari Keputeraan Sultan Kedah dimana saya tidak berkerja juga. Oleh sebab demikianlah saya menulis surat permohonan cuti tanpa gaji bertarikh 17 Januari 2011 kerana 3 hari sebelumnya adalah hari cuti.

4. Dengan ini saya memohon jasa baik pihak puan untuk mengesahkan sebab sebab diatas sebagai sahih sebagai penjelasan perbezaan tarikh yang dicatat dalam buku laporan perkhidmatan dan tarikh yang tertera dalam surat permohonan cuti tanpa gaji saya.

Pertimbangan dan jasa baik pihak puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…......................................... (DR.ALVIN ISAAC)