surat permohonan pembiayaan jurulatih
DESCRIPTION
BSMMTRANSCRIPT
Rujukan tuan:
Rujukan kami:SMKDABB02/03/03( 1 )
Tarikh
: 9 FEBRUARI 2011
Zarah Bt Ahmad
Guru Penasihat
Persatuan Bulan Sabit Merah
SMK Dato Abu Bakar Baginda
Kepada
Prof. Dr Wan Mokhtar B Wan Yusoff
YDP PIBG
SMK Dato Abu Bakar Baginda
Melalui,
Pengetua
SMK Dato Abu Bakar Baginda
Yang Dipertua,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBIAYAAN JURULATIH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH TAHUN 2011Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.Untuk makluman YDP, Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengambil jurulatih luar untuk melatih ahli-ahli persatuan dengan persetujuan daripada Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Hassan Hamidi B Benu. Surat persetujuan tawaran jurulatih telah dimeterai antara kedua-dua pihak pada 2 Ogos 2010. Perkhidmatan jurulatih diperlukan memandangkan guru penasihat kurang berpengalaman dalam mengendalikan kemahiran kawad kaki dan ahli PBSM yang sedia ada kebanyakkannya adalah ahli baru serta khidmat sukarelawan PBSM sukar dicari kerana perjumpaan berlaku di dalam waktu bekerja..
3.Sehubungan dengan itu, persatuan memohon jasa baik pihak PIBG untuk membiayai perkhidmatan jurulatih. Sumbangan yang diharapkan adalah sebanyak RM 240.00 sahaja. Berikut adalah butiran pembayaran jurulatih :
Jumlah perjumpaan bersama-sama jurulatih: 8 kali
Masa latihan
: 1 jam
Jumlah waktu latihan
: 8 jam
Cara pembayaran
: RM30/jam
Jumlah pembayaran keseluruhan
: 8 jam x RM 30 = RM 240.00
4. Bersama-sama ini disertakan surat persetujuan menerima tawaran, surat permohonan menjadi jurulatih dan surat tawaran sebagai jurulatih untuk rujukan dan tindakan pihak YDP. Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas pertimbangan dan komitmen daripada pihak YDP. Segala kerjasama dan bantuan daripada PIBG amat kami hargai.
3.Sekian untuk tindakan pihak tuan dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah.
.
(ZARAH AHMAD)
Guru Penasihat
Persatuan Bulan Sabit Merah
s.k: Unit Ko-kurikulum
Fail PIBG