surat pinjam bas

Upload: ibnu-sanusi

Post on 06-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Rujukan : Bil.(2)dlm SMSR/P/PT/100/12/1 JLD 2 (39)Tarikh : 6 Julai 2015

Pengetua,Sekolah Dato Abdul Razak,Sungai Gadut,71450 Seremban,Negeri Sembilan.

Tuan,

PERMOHONAN PERKHIDMATAN BAS UNTUK PROGRAM AKADEMIK SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sains Rembau akan mengadakan Program Superb Math 2015 pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 27-29 Julai 2015 (Sabtu)Tempat:Kompleks MSN Saujana Asahan, Jasin, Melaka

3.Sehubungan itu, disebabkan sedikit kekangan kewangan, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk membenarkan kami menggunakan bas sekolah tuan beserta khidmat pemandu untuk melancarkan perjalanan program kami ini.

4. Segala pertimbangan dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.. ..(NORZILA BT IDRIS)Pengetua.Sekolah Menengah Sains Rembau

s.k.Fail