syair budaya membaca

1
SYAIR BUDAYA MEMBACA (IRAMA SELENDANG DELIMA) Tersebutlah kisah syair digubah Menjadi kias setiap madah Budaya membaca tema disembah Jadi panduan ilmu bertambah Semaikan dijiwa budaya membaca Tanpa mengira usia dan bangsa Pasti bertambah ilmu di dada Yang membezakan si bijaksana Banyak membaca menajamkan minda Bukan sekadar lulus periksa Sudah termaktub suruhan agama Tuntutlah ilmu di mana jua Dengan membaca masa terisi Membaca buku setiap hari Tanpa mengira malam ke pagi Kelak menjadi insan bestari Pelbagai jenis buku dibaca Yang bermanfaat pilihan utama Jadikan membaca amalan berguna Pastinya kita tidak kecewa. Jadikan membaca satu budaya Cahaya ilmu pembuka minda Dapat membeza buruk baiknya Lahirlah insan pekerti mulia Marilah kita bersama-sama Membaca buku amal sentiasa Orang berilmu dipandang mulia Biar menjadi bangsa berjaya

Upload: noor-hairulnizam-achil

Post on 09-Nov-2015

913 views

Category:

Documents


43 download

DESCRIPTION

Syair

TRANSCRIPT

SYAIR BUDAYA MEMBACA (IRAMA SELENDANG DELIMA)Tersebutlah kisah syair digubahMenjadi kias setiap madahBudaya membaca tema disembahJadi panduan ilmu bertambah

Semaikan dijiwa budaya membacaTanpa mengira usia dan bangsaPasti bertambah ilmu di dadaYang membezakan si bijaksana

Banyak membaca menajamkan mindaBukan sekadar lulus periksaSudah termaktub suruhan agamaTuntutlah ilmu di mana jua

Dengan membaca masa terisiMembaca buku setiap hariTanpa mengira malam ke pagiKelak menjadi insan bestari

Pelbagai jenis buku dibacaYang bermanfaat pilihan utamaJadikan membaca amalan berguna Pastinya kita tidak kecewa.

Jadikan membaca satu budayaCahaya ilmu pembuka mindaDapat membeza buruk baiknyaLahirlah insan pekerti mulia

Marilah kita bersama-samaMembaca buku amal sentiasaOrang berilmu dipandang muliaBiar menjadi bangsa berjaya