syarahan perpaduan.docx

4
1 Perpaduan Asas Pembangunan Negara Aman Kota Kuala Sepetang, Berkibar Bendera Sungguh Indah; Pemanis Kata Selamat Datang, Salam Sejahtera Pembuka Madah. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para hakim yang budiman, yang dikasihi guru-guru, pendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya tujukan. Berdirinya saya dengan penuh hormat dan bangga di dewan yang serba indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, ’Perpaduan Asas Pembangunan Negara’.  Sidang hadirin sekalian, Perpaduan bermaksud bersatu padu dan saling membantu dengan penuh rasa kekitaan. Pembangunan pula memberi erti segala pembaharuan dan kemajuan yang membawa kepada taraf hidup yang lebih baik. Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Upload: sirtuan

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syarahan Perpaduan.docx

7/27/2019 Syarahan Perpaduan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/syarahan-perpaduandocx 1/4

1

Perpaduan Asas Pembangunan Negara

Aman Kota Kuala Sepetang,

Berkibar Bendera Sungguh Indah;

Pemanis Kata Selamat Datang,

Salam Sejahtera Pembuka Madah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para hakim yang budiman,

yang dikasihi guru-guru, pendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Salam sejahtera saya tujukan.

Berdirinya saya dengan penuh hormat dan bangga di dewan yang serba indah ini adalah

untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, ’Perpaduan Asas Pembangunan Negara’. 

Sidang hadirin sekalian,

Perpaduan bermaksud bersatu padu dan saling membantu dengan penuh rasa kekitaan.

Pembangunan pula memberi erti segala pembaharuan dan kemajuan yang membawa

kepada taraf hidup yang lebih baik. Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang

mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang

berbeza. Oleh itu, perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap

dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun

politik.

Page 2: Syarahan Perpaduan.docx

7/27/2019 Syarahan Perpaduan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/syarahan-perpaduandocx 2/4

2

Para pemimpin negara kita saban hari dan setiap ketika menyeru rakyat Malaysia

membentuk benteng pertahanan yang teguh menentang anasir-anasir luar. Hubungan dan

kerjasama yang erat akan memastikan negara Malaysia terus maju dalam bidang politik,

ekonomi dan sosial. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, harapan dan aspirasi

pemimpin kita pada masa lalu akan menjadi ’angan-angan Mat Jenin’ sahaja. Perjuangan

Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan akan menjadi sia-sia.

Justeru, sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi dan berhati

waja, kita haruslah menghargai kemerdekaan yang telah diperoleh ini dan berusaha

mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam jiwa kita demi pembangunan negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai

ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan

menyebabkan huru-hara, rusuhan, pertelingkahan kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti

akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi serta kestabilan sesebuah negara.

Lihatlah kekacauan yang berlaku di Mesir, Syria dan negara jiran kita Myanmar. Rakyat

negara tersebut tidak berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi secara diplomasi dan

akibatnya, demonstrasi, pergaduhan, keganasan dan peperangan berlaku hampir setiap

hari. Apa yang lebih menyedihkan ialah banyak nyawa yang tidak berdosa melayang begitu

sahaja. Lihatlah juga keganasan yang berlaku di Madura, Indonesia pada suatu ketika dulu.

Penduduk Madura diseksa dan diperkosa oleh orang-orang yang mereka kenali.

Pembangunan yang wujud sebelum tercetusnya huru-hara dan kemaslahatan ini musnah

begitu sahaja. Kekacauan yang berlaku adalah disebabkan oleh perpaduan yang tidak

Page 3: Syarahan Perpaduan.docx

7/27/2019 Syarahan Perpaduan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/syarahan-perpaduandocx 3/4

3

mantap dalam kalangan rakyat yang berlainan agama, bangsa, budaya, kepercayaan dan

fahaman.

Para hadirin yang dimuliakan,

Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada pembangunan negara.

Dengan wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan

dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang

bermaruah dan berdikari.

Negara kita telah berjaya membangun dengan cemerlang dan dihormati di mata dunia.

Kecermelangan negara kita dalam pelbagai bidang walaupun mempunyai rakyat yang

berbilang bangsa menyebabkan negara lain menghormati Malaysia sebagai sebuah negara

yang berwawasan. Malaysia telah dijadikan negara contoh oleh negara-negara dunia ketiga

seperti Sudan dan Turkmenistan. Kita sebagai rakyat yang taat harus merasa bangga dengan

pencapaian nusa kita yang sememangnya merupakan berkat amalan bantu-membantu dan

toleransi sesama kaum. Pepatah Melayu ada mengatakan ”bulat air kerana pembetung,

bulat manusia kerana muafakat”. 

Para hadirin yang dikasihi,

Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib Tun

Razak pada bulan Mac 2009 merupakan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat

Malaysia di bawah satu slogan yang akan menjadi identiti rakyat negara ini. Hasrat Perdana

Menteri kita adalah untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia. Menurut beliau, segelintir

masyarakat perlu membuat anjakan paradigma daripada masyarakat yang terkongkong

dengan pemikiran yang dangkal, cetek dan pesimistik kepada masyarakat yang mempunyai

Page 4: Syarahan Perpaduan.docx

7/27/2019 Syarahan Perpaduan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/syarahan-perpaduandocx 4/4

4

mentaliti kelas pertama yang rasional dan optimis. Dengan semangat Satu Malaysia,

Wawasan 2020 yang menjadi aspirasi rakyat Malaysia pasti akan dapat direalisasikan.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

“Perpaduan Asas Pembangunan Negara” 

Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat

sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini.

Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita

bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Maka

itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam berharmoni.

Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan serangkap pantun.

Seruan Ayat Menggamit Cinta,

Cinta Tonggak Hidup Manusia;

Demi Rakyat Negara Tercinta,

Perpaduan Tonggak Pembangunan Malaysia.