tabula rasa
DESCRIPTION
ilmu pendidikanTRANSCRIPT
1
1.0 PENGENALAN
Menurut Wikipedia, tabula rasa berasal dari Bahasa Latin yang membawa
maksud kain putih atau kain kosong. Tabula rasa dilahirkan dari teori
epistemologi. Dalam teori tabula rasa, individu dilahirkan dengan tanpa
kandungan mental yang terbina. Teori ini bermaksud seseorang kanak-kanak
yang dilahirkan seumpama sehelai kain putih dan tidak mempunyai sebarang
pengetahuan. Segala pengetahuan yang mereka miliki berasal daripada
pengalaman dan persepsi yang mereka mengalami. Jika diterangkan dengan
secara mudah, kanak-kanak yang asalnya tidak mempunyai pengetahuan
menjadi seorang individu yang berpengetahuan melalui pengalaman yang
dialami olehnya daripada perkara yang berlaku pada kehidupan mereka.
Menurut falsafah barat, konsep tabula rasa muncul seawal dalam tulisan
Aristotle . Aristotle telah menulis mengenai tabula rasa dalam buku psikologi
pertama dalam sejarah Barat. Walaubagaimanapun, teorinya yang menyntuh
tentang minda kanak-kanak sebagai kain putih tidak dipentingkan dan telah
diabaikan selama lebih daripada 1000 tahun. Namun begitu, teori tabula rasa
telah dibangunkan dan dikenali oleh ahli falsafah Parsi yang bernama Ibn Sina.
Beliau memberi hujah bahawa akal manusia seumpama kain kosong ketika
lahir seperti konsep troei tabula rasa. Beliau juga mengatakan bahawa
pengetahuan diperoleh daripada pengalaman sendiri.
Pada abad ke-17, John Locke telah membincangkan konsep tabula rasa
dalam buku An Essay Concerning Human Understanding. Menurut John Locke,
tabula rasa merupakan satu teori yang mengatakan bahawa fikiran manusia
semasa lahir adalah kain putih tanpa mengalami sebarang proses penambahan
data. Manakala, proses membentuk data dijalankan semata-matanya melalui
pengalaman yang mereka mengalami. Dalam teori John Locke, minda individu
adalah kosong semasa dilahirkan dan beliau juga mengatakan bahawa
seseorang individu mempunyai kebebasan untuk menentukan perwatakannya
sendiri.
Tabula rasa merupakan satu teori yang mengatakan bahawa seorang
individu yang dilahirkan merupakan sehelai kain putih yang tidak mempunyai
sebarang pengetahuan. Segala pengetahuan yang diperolehi semata-matanya
didatangkan dari pengalaman yang dialami pada kehidupan. Oleh itu, boleh
dikatakan bahawa seseorang baik atau tidak diputuskan oleh individu itu sendiri
dan pengalaman serta pengetahuan yang dia alami.