tahap kecekapan pensyarah teknologi automotif … · tahap kecekapan pensyarah teknologi automotif...
TRANSCRIPT
TAHAP KECEKAPAN PENSYARAH TEKNOLOGI AUTOMOTIF DALAM
MELAKSANAKAN KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL DI
NEGERI PAHANG
FAUZI BIN ABDULLAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2014
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kecekapan pensyarah melaksanakan
Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) dalam bidang Teknologi Automotif
di lima kolej vokasional negeri Pahang. Tahap kecekapan pensyarah yang dikaji
adalah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan komitmen, dimana ketiga-tiga aspek
ini mempunyai hubungan yang amat rapat dengan keberkesanan perlaksanaan KSKV
di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KSKV mula
dilaksanakan di Kolej Vokasional KPM bermula tahun 2011 lagi di bawah
Transformasi Pendidikan Vokasional. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha
Cronbach iaitu nilai indeks kebolehpercayaan dan keesahan item soal selidik ialah
0.95. Kajian ini dilakukan kepada kesemua pensyarah Teknologi Automotif Kolej
Vokasional di negeri Pahang iaitu seramai 35 orang pensyarah dengan menggunakan
soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kemudiannya dianalisis
menggunakan Winsteps versi 3.69.1.11 dengan pendekatan model pengukuran
Rasch. Analisis yang dilakukan diterjemah dalam bentuk skor min dan Differential
Group Functioning (DGF) dan Differential Item Functioning (DIF) bagi
menganalisis perbezaan jantina terhadap aspek komitmen. Hasil dapatan kajian
menunjukkan tahap kecekapan pensyarah dalam melaksanakan KSKV adalah amat
dipengaruhi oleh aspek pengetahuan, kemahiran dan komitmen. Dimana, didapati
aspek pengetahuan memperoleh skor min sebanyak 3.90. Diikuti aspek kemahiran
skor min sebanyak 3.64 dan aspek komitmen iaitu sebanyak 3.56 . Oleh itu jelas
membuktikan bahawa pensyarah KV amat bersedia dalam aspek pengetahuan dalam
melaksanakan KSKV di kolej vokasional di negeri Pahang . Dapatan kajian juga
mendapati bahawa terdapat perbezaan statistik signifikan antara jantina dan
komitmen dalam perlaksanaan KSKV.
vi
ABSTRACTS
This research is to determine the lecturers’ level of competency in implementing the
curriculum standard of vocational college (KSVK) in automotive technology course
in five colleges in the state of Pahang. The study is based on the lecturers’
knowledge, commitment and skills, in which these three aspects are closely related
to the implementation effectiveness of KSVK in Vocational College, Ministry of
Education Malaysia (MOE) . KSKV are implemented in MOE Vocational College
from year 2011 under the Vocational Education Transformation. A pioneer research
was carried out and the Alpha Cronbach index value of reliability and integrity on
the questionaire items is 0.95. This research used a set of questionaire as the research
instrument on 35 lecturers teaching Automotive Technology in five colleges in the
state of Pahang. The result was analysed using the Winsteps version 3.69.1.11 with
Rasch evaluation model approach. The analysis was interpreted into min score, and
Differential Group Functioning (DGF) and Differential Item Functioning (DIF) were
used to analyse the differencein the aspect of commitment in gender. The result
showed that the lecturers’ level of competency in implementing the curriculum is
influenced by the aspects of knowledge, commitment and skills. It is found that the
min score for knowledge is 3.90. Followed by 3.64 for the min score on skills and
3.56 for the aspect of commitment. Therefore, the evidence proved that the
vocational lecturers are well prepared in the aspect of knowledge in implementing
the standard of curriculum in vocational colleges in the state of Pahang. The result
also showed that there is a significant difference between gender and commitment in
implementing the curriculum.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/TATANAMA xvii
ISTILAH
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 6
1.3 Pernyataan masalah 8
1.4 Matlamat Kajian 11
1.5 Objektif Kajian 11
viii
1.6 Persoalan Kajian 12
1.7 Kerangka Teori Kajian 12
1.8 Kepentingan kajian 14
1.9 Skop Kajian 16
1.10 Batasan Kajian 17
1.11 Definisi Istilah dan Operasional 17
1.12 Rumusan 19
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 20
2.1 Pengenalan 20
2.2 Pengetahuan Kurikulum 21
2.3 Ciri-Ciri Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional 22
2.4 Kurikulum Standard Kolej Vokasional 24
2.5 Konsep Kemahiran 26
2.6 Transformasi Pendidikan Vokasional 27
2.6.1 Kolej Vokasional 28
2.6.2 Objektif Kolej Vokasional 29
2.6.3 Ciri-Ciri Kolej Vokasional 30
2.6.4 Konsep Kurikulum kolej Vokasional 31
2.6.5 Kurikulum Standard 33
2.7 Kemahiran Teknikal (Hands-on Skill) 34
2.8 Kurikulum Pendidikan Vokasional di Kolej Vokasional 35
2.9 Implikasi Tumpuan Guru Dalam Pelaksanaan 37
Kurikulum
ix
2.10 Pembangunan Profesional Guru 38
2.11 Modal Insan Melalui Pembangunan Sumber Manusia 39
2.12 Keperluan Latihan 40
2.13 Mengenal pasti Latihan 42
2.13.1 Pengetahuan 42
2.13.2 kemahiran dan Kecekapan 43
2.14 Program Pembangunan Staff Untuk Prestasi Kerja 44
Pensyarah
2.15 Kesan Tujuan Latihan dan Pembangunan 45
2.16 Latihan, Pendidikan dan Pembangunan 46
2,17 Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional yang 47
Berketrampilan
2.18 Pemimpin Pendorong Pembelajaran 49
2.19 Tinjauan Mengenai Cabaran Pendidikan Vokasional 50
Di Malaysia
2.8 Rumusan 53
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 54
3.1 Pengenalan 54
3.2 Reka bentuk kajian 54
3.3 Populasi dan sampel kajian 57
3.4 Instrumen kajian 58
3.5 Kajian rintis 59
3.5.1 Kesahan muka dan kandungan 60
x
3.5.2 Kebolehpercayaan dan indeks pengasingan 61
3.5.3 Pemeriksaan terhadap polariti item 63
3.5.4 Kesesuaian item 63
3.5.5 Pengukuran nilai korelasi residual terpiawai 64
3.5.6 Ringkasan jumlah item kekal dan digugurkan 65
bagi soal selidik
3.6 Analisis data kajian sebenar 65
3.7 Rumusan 67
BAB 4 ANALISIS DATA 68
4.1 Pengenalan 68
4.2 Analisis demografi responden 68
4.3 Dapatan kajian 71
4.3.1 Persoalan kajian pertama: Sejauhmanakah tahap 71
kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari
aspek pengetahuan?
4.3.2 Persoalan kajian kedua: Sejauhmanakah tahap 73
kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari
aspek kemahiran?
xi
4.3.3 Persoalan kajian ketiga: Sejauhmanakah tahap 76
kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari
aspek komitmen?
4.3.4 Persoalan kajian keempat: Adakah terdapat 78
perbezaan komitmen antara jantina di kalangan
pensyarah dalam melaksanakan KSKV
di lima buah KV negeri Pahang?
4.5 Rumusan 82
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 83
5.1 Pengenalan 83
5.2 Perbincangan 83
5.2.1 Demografi responden 84
5.2.2 Rumusan dapatan kajian 1: 85
Mengenalpasti tahap kecekapan melaksanakan
KSKV dalam kalangan pensyarah di lima buah
KV negeri Pahang dari aspek pengetahuan.
5.2.3 Rumusan dapatan kajian 2: 86
Mengenalpasti tahap kecekapan melaksanakan
KSKV dalam kalangan pensyarah di lima buah
KV negeri Pahang dari aspek kemahiran.
xii
5.2.4 Rumusan dapatan kajian 3: Mengenal pasti tahap 87
kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang
dari aspek komitmen.
5.2.5 Rumusan dapatan kajian 4: 88
Mengenalpasti perbezaan tahap kecekapan antara
jantina dalam pelaksanaan KSKV dari aspek
komitmen di kalangan pensyarah di lima buah
Kolej Vokasional negeri Pahang.
5.3 Kesimpulan 89
5.4 Cadangan 90
5.4.1 Cadangan untuk Kementerian Pendidikan 90
Malaysia (KPM)
5.4.2 Cadangan untuk Kolej Vokasional 91
5.4.3 Cadangan untuk pihak industri 91
5.4.4 Cadangan untuk kajian lanjutan 92
5.5 Rumusan 92
RUJUKAN 93
LAMPIRAN 99
xiii
SENARAI JADUAL
1.1 Komponen Kurikulum 7
3.1 Kandungan soal selidik dan bilangan item bahagian B 59
3.2 Jadual skala lima mata 59
3.3 Interpretasi skor Alpha Cronbach 61
3.4 Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) dan kebolehpercayaan 62
responden yang diukur bagi kajian rintis
3.6 Pemeriksaan polariti item 63
3.7 Kesesuaian item 64
3.8 Nilai korelasi residual terpiawai 64
3.9 Ringkasan jumlah item yang kekal dan digugurkan 65
3.10 Interpretasi min skor 66
3.11 Kaedah analisis kajian 66
4.1 Taburan responden mengikut jantina 69
4.2 Taburan responden mengikut umur 69
4.3 Taburan responden mengikut tahap pendidikan 70
4.4 Taburan responden mengikut tahap kemahiran 70
4.5 Taburan responden mengikut pengalaman 70
xiv
SENARAI JADUAL
4.6 Taburan responden mengikut bilangan kursus yang dihadiri 71
4.7 Dapatan analisis bagi tahap kecekapan melaksanakan KSKV dalam 73
kalangan pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari
aspek pengetahuan?
4.8 Dapatan analisis bagi tahap kecekapan melaksanakan KSKV dalam 75
kalangan pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari
aspek kemahiran?
4.9 Dapatan analisis bagi tahap kecekapan melaksanakan KSKV 76
dalam kalangan pensyarah di lima buah KV negeri Pahang
dari aspek komitmen?
4.10 Nilai p dan t bagi perbezaan komitmen antara jantina di kalangan 79
pensyarah dalam melaksanakan KSKV di lima buah KV negeri Pahang?
4.11 Hasil analisis DGF terhadap perbezaan tahap kecekapan 79
antara jantina dalam pelaksanaan KSKV dari aspek komitmen.
xv
SENARAI JADUAL
4.12 Ringkasan hasil analisis DIF yang menunjukkan perbezaan signifikan 80
tahap kecekapan antara jantina di kalangan pensyarah dalam
melaksanakan KSKV dari aspek komitmen di lima
buah KV negeri Pahang.
4.13 Hasil analisis DIF terhadap perbezaan tahap kecekapan 81
antara jantina di kalangan pensyarah dalam melaksanakan
KSKV dari aspek komitmen di lima buah KV negeri Pahang.
xvi
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Kurikulum Kolej Vokasional 9
1.2 Kerangka Teori Kajian 13
2.2 Transformasi Pendidikan Vokasional 29
(Konsep Kolej Vokasional)
3.1 Kerangka Reka bentuk Kajian 56
xvii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH
DIF - Differential Item Functioning
DIG - Differential Group Functioning
KV - Kolej Vokasional
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KSKV - Kurikulum Standard Kolej Vokasional
PdP - Pengajaran dan Pembelajaran
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN MUKA SURAT
A Carta Gantt 99
B Borang soal selidik (Kajian sebenar) 100
C Borang Semakan Soal Selidik (Pengesahan pakar) 106
D Surat kebenaran melakukan kajian (UTHM) 109
E Analisis data kajian rintis 110
F Analisis data kajian sebenar 113
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa peringkat perubahan seiring
dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. Proses perubahan ini
berlaku adalah akibat daripada tuntutan semasa dan atas kesedaran memperbaiki
tahap pendidikan negara. Pendidikan formal yang berkesan dilaksanakan di institusi
pendidikan di Malaysia amat memainkan peranan dalam pembentukan modal insan
yang memberi impak kepada perubahan sistem ini. Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memantapkan dasar pendidikan negara
agar usaha murni di bawah transformasi pendidikan negara dapat dilangsungkan
dengan berkesan bagi menjamin kejayaan sistem pendidikan yang diamalkan di
Malaysia. Antara usaha yang sentiasa diambil berat oleh KPM adalah pengubalan
kurikulum yang berkualiti dan pemantauan pelaksanaannya. Perkembangan
pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan proses merencana , menyatupadukan,
mentafsir maksud, matlamat dan objektif kurikulum (Hasmori, et al.2011).
Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa ini, kejayaan
sesebuah institusi pendidikan bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan
komitmen yang dimiliki oleh pelajarnya. Oleh itu, negara yang mempunyai rakyat
berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Pendapat
2
ini disokong oleh Aini Jaafar (2006), dimana manusia dilihat sebagai suatu jenis
´modal´ dan dinamakan sebagai ´modal insan´, iaitu sebagai suatu ´aset tenaga´ yang
sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara,
mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas
pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Melalui pendidikan yang
bermatlamat dan berkualiti, individu dapat meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli
masyarakat yang berjaya dan penyumbang aktif kepada pembangunan negara. Usaha
yang sedang di teliti dan diambil tindakan oleh KPM sejak kebelakangan ini adalah
bagi menjawab persoalan dan perbahasan di kalangan ibu bapa dan komuniti yang
meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap
keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Antara strategi yang telah dirangka untuk
meneruskan agenda pembangunan pendidikan seperti yang digariskan di dalam
RMK-10 adalah :
(i) Melaksanakan rombakan dalam sistem pendidikan agar signifikan
dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar.
(ii) Peningkatan kemahiran rakyat bagi meluaskan kebolehpasaran; dan
(iii) Usaha menyusun semula pasaran pekerjaan untuk merealisasikan
Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
(Unit Perancang Ekonomi RMK-10,2010)
Berdasarkan hakikat bahawa sistem pendidikan adalah bersifat kompleks dan
rencam, Malaysia memerlukan fasa yang panjang untuk melihat impak perubahan
yang dilaksanakan seperti mana yang dijadualkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Oleh itu, KPM telah mengambil tindakan
yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti
dilaksanakan dengan segera bagi merealisasikan agenda kerajaan dalam aspek
perkhidmatan pendidikan ini.
Selari dengan perubahan ini, rakyat dituntut untuk mengembangkan
keinginan dengan meningkatkan kemahiran dan ilmu yang ada pada mereka secara
berterusan supaya dapat berfungsi dengan maksimum dalam kehidupan seharian,
pekerjaan dan pergaulan dalam masyarakat. Oleh itu, pendidikan dan latihan yang
bercorak kemahiran vokasional perlu diperkasakan bagi memberi peluang individu
untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan menyediakan kemahiran dan ilmu
3
untuk meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan. Tidak di nafikan lagi bahawa
pelaburan dalam pendidikan dan latihan ini merupakan pelaburan untuk masa depan
bagi mempersiapkan individu yang serba boleh bagi merealisasikan hasrat kerajaan
sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi.
Sejajar dengan perkembangan keperluan melahirkan tenaga mahir ini, pada 6
Januari 2012 kerajaan melancarkan satu inisiatif baru melalui Pelan Transformasi
Pendidikan Vokasional . Pelan ini adalah pengisian PPPM dalam bab pengukuhan
laluan pendidikan vokasional yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, yang sebelum itu pernah menyuarakan untuk
menolak tanggapan “kelas kedua” terhadap pengajian dalam bidang vokasional.
Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini
diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang
berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.
Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan
amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan
mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan
pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.
Seawal dari itu kerajaan melalui Dasar Wawasan 2020 telah meletakkan satu
visi utama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan benar-benar
maju menjelang tahun 2020. Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi
mencapai wawasan tersebut khususnya bagi melonjakkan negara ke arah mencapai
matlamat menjadi negara perindustrian, berpendapatan tinggi dan ekonomi maju
menjelang 2020. Namun begitu, kurang persediaan modal insan berkemahiran tinggi
telah menghalang usaha negara ke arah mencapai negara berekonomi berpendapatan
tinggi. Dalam konteks ini, Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Latihan (TVET)
memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir yang diperlukan
untuk transformasi ekonomi negara. Justeru itu, pelbagai usaha sedang dan telah
dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut. Di antara cabaran utama yang
dihadapi adalah untuk membentuk masyarakat yang kukuh ekonominya, bersifat
progresif dan dapat memanfaatkan teknologi sepenuhnya untuk kemajuan negara..
Bagi menyambut usaha ini, KPM melalui Transformasi Pendidikan Vokasional
(TPV) telah mengambil langkah bagi menyokong agenda transformasi ekonomi
negara dalam menghasilkan tenaga mahir dan terlatih. Komposisi akademik akan
4
dikurangkan dan penambahan amalan industri atau amali teknikal kepada pelajar
akan dilakukan dalam kurikulum kolej vokasional (Ismail, 2011).
Dalam proses transformasi pendidikan untuk ekonomi ini, penekanan juga
diberi kepada keperluan tenaga kerja mahir (lebih khusus dikenali sebagai K-
workers) dan latihan semula pekerja untuk menyesuaikan mereka dengan teknologi
baru. Sekiranya sumber tenaga kerja mahir tidak terdapat di dalam sesuatu negara,
maka penglibatan pekerja mahir dari negara-negara lain dijalankan dengan
menawarkan insentif atau gaji yang menarik. Berdasarkan kepada fenomena ini,
negara-negara maju dan membangun menyusun semula dasar dan strategi
pembangunan manusia mereka terutama dalam bidang pendidikan dan latihan
kemahiran. Ia bertujuan untuk melengkapkan tenaga kerja mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran terkini menjamin employability mengikut keperluan
industri bagi memastikan ekonomi negara mereka terus maju dan berdaya saing
(Mohd Yahya Nordin, 2003). Dalam usaha merencanakan pembangunan kemahiran
di kalangan rakyat di negara ini sebagai satu alternatif kepada mencapai hasrat
tersebut. Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) merupakan pilihan yang amat
tepat diperkasakan sebagai satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan khusus
untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain seperti
kemahiran kebolehpekerjaan. Menurut Mohd Yahya (2003) aspek kemahiran
‘employability’ adalah merupakan aspek kemahiran “employability” yang penting
dan perlu diketahui oleh semua pihak, kerana ia dapat meningkatkan kecekapan dan
kualiti para individu untuk lebih berketrampilan dalam dunia pekerjaan. Kemahiran
ini merupakan aspek kemahiran pelengkap kepada kemahiran “teknikal” yang
diutamakan. Apabila seseorang pekerja itu diiktiraf sebagai pekerja mahir, secara
tidak langsung, golongan ini akan dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan
melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.
Perubahan terhadap kerangka kurikulum yang sedia ada amat wajar bagi
memastikan pelaksanaan transformasi pendidikan vokasional dapat direaslisasikan
mengikut perubahan keperluan yang selari dengan kehendaki industri . Oleh itu KPM
telah mengambil langkah inisiatif dengan mengumumkan bahawa kurikulum baru
pendidikan vokasional yang akan digubal dan dikuatkuasakan pelaksanaan
sepenuhnya pada tahun 2013 yang mempunyai spesifikasi dan standard yang
diiktiraf oleh pelbagai agensi dalam dan luar negara. Menurut Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2012), kurikulum itu bersifat modular,
5
berasaskan kecekapan, mengutamakan aspek amali dan anjal. Selain itu, jelasnya,
kurikulum yang sekarang ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional
(KSKV) itu merangkumi elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, kemahiran
insaniah dan kemahiran teknologi yang digabung jalin dengan keperluan industri
serta badan profesional. KSKV adalah kurikulum pendidikan khusus untuk pelajar
yang mengikuti pendidikan dan latihan vokasional di kolej vokasional, KPM dalam
persekitaran pembelajaran berorientasikan pekerjaan yang menekankan kepada
keperluan industri sejajar dengan perkembangan pembangunan negara. Bagi
mendukung semua perubahan ini para pensyarah antara watak utama yang perlu
bersedia menerima perubahan tersebut untuk memastikan pelaksanaan transformasi
pendidikan vokasional ini berjaya direalisasikan. Marzita (2003) dalam rencananya
menegaskan seorang guru cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang
berlaku dipersekitarannya. Oleh itu, Pensyarah KV perlulah bertanggungjawab untuk
memastikan pelajar yang dilahirkan di dalam sistem pendidikan vokasional adalah
benar-benar berkualiti. Profesionalisme guru adalah kunci kepada peningkatan
kualiti dan kejayaan usaha kita memperkasakan PTV. Kualiti yang dimaksudkan
bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya
(Yusof ,2008).
Menurut Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh (2012) , Jabatan Perangkaan
Malaysia, Lebih separuh jumlah penganggur di Malaysia terdiri daripada mereka
yang berpendidikan menengah. Pada 2012, peratusannya meningkat sebanyak 3.7
mata peratus kepada 60 peratus. Ini menunjukkan cabaran besar kepada sistem
pendidikan negara kita adalah menyediakan modal insan yang berkemahiran bagi
memenuhi permintaan industri , dengan secara langsung akan mengurangkan beban
kerajaan dalam menangani isu penggangguran yang meningkat di negara kita.
Bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran vokasional
yang diakibatkan dari kepesatan ekonomi, KPM telah memperkenalkan kursus
berteraskan kemahiran vokasional di kolej vokasional. Ia merupakan satu program
yang menjadi kesinambungan kepada kemahiran asas yang dilalui oleh pelajar di
peringkat menengah rendah. Objektifnya adalah untuk memberi pengetahuan dan
kemahiran lanjutan berhubung kemahiran vokasional dalam bidang automotif,
pemesinan industri, teknologi pembinaan, penyejukan dan penyamanan udara dan
lain-lain lagi. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam
mendapatkan pekerjaan yang sesuai mengikut keperluan industri, menjadi usahawan
6
yang berjaya dan meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi.
Walaubagaimana pun ilmu pengetahuan dan kemahiran tetap berkait rapat
dengan sikap seseorang individu dalam menentukan perlakuan, perbuatan serta
tindakan semasa melaksanakan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga,
masyarakat, organisasi, agama, bangsa dan negara. Ilmu, kemahiran dan sikap
menentukan cara kita berfikir sebelum bertindak. Kewarasan dan kebijaksanaan
berfikir akan menghasilkan tindakan yang berkualiti dan produktif. Ianya terhasil
daripada minda atau daya berfikir yang berdaya maju, kreatif, logik, kritis, rasional,
lateral, tepat, betul, cepat, berkualiti dan produktif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) memerlukan pensyarah memberi
komitmen sepenuhnya dalam memastikan perlaksanaannya berkesan dan mencapai
hasrat yang diingini. Menurut Ahmad Tajuddin (2013) , KSKV adalah kurikulum
pendidikan khusus untuk pelajar yang mengikuti pendidikan dan latihan vokasional
peringkat menengah atas dalam persekitaran pembelajaran berorientasikan pekerjaan
yang menekankan kepada keperluan industri sejajar dengan perkembangan
pembangunan negara. KSKV dibangunkan berteraskan kecekapan yang dihurai
dalam bentuk standard kandungan (content standards), standard pembelajaran
(learning standards) dan kriteria pencapaian (performance criteria). KSKV
didokumentasikan mengikut Standard Kandungan iaitu pernyataan spesifik yang
pelajar patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh pengajian merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Menurut Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang
bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak
diajar . Ketidakcekapan pensyarah melaksanakan KSKV mengikut keperluan yang
dihasratkan, maka matlamat transformasi pendidikan vokasional melalui peningkatan
pengetahuan, kemahiran dan nilai di kalangan pelajar mungkin tidak akan dicapai,
pendapat ini disokong oleh Harris Md Jadi (1992) yang menegaskan bahawa suatu
kurikulum yang diandaikan baik dan lengkap akan gagal jika pelaksananya tidak
memahami dan kurang berkebolehan. Namun isu yang timbul ialah pensyarah yang
tidak kompeten untuk menjalankan tugas mengikut hasrat sebenar tujuan perubahan
7
KSKV tersebut . Menurut Habib Mat Som (2005), para guru seboleh yang mungkin
ingin mengelak dari terlibat secara aktif dalam perlaksanaan perubahan kurikulum di
sekolah kerana mereka akan terpaksa mempelajari kemahiran dan pengetahuan yang
baharu, selain terpaksa menghadiri kursus , seminar dan taklimat yang berkaitan dari
semasa ke semasa. Dalam perubahan kurikulum yang begitu komprehensif melalui
transformasi pendidikan vokasional ini, seharusnya para pensyarah perlu
bertanggungjawab sepenuhnya dalam meningkatkan kecekapan dalam penguasaan
pengetahuan, kemahiran dan nilai agar hasrat KSKV dapat dicapai sepenuhnya.
Menurut Saharudin (1996) mendapati guru-guru yang berpengetahuan
menunjukkan kesediaan yang tinggi berasaskan pencapaiannya dan kejayaan sesuatu
pengajaran bergantung kepada kemahiran serta kebolehan guru menguasai
pengetahuan untuk menerangkan dengan jelas dan dapat difahami. Selain daripada
itu Stiggins (2005), juga mendapati tidak ramai guru yang betul-betul bersedia dalam
melaksanakan perubahan kurikulum baru kerana mereka tidak berpeluang untuk
mempelajari teknik-teknik dan amalan baru yang diperlukan dalam perubahan
tersebut. Kenyataan tersebut telah disokong oleh Abd. Rashid (2000), yang
menyatakan guru tidak mampu bertahan sekiranya pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki berada pada tahap sedia ada, kesediaan dan kepekaan guru
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa mengikut
perubahan seharusnya wujud di dalam diri sebagai seorang pendidik yang
bertanggungjawab.
Perubahan yang ketara dilakukan dalam pelaksanaan KSKV adalah agihan
pemberatan mengikut peratusan antara komponen akademik dan komponen
vokasional seperti jadual 1.1 di bawah.
Jadual 1.1: Komponen Kurikulum
(Sumber : Bahagian Pengurusan Akademik, BPTV, 2011)
Komponen Kurikulum
Pengajian
Program Pra Diploma
Peratus (Semester 1-4)
Program Diploma
Peratus (Semester 5-8)
Modul Akademik 30 20
Modul Vokasional 70 80
8
Jadual 1.1 menunjukkan komponen kurikulum berasaskan kemahiran vokasional
diberikan pemberatan sehingga 70% hingga 80% di peringkat Pra Diploma dan
Diploma di kolej vokasional. Oleh itu pensyarah KV perlu dimajukan secara
bersungguh-sungguh bagi memastikan matlamat kurikulum ini tercapai. Modul
vokasional diberi pemberatan yang begitu besar untuk memastikan pelajar mendapat
kemahiran yang selari dengan permintaan industri.
Keupayaan sesebuah KV melahirkan tenaga mahir yang berkualiti tinggi
adalah menjadi harapan bagi semua orang yang berkepentingan. KSKV yang
dilaksanakan bermula tahun 2012 adalah merupakan KSKV yang bersifat
komprehensif dan menuntut para pensyarah untuk mendalami dan menghayati agar
apa yang dihasratkan dalam keberkesanan pelaksanaan dapat dicapai.
1.3 Penyataan Masalah
Perubahan daripada satu sistem kurikulum yang lama ke sistem kurikulum yang baru
akan memberi kesan kepada tahap penguasaan pensyarah dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajarannya. Dalam KSKV pensyarah dituntut bukan
sahaja menyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran asas sahaja tetapi memastikan
KSKV di dalami sehingga dapat melahirkan pelajar yang berinovasi tinggi dan
berkeupayaan untuk diterima oleh pihak industri selepas tamat pengajian nanti. Rajah
1.1 di bawah menunjukkan elemen penting dalam KSKV.
9
Rajah 1.1: Kerangka Kurikulum Kolej Vokasional
(Sumber: Bahagian Pengurusan Akademik BPTV, KPM 2011)
Merujuk kepada pelaksanaan awal KSKV, Tinjauan awal oleh pengkaji terdapat
masalah bagi pensyarah dalam melaksanakan KSKV sebagaimana yang termaktub
dalam hasrat KSKV itu sendiri. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh
pensyarah perlu dipertingkatkan untuk memastikan elemen seperti perlaksanaan
tahap kemahiran tinggi dapat dicapai. Perubahan kurikulum ini amat memberi
tekanan kepada pensyarah dalam menjelmakan kemahiran sepadan dengan
keperluan industri yang mampu dicapai oleh pelajar dan semua permasalahan
perlaksanaan ini adalah perlu diatasi dengan segera oleh para pensyarah untuk
memastikan kualiti pelajar yang dilahirkan di kolej vokasional setanding dengan
Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta di negara ini.
Sepanjang tahun pensyarah kolej vokasional diberikan latihan dan
pendedahan terkini dalam membangun dan meningkatkan tahap kecekapan yang
perlu dimiliki oleh seseorang pensyarah dalam usaha untuk mencapai matlamat
10
transformasi pendidikan vokasional. Kecemerlangan sesebuah kolej vokasional
adalah berkait rapat dengan perkembangan dan inisiatif perubahan di kalangan
pensyarahnya. Dengan adanya program perkembangan dan peningkatan kemahiran
pensyarah yang berterusan adalah dijangka para pensyarah mampu memberi
sumbangan dan melibatkan diri dengan aktif dalam tugas-tugas mereka serta dapat
meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Dengan sendirinya, penilaian dan
modifikasi ke atas apa yang telah dipelajari, memastikan profesion perguruan itu
sentiasa berkembang. Dengan usaha ini mungkin dapat diperbaiki aktiviti program
bagi meningkatkan proses penyediaan program latihan untuk menyediakan para
pensyarah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap pensyarah
tersebut.
Dalam menggarapkan transformasi pendidikan vokasional ini, pensyarah KV
merupakan nadi penyambung dan penggerak dalam melahirkan pelajar-pelajar di
peringkat kolej vokasional sebagai belia yang mempunyai pengetahuan dalam bidang
kemahiran vokasional. Kejayaan perlaksanaan transformasi ini banyak terletak
kepada sejauh mana tahap pengetahuan, kemahiran dan komitmen yang ada pada
pensyarah KV tersebut. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu menyokong
perubahan kurikulum dan berpandangan positif terhadap sebarang perubahan (Mohd
Azlan dan Yahya Buntat. 2009). Walau bagaimanapun, ada kalanya mereka tidak
dapat menghayati falsafah perubahan itu secara berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah (Aini Hassan dan Wan Hasmah Wan Mamat. 2007).
Manakala menurut Misnan (2008), masih terdapat guru yang kurang pasti cara dan
bagaimana melaksanakan perubahan yang sepatutnya guru mesti yakin tentang
keperluan untuk berubah dalam proses transformasi pendidikan yang sedang berlaku
ini.
Cabaran bagi pensyarah kolej vokasional adalah untuk memastikan
pelaksanaan KSKV tepat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan
agar transformasi pendidikan vokasional dapat dicapai dengan sepenuhnya. Oleh itu,
satu kajian dijalankan melibatkan kecekapan pensyarah dalam melaksanakan KSKV
di KV negeri Pahang adalah wajar dilakukan. Kajian ini juga adalah penting bagi
memastikan tahap kecekapan pensyarah melaksanakan KSKV dapat membantu
kerajaan melahirkan pelajar lepasan Kolej Vokasional yang kompeten dan
berkemahiran tinggi selaras dengan misi dan visi perlaksanaan Kolej Vokasional.
Maka dengan itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecekapan
11
pensyarah dalam melaksanakan KSKV di lima buah KV di negeri Pahang dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan komitmen. Selain daripada itu kajian ini juga adalah
bertujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan kecekapan berdasarkan jantina
pensyarah dengan aspek kemahiran dalam melaksanakan KSKV di KV negeri
Pahang.
1.4 Matlamat Kajian
Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecekapan pensyarah dalam
melaksanakan KSKV dalam bidang Teknologi Automotif di lima buah KV negeri
Pahang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan komitmen.
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :-
(i) Mengenal pasti tahap kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari aspek pengetahuan.
(ii) Mengenal pasti tahap kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari aspek kemahiran.
(iii) Mengenal pasti tahap kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari aspek komitmen.
(iv) Mengenal pasti perbezaan tahap kecekapan antara jantina dalam
kalangan pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dengan aspek
komitmen.
12
1.6 Persoalan Kajian
Persoalan utama yang dikemukakan dalam kajian ini adalah :-
(i) Sejauhmanakah tahap kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari aspek pengetahuan?
(ii) Sejauhmanakah tahap kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari aspek kemahiran?
(iii) Sejauhmanakah kecekapan melaksanakan KSKV dalam kalangan
pensyarah di lima buah KV negeri Pahang dari aspek komitmen?
(iv) Adakah terdapat perbezaan komitmen antara jantina di kalangan
pensyarah dalam melaksanakan KSKV di lima buah KV negeri Pahang?
1.7 Kerangka Teori Kajian
Berdasarkan Rajah 1.2 dibawah menunjukkan kerangka konsep kajian tahap
kecekapan pensyarah dalam melaksanakan KSKV dalam bidang Teknologi
Automotif di lima buah kolej vokasional di negeri Pahang, dimana pemboleh ubah
bebas ialah kemahiran, pengetahuan, dan komitmen. Manakala pemboleh ubah
bersandar ialah pemboleh ubah berdasarkan Shullman dan Lilia (1997) dalam
kurikulum pendidikan berasaskan kemahiran, Ryan dan Cooper (2006) dalam
pengurusan kurikulum untuk mencapai pelaksanaan kurikulum vokasional yang
berkesan, dan Rayment (2006) dalam ciri-ciri pensyarah yang berkesan. Menurut
Abdul Ghafar (1999), teori bertujuan untuk menerangkan sesuatu fenomena.
Manakala Zais (1976) pula, menyatakan teori ini di dalam pendidikan berfungsi
untuk menerang, meramal dan menghuraikan fenomena-fenomena yang berlaku di
dalam konteks pendidikan dan ia juga dapat membimbing amalan praktis bagi pihak
yang menggunakan teori tersebut. Manakala kerangka teori menurut Gredler (1996)
pula, menjadi landasan kerana ia mengenalpasti sejauhmana skop yang berkaitan
dengan aspek yang hendak di kaji dan kesepadanan dengan teori yang hendak di
gunapakai dalam kajian.
13
Rajah 1.2 : Kerangka Teori
Berdasarkan Rajah 1.2, pemboleh ubah di dalam kotak bergaris putus-putus
adalah model asal yang dicadang oleh pakar pelaksanaan kurikulum. Kotak garis
putus-putus yang berada paling atas adalah berdasarkan Shullman dan Lilia (1986),
yang menyatakan pelaksanaan sesuatu kurikulum yang berkesan akan berlaku dalam
a
b
c
d
Input
Kurikulum Standard
Kolej Vokasional
Proses
Kecekapan
Pensyarah
Dalam
Melaksanakan
KSKV
Output
Pengetahuan
• Pedagogi Pengajaran
• Keperluan
Pembelajaran
• Penyediaan Latihan
Guru
Shulman dan
Lilia (1997)
Kemahiran
• Merancang
• Mentafsir
• Menginovasi Ryan dan
Cooper (1998)
Komitmen
• Bertanggungjawab
• Sentiasa bersifat telus
dan adil
• Melaporkan prestasi
pelajar
Rayment (2006)
14
parameter yang mampu dihayati dan diteroka melalui satu set perlaksanaan
kurikulum yang kompleks dan prosedur pelaksanaan yang sempurna. Terdapat tiga
langkah utama dalam melaksanakan kurikulum pendidikan kemahiran: (a) pegagogi
pengajaran (b) keperluan pembelajaran dan (c) menyediakan latihan kepada guru.
Dalam kajian ini pengkaji melihat kesemua tiga langkah dijadikan pemboleh ubah
dalam kajian ini iaitu, pedagogi pengajaran, keperluan pembelajaran dan
menyediakan latihan kepada guru dalam melaksanakan KSKV.
Manakala bagi kotak garis putus-putus yang kedua adalah berdasarkan Ryan
dan Cooper (1998), yang menyatakan terdapat lima perkara untuk mencapai
pengurusan kurikulum iaitu: (a) merancang, (b) mentafsir, (c) menginovasi, (d)
menghubungkait, dan (e) mengsintesis . Penyelidik telah menjadikan tiga dari lima
perkara yang dicadangkan sebagai pemboleh ubah dalam kajian ini. Pembolehubah-
pembolehubah itu adalah merancang, mentafsir dan menginovasi. Kotak garis putus-
putus yang ketiga adalah berdasarkan Raymen (2006) dalam senarai penting
komitmen perlaksanaan kurikulum dalam aspek pentaksiran, pengkaji hanya
menggunakan tiga sahaja ciri-ciri pentaksir yang berkesan sebagai pembolehubah
iaitu bertanggungjawab menjalankan pentaksiran, sentiasa bersifat telus dan adil dan
melaporkan prestasi pelajar. Manakala anak panah menunjukkan urutan proses
dalam melaksanakan kajian untuk mengetahui tahap kecekapan pensyarah dalam
melaksanakan KSKV dalam bidang Teknologi Automotif di lima buah kolej
vokasional di negeri Pahang . Oleh yang demikian, konsep kajian dibuat berdasarkan
aspek yang diperlukan untuk melaksanakan KSKV supaya selari dengan hasrat
BPTV untuk memastikan perlaksanaan KSKV yang berkesan, aspek tahap
kecekapan yang dikaji seperti berikut: (i) pengetahuan, (ii) kemahiran, (iii) komitmen
dan (iv) perbezaan jantina dengan aspek komitmen.
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kecekapan pensyarah dalam
melaksanakan KSKV di lima buah KV di negeri Pahang. Tahap kecekapan
pensyarah ini dikaji dari aspek pengetahuan, kemahiran dan komitem serta perbezaan
tahap kecekapan dari aspek jantina pensyarah dengan aspek komitmen. Maklumat
15
dari hasil kajian ini adalah sangat penting kepada beberapa pihak tertentu,
terutamanya kepada:
(i) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Di peringkat KPM, diharapkan kajian ini dapat mengenal pasti tahap sebenar
kecekapan pensyarah dalam melaksanakan KSKV di Kolej Vokasional. Dengan ini
segala permasalahan yang timbul dalam melaksanakan KSKV terutama melibatkan
pensyarah dapat dikenal pasti, seterusnya diambil tindakan segera supaya KSKV di
Kolej Vokasional dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efektif dalam
menyediakan negara dengan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran tinggi.
(ii) Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV)
Maklumat melalui dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh BPTV untuk
merancang aktiviti pembangunan kakitangan khasnya pensyarah Kolej Vokasional
dengan mengadakan latihan dan kursus yang bersesuaian bagi memantapkan lagi
kaedah pengajaran dan tahap kecekapan berterusan dalam mencapai matlamat, visi
dan misi Kolej Vokasional dalam memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020.
(iii) Pensyarah Kolej Vokasional
Kajian ini juga dapat memberikan output mengenai maklum balas pensyarah dalam
melaksanakan KSKV di Kolej Vokasional. Tahap kemahiran pensyarah perlu
dipertingkatkan seiring dengan keperluan industri dan teknologi masa kini. Peluang
setiap pensyarah untuk mengikuti program peningkatan kemahiran dan
perkembangan staf juga wajar diselaraskan supaya semua pensyarah mendapat
peluang yang sama. Iltizam Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun
2020, antara lain memajukan pembangunan pemikiran rakyatnya dengan jalan
pendidikan.
16
(iv) Pentadbir Sekolah
Pada pihak pentadbir kolej vokasional, dapatan kajian ini diharapkan dapat
membantu dan menjadi penanda aras terhadap pensyarah KV dalam memastikan
tahap kecekapan pensyarah pada tahap yang optimum. Peningkatan kemahiran perlu
sentiasa dipantau agar setiap pelajar kolej vokasional mendapat ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang terkini dan terbaru. Jika didapati program peningkatan
kemahiran pensyarah memberi kesan yang signifikan kepada prestasi pensyarah ,
maka pihak pengurusan perlulah memperbanyakkan lagi program-program tersebut
di samping mempelbagaikannya.
1.9 Skop Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kecekapan pensyarah dalam
melaksanakan KSKV dalam bidang Teknologi Automotif di Kolej Vokasional di
negeri Pahang. Tahap kecekapan pensyarah ini hanya dikaji dan memberi tumpuan
kepada tiga aspek tahap sahaja iaitu pengetahuan, kemahiran dan komitmen
pensyarah, Selain daripada itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan
tahap kecekapan antara jantina dengan aspek komitmen yang dimiliki oleh pensyarah
dalam melaksanakan KSKV. Lokasi kajian melibatkan lima buah KV di negeri
Pahang iaitu KV Temerloh, KV Tengku Ampuan Afzan Bentong, KV Sultan Haji
Ahmad Shah Kuala Lipis, KV Sultan Ahmad Shah Rompin, dan KV Seri Pelindung,
Kuantan.
Kajian ini menggunakan satu jenis instrumen iaitu soal selidik. Soal selidik
dalam kajian ini akan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B menggunakan skala likert lima mata iaitu sangat tidak setuju (STS),
tidak setuju (TS), kurang setuju (KS), setuju (S) dan sangat setuju (SS). Dalam
Bahagian A merupakan sorotan berkenaan maklumat demografi responden. Ini
termasuklah jantina, umur, tahap pendidikan, tahap kemahiran, pengalaman
mengajar dan bilangan kursus yang dihadiri. Bahagian B merupakan item berkaitan
tahap kecekapan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan komitmen pensyarah.
Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah kalangan pengajar vokasional dalam
bidang Teknologi Automotif dengan melibatkan 35 orang di lima buah KV negeri
Pahang.
17
1.10 Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan dalam kajian ini. Pertama, responden yang dipilih adalah
melibatkan semua pengajar di kolej terlibat iaitu seramai 35 orang . Kedua dapatan
kajian ini nanti tidak digeneralisasi kepada seluruh warga pendidikan KV dan juga
tidak dirumuskan kepada semua pengajar di Malaysia. Ini disebabkan tahap
kecekapan pensyarah dalam melaksanakan KSKV adalah berbeza di kalangan
individu, kolej dan lokasi. Ketiga, dapatan kajian ini juga nanti adalah bergantung
kepada kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soalan yang
dikemukakan. Sehubungan dengan itu, pengkaji mengandaikan semua maklumat
yang akan diberikan oleh responden adalah tepat. Keesahan dan kebolehpercayaan
kajian tersebut juga adalah bersandar kepada andaian ini.
1.11 Definisi Istilah dan Operasional
Kajian ini bertajuk “Tahap Kecekapan Pensyarah Kolej Vokasional Dalam
Melaksanakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional Di Lima Buah Kolej
Vokasional Negeri Pahang ”. Di dalam penyelidikan ini beberapa istilah telah
digunakan. Pengertian kepada istilah yang digunakan adalah seperti mengikut
berikut;
1.11.1 Pensyarah
Pensyarah atau guru merupakan orang yang mampu mengajar atau mendidik dengan
baik bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan (Atan Long, 1994).
Untuk kajian ini, pensyarah merupakan individu yang mengajar bidang Teknologi
Automotif yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar di
Kolej Vokasional negeri Pahang.
18
1.11.2 Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV)
Kurikulum Standard Kolej Vokasional adalah satu dokumen standard pembelajaran
yang menyatakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Kriteria pencapaian
pula adalah pernyataan yang mengkhususkan kepada perkara yang perlu ditaksir dan
tahap pencapaian yang diperlukan. ia dibangunkan berteraskan kecekapan yang
dihuraikan dalam bentuk standard kandungan (content standards), standard
pembelajaran (learning standards) dan kriteria pencapaian (performance criteria).
Standard kandungan adalah pernyataan spesifik yang pelajar patut ketahui dan boleh
lakukan dalam satu tempoh pengajian merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai. Konsep KSKV juga memberi fokus kepada Production Based Education
(PBE), Competency Based Education (CBE) dan On-Job Training (OJT) untuk
membolehkan lulusan vokasional mendapat permintaan dalam pasaran kerja.
1.11.3 Kecekapan
Kecekapan bermaksud kebolehan dan keupayaan fizikal dalam melaksanakan tugas
serta mempengaruhi prestasi yang memuaskan atau selaras dengan keupayaan
mengurus. Mengikut Kamus Dewan (1994) kecekapan boleh diertikan sebagai
kemahiran dan kepandaian melakukan kerja . Untuk kajian ini, kecekapan bermaksud
kebolehan melaksanakan kurikulum seperti merancang, melaksanakan, menginovasi
dan mengenalpasti keperluan kurikulum dari aspek pengetahuan, kemahiran dan
komitmen dalam bidang Teknologi Automotif.
1.11.4 Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia
Pendidikan formal dalam bidang vokasional yang terdiri daripada pelajar lepasan
sekolah menengah rendah (Tingkatan 3). Kolej Vokasional ditubuhkan dibawah
transformasi pendidikan vokasional selari dengan kehendak kerajaan untuk
melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan industri.
19
Untuk kajian ini, kolej vokasional yang terlibat adalah kolej vokasional di Negeri
Pahang yang menawarkan kursus Teknologi Automotif.
1.12 Rumusan
Bab ini menjelaskan tentang latar belakang, tujuan, hipotesis, batasan dan
kepentingan kajian yang akan dijalankan. Secara khususnya, dapat dikatakan bahawa
peningkatan kemahiran pensyarah dalam melaksanakan KSKV di dorong oleh
beberapa faktor dan antaranya ialah kemahiran yang dimiliki oleh seseorang
pensyarah itu. Faktor ini amat mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan KSKV
dalam peningkatan tahap kemahiran pelajar di dalam bidang kursus Teknologi
Automotif di kolej vokasional.
20
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut beberapa hasil kajian yang
berkaitan dengan peningkatan kemahiran pensyarah KV dalam melaksanakan KSKV
di Kolej Vokasional Negeri Pahang . Selain daripada itu bab ini juga akan
menerangkan teori kemahiran pensyarah dan penekanan-penekanan yang diterapkan
kepada golongan tersebut dalam memastikan kemahiran mereka sentiasa berada pada
tahap yang optimum selari dengan transformasi pendidikan vokasional bagi
mencapai tenaga mahir yang mempunyai nilai kebolehkerjaan (employability). Guru
yang bertanggungjawab dalam memastikan pelajar memahami isi kandungan
pelajaran dan berkemahiran kerana pengajaran guru yang baik dan berkesan akan
meningkatkan kualiti pendidikan (Royo, 2010).
Dalam menjalankan kajian ini, pelbagai sumber maklumat dikupas mengikut
kesesuaian pelaksanaan KSKV ke arah mencapai matlamat melahirkan modal insan
yang berkemahiran tinggi. Antara sumber-sumber sekunder yang dikaji termasuk
kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh beberapa orang intelektual dan
beberapa bahan rujukan seperti buku-buku dan jurnal-jurnal.
21
2.2 Pengetahuan Kurikulum
Pengetahuan dalam perlaksanaan kurikulum merupakan suatu proses yang
merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas
(Shahabuddin, Dr. Rohizani, Mohd. Zohir, 2003) . Ianya merupakan proses
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu dari seorang guru kepada
seorang pelajar. Hasilnya adalah pembelajaran yang merupakan aktiviti mental,
fizikal atau rohani kepada diri pelajar itu sendiri. Menurut Kamarudin (1997),
pembelajaran adalah suatu proses mengumpul maklumat secara berterusan dan ianya
berlaku semenjak seseorang itu dilahirkan. Proses pembelajaran ini berlaku dalam
dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Proses pembelajaran formal adalah
melibatkan guru dan pelajar sebagai suatu aset yang penting. Manakala proses tidak
formal pula adalah melalui keluarga, rakan dan sebagainya. Oleh kerana guru dan
pelajar merupakan aset penting dalam proses pendidikan, keupayaan guru untuk
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah sangat
penting.
Menurut Faridah Karim (2000) dalam jurnal ”Strategizing Teaching and
Learning in The 21ST
Century” menyatakan bahawa guru-guru mengalami kesukaran
melaksanakan komponen-komponen kritikal dalam kurikulum. Guru-guru
mengalami kesukaran dalam mempelbagaikan strategi pengajaran, melaksanakan
aktiviti yang berpusatkan pelajar, menggunakan teknik-teknik tertentu untuk
berinteraksi dengan pelajar, memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar, merancang
bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar serta sukar membuat penilaian isi
kandungan mata pelajaran. Guru-guru juga dikatakan kurang berinovasi dalam
menyampaikan pengajarannya. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
(i) Guru kekurangan pengetahuan dan kemahiran mengajar. Ini disebabkan
mereka tidak bersedia atau tidak dilatih dengan sebaik-baiknya.
(ii) Matlamat dan konsep inovasi dalam strategi pengajaran tidak jelas kepada
mereka.
(iii) Guru kekurangan bahan dan sumber pengajaran yang sesuai untuk membina
pengajarannya.
(iv) Guru kekurangan motivasi disebabkan kurangnya galakan daripada pihak
pentadbir.
22
(v) Kekurangan koordinasi dan komunikasi di antara semua pihak yang terlibat
dalam proses pelaksanaan inovasi dalam strategi pengajaran.
Untuk itu, pengetahuan pedagogi adalah amat penting untuk seorang guru. Ini
kerana, mereka perlu menyampaikan pengajaran mereka mengikut langkah-langkah
yang betul. Proses PdP yang berlaku di sekolah adalah tidak sama seperti di
universiti. Di sekolah, seorang guru perlu mengetahui cara yang pelbagai untuk
mengajar kerana mereka perlu mendekati pelajar mereka dengan pelbagai cara agar
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Ilmu pedagogi
telah menjadi satu mata pelajaran wajib yang diambil oleh pelajar yang mengikuti
kursus dalam bidang perguruan. Sebagai bakal guru, mereka perlu menguasai ilmu
pedagogi agar dapat menjadi guru yang baik dari pelbagai aspek seperti pengawalan
bilik darjah, strategi pengajaran dan lain-lain.
Oleh itu aspek pengetahuan pedagogi amat perlu diamati oleh guru semasa
melaksanakan PdP dalam bilik darjah dari segi perancangan pengajaran, pengurusan
bilik darjah, pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran dan
kemahiran melaksanakan tugas dan tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran
secara baik dan berkesan di sekolah kelak.
2.3 Ciri-Ciri Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional
Bagi menjadikan pendidikan vokasional tetap relevan dengan pembangunan ekonomi
negara, maka ianya mestilah dapat memenuhi keperluan majikan dan alam pekerjaan.
Ini memerlukan kurikulum yang berlandaskan kepada keperluan industri tempatan
dan global. Malaysia membuka pintu kepada pelaburan luar negara dan banyak
syarikat gergasi atau multinasional melabur di negara ini. Mereka memerlukan
pekerja mahir untuk melakukan kerja dalam industri mereka. Mereka melabur di
dalam negara kita atas sebab kedudukan negara dari segi geografi, kestabilan politik,
rakyat yang berpendidikan dan tidak ketinggalan pekerja yang berkemahiran dalam
teknikal dan sosial. Oleh itu, institusi pendidikan dan latihan vokasional patut peka
kepada keperluan industri dalam mengubal kurikulum program
pengajiannya. Malah mereka daripada industri patut dilibatkan dalam pengubalan
kurikulum pendidikan dan latihan vokasional. Menurut Zakaria Kasa (2006)
23
kurikulum yang mampu membangunkan sesebuah negara antara lain mempunyai
perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran terkini dengan peralatan terkini yang digunakan di industri
Pengubalan kurikulum bukan berlandaskan adanya tenaga pengajar
atau kemudahan sedia ada di institusi tetapi lebih kepada apa
sebenarnya yang diperlukan dalam sesuatu pekerjaan berkenaan, dan
berubah mengikut perubahan dalam industri.
(ii) Kurikulum seharusnya tidak berpusat tetapi sepatutnya memenuhi
permintaan pekerjaan setempat dan global. Ada kemahiran yang dilatih
tidak sesuai dengan industri setempat atau sekitar kawasan institusi
pendidikan dan latihan vokasional. Atas sebab itu, graduan institusi
berkenaan tidak dapat mencari kerja di kawasan sekitar atau terpaksa
merantau jauh untuk mencari kerja yang sesuai. Terdapat graduan yang tidak
melakukan kerja sepertimana dilatih disebabkan kesukaran mencari kerja
yang sesuai dengan kemahiran yang ada. Oleh itu, kemahiran yang diajar
mestilah sesuai dengan keperluan industri setempat dan juga kawasan lebih
luas supaya membolehkan mereka yang kurang berminat dengan pekerjaan
di kawasan setempat boleh menjelajah mencari kerja di kawasan lain di
Malaysia atau di luar negara dengan berbekal kemahiran yang ada. Industri
besar di Malaysia adalah bersifat global dan perlu berurusan dengan pekerja,
pelanggan dan pembekal di seluruh dunia. Oleh itu, penting bagi institusi
pendidikan dan latihan vokasional memberi kemahiran dan kesedaran budaya
untuk membantu mereka lebih mengetahui dan memahami serta sensitif
kepada perbezaan yang wujud antara mereka dan orang daripada negara lain.
(iii) Kurikulum hendaklah peka dengan kehendak majikan terutama kemahiran
sosial atau insaniah. Bagi kebanyakan majikan mereka menyuarakan atribut
yang perlu ada pada setiap pekerja mereka terutama yang berkaitan dengan
kemahiran sosial atau insaniah. Pada ketika yang sama hasil yang diharapkan
ialah graduan yang produktif, kreatif dan inovatif yang berupaya bersaing
secara global. Mereka mesti berupaya berkomunikasi dan bekerja sebagai
satu pasukan dengan rakan sekerja yang lain, berpuas hati dengan pekerjaan
mereka,menghormati dan menghargai sesama mereka dan
membentukkerjasama dan kepercayaan antara mereka. Dalam ertikata lain,
pendidikan dan latihan vokasional septutnya berusaha menghasilkan individu
24
graduan yang menyeluruh dari pelbagai aspek yang diperlukan sebagai
pekerja yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
(iv) Individu yang dibentuk melalui kurikulum terancang ialah seorang yang
dibentuk memenuhi keperluan industri, maka pihak industri perlu dilibatkan
dalam pengubalan kurikulum dan sebagai penasihat kepada program
berkenaan.
(v) Kurikulum yang dibentuk mestilah memberi lebih tumpuan kepada
pembelajaran masteri dan berlandaskan hasil (outcomes). Modul-modul
pembelajaran bagi sesuatu kemahiran perlu dibentuk untuk memastikan
pelatih belajar mengikut tahap keupayaan masing -masing. Apa yang
dipentingkan setiap pelatih menguasai kemahiran yang dipelajari walaupun
mengambil masa yang lama. Kurikulum yang digubal mestilah fleksibel
untuk disesuaikan dengan tahap keupayaan pelatih. Hasil yang diharapkan
perlu dipantau secara berkala untuk memastikan hasil yang diharapkan itu
tercapai apabila pelatih bergraduat.
(vi) Kurikulum pendidikan dan latihan vokasional dianggap berkesan apabila
dapat melahirkan graduan berkemahiran sesuai dengan keperluan industri. Ini
boleh dicapai dengan memberi fokus yang lebih kepada pembelajaran
berasaskan pengalaman di industri daripada mempelajari teori di institusi
vokasional.
2.4 Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV)
KSKV adalah suatu kurikulum baru pendidikan vokasional yang telah
dikuatkuasakan bermula pada tahun 2011. Ia mempunyai spesifikasi dan standard
yang diiktiraf oleh pelbagai agensi dalam dan luar negara. KSKV digubal dengan
menambahbaikan kurikulum yang sedia ada dengan berpandukan kepada Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), Jabatan Pembangunan Kemahiran,
kurikulum ini bersifat modular, berasaskan kecekapan, mengutamakan aspek amali
dan anjal. Selain itu, kurikulum ini mengandungi elemen kreatif dan inovasi,
keusahawanan, kemahiran insaniah dan kemahiran teknologi yang digabung jalin
93
RUJUKAN
Abdul Aziz, A. (2010). Rasch Model Fundamentals: Scale Construct and
Measurement Structure. Kuala Lumpur: Integrated Advanced Planning Sdn.
Bhd.
Abdul Ghani Azmi, I. & Wan Ahmad, W. S. (2008). Pengaruh Sikap dan Demografi
Ke Atas Produktiviti Kerja Pensyarah Muslim: Kajian Di Universiti Malaya.
Shariah Journal. 16(2): 321-244.
Aini Jaafar (2006). “Islam Dan Modal Insan.” Yayasan Dakwah Islamiah. Diperoleh
semula pada 4 Oktober 2006 daripada
http://www.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?SosialID=320
Ahmad Sipon (2003), “Program Pendidikan Teknika/Vokasional oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia Bagi Menangani Cabaran Masa Depan”, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Ahmad Esa, Jailani Md. Yunos dan Noraini Kaprawi (2008). “ Kokurikulum Di
Politeknik Membantu Graduan Menguasai Kemahiran Generik Dalam
Sektor Perindustrian Di Malaysia” . Jurnal Persatuan PTV Malaysia. Jilid 2.
Bil.1. M.s. 80-96.
Ahmad Tajuddin (2013), Memahami Pelan Strategik Transformasi Pendidikan
Vokasional, Buletin Bahagian pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM,
Jun 2013.
Ahmad Tajuddin (2009), Pembangunan Profesionalisme Guru Vokasional dan
Kemahiran, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM.
Abbott, I. (1997). Why Do We Have to Do Key Skills? Student Views about
General National Vocational Qualifications. Journal of Vocational Education
and Training, 49(4).
94
Abdul Azizi (2000), “Pengurusan Dan Gelagat Organisasi Di Abad Ke 21”.
Prentice Hall.
Anatoliy, B. & Michael, Y. (2007). Transfer of Training
Atan Long (1994), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Arnold, S. Warner, W. J., & Osborne, E. W. (2006). Experiential learning in
Secondary Agricultural Education Classrooms. Journal of Southern
Agricultural Education Research, 56(1), 30-39.
Burke, J. Dan Larry, C. (2000), Educational Research : Quatitative and Qualitative
Approaches, Boston: Allyn and Bacon.
Cascio, Wayne F. (1989). Human Resource Management. New York: Mcgraw Hill.
Chris A. R. (1996), Using Tech Prep Principles To Improve Teacher Education,
Journal of Vocational and Technical Education. Vol 13, No. 1
Cohen, L., & Manion, L. (1989). Research methods in education (3rd ed.), London:
routledge.
Day, C. (2004). A Passion for Teaching. London: RoutledgeFalmer.
Dessler, G. (2003). Human Resource Management. New Jersey: Prentice Hall
Dr. Abd. Hair Awang,Prof. Dr. Rahmah Ismail dan Dr. Zafir Mohd. Makhbul,
(2009). Pembangunan dan Pengurusan: Modal Insan Negara,Penerbit: Fakulti
Ekonomi dan Perniagaan, UKM.
Ragbir Kaur (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah
Menengah dan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
Dundas K. (1994), Managing Human Resourse : How Business Works. Australia:
Thomas Welson.
Faizah Yunus (2003), Analisis Keperluan Latihan, Jabatan Pentadbiran Sosial,
Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.
Faridah Karim (2000). “ Strategizing Teaching and Learning of Economic Education
in SecondarySchools: Some Considerations for The New Millenium
strategizing Teaching and Learning InThe 21st
Century. Volume 1. “ Kuala
Lumpur: Malaysia. 249-255.
Fidler, F. 1998. How can a successful school avoid failure?: Strategic Management
in School. Journal of Education Administration.Vol 36, No. 5. Pg 421-442
95
Fimian, M. J., & Santoro, T. M. (1983). Sources and manifestations of occupational
stress as reportedby full-time special education teachers. Exceptional
Children, 49, S40-S43.
Hasmori, A. A., et al. (2011). Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat: Satu
Integrasi. Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 350-
356.Dicapai pada Oktober 10, 2012 .
Haris Md Jadi, (1993:a). Implementing a National Curriculum: Tradition vs Change:
Pacific Asian Education., 5(2)
Habib Mat Som (2005). Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap
pelaksanaan perubahan Kurikulum. Tesis PhD, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur yang tidak bercetak.
Ibrahim Mamat (2006). Reka bentuk dan Pengurusan Latihan, Konsep dan Amalan.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail. S. (2011). Program Transformasi Pendidikan Vokasional Bermula Pada
2013, Muhyiddin Dicapai pada oktober 2,2011 dari
http://web8.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=612538
Jane L. W. (1998), Teaching Vocational Work Ethics Using Direct, Indirect and Self-
Evaluative Methods, Journal of Vocational and Technical Education. Vol 14,
No. 2.
Kamus Dewan (1994), Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Kartz, L. (1972). Development stages of preschool teachers. Elementary School
Journal. 73(3), 50-54
Kamaruzzaman Aris (2004). Kesediaan Bakal Guru Siswazah Yang Mengikuti
Program Khas Pensiswazahan Guru Untuk Mengajar Matapelajaran Lukisan
Kejuruteraan Satu Kajian Kes. UTM.: Tesis Sarjana Muda. Tidak
Diterbitkan.
Kamarudin Husin (1997). “ Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi.” Kuala Lumpur:
Utusan publicationsnd Distributor Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2011), Tranformasi Pendidikan Vokasional :
Kerangka Konsep Kurikulum. Bahagian Pengurusan Akademik BPTV.
96
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh(2012), Jabatan Perangkaan Malaysia
http://www.statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/labour_force/Lab
our_Force_Survey_Report_Malaysia_2012.pdf
Marohaini Yusoff (1996), “Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan
Kajian”, Penerbit universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Marzita Abdullah (2003). Kualiti Guru perlu selari dengan perkembangan semasa.
Utusan Malaysia. 20 Mei 2003: m.s 6.
Mc Gchee, W. and Thayer, P.W., (1991), “Training in Business”, New York: Mc
Graw Hill.
Misnan Jemali, Ekhwan Johan Mustafa, Syed Hassan Syed Isa, Muhammad (2008).
Cabaran dan tekanan guru j-QAF di sekolah. UPSI. Tanjung Malim
Mohd. Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Yahya Nordin (2003). “ Isu dan Cabaran Dalam Penyediaan Tenaga Kerja
Dalam Era Perubahan Teknologi Maklumatdan Globalisasi ” . Kuala
Lumpur. Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia.
Mondy, R., Wayne and Noe, Robert M. H., (1993), Human Resourse Management,
Massachusetts: Allyn and Bacon.
Mohd Yusuff Mohd, Mohd fadhil Nuruddin, dan Naimah Yong (1995). Cabaran
Perindustrian Masa Hadapan dan Kualiti Graduan Teknikal yang Diperlukan.
Mohd Safarin Nordin dan Kamaruddin Mohd Tahir (2005). “ Kemahiran Generik –
Kepentingan dalam memenuhi keperluan majikan masa kini.” Universiti
Teknologi Malaysia Kertas kerja.
Muhammad Rashid Rajuddin (2004). Aspek-Aspek Penting dalam kemahiran
Employability. Buletin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,
Siri (2). Bil. 3.
Nazeri Mohammad. (2009). Perubahan Kurikulum Berasaskan Standard Dalam
Transformasi Kurikulum Kebangsaan. Jurnal Akademik Al Mizan. Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu. Bil. 2: 93-102
Neil, J.S. (2002). “Exploring Research”. Sixth Edition. New Jersey : Prentice Hall
97
Nias, J. (1996). Thinking about Feeling: The emotions in Teaching. Cambridge
Journal ofEducation, 26(3), 293-306
Nor Hasnida Che Md Ghazali (2010), Perkembangan Profesional Ke arah
Pembangunan Modal Insan Guru, Fakulti Pendidikan , Universiti Malaya.
Noraini Kaprawi (2004), Nota Kuliah 3, Statistik Penyelidikan dan Pendidikan dalam
PTV, Jabatan Ikhtisas Pendidikan, Fakulti Pendidikan Teknikal, KUITTHO.
Norehan Md Sharif (2003), “Pembangunan kurikulum dan instruksi pendidikan
teknik dan vokasional bagi memenuhi tenaga kerja masa depan”, Persidangan
Kebangsaan Pendidikan dan Latihan Teknik & Vokasional, Jabatan
Pendidikan Teknik & Vokasional.
Poon, M. L. June. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur
Sarfaraz Nawas, A.S.M, (2005). Models of human resource management: a critical
review of their impact on organizational effectiveness. The Cost and
Management 33 (4):56-62
Richards, G. A. (1988). Study of the recruitment of engineering apprentices in
coventry. Ph.D diss., Warwick University.
Ricks, Betty R., Ginn, Mary L., & Daughtrey, Anne Scott. (1995). Contemporary
Supervision (2nd
ed.).Mcgraw Hill, Inc
Royo, M. & Mahmood, H. (2010). Faktor-Faktor Kelemahan Yang Mempengaruhi
Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta Di Tiga
Buah Sekolah Menengah Akademik Di Daerah Johor Bahru. Universiti
Teknologi Malaysia.
Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad (2003). “Pedagogi:
Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.” Bentong: PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Sekaran, U. (2003). Research method for business: A skill-building approach (4 ed.).
New York: John Wiley & Sons.
98
Teks Ucapan Transformasi Pendidikan Vokasional Oleh Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin , Di Germany Malaysia Institute, Bangi. 6 Jan
2012.
http://www.btn.gov.my/v2/images/pdf/Ucapan/TPM/UCAPAN%20YAB%20
TIMAN%20PERDANA%20MENTERI%20PADA%2006%20JANUARI%2
02012.pdf
Truelove, Steve (1995). The Handbook of Training and Development (2nd
ed.).
Blackwell Bussiness.
Unit Perancangan Ekonomi (2010). Ringkasan Eksekutif Rancangan Malaysia
Kesepuluh 2010 -2015. Jabatan Perdana Menteri.
http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=b6475444-df14-
411c-b54f-98493ed29c2e&groupId=283545
Wiersma W. (1995), Research Methods in Educations : An Introductions, Sixth
Edition, Needham Height : Allyn and Bacon. 186.
Whitcher, C. L. (2005). The influence of contextual teaching with the problem
solving method on students' knowledge and attitudes toward Horticulture,
Science, and School.(Doctoral dissertation).Retrieved from
http://hdl.handle.net/1969.1/4226
Yahya Buntat (2002). Intergrasi Kemahiran “Employability” dalam Program
Pendidikan Vokasional Pertanian dan Industri di Malaysia. Universiti
Teknologi Malaysia.
Yusoff Bin Harun(2008) . “Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional”. Kertas
dibentangkan di International Forum on Vocational – Technical Education,
Hangzhao, China.17 – 20 Nov 2008.
Zakaria Kasa (2006). Sustainable Curriculum in TVET. Quality in TVET: Issues and
Challenges Towards Human Capital Development: 1-11. Proceeding of
International Conference on Technical and Vocational Education and
Training : Faculty of Technical Education, Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn