tahap kefahaman dan amalan konsep pendidikan … · tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah...
TRANSCRIPT
TAHAP KEFAHAMAN DAN AMALAN KONSEP PENDIDIKAN
SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT
SPH DI UTM
YEK LEH CHIONG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya YEK LEH CHIONG
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: 14 APRIL 2010 Tarikh: 14 APRIL 2010
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
atau TERHAD.
u Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
u
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
TAHAP KEFAHAMAN DAN AMALAN KONSEP PENDIDIKAN
SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN
EMPAT SPH DI UTM
(HURUF BESAR)
DR. NOORAINI BTE OTHMAN 46 F, JALAN TIONG HUA,
96000 SIBU,_____________
SARAWAK._____________
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ____________________________
Nama Penulis : DR. NOORAINI BTE OTHMAN
Tarikh : 14 APRIL 2010
TAHAP KEFAHAMAN DAN AMALAN KONSEP PENDIDIKAN
SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT
SPH DI UTM
YEK LEH CHIONG
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satu telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ________________
Nama Penulis : YEK LEH CHIONG
Tarikh : 14 APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Buat Ibu dan ayah yang tersayang dan tercinta
Terima kasih atas segala pengorbaban dan didikanmu.
Para pensyarah yang dihormati dan kasihi,
Terima kasih atas segala jasa, bimbingan dan dorongan yang dihulurkan.
Rakan–rakan seperjuangan,
Terima kasih atas bantuan.
Terima kasih sumbangan dan sokongan kepada saya menyiapkan kajian ini.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghagaaan dan
terima kasih kepada penyelia projek tesis ini, iaitu Dr. Nooraini Bte Othman di atas
segala bimbingan, dorongan, nasihat serta sokongan yang berterusan dan komitmen
beliau meluangkan masa yang amat berharga untuk menyemak laporan kajian
sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini dijalankan sehingga kajian ini dapat
disiapkan.
Diucapkan terima kasih juga kepada ahli keluarga serta sahabat handai yang
membantu menjayakan projek sajana muda ini. Ribuan terima kasih diucapkan
kepada mereka atas segala nasihat, dorongan serta motivasi yang diberi semasa
menyiapkan projek ini.
Tidak lupa juga kepada pelajar tahun empat SPH, UTM sebagai responden
yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang proses menyiapkan
laporan kajian ini.
Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada segala pihak dan
organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak lanngsung di atas sumbangan
bermakna mereka sehingga kajian ini disiapkan dengan jayanya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti Tahap Kefahaman Dan Amalan
Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat
SPH Di UTM. Seramai 89 orang pelajar tahun empat SPH dikaji dalam kajian kes
ini. Segala maklumat dikumpulkan melalui instrumen soal selidik. Kebolehpercayaan
soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan memperolehi nilai 0.92. Data-
data yang dikumpulkan seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej
Statistik bagi Sains Sosial (SPSS) versi 15. Hasil kajian ini menunjukkan tahap
kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap pendidikan sepanjang hayat adalah
tinggi. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang
boleh mendorong pelajar dalam mengamalkan pendidikan sepanjang hayat.
Walaupun tahap kefahaman dan pengamalan adalah tinggi, pengkaji akan
mengemukakan beberapa cadangan bagi membolehkan pendidikan sepanjang hayat
difahami dan diamalkan pada tahap yang maksimum.
vi
ABSTRACT
The objective of this research is to identify the level of understanding and the
practice of lifelong education concept among fourth year student of SPH in UTM. A
total of 89 fourth year students of SPH were elected for this case study. A set of
questionnaire was used as research instrument and the Cronbach’s Alpha value of
this questionnaire is 0.92. All data was analyzed using Statistical Package for Social
Science (SPSS) version 15. The results show that the level of understanding and
practice of lifelong education concept among student was high. The results also show
that there are a lot of factors that encourage students to practice this lifelong
education concept. Although the level of understanding and application was high,
researcher will add some more suggestions to make sure the lifelong education
concept can be fully understood and applied on its maximum level.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENGKAJI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI CARTA PAI xii
SENARAI GRAF xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Para Pelajar 8
1.6.2 pihak sekolah 8
1.6.3 Universiti 8
1.6.4 Ibu bapa 9
1.6.4 Kementerian 9
viii
1.7 Skop kajian 9
1.8 Kerangka Teori 11
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) 12
1.9.2 Belajar 12
1.9.3 Pelajar 13
1.9.4 Tahap 13
1.9.5 Kefahaman 13
1.9.6 Konsep 14
1.9.7 Faktor 14
1.9.8 Mengamal 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pendidikan 15
2.3 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia 18
2.4 Pendidikan Sepanjang Hayat 22
2.5 Kepentingan Pendidikan Sepanjang Hayat 28
2.6 Pendidikan Sepanjang Hayat Dari Perspektif
Islam
30
2.7 Pendidikan Sepanjang Hayat Di Luar Negara 32
2.7.1 Hong Kong 32
2.7.2 Republik Singapura 33
2.7.3 Korea Selatan 34
2.8 Faktor Yang Mengalakkan Pendidikan Sepanjang
Hayat
36
2.9 Cara Pengamal Konsep Pendidikan Sepanjang
Hayat
39
2.10 Kajian-Kajian Lepas Mengenai Pendidikan
Sepanjang Hayat
41
2.11 Penutup 43
ix
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 44
3.2 Rekabentuk Kajian 45
3.3 Populasi Dan Sampel 45
3.4 Instrumem Kajian 46
3.5 Pengesahan Instrumen 48
3.6 Kajian Rintis 48
3.7 Prosedur Kajian 49
3.8 Prosedur Pengumpulan Data 50
3.9 Analisis Kajian 51
3.10 Mengenalpasti Masalah, Memberi
Cadangan Dan Laporan Akhir
52
3.11 Kesimpulan 52
4 Analisis Data
4.1 Pengenalan 53
4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden 53
4.2.1 Jantina 54
4.2.2 Bangsa 55
4.2.3 Umur 56
4.2.4 Taraf Pendidikan Tertinggi 57
4.3 Bahagian B- Berdasarkan Persoalan Kajian 58
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah tahap
kefahaman responden terhadap konsep
pendidikan sepanjang hayat?
59
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah tahap
pengamalan responden terhadap konsep
pendidikan sepanjang hayat?
62
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah faktor yang
mendorong responden dalam
mengamalkan pendidikan sepanjang
hayat?
66
4.4 Kesimpulan 69
x
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Rumusan 71
5.3 Perbincangan 73
5.3.1 Tahap kefahaman responden terhadap
konsep pendidikan sepanjang hayat
73
5.3.2 Tahap pengamalan responden terhadap
konsep pendidikan sepanjang hayat
75
5.3.3 Faktor yang mendorong responden dalam
mengamalkan pendidikan sepanjang hayat
77
5.4 Cadangan 79
5.4.1 Para Pelajar 80
5.4.2 Kementerian 80
5.4.3 Universiti 81
5.4.4 Ibu Bapa 81
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82
5.6 Kesimpulan 83
RUJUKAN 84
LAMPIRAN A –B 88 - 98
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Item Bagi Setiap Persoalan Kajian 47
3.2 Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi bagi
setiap persoalan kajian
49
3.3 Tahap penilaian responden berdasarkan
peratusan
51
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 55
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 56
4.4 Taburan Responden Mengikut taraf
pendidikan tertinggi
57
4.5 Jadual 5 skor kepada 3 skor berdasarkan
kepada nilai min
58
4.6 Tahap kefahaman responden terhadap
konsep pendidikan sepanjang hayat
59
4.7 Tahap pengamalan responden terhadap
konsep pendidikan sepanjang hayat
62
4.8 Faktor yang mendorong responden dalam
mengamalkan pendidikan sepanjang hayat
66
xii
SENARAI CARTA PAI
NO. CARTA PAI TAJUK MUKA SURAT
4.1 Tahap kefahaman responden terhadap
konsep pendidikan sepanjang hayat
60
4.2 Tahap pengamalan responden terhadap
konsep pendidikan sepanjang hayat
63
xiii
SENARAI GRAF
NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan responden mengikut jantina 54
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 55
4.3 Taburan responden mengikut umur 56
4.4 Taburan Responden Mengikut taraf pendidikan
tertinggi
57
4.5 Faktor yang mendorong responden dalam
mengamalkan pendidikan sepanjang hayat
67
xv
SENARAI SINGKATAN
AS - Amat Setuju
ATS - Amat Tidak Setuju
CBS - Sisitem Bank Kredit
DWN - Dasar Wawasan Negara
FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
ICT - Information And Communication Technology
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KEDI - Korea Education Development Institute
KH - Kemahiran Hidup
KS - Kurang Setuju
MARA - Majlis Amanah Rakyat
MOM - Kementerian Sumber Manusia Singapura
NGO - Kesatuan Guru Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PSH - Pendidikan Sepanjang Hayat
PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional
RM Ke-8 - Rancangan Malaysia Kelapan
RRJP3 - Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
S - Setuju
SOLL - School Of Lifelong Learning
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran
Hidup
SPSS - Pakej Statistik Bagi Sains Sosial
TS - Tidak Setuju
UNESCO - United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 86
B Borang Pengesahan Soalan Soal Selidik 93
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada abad kedua puluh ini, dunia pendidikan telah mengalami globalisasi
yang pesat dan lebih bercabar. Justeru itu, sekiranya seseorang tidak berusaha
mengikut perkembangan ilmu pengetahuan yang sedinamik ini, lambat laun
seseorang itu tentu akan mengalami nasib ketinggalan zaman. Maka konsep
pendidikan sepanjang hayat telah diperkenalkan. Konsep ini penting dimana ia
meliputi keseluruhan perkembangan manusia sejak lahir hingga ke hujung hayat
seseorang. Atas alasan ini, kerajaan telah menitik beratkan pendidikan sepanjang
hayat dalam kalangan masyarakat. Ini kerana pendidikan sepanjang hayat adalah
penting bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlah mulia bagi
pembangunan dan memajukan negara kita.
Pendidikan sepanjang hayat menekankan bahawa setiap manusia berhak dan
berpeluang untuk menuntut pendidikan dalam kehidupannya. Konsep pendidikan
harus mencakupi seluruh aspek kehidupan seseorang. Ia seharusnya tidak dibatasi
oleh usia, ruang tertentu serta masa melainkan seluruh aspek pendidikan yang
berlangsung secara berterusan dalam sepanjang hayat kehidupan seseorang dan
dalam berbagai situasi. Pendidikan tersebut merupakan persepsi dari kemampuan dan
kebolehan seseorang individu yang disesuaikan dengan ciri-ciri tertentu bagi setiap
individu. Pembelajaran jenis ini tidak terbatas pada material pembelajaran yang
ditawarkan lembaga pendidikan formal melainkan mencakup seluruh bidang
2
kehidupan (Lengrand, 1965).
Pendidikan dan pembelajaran ialah suatu aktiviti seumur hidup. Seseorang
akan menjalankan pendidikan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan harian. Pendidikan boleh dibahagi kepada pembelajaran formal dan tidak
formal. Pembelajaran boleh difahami sebagai satu proses dimana seseorang individu
mengalami perubahan dalam tingkahlakunya, iaitu sebagai satu tindak balas terhadap
satu-satu keadaan yang dihadapi. Perubahan tingkah laku ini bukanlah disebabkan
oleh kematangan atau faktor biologi tetapi diperolehi daripada pengalaman seseorang
dalam kehidupannya. Pendidikan juga adalah satu proses dimana seseorang
memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.
Merujuk kepada Wikipedia (2008), Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH)
ataupun pembelajaran sepanjang umur bermaksud aktiviti pelajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa.
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dianggap bermanfaat kepada individu kerana
ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja,
pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan. Oleh itu,
pendidikan sepanjang hayat adalah konsisten. Dimana ia boleh melibatkan semua
lapisan masyarakat. Maka, ia haruslah disebar luas dan diamalkan oleh semua orang.
Menurut Falsafah Pendidikan Negara “pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”
(Ahmad Marzuki Ismail, 2008). Falsafah Pendidikan yang diperkenalkan adalah
selaras dengan pendidikan sepanjang hayat bagi menuju ke arah melahirkan insan
yang sempurna dari pelbagai aspek.
3
Selaras dengan Falsafah Pendidikan, saya berpendapat bahawa sebagai bakal
pendidik, kita haruslah mengamalkan konsep “pendidikan sepanjang hayat”. Konsep
ini boleh dihayati melalui amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan
tindakan dari semasa ke semasa. Dengan ini, kita dapat memperluaskan pengalaman
dan pengetahuan kita. Ini kerana pendidikan sepanjang hayat dapat menajamkan
kecekapan serta keyakinan kita supaya sebagai bakal guru, kita dapat menjadi kreatif,
reflektif dan berinovasi.
Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (2008), kerajaan memberikan
penekanan terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana proses
pembelajaran ini berupaya meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan.
Melalui pendekatan berkenaan, kerajaan percaya ia dapat memperkayakan jiwa dan
minda dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti. Menurut Utusan malaysia (2008),
dalam membangunkan modal insan, salah satu pendekatan utama yang ingin kita
tekankan adalah konsep pembelajaran sepanjang hayat malah Kementerian Pengajian
Tinggi telah memulakan pelbagai program untuk mewujudkan satu prasarana dan
persekitaran pengajian yang lebih baik mutunya.
Lantaran itu, pendidikan sepanjang hayat adalah satu hasrat untuk membantu
perkembangan dan kemajuan negara serta mencapai perpaduan dan intergrasi
nasional. Yusof Ismail et al. (2004) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia
menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan
kemajuan negara. Kita sebagai insan di dunia ini adalah bertanggungjawab mengejar
ilmu pengetahuan. Ini kerana dengan melengkapi diri dengan ilmu yang pelbagai,
kita dapat menghadapi cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Memandangkan
cabaran profesionalisma perguruan semakin meningkat, pendidikan sepanjang hayat
adalah perlu diamalkan oleh pelajar-pelajar universiti terutamanya pelajar-pelajar
universiti di Fakulti Pendidikan. Ini disebabkan mereka merupakan bakal guru dan
model pembelajaran murid-murid.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, perkembangan ilmu semakin pesat dan telah sampai ke tahap
seluruh dunia. Seseorang haruslah mengetahui kepentingan dan memanfaatkan
konsep pendidikan sepanjang hayat supaya proses pendidikan dapat dijalankan
dengan lebih berkesan. Menurut Robiah Sidin (1998), pendidikan untuk
perkembangan individu merupakan matlamat asas yang terdapat dalam mana-mana
sistem pendidikan di dunia ini. Manakala A. Kadir (1974), menyatakan bahawa
Pendidikan ialah untuk menyampaikan seseorang kepada kebahagian perseorangan
atau masyarakat.
Konsep pendidikan sepanjang hayat (PSH) atau lifelong learning bukanlah
merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara malah telah lama
diperkenalkan. Masyarakat seharuslah sedar akan kepentingan konsep pendidikan
sepanjang hayat dan mengamalnya bagi memanfaatkan diri kita. “Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNESCO mulai pertengahan tahun 1990an
telah melancarkan program bagi meningkatkan kesedaran pentingnya pendidikan
sepanjang hayat di kalangan negara-negara yang sedang membangun. Pandangan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini adalah berdasarkan kepada kertas yang
disediakan oleh “Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Pendidikan Bagi Abad Ke–
21” bertajuk “Learning: The Treasure Within”. Intisari kepada laporan tersebut
mencerminkan bahawa pembelajaran sepanjang hayat menjadi kunci kepada
pembangunan sumber manusia dalam Abad Ke – 21” (Hassan Jantan, 2005).
Apa yang menjadi persoalan kini adalah pendidikan sepanjang hayat kurang
dihayati dan diamalkan oleh masyarakat di negara kini. Didapati banyak individu
hanya menjadikan pendidikan dan pembelajaran sebagai satu keperluan untuk
memperolehi pekerjaan dan tidak memahami apakah nilai sebenarnya pendidikan
dan ilmu kepada seseorang sebagai insan di dunia ini. Ee Ah Meng (1996)
menyatakan bahawa pendidikan bukan sahaja mengandungi makna sesuatu yang kita
lakukan untuk diri kita atau sesuatu yang dilakukan oleh orang lain untuk kita agar
membawa kita lebih hampir kepada kesempurnaan tabii kita, malahan ia memahami
5
potensi yang terdapat pada setiap daripada kita. Selain itu, dari persepsi Islam,
“berlandaskan kepada konsep pendidikan seumur hidup, manusia telah diamanahkan
oleh Allah S.W.T supaya mengamalkan selalu apa yang telah dipelajari” (Mohd
Salleh Lebar, 2002).
Konsep pendidikan sepanjang hayat walaupun sudah lama diperkenalkan di
seluruh Malaysia, tetapi masih ramai rakyat tidak mengetahuinya. Walaupun konsep
pendidikan ini pada mula diperkenalkan adalah sangat hangat, banyak program telah
dianjurkan untuk mengalakkan pendidikan sepanjang hayat. Tetapi pada masa kini,
konsep ini telah semakin dilupai dan tiada program atau aktiviti baru untuk
mengalakkannya. Ini menyebabkan ada sebilangan generasi baru masih tidak
mengetahui tentang konsep pendidikan sepanjang hayat dan tidak sedar akan
kepentingannya.
Kurang motivasi terhadap pendidikan sepanjang hayat menyebabkan aktiviti
pendidikan diperhentikan. Dalam dunia yang semakin bercabar ini, kebanyakan
rakyat sibuk dengan hal kehidupan harian seperti berkerja yang mengejar kekayaan.
Dalam keadaan ini, kurang motivasi terhadap pendidikan sepanjang hayat akan
menyebabkan konsep ini dilupakan dan diabaikan. Oleh itu, motivasi penting untuk
mengalakkan pendidikan sepanjang hayat.
Anggapan pendidikan hanya penting dalam masa persekolahan menyebabkan
konsep pendidikan sepanjang hayat diabaikan terutama bagi orang dewasa.
Sebahagian rakyat yang lepasan sekolah berasa masa pendidikan telah habis dan
tidak memerlukan pendidikan yang berlanjutan. Dimana mereka rasa pendidikan
yang ada adalah cukup. Ini menyebabkan proses pendidikan tidak diteruskan selepas
seseorang berlepas dari sekolah atau insitusi pengajian tinggi.
Di samping itu, kurangnya kesedaran terhadap kepentingan konsep
pendidikan sepanjang hayat juga adalah masalah yang akan membawa kerugikan
kepada masyarakat dan negara kita. Ini kerana ilmu adalah penting bagi melahirkan
golongan cendekiawan dan ilmuan yang berakhlak mulia dan berperibadi luhur. Oleh
6
itu, sebagai insan dalam dunia ini, kita haruslah melengkapi diri dengan ilmu
pengetahuan yang pelbagai dan beraneka. Dengan ini, cara yang paling berkesan
untuk menambah ilmu pengetahuan adalah dengan mengamalkan pendidikan
sepanjang hayat iaitu sentiasa mengamalkan sikap belajar sesuatu yang baru dan
mempunyai kehendak ingin tahu. Sesungguhnya, “proses pendidikan tidak berhenti
pada sesuatu peringkat umur, tetapi terus beroperasi seumur hidup” (Mok Soon Sang,
2002). Berdasarkan kenyataan tersebut, pengkaji ingin mengenal pasti langkah yang
boleh diambil supaya pelajar mengamalkan pendidikan sepanjang hayat.
1.3 Penyataan Masalah
Pendidikan sepanjang hayat merujuk kepada cara atau proses pembelajaran
dalam jangka masa panjang atau dari semasa ke semasa. Kajian ini dijalankan untuk
mengetahui tahap pengetahuan kendiri, tahap pengamalan dan faktor yang
mendorong pelajar mengamalkan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Tajul Arifin
Noordin et al. (1992), pendidikan dalam memenuhi wawasan 2020 adalah ke arah
melahirkan manusia yang yakin dan patuh kepada agama, berilmu, berakhlak,
bertanggungjawab dan akhirnya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan
negara.
Kajian ini cuba mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan konsep
pendidikan sepanjang hayat dalam kalangan pelajar tahun empat yang mengikuti
kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) di UTM.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan amalan
konsep pendidikan sepanjang hayat dalam kalangan pelajar tahun empat yang
mengikuti khusus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup
7
(4SPH) di UTM. Objektif khususnya ialah:
i. Untuk mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap konsep
pendidikan sepanjang hayat?
ii. Untuk mengenal pasti tahap pengamalan responden terhadap
pendidikan sepanjang hayat?
iii. Untuk mengenal pasti faktor yang mendorong responden dalam
mengamalkan pendidikan sepanjang hayat ?
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap kefahaman responden terhadap konsep pendidikan sepanjang
hayat?
ii. Apakah tahap pengamalan responden terhadap konsep pendidikan
sepanjang hayat?
iii. Apakah faktor yang mendorong responden dalam mengamalkan pendidikan
sepanjang hayat?