tahap kefahaman kemahiran mengawal …€¦ · dan kemahiran membina hipotesis 57 4.2 tahap...
TRANSCRIPT
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DAN
MEMBINA HIPOTESIS DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT
PROGRAM PENDIDIKAN SAINS
NORLIZA BINTI ADRUS
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
iii
Khas buat....
Mak dan ayah tercinta Sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan
Namun tetap tidak dapat membalas segala pengorbanan kalian
Terima kasih
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah....
Berkat rahmat Allah Yang Maha Esa, laporan penyelidikan ini dapat
disempurnakan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Pada kesempatan ini, saya
mengambil peluang untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat
Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom bin Noordin selaku pensyarah pembimbing atas segala
perhatian, teguran, bimbingan, bantuan, nasihat dan tunjuk ajar yang tidak pernah
putus sepanjang proses menyempurnakan penulisan laporan Projek Sarjana Muda ini.
Kalungan terima kasih juga buat pihak perpustakaan awam dan swasta yang
banyak membantu saya untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan penyelidikan ini.
Tidak lupa buat rakan-rakan yang sudi menghulurkan bantuan bila-bila masa
diperlukan. Susah senang kita bersama akan disemat dalam hati dan menjadi
kenangan hingga akhir hayat.
Akhir kata, semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan kasih
sayang ALLAH dunia akhirat. Amin......
v
ABSTRAK
Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu aspek penting dalam mempelajari Sains. Kebolehan memahami Kemahiran Proses Sains membantu pelajar menguasai ilmu sains dengan lebih baik. Atas kesedaran ini, penyelidik memfokuskan kajian untuk mengetahui tahap kefahaman dua Kemahiran Proses Sains iaitu kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan bakal guru di Universiti Teknologi Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan. Penyelidik telah melibatkan dua pembolehubah bebas iaitu jantina dan program pengajian. Seramai 50 orang pelajar lelaki dan perempuan tahun empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Perdana dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Program Khas Pensiswazahan Guru telah terlibat dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan alat kajian yang dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah dan Membina Hipotesis dengan nilai kebolehpercayaan α=.87. Alat kajian ini mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum serta peratus telah digunakan sebagai tatacara menganalisis data. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan memperlihatkan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis adalah sederhana. Terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis merentas jantina iaitu sederhana bagi pembolehubah lelaki dan baik bagi pembolehubah perempuan. Terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis merentas program pengajian iaitu sederhana bagi pembolehubah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Program Khas Pensiswazahan Guru dan baik bagi pembolehubah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Perdana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kefahaman kedua-dua kemahiran yang dikaji masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, penekanan kepada Kemahiran Proses Sains perlu dititikberatkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai matlamat kurikulum sains untuk melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi serta mampu mengaplikasikan pengetahuan sedia ada.
vi
ABSTRACT
Science Process Skills is one of the important aspects in the learning of Science. The ability to understanding Science Process Skills can help students to master science better. In relation to this, the aim of this study was to investigate the level of understanding of two Science Process Skills, which are the skills in controlling variables and the skills in making hypothesis among teacher trainees in Universiti Teknologi Malaysia. The design of this research was in the form of survey. This research involved two independent variables that were gender and program of study. A total of 50 fourth year students of both genders who are pursuing in a same degree in Bachelor of Science with Education from the mainstream and Program Khas Pensiswazahan Guru students were selected as the respondents of this study. The researcher had used an instrument called Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah dan Membina Hipotesis which has a reliability value of α=.87 to determine the level of understanding of the respondents in the two Science Process Skills. This research instrument contained 40 objective items. Data were analyzed using descriptive statistics analysis in the form of mean, standard deviation, maximum and minimum and also percentages. The findings of the study show that, the respondents’ level of understanding in controlling variables and making hypothesis skills were moderate. However, there is a difference in the level of understanding in controlling variable and making hypothesis skills between the genders. The levels of understanding of the two skills among male respondents were found to be moderate while for the female respondents, their level of understanding of the two skills were good. There is a difference in the level of understanding in controlling variable and making hypothesis skills between the programs of studies. The level of understanding of the two skills among Program Khas Pensiswazahan Guru students were found to be moderate while for the mainstream students, their level of understanding of the two skills were good. The result of this study also showed that the respondents’ level of understanding of both skills especially among male respondents is still not satisfactory and could still be improved. Hence, it is important to emphasize Science Process Skills in the teaching and learning process in order to achieve the objective of the science curriculum which is to produce future generations who are knowledgeable in Science and Technology and are able to apply this knowledge in various situations.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.1.1 Kelemahan Pelajar Menguasai
Kemahiran Proses Sains 3
1.1.2 Kelemahan Guru Menguasai
Kemahiran Proses Sains 5
1.1.3 Kelemahan Guru Menerapkan Kemahiran
Proses Sains dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 6
viii
1.1.4 Guru Kurang Berkeyakinan untuk
Menerapkan Kemahiran Proses Sains 8
1.2 Pernyataan Masalah 9
1.3 Objektif Kajian 10
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Kerangka Konsep Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.7 Skop Kajian 15
1.8 Andaian Kajian 15
1.9 Batasan Kajian 16
1.10 Takrifan Istilah 17
1.10.1 Kemahiran Mengawal Pembolehubah 17
1.10.2 Kemahiran Membina Hipotesis 18
1.10.3 Tahap Kefahaman 20
1.10.4 Pelajar-Pelajar Program Pendidikan Sains
(SPN Perdana/SPN PKPG) 20
1.11 Rumusan 21
2 SOROTAN PENULISAN 22
2.0 Pendahuluan 22
2.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran Proses Sains 22
2.1.1 Kemahiran Proses Sains Secara Umum 23
2.1.2 Kemahiran Mengawal Pembolehubah 26
2.1.3 Kemahiran Membina Hipotesis 29
2.2 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan Kemahiran
Proses Sains 33
2.2.1 Kajian-kajian Tentang Kemahiran Proses
Sains Dalam Negara 33
2.2.2 Kajian-kajian Tentang Kemahiran Proses
Sains Luar Negara 40
2.3 Rumusan 45
ix
3 PENGKAEDAHAN 46
3.0 Pendahuluan 46
3.1 Reka Bentuk Kajian 46
3.2 Peserta Kajian 47
3.3 Alat Kajian 48
3.4 Tatacara Kajian 50
3.4.1 Kajian Rintis 50
3.4.2 Kajian Sebenar 51
3.5 Analisis Data 52
3.6 Rumusan 55
4 DAPATAN KAJIAN 57
4.0 Pendahuluan 57
4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah
dan Kemahiran Membina Hipotesis 57
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah
dan Kemahiran Membina Hipotesis Merentas Jantina 59
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah
dan Kemahiran Membina Hipotesis Merentas
Program Pengajian 61
4.4 Rumusan 63
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 65
5.0 Pendahuluan 65
5.1 Ringkasan 65
5.2 Kesimpulan 68
5.3 Perbincangan 69
5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal
Pembolehubah dan Kemahiran Membina
Hipotesis 70
x
5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal
Pembolehubah dan Kemahiran Membina
Hipotesis Merentas Jantina 75
5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal
Pembolehubah dan Kemahiran Membina
Hipotesis Merentas Program Pengajian 78
5.4 Implikasi 82
5.5 Cadangan 85
5.6 Cadangan Penyelidikan Masa depan 86
5.7 Rumusan 88
RUJUKAN 89
LAMPIRAN 94
xi
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
1.1 Penguasaan Kemahiran Proses Sains
dalam Kalangan Pelajar Tahun 6 4
1.2 Hasil Kajian Tentang Penguasaan Kemahiran
Proses Sains dalam Kalangan Guru Pelatih Zon Utara 6
1.3 Tahap Usaha Guru Menerapkan Kemahiran Proses
Sains dalam Pengajaran dan Pembelajaran 7
1.4 Kategori Keyakinan Guru Menerapkan Kemahiran
Proses Sains 9
2.1 Eksperimen Untuk Melihat Perhubungan Antara
Nyalaan Mentol dan Bilangan Sel Kering 32
3.1 Item Kemahiran Mengawal Pembolehubah dan
Kemahiran Membina Hipotesis 49
3.2 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi
Setiap Kemahiran (Kemahiran Mengawal
Pembolehubah dan Kemahiran Membina Hipotesis) 54
3.3 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi
Kedua-dua Kemahiran Mengawal
Pembolehubah dan Kemahiran Membina Hipotesis 54
3.4 Jadual Sistem Gred UTM 55
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran
Mengawal Pembolehubah dan Kemahiran Membina
Hipotesis 58
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Mengawal pembolehubah dan Kemahiran
xii
Membina Hipotesis Merentas Jantina 60
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Mengawal Pembolehubah dan Kemahiran
Membina Hipotesis Merentas Program Pengajian 62
xiii
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA
SURAT
RAJAH
1.1 Kerangka Konsep Kajian 12
1.2 Petunjuk Kemahiran Mengawal Pembolehubah 18
1.3 Petunjuk Kemahiran Membina Hipotesis 19
2.1 Eksperimen Untuk Melihat Perhubungan Antara
Pembolehubah 29
xiv
SENARAI SINGKATAN
BSCS - Biological Sciences Curriculum Study
BPST - Basic Process Skills Test
d.f. - degree of freedom
IPST - Integrated Process Skills Test
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPS - Kemahiran Proses Sains
KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas
KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
NT - Jumlah Bilangan
ND - Bilangan SPN Perdana
NG - Bilangan SPN PKPG
NL - Bilangan Lelaki
NP - Bilangan Perempuan
ORES - Objective Referenced Evaluation in Science
PEKA - Pentaksiran Kerja Amali
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PKPG - Program Khas Pendidikan Guru
PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif
R - Range
SAPA - Science-A Process Approach
SCIS - Science Curriculum Improvement Study
SMK(P) - Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPSS - Statistical Package for Social Science
TISP 11 - Test of Integrated Process Skills 11
xv
UKPSA - Ujian Kemahiran Proses Sains Asas
UKPSB - Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu
UTKPH - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal
Pembolehubah dan Membina Hipotesis
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman
Kemahiran Mengawal Pembolehubah
dan Membina Hipotesis 94
B Taburan Kekerapan Pilihan Jawapan dan Jawapan
Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran
Mengawal Pembolehubah dan Membina
Hipotesis 114
C Surat Pengesahan Alat Kajian Projek Sarjana
Muda (PSM) 117
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian
taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan
penuh perlu dicapai di dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi,
politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Hasrat untuk mencapai taraf
negara yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan
cabaran strategik yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020. Antara cabarannya
ialah:
"menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang
progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh,
sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa
kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan
teknologi pada masa hadapan (Jabatan Penerangan Malaysia, 2005: 2)."
Namun begitu, bersediakah Malaysia dalam melaksanakan usaha ke arah
pembentukan status negara maju ini? Apakah usaha awal yang perlu dilakukan untuk
memenuhi kriteria sebagai pemegang status ini? Perlu diingat bahawa dalam
memartabatkan nama Malaysia sebagai salah sebuah negara maju di dunia menjelang
tahun 2020, masyarakatnya memainkan peranan yang amat penting. Pembentukan
masyarakat yang mempunyai semangat ingin tahu dan mencuba, bercelikkan sains,
berfikiran terbuka, berkeupayaan membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata
dan berbudaya sains dan teknologi perlu diwujudkan. Oleh itu, kurikulum pendidikan
2
sains yang telah digubal merupakan satu pendekatan yang dijangka dapat
menghasilkan warga negara yang berbudaya sains dan teknologi.
Golongan yang celik sains merupakan mereka yang memahami tabii sains dan
hasil serta proses sains dengan baik . Kemahiran ini tidak terpisah daripada isi
kandungan, bahkan ia merupakan alat untuk membantu seseorang menyiasat isi
kandungan sains dengan lebih lanjut lagi. Oleh itu, penggunaan KPS merupakan
matlamat pembelajaran sains yang berterusan (Poh, 1997).
Daripada kenyataan di atas, jelas menunjukkan kepentingan menguasai KPS
dalam usaha menggalakkan minat dan kecenderungan serta pemahaman yang lebih
mendalam tentang sains. Maka, melalui kajian ini penyelidik cuba memfokuskan
kajian terhadap tahap kefahaman pelajar-pelajar Program Pendidikan Sains dalam
menguasai dua KPSB iaitu kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran
membina hipotesis.
1.1 Latar Belakang Masalah
Dalam usaha kerajaan menempatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
berstatus negara maju, kemajuan sains dan teknologi merupakan faktor penting untuk
mencapai aspirasi ini. Persediaan diperlukan dalam usaha melahirkan pakar sains
supaya masyarakat yang dibentuk bukan sahaja bertindak sebagai pengguna sains
malahan pengeluar atau pencipta sains itu sendiri. Namun begitu mampukah
Malaysia bertindak sebagai pengeluar tenaga pakar sains dan teknologi untuk
merealisasikan hasrat ini? Suatu usaha perlu dilakukan untuk menyedarkan semua
golongan tentang kepentingan KPS dalam usaha mewujudkan masyarakat yang
menjadikan sains sebagai satu cara hidup dan seterusnya melihat kepentingannya
dalam menyahut seruan Wawasan 2020. Ini merupakan langkah-langkah yang perlu
dilakukan untuk melengkapkan generasi dengan pengetahuan, pengalaman, dan
kemahiran sebagai persiapan untuk bersaing dalam era globalisasi.
3
Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang timbul dalam usaha
mewujudkan masyarakat celik sains seperti mana yang diharapkan oleh pihak
kerajaan terutama bagi mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan. Beberapa isu
telah dikenal pasti sebagai faktor-faktor yang boleh diberi perhatian terhadap segala
permasalahan yang timbul. Antaranya ialah :
1.1.1 Kelemahan Pelajar Menguasai Kemahiran Proses Sains Mata pelajaran Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah menggabungkan pemerolehan dan aplikasi
pengetahuan sains, penguasaan kemahiran, serta penerapan sikap saintifik dan nilai
murni (Yee, 2003). Pelbagai disiplin sains harus dapat digabungkan bersama supaya
perlaksanaan pengajaran menuju ke arah membolehkan pelajar memahami pelajaran
sains sebagai satu ‘gambaran besar’ dan bukan sebagai komponen bidang sains yang
berbeza (Zol Azlan, 2000). Ini menunjukkan bahawa mempelajari sains bukan
sekadar sebagai satu keperluan pendidikan sahaja malahan ruang lingkupnya meliputi
seluruh aspek kehidupan manusia.
Namun begitu, kelemahan pelajar dalam penguasaan KPS ini amat
membimbangkan. Satu kajian mengenai permasalahan ini telah dijalankan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Hasil dapatan
kajian yang dilaporkan oleh Sharifah Nor Puteh tersebut mendapati bahawa pelajar-
pelajar enam daripada lapan buah sekolah yang dikaji mempunyai tahap penguasaan
yang masih rendah iaitu purata hanya 46.20%. Dapatan kajian beliau telah
diringkaskan seperti Jadual 1.1.
4
Jadual 1.1: Penguasaan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Pelajar
Tahun 6
Peratus murid mengikut penguasaan KPS Markat
min (%) Pada
50.00%
Pada
70.00%
Pada
80.00%
Memerhati 69.00 86.70 65.90 39.90
Mengelas 50.10 57.00 30.00 17.60
Mengukur
dan menggunakan
nombor
36.40 35.30 8.00 6.80
Membuat Inferens 33.20 31.70 7.80 5.10
Meramal 43.00 47.70 11.80 4.60
Berkomunikasi 54.80 63.50 39.00 27.20
Menggunakan
perhubungan ruang
dan masa
38.50 32.50 10.20 10.20
Mentafsir maklumat 48.90 59.80 31.90 15.20
Takrifan Operasi 46.00 55.40 25.40 12.70
Mengawal
pemboleh ubah
44.60 47.40 19.80 16.10
Membuat hipotesis 51.30 62.50 31.00 22.00
Mengeksperimen 34.80 30.00 9.10 7.10
Pada keseluruhannya, penguasaan KPS murid tahun 6 di lapan buah sekolah
yang dikaji masih rendah (purata markat min keseluruhannya ialah 46.20%). Analisis
jawapan bebas pelajar-pelajar menunjukkan mereka menjawab soalan secara memberi
apa yang dihafal atau diingat. Pelajar-pelajar kurang berupaya untuk mengaplikasikan
fakta sains kepada konteks yang dikehendaki soalan.
Gan (2004) dalam kajiannya mendapati peratusan pelajar yang menguasai
keseluruhan kemahiran saintifik hanya 74.60% sahaja. Bagi kemahiran mentafsir
maklumat (95.80%), kemahiran mengenalpasti pembolehubah (48.10%), dan
5
kemahiran mengukur (50.70%). Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-
pelajar mempunyai kelemahan yang begitu ketara dalam menguasai KPS.
1.1.2 Kelemahan Guru Menguasai Kemahiran Proses Sains
Peranan guru amat penting dalam menerapkan minat dan kecenderungan
pelajarnya terhadap mata pelajaran Sains. Guru-guru yang profesional perlu
mempelbagaikan strategi dan pendekatan pengajaran. Namun begitu, perkara paling
utama yang perlu dikuasai oleh guru adalah ilmu sains yang hendak diajar serta
kemahiran-kemahiran yang membantu mereka untuk memahami sains.
Dalam konteks kajian ini, menguasai KPS adalah perlu bagi memudahkan
guru-guru menyampaikan pengajaran seterusnya menggalakkan pula pelajar-
pelajarnya menguasai KPS yang sama. Namun begitu, masih ada guru-guru dan
bakal-bakal guru yang belum menguasai sepenuhnya KPS ini. Ini dibuktikan oleh
kajian Mohd Yaziz (2001) mengenai tahap penguasaan KPS dalam kalangan guru
pelatih Maktab Perguruan Zon Utara. Hasil kajian mendapati KPSA dan KPSB guru-
guru berada pada tahap sederhana. Berikut merupakan hasil kajian beliau:
6
Jadual 1.2: Hasil Kajian Tentang Penguasaan Kemahiran Proses Sains
dalam Kalangan Guru Pelatih Zon Utara
Maktab Markah KPSA KPSB
Min 19.59 11.89 Maktab Perguruan
Tuanku Bainun Sisihan lazim 3.55 2.91
Min 16.92 10.17 Maktab Perguruan
Persekutuan Pulau Pinang Sisihan lazim 29.96 1.71
Min 20.09 12.22 Maktab Perguruan
Sultan Abdul Halim Sisihan lazim 2.13 1.80
Min 17.03 10.65 Institut Perguruan
Darul Aman Sisihan lazim 2.59 2.61
Min 18.33 11.20 Jumlah
Sisihan lazim 3.17 2.48
1.1.3 Kelemahan Guru Menerapkan Kemahiran Proses Sains dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
“Pembelajaran sains dipengaruhi oleh banyak faktor, antaranya kurikulum
yang
mantap, kesediaan pelajar untuk belajar dan kesediaan guru untuk membimbing
pelajar. Kesediaan pelajar untuk belajar bergantung kepada keupayaan mereka untuk
menyesuaikan konsep awal sains yang dimilikinya dengan konsep sains yang diajar di
sekolah serta menggunakan teknik-teknik belajar yang sesuai bagi memperolehi
keputusan yang cemerlang. Guru-guru pula harus memahami konsep sains dengan
jelas selaras dengan konsep sains yang diterima oleh saintis sebelum menyampaikan
ilmu tersebut kepada pelajar. Ini bagi memastikan tidak berlaku percanggahan antara
apa yang hendak diajar dengan konsep yang diterima oleh pelajar (Tamby Subahan,
1999:9).”
Guru-guru sains berperanan sebagai penyampai ilmu sains yang paling penting
kepada pelajar-pelajar. Pengetahuan yang guru-guru perolehi seperti konsep sains dan
KPS perlu disampaikan dengan baik kerana ilmu yang disampaikan akan menjadi
7
tanda aras kepada pencapaian pelajar-pelajar. “Namun begitu, terdapat segelintir
guru-guru yang hanya mengajar tanpa melibatkan pelajar secara aktif. Guru juga
didapati kurang menerapkan KPS dalam P&P mereka (Yee, 2003:47).” Sharifah Nor
Puteh (2001) dalam kajiannya mendapati tahap usaha guru dalam menerapkan KPS
adalah kurang memberangsangkan. Kelemahan paling ketara adalah tahap usaha
menerapkan kemahiran membina hipotesis (70.40%) dan kemahiran takrifan operasi
(59.20%). Jadual 1.3 merupakan dapatan yang beliau perolehi hasil daripada kajian
yang dijalankan di 28 buah sekolah terpilih seluruh negara.
Jadual 1.3: Tahap Usaha Guru Menerapkan Kemahiran Proses Sains
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Peratus (%) Bil. Kemahiran Proses Sains
Lemah Sederhana Baik
1. Memerhatikan 16.90 14.80 68.50
2. Mengelas 20.40 39.80 39.80
3. Mengukur dan menggunakan nombor 9.30 11.10 79.60
4. Membuat inferens 65.70 10.20 24.10
5. Meramal 46.30 13.90 39.80
6. Berkomunikasi 26.80 28.70 44.50
7. Menggunakan perhubungan
ruang dan masa
28.70 17.60 53.70
8. Mentafsir maklumat 33.30 17.60 49.10
9. Mendefinisikan secara operasi 59.20 29.60 11.10
10. Mengawal pembolehubah 47.20 13.00 39.80
11. Membuat hipotesis 70.40 11.10 18.50
12. Mengeksperimen 53.70 7.40 38.90
8
1.1.4 Guru Kurang Berkeyakinan untuk Menerapkan Kemahiran Proses Sains
Penguasaan pelajar-pelajar dalam KPS bergantung kepada kebolehan guru-
guru menerapkan kemahiran tersebut semasa proses P&P. Kebolehan guru-guru pula
bergantung kepada keyakinan yang mereka miliki dalam usaha menerapkan KPS.
Guru-guru sains yang mempunyai keyakinan yang tinggi bukan sahaja mampu
mengawal suasana pembelajaran sains di dalam dan luar bilik darjah, malahan
mampu memberikan ilmu sains yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya. Malangnya,
terdapat sebilangan guru yang kurang berkeyakinan untuk menerapkan KPS semasa
proses P&P sains berlangsung. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Ishak et al.
(1999) menunjukkan bahawa keyakinan guru dalam menerapkan KPS dalam P&P
berada pada tahap memuaskan sahaja terutama bagi kemahiran mengawal
pembolehubah (49.60%) dan kemahiran takrifan operasi (47.20%). Jadual 1.4 di
bawah merupakan hasil kajian beliau yang dijalankan ke atas 127 orang guru dari 90
buah sekolah rendah di sekitar Kuala Muda/Yan, Kedah:
9
Jadual 1.4: Kategori Keyakinan Guru Menerapkan Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains Kategori 1
(Tidak yakin &
Agak Yakin)
Kategori 2
(Yakin & Sangat
Yakin)
Memerhati 7 (5.50%) 120 (94.50%)
Mengelas 14 (11.00%) 113 (89.00%)
Mengukur dan Menggunakan Nombor 19 (14.90%) 108 (85.10%)
Membuat Inferens 49 (38.60%) 78 (61.40%)
Meramal 33 (26.00%) 94 (74.00%)
Berkomunikasi 27 (21.30%) 107 (78.70%)
Menggunakan Perhubungan Ruang
dan Masa
47 (37.00%) 80 (63.00%)
Mentafsir Maklumat 54 (42.50%) 73 (57.50%)
Takrifan Operasi 60 (47.20%) 67 (52.80%)
Mengawal Pemboleh ubah 63 (49.60%) 64 (50.40%)
Membuat Hipotesis 46 (36.20%) 81 (63.80%)
Mengeksperimen 26 (20.50%) 101 (79.50%)
1.2 Pernyataan Masalah
Pelajar-pelajar tahun empat Program Pendidikan Sains Universiti Teknologi
Malaysia mempunyai tahap kefahaman yang kurang memuaskan terhadap dua
Kemahiran Proses Sains iaitu kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran
membina hipotesis.
10
1.3 Objektif Kajian
Merujuk kepada pernyataan masalah di atas, maka objektif kajian berikut telah
dibina iaitu:
1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan
kemahiran membina hipotesis dalam kalangan pelajar tahun empat
Program Pendidikan Sains (SPN Perdana/SPN PKPG) Universiti
Teknologi Malaysia.
2. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan
kemahiran membina hipotesis dalam kalangan pelajar tahun empat
Program Pendidikan Sains (SPN Perdana/SPN PKPG) Universiti
Teknologi Malaysia merentas jantina.
3. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan
kemahiran membina hipotesis dalam kalangan pelajar tahun empat
Program Pendidikan Sains (SPN Perdana/SPN PKPG) Universiti
Teknologi Malaysia merentas program pengajian.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan latar belakang masalah yang dibincangkan, kajian yang
dijalankan ini sebenarnya bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan
berikut:
1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan
kemahiran membina hipotesis dalam kalangan pelajar tahun empat
Program Pendidikan Sains (SPN Perdana/SPN PKPG) Universiti
Teknologi Malaysia?
2. Adakah terdapat perbezaan terhadap tahap kefahaman kemahiran
mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam
11
kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Sains (SPN
Perdana/SPN PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas jantina?
3. Adakah terdapat perbezaan terhadap tahap kefahaman kemahiran
mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam
kalangan pelajar tahun empat Program Pendidikan Sains (SPN
Perdana/SPN PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas program
pengajian?