tahap kefahaman kemahiran meramal dan kemahiran … · perempuan tahun dua program pendidikan fizik...
TRANSCRIPT
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN MENGAWAL
PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA
PENDIDIKAN FIZIK
NOR SAKIMAYUZIE BINTI AHMAD SUBKI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN
MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENIDIKAN FIZIK
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya: NOR SAKIMAYUZIE BINTI AHMAD SUBKI
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KAMPUNG JERAM, 16800, PASIR PUTEH, KELANTAN
PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN
Nama Penyelia
Tarikh : 7 APRIL 2008 Tarikh : 7 APRIL 2008
√
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)”
Tandatangan : _________________________________________
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM B. NOORDIN
Tarikh : 7 APRIL 2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN MENGAWAL
PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA
PENDIDIKAN FIZIK
NOR SAKIMAYUZIE BINTI AHMAD SUBKI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ________________________
Nama Penulis : NOR SAKIMAYUZIE BINTI AHMAD SUBKI
Tarikh : _7 APRIL_2008__________
iii
Dedikasi
Setinggi-tinggi sanjungan dan setulus kasih buat insan-insan yang disayangi:
Teristimewa buat ayahanda tercinta, Ahmad Subki Bin Deraman dan bonda yang tersayang, Wan Hasmah Binti Mohd Nor. Juga khas buat kakak-kakaku, Norsakiza dan Nor Sakimazura serta adikku Mohd. Norsakimayubie semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan semoga hubungan ukhwah yang terjalin sentiasa mekar berseri. Untuk saudara Mohamed Farijah yang dihormati jutaan terima kasih atas sokongan, dorongan dan kerana sentiasa menjadi azimat perjuanganku di sini. Semoga perhubungan kita sentiasa diredhai dan dirahmati Allah S.W.T.
Ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang dihormati di atas segala ilmu yang telah diberikan sepanjang ku berpayung di UTM ini terutama kepada Prof Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin.
Buat semua, kupohon iringan doa darimu untuk mengiringi tiap langkahku agar perjalanan hidup ini diberkati oleh Nya. Amin.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat
dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda dan para
sahabat.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas
limpahan dan hidayahNya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dalam jangka masa yang telah diperuntukkan walaupun terlalu banyak rintangan,
cabaran dan dugaan yang menghalang.
Seikhlas hati, ingin saya merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada PM Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin, selaku penyelia yang
merupakan seorang pensyarah yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau atas nasihat, kritikan yang membina
dan dorongan beserta pandangan sepanjang saya menyempurnakan PSM ini.
Buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengharungi hidup suka
duka selama empat tahun menuntut di UTM, terima kasih di atas segalanya atas
bantuan dalam bentuk bahan, tunjuk ajar dan nasihat. Tidak dilupakan juga kepada
ibubapa tersayang yang sentiasa mendoakan kejayaan saya sepanjang perjalanan
hidup ini.
Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas dan sebaik-baik pemberi balasan di atas
jasa dan kebaikan yang telah diberikan oleh semua dalam menyempurnakan PSM ini.
v
ABSTRAK
Penyelidik telah berminat untuk menjalankan kajian terhadap tahap
kefahaman dalam kemahiran proses sains dalam kalangan bakal guru. Kajian ini
melibatkan dua kemahiran proses sains iaitu kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah. Terdapat tiga pembolehubah bebas iaitu program
pengajian, jantina dan gred mata pelajaran Fizik di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia. Responden terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar
perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Alat kajian yang
digunakan iaitu Ujian Pencapaian Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal
Pembolehubah yang mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif dan mempunyai
kebolehpercayaan α = .77. Reka bentuk kajian penyelidikan adalah Reka bentuk
Ujian Sebelum – Ujian Selepas Satu kelompok (One Group Pretest-Posttest Design).
Kursus Pendidikan Amali Fizik I adalah rawatan dalam kajian ini. Analisis statistik
deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum dan peratus
digunakan dalam tatacara penganalisisan data. Tahap kefahaman pelajar secara
keseluruhan sebelum dan selepas mengikuti kursus adalah sederhana. Tahap
kefahaman pelajar merentasi dua pembolehubah bebas iaitu jantina dan gred Fizik di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia adalah sama iaitu sederhana sebelum dan selepas
mengikuti kursus. Manakala tahap kefahaman pelajar merentasi program pengajian
adalah berbeza selepas mengikuti kursus. Sebelum mengikuti kursus tahap
kefahaman pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik
adalah sama dengan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik iaitu
sederhana. Selepas mengikuti kursus, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan
Komputer serta Pendidikan Fizik mencapai tahap kefahaman yang baik manakala
pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik sederhana. Oleh yang
demikian, terdapat beberapa cadangan yang telah penyelidik nyatakan untuk
menambahbaik pencapaian pelajar dalam kemahiran proses sains.
vi
ABSTRACT
Researcher was interested to study the level of understanding in Science
process skills among pre service teacher. This study focused on two sciance process
skill only, which were predicting and control variables skill. There were three
independent variables, specialization, gender and Physics grade in Sijil Pelajaran
Malaysia. Respondents from the second year students taking the subject Pendidikan
Amali Fizik I in Physics education programme in Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai Johor consisting of 12 boys and 29 girls were involved in this study who.
The instrument were used namely Ujian Pencapaian Kemahiran Meramal dan
Kemahiran Mengawal Pembolehubah which contained 40 items form objective
question with reliability value was α = .77. Design of this study was One Group
Pretest-Posttest Design. Pendidikan Amali Fizik I group was the treatment for this
design of study. Descriptive statistic analysis in the form of mean, standard
deviation, maximum, minimum and percentage was used in data analysis procedures.
The overall understanding level before and after for the treatment are in moderately
good. The understanding level of students among gender and Physics grade in Sijil
Pelajaran Malaysia were the same which is moderately good before and after the
treatment. Meanwhile, the understanding level of students across educational
programme was different after the treatment. Before treatment, the understanding
level of students of Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik
and Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik were the same which was
moderately good. After treatment the understanding level of Ijazah Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik students was good while for Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik students was moderately good. Hence,
researcher offers some recommendations to change the understanding level of
student in science process skill.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.2.1 Kelemahan Pengajaran dan 3
Pembelajaran dalam Penerapan
Kemahiran Proses Sains
1.2.2 Kelemahan Pencapaian Mata Pelajaran 4
Fizik
1.2.3 Masalah Dalam Salah Tanggapan 5
Pelajar Tentang Konsep Fizik
viii
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Soalan Kajian 7
1.6 Rangka Kerja Konsep 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Skop Kajian 12
1.9 Andaian Kajian 13
1.10 Batasan Kajian 13
1.11 Takrifan
1.11.1 Tahap Kefahaman 14
1.11.2 Kemahiran Meramal 14
1.11.3 Kemahiran Mengawal Pembolehubah 15
1.12 Rumusan 16
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Teori-teori Berkaitan Kemahiran Siantifik 18
2.3 Teori Berkaitan Kemahiran Meramal 22
2.3.1 Kepentingan Kemahiran Meramal 24
2.3.2 Kaedah Menguasai Kemahiran Meramal 26
2.4 Teori Berkaitan Kemahiran Mengawal 28
Pembolehubah
2.4.1 Kepentingan Kemahiran Mengawal 30
Pembolehubah
2.4.2 Kaedah Menguasai Kemahiran Mengawal 32
Pembolehubah
2.5 Kajian-kajian yang Berkaitan dengan 35
Kemahiran Proses Sains
2.5.1 Kajian-kajian Tempatan 35
2.5.2 Kajian-kajian Luar Negara 42
2.6 Rumusan 46
ix
3 PENGKAEDAHAN
3.1 Pendahuluan 47
3.2 Reka Bentuk Kajian 47
3.3 Responden dan Sumber Data 48
3.4 Alat Kajian 49
3.5 Tatacara Kajian 53
3.5.1 Kajian Sebenar 53
3.6 Analisis Data 54
3.7 Rumusan 57
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 58
4.2 Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Dua 59
Pendidikan Fizik Dalam Kemahiran
Meramal dan Mengawal Pembolehubah
Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus
Pendidikan Fizik I(SPN 2221)
4.3 Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Dua 68
Pendidikan Fizik Dalam Kemahiran
Meramal dan Mengawal Pembolehubah
Merentasi Program Pengajian Sebelum dan
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221)
4.4 Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Dua 72
Pendidikan Fizik Dalam Kemahiran
Meramal dan Mengawal Pembolehubah
Merentasi Jantina Sebelum dan Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
(SPN 2221)
4.5 Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Dua 76
Pendidikan Fizik Dalam Kemahiran
Meramal dan Mengawal Pembolehubah
Merentasi Gred Mata Pelajaran Fizik di
Peringkat SPM Sebelum dan Selepas Mengikuti
x
Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
4.5 Rumusan 82
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 84
5.2 Ringkasan 84
5.3 Kesimpulan 86
5.4 Perbincangan 88
5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal 88
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah
Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus
Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal 91
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah
Merentasi Program Pengajian Sebelum
dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan
Amali Fizik I (SPN 2221)
5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal 94
danKemahiran Mengawal Pembolehubah
Merentasi Jantina Sebelum dan Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221).
5.4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal 97
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah
Merentasi Gred Mata Pelajaran Fizik
Di Peringkat SPM Sebelum dan Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221).
5.5 Implikasi 99
5.6 Cadangan 104
5.7 Cadangan Kajian Masa Depan 107
5.8 Rumusan 108
xi
6 RUJUKAN 109
7 LAMPIRAN 113
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Peratus (%) Keputusan SPM Mengikut 4
Gred Cemerlang, Kepujian, Lulus dan Gagal
Bagi Sekolah-Sekolah Di Negeri Sembilan
3.1 Bilangan Responden Mengikut Program dan 49
Jantina
3.2 Item-item Mengikut Kriteria Kemahiran 51
yang Dinilai
3.3 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman 56
Bagi Setiap Kemahiran
3.4 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman 56
Bagi Kedua-dua Kemahiran
4.2.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 59
Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam
Kemahiran Meramal dan Mengawal
Pembolehubah Sebelum Mengikuti Kursus
Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
Secara Keseluruhan
4.2.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 60
Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam
xiii
Kemahiran Meramal dan Mengawal
Pembolehubah Selepas Mengikuti Kursus
Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
Secara Keseluruhan
4.3.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 69
Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam
Kemahiran Meramal dan Mengawal
Pembolehubah Merentasi Program Pengajian
Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan
Amali Fizik I (SPN 2221)
4.3.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 70
Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam
Kemahiran Meramal dan Mengawal
Pembolehubah Merentasi Program Pengajian
Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan
Amali Fizik I (SPN 2221)
4.4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 72
Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam
Kemahiran Meramal dan Mengawal
Pembolehubah Merentasi Jantina Sebelum
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
(SPN 2221)
4.4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 74
Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam
Kemahiran Meramal dan Mengawal
Pembolehubah Merentasi Jantina Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
(SPN 2221)
xiv
4.5.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 76
Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam
Kemahiran Meramal dan Mengawal
Pembolehubah Merentasi Gred Mata Pelajaran
Fizik di Peringkat SPM Sebelum Mengikuti
Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
4.5.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kemahiran 79
Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam
Kemahiran Meramal dan Mengawal
Pembolehubah Merentasi Gred Mata Pelajaran
Fizik di Peringkat SPM Selepas Mengikuti
Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)
xv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Rangka Kerja Konsep Kajian 9
2.1 Eksperimen Mengkaji Hubungan 34
antara Tekanan dan Halaju
3.1 Reka Bentuk Kajian 47
3.2 Kriteria-kriteria yang Terlibat Dalam 50
Kemahiran Meramal
3.3 Kriteria-kriteria yang Terlibat dalam 51
Kemahiran Mengawal Pembolehubah
xvi
SENARAI SINGKATAN
IPT - Institut Pengajian Tinggi
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas
KPS - Kemahiran Proses Sains
KS - Kemahiran Saintifik
P&P - Pengajaran dan pembelajaran
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
N1A - Bilangan pelajar mendapat 1A mata pelajaran Fizik di
peringkat SPM
N2A - Bilangan pelajar mendapat 2A mata pelajaran Fizik di
peringkat SPM
N3B - Bilangan pelajar mendapat 3B mata pelajaran Fizik di
peringkat SPM
N4B - Bilangan pelajar mendapat 4B mata pelajaran Fizik di
peringkat SPM
N5C - Bilangan pelajar mendapat 5C mata pelajaran Fizik di
peringkat SPM
NF - Bilangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik
NL - Bilangan pelajar lelaki
NP - Bilangan pelajar perempuan
NP - Bilangan pelajar Sarjana Muda Sains dan Komputer serta
Pendidikan Fizik
xvii
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik
SPSS - Statistical Package for Social Science
TIPS - Test of Integrated Process Skill
UPKMKMP - Ujian Penilaian Kemahiran Meramal dan Kemahiran
Mengawal Pembolehubah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Ujian Pencapaian Kemahiran Meramal 113
dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah
B Jawapan Ujian Pencapaian Kemahiran 140
Meramal dan Kemahiran Mengawal
Pembolehubah
C Soal Selidik Tahap Kefahaman Kemahiran 142
Proses Sains dalam Kalangan Pelajar
Tahun Dua Program Pendidikan Fizik
D Jawapan Soal Selidik Tahap Kefahaman 147
Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan
Pelajar Tahun Dua Program Pendidikan Fizik
E Surat Kebenaran Menulis Tesis Melebihi 150
Had Muka Surat Yang Ditetapkan
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Wawasan 2020 merupakan satu matlamat Malaysia untuk membangun
dengan pesat dan mencapai taraf negara maju dalam pelbagai aspek terutama aspek
sains dan teknologi. Sejajar dengan matlamat ini, Malaysia mestilah melahirkan para
cendiakawan yang dapat merialisasikan Wawasan 2020 ini dari segi sains dan
teknologi. Oleh itu, bermula dari sekarang warganegara perlu dipupuk semangat
cintakan sains dan teknologi terutama di peringkat sekolah.
Pada masa akan datang, dunia seakan-akan berada dalam satu lingkungan
yang kecil sahaja. Ini kerana, sains dan teknologi akan mengubah dunia berada
dihujung jari sahaja. Oleh yang demikian, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam
pembangunan ini. Untuk seiring dengan dunia luar, kita perlulah mendidik anak
bangsa ke arah pemikiran yang kreatif dan kritis serta berpandangan jauh. Hal ini
bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir yang bertaraf dunia.
Dengan itu, para pendidik seharusnya menanam kemahiran saintifik dalam
diri pelajar agar mereka tidak sahaja menggunakan teknologi yang ada malahan
dapat memberi sumbangan ke arah tamadun saintifik dan juga teknologi yang lebih
canggih pada masa akan datang. “Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Sains
Negara, iaitu untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan
kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan
2
serta dapat menguasai ilmu sains dan berketrampilan teknologi (Pusat Perkembangan
Kurikulum , 2003).” Sifat-sifat sebegini perlu dipupuk dalam kalangan pelajar
supaya mereka dapat berfikir ke arah kemajuan diri sendiri dan negara supaya tidak
ketinggalan dalam dunia komodenan ini.
Dengan ini, kita akan dapat melahirkan warganegara yang celik sains dan
teknologi serta dapat menjadi sebuah negara yang maju sejajar dengan matlamat
Wawasan 2020. Oleh yang demikian, kemahiran saintifik harus diberi penekanan
dalam sistem kurikulum sains KBSM. Hal ini kerana, kemahiran saintifik banyak
diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains terutama Fizik. Kemahiran Proses Sains
(KPS) merupakan salah satu pecahan kepada kemahiran saintifik. Dengan ini, KPS
perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat
menguasainya dan secara tidak langsung dapat menguasai kemahiran saintifik juga.
Oleh kerana KS ini penting kepada semua untuk pembangunan negara,
penyelidik telah berminat untuk membuat kajian berkaitan KPS dalam kalangan
pelajar. Penyelidik telah memilih dua KPS untuk dikaji iaitu kemahiran meramal
dan kemahiran mengawal pembolehubah. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah.
1.2 Latar Belakang Masalah KPS adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
mata pelajaran Sains. Oleh yang demikian, guru-guru Sains perlulah menguasai
kemahiran KPS terlebih dahulu sebelum menurunkan ilmu Sains tersebut kepada
pelajar. “Kegagalan guru Sains terutama guru mata pelajaran Fizik dalam memahami
3
KPS akan menyebabkan kegagalan dalam penerapannya dalam aktiviti P&P sains
(Tan, 2001).” Dengan ini, objektif kurikulum sains iaitu menerapkan KPS tidak akan
berjaya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Selain dari itu, terdapat juga
perkara-perkara lain yang menyumbang kepada kegagalan penerapan KPS dalam
P&P antaranya ialah:
1.2.1 Kelemahan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Penerapan
Kemahiran Proses Sains
Penguasaan KPS yang lemah dalam kalangan guru akan menyebabkan minat
pelajar untuk belajar mata pelajaran ini berkurang. “Ini kerana, guru tersebut tidak
mempunyai kaedah pengajaran yang baik dan menarik minat pelajar (Abu Hassan,
2004).” Semasa aktiviti eksperimen dijalankan, pelajar hanya menjalankannya
mengikut arahan dalam buku amali sahaja, tetapi KPS bagi eksperimen tersebut tidak
diterapkan. Hal ini kerana guru yang mengajar eksperimen ini tidak mempunyai
penguasaan terhadap KPS itu sendiri. Oleh yang demikian, guru tersebut tidak dapat
membimbing pelajar untuk menjalankan eksperimen dengan baik. Kesannya ialah,
pelajar-pelajar tidak berminat untuk belajar dan KPS tidak berjaya diterapkan dalam
P&P tersebut.
Kelemahan pengajaran guru tersebut disebabkan oleh guru yang mengajar
mata pelajaran Sains terutama Fizik merupakan guru yang bukan mengambil kursus
Fizik semasa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Apabila guru bukan jurusan Fizik
mengajar mata pelajaran ini maka akan berlaku salah konsep dalam kalangan guru
tersebut. “Guru ini akan menghadapi masalah khususnya mengenai pengetahuan
dalam beberapa konsep Fizik yang hendak diajar dan kemahiran mengendalikan alat
radas tertentu Fizik (Lilia et al., 2002).” Secara tidak langsung, masalah salah
konsep Fizik dalam kalangan guru akan mempengaruhi pemahaman konsep dalam
kalangan pelajar pula. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan berlakunya salah
konsep Fizik, guru yang akan mengajar mata pelajaran Fizik mesti mengambil kursus
Fizik. Guru yang mengambil kursus Fizik dapat menguasai KPS. “Kebolehan guru
4
menguasai KPS akan menjadikan guru lebih berkeyakinan menerap dan menilai KPS
kepada pelajar dengan baik (Downing et al., 1997).”
1.2.2 Kelemahan Pencapaian Mata Pelajaran Fizik
Jadual 1.1 : Peratus (%) Keputusan SPM Mengikut Gred Cemerlang,
Kepujian, Lulus dan Gagal Bagi Sekolah-Sekolah Di
Negeri Sembilan
Gred
Cemerlang
(%)
Kepujian
(%)
Lulus
(%)
(Sumber : Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan, 2007)
Data dalam Jadual 1.1 menunjukkan peratus keputusan SPM mengikut gred
cemerlang, kepujian, lulus dan gagal bagi mata pelajaran Fizik sekolah-sekolah di
Negeri Sembilan. Daripada keputusan ini dapat dilihat bahawa peratusan cemerlang
adalah sedikit berbanding dengan peratusan kepujian pada setiap tahun. Keputusan
ini makin merosot pada tahun 2006. Pada tahun 2006, pelajar yang mendapat gred
cemerlang dalam mata pelajaran Fizik sangat sedikit berbanding tahun 2005. Begitu
juga dengan pelajar yang gagal pada tahun 2006 meningkat berbanding tahun 2005.
Keputusan seperti ini berlaku disebabkan oleh pelajar belajar Fizik secara
menghafal konsep, hukum-hukum, prinsip dan teori Fizik tanpa memahaminya atau
mengaitkan dengan pengetahuan lepas serta melihat aplikasinya. “Mereka akan
mengalami masalah kurang motivasi dan tidak berjaya dengan cemerlang atau
menghadapi masalah apabila disoal mengenai aplikasi pengetahuan yang dipelajari
Tahun
Gagal
(%)
Jumlah
(%)
2005 16.8 41.2 39.0 3.0 100
2006 12.9 40.2 42.3 4.6 100
5
(Lilia et al., 2002).” Dengan ini, terdapat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar
aliran sains dalam menguasai mata pelajaran Fizik ini. KPS tidak dapat dikuasai
oleh pelajar tersebut kerana pemahaman konsep Fizik mereka lemah.
Pengajaran guru juga menjadi faktor pencapaian pelajar merosot. Pengajaran
guru yang hanya berpandukan teori semata-mata tanpa menjalankan kegiatan
eksperimen akan membuatkan pelajar kurang pemahaman sesuatu konsep yang diajar
itu. Hal ini kerana, pembelajaran secara eksperimen menggalakkan pelajar belajar
secara inkuiri. “Pembelajaran secara inkuiri menggalakkan pelajar menggunakan
kemahiran saintifik dalam proses pembelajarannya (Abu Hassan, 2004).” Oleh yang
demikian, guru perlu mengubah corak atau kaedah pengajarannya supaya pelajar
dapat menguasai mata pelajaran fizik dengan baik.
1.2.3 Masalah Dalam Salah Tanggapan Pelajar Tentang Konsep Fizik
Salah tanggapan pelajar terhadap konsep Fizik atau miskonsepsi Fizik ini
menyebabkan mereka kurang penguasaan dalam mata pelajaran Fizik. Salah
tanggapan konsep Fizik ini berlaku disebabkan pengetahuan sedia ada pelajar yang
tidak diperbetulkan.
Pengetahuan sedia ada pelajar diperolehi daripada pemerhatian dan
pengalaman secara langsung dalam kehidupan seharian.
(Lilia el at., 2002:35)
Contohnya, istilah kerja dalam disiplin Fizik mempunyai berlainan maksud
jika dibandingkan dengan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Akan tetapi,
pelajar akan memahami kerja sebagai perbuatan bukan melalui konsep Fizik.
Salah tanggapan dalam kalangan pelajar terhadap konsep Fizik
berlaku juga disebabkan oleh guru.
(Lilia et al., 2002:39)
6
Guru yang mengajar memberi penerangan tentang konsep Fizik secara kurang
tepat akan menyebabkan pelajar memahami penerangan yang salah dan akan berlaku
salah tanggap terhadap konsep Fizik. “Salah tanggapan ini akan berpanjangan
kerana generasi yang bakal menjadi golongan pendidik ini juga terdiri daripada
pelajar yang miskonsepsi Fizik (Lilia et al., 2002).”
Miskonsepsi dalam kalangan pelajar juga disebabakan oleh buku
teks yang digunakan.
(Lilia et al., 2002:40)
“Buku teks ini menyebabkan miskonsepsi kerana terdapat kesilapan seperti
eksperimen yang tidak mungkin berjaya, rajah yang mengelirukan dan mempunyai
miskonsepsi dalam kalangan penulis buku teks itu. Miskonsepsi dalam buku teks
boleh terjadi disebabkan oleh penilai buku teks bukan dari golongan yang pakar
dalam bidang Fizik (Lilia et al., 2002).” Oleh yang demikian, pelajar tidak dapat
memahami sesuatu konsep dengan betul.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dihuraikan, penyelidik memikirkan
satu kajian perlu dilakukan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah
tahap kefahaman para pelajar tahun dua program Pendidikan Fizik, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Johor dalam kemahiran meramal dan kemahiran
mengawal pembolehubah sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali
Fizik I (SPN 2221).
7
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan dengan objektif-objektif khusus seperti berikut:
1) Menilai tahap kefahaman pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik dalam
kemahiran meramal dan mengawal pembolehubah sebelum dan selepas
mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221).
2) Menilai sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar Tahun Dua
Pendidikan Fizik dalam kemahiran meramal dan mengawal pembolehubah
merentasi program pengajian sebelum dan selepas mengikuti kursus
Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221).
3) Menilai sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar Tahun Dua
Pendidikan Fizik dalam kemahiran meramal dan kemahiran mengawal
pembolehubah merentasi jantina sebelum dan selepas mengikuti kursus
Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221).
4) Menilai sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar Tahun Dua
Pendidikan Fizik dalam kemahiran meramal dan mengawal pembolehubah
merentasi keputusan Fizik di peringkat SPM sebelum dan selepas mengikuti
kursus Pendidikan Amali FizikI (SPN 2221).