tahap masalah dalam perlaksanaan mata … · penyelidikan dasar pendidikan, ... bengkel dan jadual...
TRANSCRIPT
TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN MEMBUAT
PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK TERPILIH BAGI NEGERI
JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN
ZAINUDIN BIN OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
TAHAP MASALAH DALAM PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN MEMBUAT
PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK TERPILIH BAGI NEGERI
JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN
ZAINUDIN BIN OTHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknoloogi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
iii
DEDIKASI
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Kahidupan Ini Satu Perjuangan Dan Pengorbanan. Ada Ketika Kita Perlu Berkorban
Untuk Mendapatkan Sesuatu. Ada Ketika Berjuang Untuk Mendapatkan Dan Melepaskan
Sesuatu. Keindahan Dunia Ini Cuma Sementara, Akhirat Kelak Destinasi Abadi.
Ku hulurkan salam penuh kasih sayang kepada ibunda tercinta
Pn Amenah Bte Pakeh.
Ku sematkan kasih dihati kepada ayahanda yang disayangi
Hj Othman Bin Sihab.
Ku sanjungi jasa dan pengorbanan
Semua ahli keluarga
Ku hargai sokongan insan teristimewa
Noor Mariati Bte Othman
Buat sahabat seperjuangan, sesungguhnya kamu adalah insan yang banyak lalui bersama
suka duka sepanjang tempoh pengajian ini.
Semoga Dirahmati Allah SWT Diatas Segala Pengorbanan Yang Ikhlas Penuh
Pengertian Yang Kalian Berikan. Sokongan Restu Dan Jasa Kalian Tidak Dipersiakan
Demi Mencapai Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat.
Amin
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada
pensyarah pembimbing En Yusri Bin Kamin dan Pn Nor Fadila Amin di atas
bimbingan, nasihat, dorongan dan perbincangan serta kerjasama yang diberikan
sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua
ibu bapa dan ahli keluarga yang semtiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang
kajian ini berjaya disiapkan.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Johor, Jabatan Pendidikan Melaka dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang telah
memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada semua pengetua dan
guru-guru mata pelajaran Membuat Perabot yang terlibat. Tanpa sokongan dan bantuan
mereka kajian ini tidak mungkin akan dapat dijalankan.
Akhir sekali penulis turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan
seperjuangan yang telah membantu dalam menjayakan proses penyelidikan ini.
Semoga Allah SWT akan membalas segala bantuan dan sokongan yang telah
diberikan kepada penulis .
Terima kasih, wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini berbentuk deskriptif dengan melihat masalah guru-guru MPV
Membuat Perabot di sekolah menengah akademik. Objektif kajian adalah untuk
mengenalpasti masalah kewangan, sukatan mata pelajaran, kemudahan kelengkapan
bengkel dan jadual dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. Populasi kajian terdiri
daripada sembilan orang yang sedang mengajar MPV Membuat Perabot dan semua
populasi ini terlibat dengan kajian yang telah dijalankan. Data mentah dikumpulkan
menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS for
Window 10.0 (Statistic Package For Sosial Science) serta dilaporkan mengikut min dan
peratus. Hasil kajian mendapati bahawa para responden mempunyai masalah dari
kekurangan peruntukan kewangan, sukatan mata pelajaran yang tidak selari dengan
keperluan masa kini, masalah kemudahan kelengkapan bengkel dan juga msalah
pengurusan jadual waktu dalam perlaksanaan MPV Membuat Perabot ini. Guru-guru
MPV Membuat Perabot haruslah kuat semangat dan kental dalam mengharungi program
ini, sementara itu pihak pengurusan sekolah haruslah memberi alternatif penyelesaian
dalam menangani masalah ini. Pihak Kementeria Pendidikan Malaysia pula haruslah
mengkaji dari segi jumlah peruntukan kewangan, sukatan mata pelajaran, peralatan dan
mesin yang digunakan dan juga peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran ini.
vi
ABSTRACT
This descriptive study is to survey the problems among teachers that teaching
MPV Carpentry subject in the academic school. The objective of study is to identify
financial problem, syllabus subject, workshop facilities, and timetable management. The
population of this study consists of nine teachers that are teaching MPV Carpentry
subject and all population take part in this study. Data of the study is gathering by using
questionnaire. The processes of analysis are using SPSS for Window 10.0 (Statistic
Package For Sosial Science) and the report are shown by mean and percentage. The
result of this study shows that respondent have problem with a small amount budget, not
relevant subject contains, equipment and facilities in workshop and timetable
management in this subject. MPV teachers are required to have a tough characteristic
quality to implement this subject. Mean while, school management lineup should present
alternative solution to settle all problem faced because the implementation of this
subject. The ministry of education also should skim over a small budget, subject
syllabus, machine and equipment that been used in workshop and time period
appropriations for teaching and learning processed in this MPV subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK/ ABSTACT v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Batasan kajian 9
1.8 Definisi / Istilah
10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik Dan
Vokasional
13
2.3 Strategi Perlaksanaan Pembangunan Pendidikan
Vokasional
18
2.4 Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK) 20
2.5 Sepintas Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 23
2.6 Sinopsis Mata Pelajaran Membuat Perabot 26
2.7 Peruntukan Kewangan MPV 27
2.8 Hubungan Sukatan Mata Pelajaran Dalam
Pembelajaran
28
2.9 Hubungan Kemudahan dan kelengkapan Bengkel
Dalam Pembelajaran
29
2.10 Hubungan Pengurusan Waktu Dalam
Pembelajaran
30
2.11 Penutup 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Populasi dan Sampel 34
ix
3.4 Instrumen Kajian 35
3.5 Kajian Rintis 37
3.6 Prosedur Kajian 39
3.7 Analisis Data 39
3.8 Penutup 41
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Demografi Respondan 43
4.3 Analisis Bahagian B 48
4.4 Analisis Keseluruhan 60
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Rumusan 63
5.3 Perbincangan 65
5.4 Cadangan 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73
BIBLIOGRAFI 75
LAMPIRAN
Lampiran A-F 80-102
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Strategi Perlaksanaan Dan Pembangunan
Pendidikan Vokasional
19
2.2 Cadangan Mata Pelajaran Dalam Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) Dan Cadangan
Tahun Perlaksanaannya.
25
3.1 Jumlah Populasi Guru Dan Sekolah Yang
Terlibat Dengan Kajian Yang Telah
Dijalankan.
34
3.2 Pengkelasan Skala Likert Berserta Dengan
Markah Skor
36
3.3 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian
Dan Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap
Persoalan Kajian
37
3.4 Pemeringkatan Skala Likert
40
xi
3.5 Markat Skala Likert 3 Mata
41
4.1 Taburan Respondan Mengikut Jantina
43
4.2 Taburan Respondan Mengikut Bangsa
44
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Mengajar
45
4.4 Taburan Respondan Yang Mengajar Mata
Pelajaran Lain Selain Membuat Perabot
46
4.5 Taburan Respondan Yang Mengajar Mata
Pelajaran Lain Sebelum Membuat Perabot
47
4.6 Taburan Respondan Mengikut Tahap
Pendidikan
47
4.7 Taburan Respondan mengikut kelayakan
ikhtisas
48
4.8 Taburan Respondan Mengenai Masalah
Kewangan Mengikut Min dan Peratus
50
4.9 Taburan Respondan Mengikut Min Dan Peratus
Bagi Pelaksanan Mata Pelajaran Membuat
Perabot
52
xii
4.10 Taburan Respondan Mengenai Kemudahan
Kelengkapan Bengkel Mengikut Min dan
Peratus
55
4.11 Taburan Respondan Mengenai Pengurusan
Jadual Waktu Untuk Mengajar Mata Pelajaran
Membuat Perabot Mengikur Min dan Peratus
58
4.12 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 60
xiii
SENARAI SINGKATAN
MPV -Mata Pelajaran Vokasional.
KPM -Kementerian Pendidikan Malaysia.
PPK -Pusat Perkembangan Kurikulum
SKK -Sekolah Ke Kerjaya.
SMT/V -Sekolah Menengah Teknik/Vokasional.
SPSS - Statistic Package For Sosial Science
EPRD - Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 80
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
86
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan
Pendidikan Johor
88
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan
Pendidikan Melaka
89
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan
90
F Senarai Sekolah Menengah Akademik Yang
Menawarkan MPV Pelaksanaan Tahun 2002 dan
2003
91
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembangunan bermakna kemajuan tamadun dan budaya daripada keadaan daif
dan jahil kepada keadaan hidup serba canggih dan berperadaban tinggi. Pembangunan
masyarakat dan negara meliputi dimensi pentadbiran, pendidikan, teknologi, ekonomi,
sikap, ilmu, pemikiran, seni budaya, moral dan kualiti hidup. Malaysia sebagai sebuah
negara membangun telah mengalami perubahan-perubahan sosial, teknikal, politikal dan
ekonomi yang pesat. Pembangunan ekonomi yang rancak di Malaysia telah memberikan
fokus kepada kepentingan pembangunan sumber manusia.
Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28
Februari 1991 di persidangan pertama Maljis Perdagangan Malaysia. Beliau
menggariskan satu hasrat yang jelas iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian dan negara maju menjelang 2020. Pencapaian matlamat ini banyak
bergantung kepada kejayaan kerajaan melaksanakan pelbagai dasar dan strategi serta
2
keberkesanan program latihan terutamanya kearah penyediaan ‘knowledge worker’
dalam alaf baru ini.
Di sini peranan pendidikan amatlah penting untuk kemajuan negara kini dan
masa hadapan. Oleh itu seharusnya pendidikan dapat menyediakan para pelajar yang
mempunyai ilmu, kemahiran dan bersedia untuk bersaing dalam kerjaya pada masa
hadapan. Sekolah merupakan agen yang dapat mengeluarkan produk iaitu para pelajar
yang diperlukan oleh negara kita. Bagi menjadikan pelajar dapat memenuhi keperluan
negara, kurikulum yang bersesuaian dengan peredaran masa perlulah digubal. Hirst
(1970) mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid mencapai
objektif yang dirancangkan.
Menurut Shahril Marzuki (1999), kurikulum merupakan landasan dan arah
pendidikan yang ingin dicapai. Sehubungan itu, langkah yang sesuai di ambil bagi
meningkatkan produktiviti melalui pembangunan sumber manusia supaya kita
mempunyai daya saing di pasaran dunia bebas. Cabaran utama sistem pendidikan negara
kita ialah bagi menghasilkan tenaga kerja yang mencukupi bagi menampung permintaan
pasaran tenaga buruh yang berorientasikan kemahiran dan teknologi tertentu dalam
bidang-bidang ekonomi berkenaan.
Di Jerman lebih 70 peratus pelajar lepasan sekolah menengah meneruskan
pengajian malalui sistem pendidikan vokasional dan latihan yang dipanggil ‘dual sistem’
di mana latihan vokasional mengandungi 75 peratus dan pendidikan umum adalah 25
peratus. Menurut Shahril Marzuki dan Habib Mat Som (1999), kelemahan sistem
pendidikan di Malaysia adalah terlalu menekankan pendidikan akademik di peringkat
pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.
3
Menurut Sufean Hussin (2002) ada dua masalah yang menjadikan pendidikan
vokasional di Malaysia tidak berkualiti iaitu masalah pengajaran dan masalah kerjasama
perantis. Masalah pengajaran adalah seperti kekurangan guru, kekurangan alatan
pengajaran, kekurangan bahan dan latihan amali dan juga pelajar kurang faham
pelajaran. Para pelajar perlu diberi pengetahuan dan kemahiran untuk bersaing di masa
hadapan.
Menurut Musa (Jan, 2000), pendidikan kemahiran dan pendidikan teknikal akan
diberi tumpuan khas pada masa akan datang memandangkan keupayaan tenaga kerja
daripada jurusan ini menyumbang kepada keupayaan perindustrian negara dan untuk
membolehkan negara memperolehi ‘the competitive egde’.
Gabungan kemahiran dan keusahawanan akan menjadi tenaga penggerak
ekonomi baru. Tenaga kerja yang berkemahiran, cekap dan berpengetahuan merupakan
pra-syarat kearah mencapai matlamat utama negara untuk muncul sebagai salah sebuah
negara maju di abad ini. Bagi tujuan ini, dalam belanjawan negara 2001, peruntukan
sejumlah RM 1.2 billion disediakan untuk membina 14 buah Institusi latihan
Perindustrian dan empat Pusat Latihan Kemahiran Teknologi Tinggi serta mengisi
Tabung Pinjaman Latihan Kemahiran.
1.2 Latar Belakang Masalah.
Dalam era ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan maklumat (k-ekonomi)
ini, permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya kumpulan
mahir dan separa mahir semakin meningkat. Menyedari hakikat ini, MPV diperkenalkan
4
untuk melahirkan sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berpengetahuan,
berkemahiran dan terlatih dalam perkara asas di dalam bidang pekerjaan yang telah
dikenalpasti. Mereka yang berminat dan cenderung dalam bidang ini harus disediakan
program yang sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Program MPV merupakan kumpulan mata pelajaran berteraskan kemahiran yang
ditawarkan di sekolah menengah akademik pada peringkat tingkatan empat dan lima.
MPV ini mula diperkenalkan di sekolah akademik pada tahun 2002. Program ini
menawarkan 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu
binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi rumah tangga dan komputer. Penawaran
pelbagai mata pelajaran ini dirancang berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga
tahun 2005. Bagi fasa 1, lapan mata pelajaran ditawarkan mulai tahun 2002 iaitu,
Pembinaan Domestik, Membuat Perabot, Seni Reka Tanda, Menservis Peralatan
Elektrik Domestik, Rekaan dan Jahitan Pakaian, Katering dan Penyajian, Landskap dan
Nurseri, Tanaman Makanan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum marupakan satu rancangan
yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-
unsur kebudayaan dan kepercayaan kepada masyarakat Malaysia. Peranan Kurikulum di
Malaysia adalah untuk memperkembangkan potensi pelajar dari segi intelek, jasmani,
rohani dan emosi secara seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh
membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan
terlatih untuk keperluan negara.
Sistem pendidikan sekarang sedang melalui pelbagai cabaran bagi memenuhi
kehendak masyarakat dan negara. Menurut Ahamad bin Sipon dalam ucap utama kertas
kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional & Pendidikan ‘Halatuju dan
Cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah Menengah Akademik’.
5
Pendidikan dan latihan adalah merupakan sebahagian pelaburan sosial penting
yang boleh memberi faedah jangka panjang. Murid adalah aset negara yang
amat berharga dalam menentukan corak masyarakat dan guna tenaga kelak.
Justeru itu amatlah wajar murid sekolah yang akan mewarisi generasi masa
hadapan perlu dibekalkan dengan kurikulum yang relevan dan bermakna agar
pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi nanti dapat menangani
pelbagai cabaran dalam menempuhi era globalisai dan k-ekonomi.
(2001, m/s 2)
Daripada petikan di atas ternyata pembangunan sumber manusia iaitu pelajar
amatlah penting dan Kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan semasa amatlah
diperlukan supaya generasi masa hadapan bersedia menempuhi era dunia tanpa
sempadan dan kemajuan teknologi yang pesat. Peranan pendidikan dalam menentukan
kemajuan dan kamakmuran negara jelas amat besar. Di sini peranan pendidikan teknik
dan vokasional mesti diambil perhatian kerana negara kita bukan sahaja mahukan
rakyatnya yang tinggi ilmu pengetahuan akademiknya tetapi juga memerlukan
kemahiran yang dapat membantu menuju ke arah negara maju.
Peranan guru amatlah besar dalam menjayakan perlaksanaan kurikulum yang
telah dirancang. Perlaksanaan MPV dengan berkesan amatlah penting untuk
membolehkan para pelajar memenuhi kehendak negara dan bersaing di dalam kerjaya
ataupun untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Guru-guru
vokasional perlu memastikan semua pelajar mereka mencapai tahap kemahiran
vokasional dan kemahiran usahawan yang tinggi. Pada tahun 2002 tenaga pengajar MPV
mata pelajaran Membuat Perabot melibatkan guru-guru yang bukan opsyen iaitu guru-
guru Kemahiran Hidup yang menjadi tenaga pengajar. Guru-guru yang dipilih ini
mempunyai pengalaman mengajar minimum lima tahun. Mulai tahun 2003, barulah ada
guru opsyen Membuat Perabot yang mula mengajar. Guru-guru yang bukan opsyen
6
diberi latihan kemahiran intensif di politeknik, maktab ataupun pusat latihan kemahiran
tempatan.
Menurut Ahamad Sipon (2001) hasrat KPM dalam rancangan jangka panjang
agar setiap sekolah akademik akan mewujudkan aliran vokasional. KPM mensasarkan
sehingga tahun 2010 sekurang-kurangnya 35% pelajar di sekolah akademik dan
teknikal/vokasional akan berpeluang mengikuti mata pelajaran bercorak kemahiran
vokasional. Dengan mewujudkan aliran vokasional di sekolah menengah akademik,
persaingan pelajar untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/V)
dapat dikurangkan. Kos pembangunan dan operasi membina SMT/V juga dapat
diminimumkan.
1.3 Pernyataan Masalah
Mata Pelajaran Vokasional ini merupakan mata pelajaran yang baru
diperkenalkan pada tahun 2002 di sekolah menengah akademik. Oleh itu, dijangkakan
terdapat masalah dari segi kewangan, sukatan mata pelajaran, kemudahan kelengkapan
bengkel dan pengurusan jadual waktu dan penyelidik ingin membuat tinjauan masalah
ini yang dihadapi oleh guru MPV semasa pelaksanaanya dalam mata pelajaran
Membuat Perabot.
7
1.4 Objektif Kajian.
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti masalah kewangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan
mata pelajaran Membuat Perabot.
2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sukatan
mata pelajaran Membuat Perabot.
3. Mengenalpasti masalah kemudahan kelengkapan bengkel yang dihadapi oleh
guru untuk mengajar mata pelajaran Membuat Perabot.
4. Mengenalpasti masalah dalam pengurusan jadual waktu untuk mengajar mata
pelajaran Membuat Perabot.
1.5 Persoalan Kajian.
Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai, iaitu:
1. Adakah kewangan yang diperuntukkan mencukupi untuk melaksanakan projek?
2. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sukatan mata
pelajaran Membuat Perabot?
3. Apakah masalah kemudahan kelengkapan bengkel yang dihadapi oleh guru
untuk mengajar mata pelajaran Membuat Perabot?
4. Apakah masalah dalam pengurusan jadual waktu untuk mengajar mata pelajaran
Membuat Perabot?