tahap-tahap dalam kaunseling
TRANSCRIPT
EDUKemahiran Asas Kaunseling
PISMP MT 07
TAHAP-TAHAP KAUNSELING
DISEDIAKAN OLEH: CHAI YAPP CHIEN SII AI LINSIM LEE SIN TAN LEY PING
Pengenalan • Proses kaunseling merupakan perjalanan dan
perkembangan dari awal sesi sehingga sesi itu berakhir.
• Setiap sesi akan berkembang dan berubah. • Kelancaran & jangka masa untuk berada pada
satu-satu sesi itu bergantung kepada kemahiran kaunselor dan kerjasama klien.
• Terdapat 5 tahap dalam proses kaunseling.
Tahap kaunseli
ng
1. Membin
a hubung
an
2. Membu
at penerok
aan3.
Membuat
keputusan
4. Melaksa
nakan keputus
an
5. Menam
atkan sesi
1. Tahap membina hubungan
• tahap membina asas yang kukuh untuk mewujudkan satu perkongsian bekerjasama.
• Perhubungan tersebut dapat menanam sifat kepercayaan klien terhadap kaunselor.
Terdapat 4 tugas utama dalam tahap iniMewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi.
Menentukan matlamat awal kaunseling.
Menstruktur hubungan
Membina kepercayaan.
Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi
• Pada mulanya klien tidak yakin pada diri sendiri dan pada kaunselor
• Maka, kaunselor perlu: mewujudkan suasana rasa selamat,
mesramendengar dengan intensif dan memberi respon sepenuhnyamewujudkan perasaan minat dan cuba menghormati perasaan klien
Menentukan matlamat awal kaunseling
• Pada peringkat awal klien akan mengemukakan pelbagai isu kepada kaunselor.
• Kaunselor dan klien perlu menentukan dan mencapai persetujuan tentang matlamat yang hendak dicapai
• Tujuan: mengurangkan kekeliruan klien
Menstruktur hubungan
• Klien perlu dijelaskan tentang perjalanan atau proses kaunseling (penstrukturan sesi)
• Perkara yang biasa dinyatakan di dalam penstrukturan: konsep kaunseling, proses kaunseling, jangka masa sesi dan aspek kerahsiaan
Membina kepercayaan
Kaunselor perlu: 1. berpegang kepada etika keprofesionalan
kaunseling2. Memberi penekanan terhadap aspek
kerahsiaan klien3. Menyatakan peranan kaunselor untuk bersama
klien membantu isu yang sedang dihadapi oleh klien
4. Mempunyai tata etika kaunselor yang tinggi
2. Tahap penerokaan
• Merupakan tahap memahami bagaimana klien mempersepsikan masalahnya.
• Tumpuan: Meneroka skop masalah (konteks dan persekitaran masalah, penglibatan orang yang signifikan)
Tumpuan: Analisis aras kefungsian klien dengan persekitaran (cara klien berhadapan dengan masalah pada masa lampau)Analisis corak klien berfikir dan bertindak Mengenalpasti kekuatan dalaman klien (membantu klien mendapat kesedaran bahawa dia mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalahnya)
3. Tahap membuat keputusan
• Merupakan tahap membentuk satu matlamat untuk klien.
• Kaunselor dan klien perlu mempunyai persetujuan bersama tentang perkara berikut:
matlamatStrategi dan pendekatan untuk mencapai matlamat
Faktor mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling
1. Faktor klien – jenis masalah, cara klien menghadapi, demografi, tret personaliti, budaya & latar belakang
2. Faktor kaunselor – pengalaman & pengetahuan, aras kognitif, aras kemahiran komunikasi, prinsip & pegangan teori
3. Faktor persekitaran – tempat, suasana, keadaan
4. Tahap pelaksanaan
• Merupakan tahap di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau menyelesaikan masalahnya.
• Menggunakan pendekatan yang sesuai, memberikan tumpuan kepada kesedaran klien sama ada dari aspek mental, fizikal, emosi dan rohani
Faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaunseling:
–Pengaruh orang yang terdekat. Contoh: suami, keluarga.
– Sumber bantuan lain. Contoh: kebajikan masyarakat, bantuan kepakaran.–Risalah & artikel yang berkaitan. Contoh:
maklumat AIDS.–Pengalaman & pengetahuan kaunselor
5. Tahap menamatkan sesi kaunseling
• tahap kaunselor membuat rumusan apa yang telah berlaku dalam sesi kaunseling dan kesannya.
• Tangani dahulu isu kebergantungan klien terhadap kaunselor (jika ada). Penilaian keseluruhan sesi dilakukan bersama.
• Membuat rumusan tentang perkembangan proses dari awal sehingga akhir sesi.
• Merancang tentang perkembangan klien selepas sesi kaunseling tamat.