tajuk 12b pendekatan pengalaman bahasa .pptx

30
PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA (LEA / EKSPERIANSIAL)

Upload: mokhtarppg

Post on 20-Nov-2015

262 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis Pendekatan Pengalaman Bahasa (EKSPERIANSIAL)

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA / EKSPERIANSIAL)

Latar BelakangPada abad ke-20 terdapat ahli-ahli psikologi seperti Piaget. Vygogky, Langer, Jung dan ahli-ahli bahasa seperti Chomsky, Briton, Korygotsky, McLuhan dan lain-lain telah menjelaskan hubungan antara bahasa, minda dan pemikiran dengan pertuturan atau penulisan secara lebih kompleks dan mendalam.Mereka berpendapat antara kata dengan pemikiran tidak wujud sebarang hubungan.

Persepsi seseorang dibentuk dan dipengaruhi oleh pengalaman lampau dan oleh bahasa yang dipelajari mereka.Faktor pemikiran, pengalaman dan bahasa saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.Unsur-unsur ini sentiasa berkembang dalam diri manusia.Setiap hari menusia memperoleh pengalaman baharu sama ada melalui deria lihat, rasa, dengar, pembacaan dan sebagianya.

Apabila seseorang berhadapan dengan masalah, mereka akan merujuk pengalaman-pengalaman tersebut dan melalui aktiviti kompleks yang disebut pemikiran mereka melahirkan idea untuk mengatasiya.Manusia mecipta bahasa berdasarkan idea yang membolehkan mereka menguasai diri dan membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.

Pemikiran merupakan satu proses yang logik dan simbolik.Oleh itu pemikiran akan terserlah apabila seseorang itu berbahasa.Hubungan antara pengalaman,bahasa dan pemikiran dapat ditunjukan dalam rajah berikut;Pengalaman

BahasaPemikiran

Apabila seseorang menghadapi masalah, dia akan menggunakan pemikiran dan proses berbahasa untuk menyatakan jalan penyelesaian.

RumusanPendekatan Pengalaman (Eksperiansial) merupakan satu cara untuk mengajar sesuatu berasaskan pengalaman sebenar dalam kehidupan.

Prinsip UtamaPelajar menghasilkan penulisan terbaik dengan adanya dorongan dalaman dan pengalamanMereka perlu menulis berdasarkan pengalaman.Guru perlu mencungkil dan menghormati pengalaman yang ada pada pelajar.Pengalaman pelajar hendaklah digerak untuk memulakan pengalaman baharu.Pengalaman tersebut diperluas dan dinilai kembali melaui penulisan pelajar.

Penulisan berasaskan pengalaman terdapat dalam pelbagai wacanaSama ada dalam bentuk kreatif dan ukan kreatifCth; puisi, cerita, cerpen, novel, dan eseiPenulisan berasaskan pengalaman asalnya memerlukan pelajar menulis untuk tujuan dibaca.Selain guru, rakan-rakan oleh jadi pembaca.Perasaan malu untuk memberi kebenaran kepada orang laian membaca tulisan mereka hendak dikikis dalam kalangan pelajar.

Struktur penulisan dipelajari sebagai satu struktur idea dan pengalamanIdea atau isi kandungan diutamakan dan menjadi asas melahirkan bentuk penulisan.Stephen Judy (Dlm Donovan 1980:41) menyatakan;Create a form that will work for your content and this audience at this time; dont look about for a ready made structure.Stephen Judy menyarakan agar guru-guru tidak menekankan betul salah seuatu struktur penulisan, sebaliknya memberi kebebasan kepada kepada pelajar membina struktur yang sesuai dengan isi kandungan karangan mereka.

Pelajar meneroka pelbagai bentuk wacana, mengurangkan jurang maklumat dan mengolahnya untuk dibaca oleh audiens yang pelbagai, manakala sturuktur dan kesilapan dalam penulisan dibetulkan secara beransur-ansur melaui pengalaman menulis.Guru agak liberal dalam menangani masalah kesilapan pelajar.Pembetulan dilihat berdasarkan konteks dan olahan pengalaman yang hendak disampaikan kepada pembaca.Segala kesilapan akan disedari sendiri oleh pelajar setelah mereka mencapai tahap kematangan menulis.

Cotoh Pengajaran Berasaskan Pengalaman oleh Stephen Judy Menerangkan prinsip utama pembelajaran penulisan berasaskan pengalaman.Beri galakan kepada pelajar.Hasilkan penulisan dalam pelbagai gaya dan pelbagai topik.Jangan takut melakukan kesilapan kerana akan dibantu untuk membetulkannya.Mereka akan dibimbing supaya menulis dengan baik dalam peperiksaan dan kertas projek.Sentiasa menjadi penulis yang baik sepanjang kursus.

Meminta pelajarnya menulis secara bebas tentang sesuatu tajuk yang mudah, diminati atau berupa pengalaman sedia ada pelajar.

Tajuk mudah yang tidak perlu perah otak dan rujukan ilmiahCth; rakan sebaya,tampat menarik,kenangan manis, kisah pelik tapi benar,sukan kegemaran, kehidupan sebagai pelajar,buku-buku yang pernah dibaca,muzik,filem dan sebagainya.Sedikit langkah memulakan penulisan diajarkan kepada pelajar.

Membaca hasil penulisan awal pelajar

Guru yang mula-mula membaca tulisan pelajar.Guru tulis komen dan beri tulisan itu semula kepada pelajar.Boleh juga guru membaca tulisan kepada pelajar lain tanpa meperkenalkan nama penulis.Semasa membaca segala komen turut disebut.Pada minggu berikutnya pelajar diminta membaca tulisan rakan mereka dan memberi komen, bermula secara berpasangan dan kemudian kumpulan kecil. Dilanjutkan ke keseluruhan kelas.

Menghantar hasil penulisan selepas draf pertama diperbaiki.Penulisan pelajar semakin baikPelajar semakin yakin jika tulisan mereka dibackan kepada rakan-rakan.

5. Meneroka dunia luar atau penulisan berasaskan realitiJames Miller Jr. menggunakan ngkapan menemu bual dunia sebagai meneroka dnia luar.Stephen Judy menggunakan ungkapn penulisan berasaskan realitiLangkah seterusnya adalah dengan melepasakn pelajar ke duna luar untuk utk memeljari dan menulis tentang persekitaran mereka.Pelagai telatah dan karenah manusia akan ditmui pelajar.

Dalam masa satu jam peljar akan meneroka ke setiapa tempat, sama ada di bandar, di jalanan, perpustakaan, restoran dan sebagaiynya.Di situ mereka belajar mengamati persekitaran dan belajar menterjemah persepsi mereka dalam bentuk kata-kata yang akan menjadi bahan penulisan.Mereka jadi jurnalis yang menyelongkar kehidupan manusia untuk dijadikan berita.

Selain memperoleh kepuasan, pengalaman mereka akan turut bertambah. Dengan pengalaman pelbagai bentuk penulisan dapat dihasilkan spt, puisi, cerita, lakonan, esei dan sebagainya.

6. Menggalakan pelajar mencuba pelbagai gaya penulisan yang baharu atau penulisan berbentuk kreatif.Penulisan pada peringkat awal ini dianggap sebagai penulisan eksperimental.Bentuk puisi, karangan imaginasi dan karangan fiksyen boleh diperkenalkan.Mereka berupaya meluahkan idea berdasarkan pengalaman menjadi kata-kata dalam pelbagai bentuk.

7. Menggalakkan pelajar memberi komen yang membina terhadap hasil tulisan rakan-rakan (penyuntingan oleh rakan sebaya)Pembentangan kepada rakan-rakan.Komen daripada rakan-rakan diperlukan dalam aspek isi kandungan sahaja bukan gramatikal.Sesi ini memberi keyakinan diri kepada pelajar.Melatih pelajar berlatih menjadi editor untuk rakan dan diri sendiri.

8. Memilih dan menyunting penulisan pelajar untuk penerbitan.Setiap pelajar memilih artikal terbaik mereka.Bersama-sama ahli kumpulan menyunting segala kelemahan termasuk isi, gaya, kesilapan bahasa, penggunaan kata, pengolehan dan sebagainya.Bersama-sama membuat penerbitan spt membuat reka bentuk, mencetak, menjilid dan sebagainya.Di sekolah buletin sekolah atau majalah sekolah oleh dijadikan media untuk melaksanakan proses ini.

9. Menerbitkan hasil penulisanPeringkat akhir mengikut Stephen Judy.Merupakan puncak pemelajaran.Guru dan pelajar duduk secara santai sambil membaca karya yang diterbitkan.Pelajar akan berasa puas menatap karya masing-masing.

Rumusan Stephen JudySetiap perkara yang hendak ditulis itu bukan sahaja perlu difahami dan dihayati secara mendalam malah dirasai pengalamannya.

IMPLIKASI DAN KAEDAHPelajar belajar dengan cara yang paling baik, iaitu mempelajari sesuatu dengan mengalami sendiri. Pengetahuan yang diperoleh itu akan mendorong pelajar menulis berdasarkan realiti yang difahami secara mendalam.Pengalaman sedia ada dalam diri pelajar boleh dikembangkan dengan pengalaman-pengalaman baharu yang boleh ditemui dengan cara menyelidik, mengkaji, memerhati dan membuat analisis terhadap persekitarannya. Pengalaman-pengalaan ini membantu pelajar menghayati dan memperluaskan skop penulisannya.

Penulisan yang baik melibatkan tiga faktor yang saling berkait, iaitu; pengalaman, pemikiran dan bahasa.Pendekatan ini bukan sehaja memperluas pengalaman, malah membentuk kematangan berfikir dan meningkatkan pengetahuan bahasa melalui pendedahan terhadap persekitaran dan pendedahan terhadap pelbagai wacana penulisan.

Proses pengajaran penulisan bermula dengan menyelami minat dan pengalaman sendiri, dan diperluasakan dengan pengalaman baharu. Kaedah inioleh mengerakkan pelajar untuk menulis dan menghindarkan rasa bimbang apabila diarah menulis sesuatu yang sukar atau asing bagi meeka.Pelajar diberi peluang memberi komen dan menyuting hasil-hasil penulisan rakan sekelas. Kaedah ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa penglibatan pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran sangatlah tinggi dan memberi implikasi bahawa pelajar menerima input pebelajaran secara lebih berkesan.

Penerokaan pengalaman di dunia luar menjadikan pelajar lebih yakin dengan hasil penulisan mereka.Kaedah ini akan melenyapkan rasa bimbang atau ragu-ragu dalam diri pelajar. Pelajar tidak lagi mengharapkan sumber sedia ada semata-mata atau meniru idea orang lain dalam penulisan mereka. Malah pelajar juga lebih bersedia untuk menghasilkan sesuatu penulisan yang mungkin mustahil dilakukan sebelumnya.

Langkah memilih esei atau penulisan yang baik dan menerbitkannya memberi kepuasan dalaman yang tidak terhingga kepada pelajar. Kaedah ini juga memenuhi naluri semula jadi manusia yang ingin dihargai dan ingin berkongsi persepsi dengan orang lain.

Proses pembelajaran melibatkan pelbagai kaedah pengajaran seperti kaedah kumpulan, berpasangan, main peranan, inkuiri dan lain-lain. Kaedah-kaedah ini dijelmakan melalui aktiviti-aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dan berkongsi maklumat, misalnya denganmembaca karangan rakan,memberi komen, erincanga, membuat suntingan dan memperbaiki kelemahan penulisan sesama mereka.

KesimpulanBersasarkan kelima-lima prinsip yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa dalam pengajaran penulisan berasaskan pengalaman, proses pengajaran dan pembelajaran, guru menitikberatkan pengalaman pelajar-pelajar sendiri kerana dengan cara demikian, penguasaan kemahiran penulisan akan lebih berkesan.

Rujukan:Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. L.C. Marketing : Kajang.