tajuk
DESCRIPTION
TAJUKTRANSCRIPT
TAJUK 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN
MASA 60 (2 WAKTU)
STANDARD
KANDUNGAN
5.1 Menanam benih dalam bekas
STANDARD
PEMBELAJARAN
5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu
merumput,menggembur, membaja, menyiram dan
mengawal perosak.
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1) Menjalankan penjagaan tanaman.
RINGKASAN Guru menunjukkan cara menjaga tanaman dalam pasu.
KEMAHIRAN 1) Menjalankan penjagaan tanaman dalam bekas.
ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM
1) Keusahawanan :
EK 5 - Boleh menyesuaikan idea baru dengan keperluan
masyarakat, meneruskan peningkatan kualiti idea.
2) Kreativiti :
Menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal
pasti langkah-langkah yang betul.
3) Nilai-nilai murni :
Tekun, sabar, dan bersungguh-sungguh
4) Pendidikan alam sekitar :
Kitar semula dan kebersihan
BAHAN BANTUAN
MENGAJAR
1) Alatan: sudip tangan, serampang tangan dan penyiram
2) Bahan: medium tanaman dan bekas tanaman
3) Gambar (rujuk lampiran 1)
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
SET INDUKSI- (5 minit)
1) Guru menayangkan sebuah video yang berkaitan
dengan tajuk P&P pada hari ini.
2) Kemudian guru menyoal murid.
Apakah yang anda faham daripada video tersebut?
Guru merumuskan jawapan yang diberikan oleh murid
tentang perlunya penjagaan tanaman.
LANGKAH 1 - (15 minit)
1) Guru menunjukkan persembahan powerpoint mengenai
langkah penjagaan tanaman.
LANGKAH 2 - (15 minit)
1) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
2) Setiap kumpulan, diberi satu sampul surat yang
dikandungi puzzle. Murid perlu bekerjasama dalam
menyambung puzzle tersebut lalu perlu menulis langkah
apa yang ditunjukkan oleh gambar yang disambung tadi.
LANGKAH 3 - (15 minit)
1) Guru membuat demonstrasi cara menjaga tanaman
terlebih dahulu.
2) Setelah itu, guru memberikan 5 buah pasu bagi setiap
kumpulan lalu mereka perlu membuat setiap langkah yang
ditunjukkan oleh guru tersebut.
PENUTUP - (10 minit)
Guru merumuskan tentang betapa pentingnya menjaga
tanaman.
PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Guru menyoal murid secara kumpulan seperti kuiz.
PENGETAHUAN SEDIA
ADA
1) Murid telah belajar mengenai medium semaian dan cara
menyemai biji benih dalam standard pembelajaran 5.1.5
dan 5.1.7.
2) Murid juga telah diberi penerangan tentang nama-nama
alatan tangan dan fungsinya dalam standard pembelajaran
5.1.2.
REFLEKSI
Maklumat Tambahan Guru:
1. Aktiviti penjagaan tanaman.
Maklumat Rujukan ( Lampiran 1 )