tajuk projek: pembangunan modul farmasi...
TRANSCRIPT
TAJUK PROJEK:
PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK
INDUSTRI FARMASEUTIKAL
KOD PROJEK:
I-EDU/12 (USIM-11)
IPTA:
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
KETUA PROJEK:
DR. KHAIRUN NAIN BIN NOR ARIPIN
AKADEMIA:
PROFESOR DATIN CHE ILINA BINTI CHE ISAHAK
DR. NOOR FADZILAH BINTI ZULKIFLI
DR. NATASYA ABDULLAH
DR. ZAIRINA A. RAHMAN
DR. MOHD DZULKHAIRI BIN MOHD RANI
DR. ASRAL WIRDA BINTI AHMAD ASNAWI
DR. NAZEFAH ABDUL HAMID
DR. NURZARINA BINTI ABDUL RAHMAN
DR. NUR SYAHRINA RAHIM
DR. WAN NORAINI WAN SULAIMAN
ZETTY NADIA BINTI MOHD ZAIN
PROFESOR MADY DR. ALINA ABDUL RAHIM
DR. MARLINI MUHAMMAD
DR. NURMALIZA MALIK
RAKAN INDUSTRI:
HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI
TEMPOH PROJEK:
15 SEPTEMBER 2011 – 15 SEPTEMBER 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan modul pensijilan halal dan program latihan farmaseutikal kepada HDC (Halal Industry Development Corporation). Modul yang dibangunkan memfokus ke arah pemahaman dan teori pematuhan dalam penghasilan produk farmaseutikal halal. Modul ini juga adalah hasil janaan ilmu daripada pakar-pakar dari IHRAM & INFAD serta tenaga pengajar Universiti Sains Islam Malaysia. Melalui program ini, para pengusaha industri, khususnya HDC selaku rakan industri telah dapat mengaplikasikan modul komprehensif tersebut ke dalam penghasilan produk farmaseutikal halal dengan baik dan berkesan. Selain itu, projek ini telah memberi penekanan kepada para pengusaha supaya mematuhi keperluan pensijilan halal industri farmaseutikal. Dari segi jangkaan impak pula, modul komprehensif ini seterusnya dapat memenuhi permintaan industri farmaseutikal produk halal serta dapat memenuhi kewajipan bagi orang Muslim khususnya.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk membangunkan modul pensijilan halal dan program latihan farmaseutikal bagi dipindahkan ke HDC.
2) Untuk melatih dan menjalankan program latihan pensijilan halal bagi industri farmaseutikal.
AKTIVITI
1) Melatih tenaga pengajar Bengkel dijalankan untuk mengenal pasti dan membincangkan topik yang berkaitan dengan modul. Sebaik sahaja topik dikenal pasti dengan jelas, peringkat seterusnya adalah untuk membangunkan rangkaian berbilang organisasi dan hubungan khususnya dengan HDC, Standard Malaysia, Kementerian Kesihatan, Biro Farmaseutikal, JAKIM, dan lain-lain untuk membolehkan pelatih yang berpotensi membangunkan pengetahuan asas mereka.
2) Pembangunan modul
Satu siri bengkel diadakan untuk mewujudkan dan membangunkan modul. Modul dibangunkan melalui jaringan keselamatan atau ujian percubaan bersama-sama dengan HDC untuk membolehkan proses penambahbaikan. Seterusnya, modul tersebut diserahkan kepada HDC dan akan dilaksanakan sebagai latihan farmaseutikal dan program persijilan halal sebagai sasaran industri farmaseutikal.
OUTPUT
Industri: 1) Penambahbaikan usaha sama dengan badan kerajaan dan NGO bagi
mencapai objektif. 2) Bantuan kepada industri farmaseutikal untuk membina garis panduan
Manual Sistem Jaminan Halal.
IPTA: 1) Penyertaan 22 orang pensyarah USIM dan 2 graduan pelatih dalam
program latihan jurulatih (TOT) yang dianjurkan oleh HDC. 2) Modul yang dibangunkan memenuhi kehendak industri. 3) Kepakaran tenaga pengajar USIM meningkatkan nilai tambah dalam
pengisian modul. 4) Penambahbaikan perisian modul untuk membangunkan Manual Sistem
Jaminan Halal seperti yang diinginkan oleh industri farmaseutikal. 5) Perluasan jaringan hubungan dengan pelbagai pihak yang terlibat
dalam industri halal terutamanya bidang farmaseutikal. 6) Peningkatan kemahiran insaniah pensyarah sebagai tenaga pengajar
dan perolehan maklumat berkaitan industri halal. Pembangunan Modal Insan:
1) Graduan pelatih mengalami latihan industri di syarikat farmaseutikal. 2) Graduan pelatih membantu menguruskan perjalanan modul bagi
mencapai objektif yang ditetapkan.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Sains Islam Malaysia 2) Halal Industry Development Corporation
KEBERHASILAN
Industri: 1) Peningkatan pengetahuan industri mengenai pentingnya Manual
Sistem Jaminan Halal seperti yang kehendaki badan pensijilan JAKIM. 2) Meluaskan jaringan hubungan dengan pelbagai pihak yang terlibat
dalam industri halal terutamanya dalam bidang farmaseutikal hasil daripada program TOT.
IPTA:
1) Pengiktirafan USIM dan IHRAM sebagai Pusat Kecemerlangan bidang farmaseutikal halal.
2) Pensyarah USIM memperoleh kelayakan menjadi tenaga pengajar yang diiktiraf oleh industri dan bersama-sama bertindak sebagai pembina modul bagi kemudahan industri farmaseutikal.
3) Universiti terkenal dengan melalui penyelidikan, persidangan dan kerjasama dengan industri.
4) Pensyarah USIM diiktiraf sebagai jurulatih bertauliah oleh pihak HDC setara dengan jurulatih HDC yang lain dan melayakkan mereka untuk mendapatkan bayaran sebagai tenaga pengajar.
Pembangunan Modal Insan:
1) Graduan pelatih yang menyertai program tersebut dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan layak menjadi jurulatih.
2) Graduan pelatih dapat meningkatkan kemahiran dan mendapat pendedahan serta kefahaman yang tinggi dalam bidang pembuatan farmaseutikal.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK
A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Halal Industry Development Corporation Tarikh Lawatan : 20 Januari 2014 Panel Penilai : 1) Dr. Oskar Hasdinor Hassan (UTM) 2) Dr. Ng Kim Soon (UTHM)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 27% 12%
B AKADEMIA (10%) 6% 6%
C GRADUAN PELATIH (10%) 6% 6%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 2%
E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 18% 18%
MARKAH KESELURUHAN (%) 64% 44%
MARKAH SELEPAS KUMULATIF 54%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI
A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
3/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
3/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek
3/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek
3/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
3/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri
3/5
C) Penilaian Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
3/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
3/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin dan kerja berpasukan
3/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 3/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek -
Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan
Hasil penilaian ke atas laporan kemajuan berkala, laporan akhir dan pemantauan panel penilai, projek ini didapati berada dalam kategori ungu. Projek ini didapati lebih berkonsepkan perundingan dengan pembinaan modul menjurus kepada pembelajaran modul, kerana pemindahan ilmu tidak berlaku kepada industri bahkan industri yang memberikan input kepada pembinaan modul.
LAMPIRAN
Lawatan panel penilai ke Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd.
Latihan farmaseutikal dan program pensijilan halal di HDC