tajuk projek - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf ·...

29
TAJUK PROJEK: LAPORAN BAGI TAHUN 2017 AGENSI PELAKSANA:

Upload: nguyenphuc

Post on 13-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

TAJUK PROJEK:

LAPORAN BAGI TAHUN 2017

AGENSI PELAKSANA:

Page 2: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

2

KANDUNGAN

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF ................................................................................................ 3

2.0 PENGENALAN .............................................................................................................. 4

3.0 OBJEKTIF INISIATIF ......................................................................................................... 4

4.0 PROSESS PELAKSANAAN INOVASI ............................................................................. 4

4.1 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in house ................................. 4

4.2 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara out source ............................. 5

5.0 PROSES SEBELUM DAN SELEPAS INISIATIF eUSAHAWAN ......................................... 7

6.0 PENURUNAN KUASA .................................................................................................... 8

7.0 IMPAK INOVASI .......................................................................................................... 10

7.1 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI ......................................................................... 10

7.2 ELEMEN KEBERKESANAN ................................................................................... 14

7.3 ELEMEN SIGNIFIKAN ........................................................................................... 19

7.4 ELEMEN RELEVAN ............................................................................................... 21

8.0 PENGIKTIRAFAN DITERIMA .................................................................................... 23

8.1 SOROTAN eUSAHAWAN ................................................................................... 24

9.0 GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN ............................................................... 28

Page 3: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

3

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah agensi utama yang memacu

ekonomi digital di Malaysia. Peranan MDEC adalah untuk membina ekonomi digital

yang teguh dan memastikan Malaysia memainkan peranan penting dalam revolusi

digital global. Teknologi digital mempunyai potensi yang besar untuk mengubah masa

depan negara dan dunia.

MDEC telah diberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan agenda

Transformasi Digital atau Digital Malaysia. Di bawah mandat ini 4 teras utama menjadi

fokus utama MDEC dalam melaksanakan agenda pembangunan ekonomi digital

negara iaitu memacu pelaburan, memperkasa pencapaian syarikat dan teknologi

tempatan, memangkin ekosistem digital inovatif dan merakyatkan ekonomi digital.

Dalam teras merakyatkan ekonomi digital, MDEC menumpukan usaha mewujudkan

inisiatif yang memberi peluang kepada rakyat untuk meraih peluang dari digital

ekonomi untuk meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan melalui penggunaan

teknologi digital. Salah satu inisiatif utama yang diperkenalkan MDEC dalam agenda

ini adalah eUsahawan.

Inisiatif eUsahawan merupakan satu inisiatif berimpak tinggi dan selaras dengan

Kerangka Pelan Transformasi KKMM, yang bersesuaian dengan Teras Strategik 3 iaitu

Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatann: Meningkatkan Kecekapan dan

Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Page 4: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

4

2.0 PENGENALAN

eUsahawan merupakan suatu inisiatif untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan

digital. Sasaran bagi inisiatif ini adalah pelajar TVET dan usahawan kecil sedia ada. Ia

dilaksanakan melalui pembelajaran dan latihan kurikulum keusahawanan digital yang

diterapkan di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Skop

kurikulum merangkumi trend teknologi digital terkini termasuk social media marketing,

mobile commerce, analisis data untuk memperbaiki keberkesanan pemasaran secara

digital, bayaran di atas talian, pengiklanan digital dan juga keselamatan siber.

3.0 OBJEKTIF INISIATIF

Objektif program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta

iaitu golongan belia (pelajar TVET) dan usahawan mikro seluruh negara tentang

keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa

platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda

ekonomi digital negara.

4.0 PROSESS PELAKSANAAN INOVASI

4.1 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in house

Sesi libat urus dan mesyuarat dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam

memastikan inisiatif eUsahawan dapat berjalan dengan lancar.

Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik

pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan dalam dunia semasa

melalui program eUsahawan Muda dan Desa.

Kempen turun padang melalui #YOUCANDUIT, iaitu kempen digital untuk

meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui

inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.

Page 5: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

5

4.2 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara out source

eUsahawan Muda

eUsahawan Muda merupakan sebuah program kerjasama antara MDEC dan

Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memperkasa

keusahawan digital di peringkat akar umbi.

Kerjasama ini melibatkan penerapan ilmu keusahawan digital ke dalam kurikulum

pendidikan para pelajar selama satu semester pengajian (lebih kurang 6 bulan)

untuk mempelajari teras ilmu perniagaan dalam talian.

Proses pemantauan berterusan dijalankan oleh MDEC bagi mencari individu yang

layak untuk menyertai program Level-Up seterusnya mengembangkan potensi

keusahawanan.

eUsahawan Desa

eUsahawan Desa pula merupakan satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat

untuk menjana pendapatan tambahan melalui perusahaan digital. Program ini

bertujuan untuk mengajar dan memberi pendedahan keusahawanan digital

kepada para usahawan industri kecil dan sederhana. Kursus jangka pendek selama

1 hari dijalankan di institusi TVET dan pusat latihan terpilih di seluruh negara. Melalui

platform media sosial popular seperti Facebook dan Instagram, peserta akan

mempelajari teknik keusahawan digital sebagai saluran pemasaran efektif.

Program latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

No. Program Komponen Kumpulan sasaran

1. eUsahawan Muda for TVET students

Training of Trainers (ToT) & Masterclass

Continuous Professional Development: Training of Trainers (Level 2 & 3)

Professional Diploma in Digital Marketing

TVET lecturers

2. eUsahawan Desa for microentrepreneurs

2-day digital entrepreneurship course for micro-entrepreneurs via selected TVET institutions and training centres nationwide.

Micro-entrepreneurs

Page 6: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

6

No. Program Komponen Kumpulan sasaran

3. eUsahawan Accelerator

2-day intermediate digital entrepreneurship training for top performing TVET students and micro-entrepreneurs who have completed the eUsahawan course.

Training is designed to help boost current sales.

Organized at selected TVET institutions and training centres nationwide.

Top-performing •TVET students •Micro-entrepreneurs

4. eJutawan Muda 6- to 9-month intensive training and personalized mentoring program for selected top-performing eUsahawan Muda participants.

Program content includes: - Business Fundamentals - Advanced Digital Marketing - Personalized Mentoring & Coaching by Industry Experts

Targeted outcome is an increased additional revenue of RM20 k / month

Selected top-performing •TVET students •Micro-entrepreneurs

5. eJutawan Desa

Page 7: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

7

5.0 PROSES SEBELUM DAN SELEPAS INISIATIF eUSAHAWAN

No. Sebelum Selepas

1. Modul pembelajaran keusahawanan

yang ada sebelum ini lebih bersifat

konvensional, di mana pelajar kurang

diberi pendedahan dalam

memasarkan produk atau

perkhidmatan mereka melalui atas

talian (online)

Peserta-peserta dapat memantapkan

ilmu perniagaan mereka dengan

modul eUsahawan yang

diperkenalkan dan membina platform

perniagaan atas talian seperti

Facebook dan Instagram serta cara-

cara mengendalikannya dengan

berkesan melalui kursus yang dihadiri

2. Kurangnya pendedahan dan

kompetensi pelajar dalam

melakukan kaedah pemasaran

secara digital juga dilihat sebagai

cabaran dalam meningkatkan

pendapatan dan meluaskan

pasaran

Melahirkan lebih ramai usahawan

digital yang mampu menjana

pendapatan tambahan atas talian

dan berdaya saing di peringkat

kebangsaan dan global

3. Kurangnya pelaporan dari segi

outcome terutamanya nilai jualan

yang dijana

Terdapat mekanisma untuk

mendapatkan maklumat outcome

untuk dilaporkan beserta dengan

analisis data

4. Latihan keusahawanan digital tidak

dijalankan di institusi Pendidikan dan

Latihan Teknikal dan Vokasional

(TVET)

Latihan keusahawanan digital

dijalankan di institusi Pendidikan dan

Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Page 8: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

8

6.0 PENURUNAN KUASA

No Nama Mesyuarat / Jawatankuasa Perkara

1. Implementation Council Meeting

(ICM) 2015 yang diadakan pada 15

Oktober 2015.

Dipengerusikan oleh YAB Perdana

Menteri.

MDEC telah membentangkan

cadangan untuk melaksanakan inisiatif

eUsahawan.

Mandat diberikan kepada MDEC untuk

melaksanakan inisiatif eUsahawan untuk

tahun 2016.

2. Implementation Council Meeting

(ICM) 2016 yang diadakan pada 13

Oktober 2016.

Dipengerusikan oleh YAB Perdana

Menteri.

Mandat diberikan kepada MDEC untuk

meneruskan peluasan inisiatif

eUsahawan untuk tahun 2017.

3. Implementation Council Meeting

(ICM) 2017 yang diadakan pada 19

Oktober 2017.

Dipengerusikan oleh YAB Perdana

Menteri.

Pelaporan pencapaian inisiatif termasuk

impak kepada komuniti telah

dibentangkan oleh CEO MDEC.

Mesyuarat juga telah bersetuju untuk

memberikan mandat kepada MDEC

untuk meneruskan dan meluaskan

projek eUsahawan pada tahun 2018.

4. Ucapan Bajet 2016 oleh YAB Perdana

Menteri dan merangkap Menteri

Kewangan ketika membentang rang

undang-undang perbekalan (2016)

di Dewan Rakyat pada Jumaat, 23

Oktober 2015.

No. 143. Untuk golongan B40 lagi,

program eRezeki dan eUsahawan akan

diperluaskan ke seluruh negara, untuk

menambah peluang pekerjaan dan

meningkatkan pendapatan mereka.

Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari

kalangan B40 mendapat manfaat

dengan peruntukan sebanyak 100 juta

ringgit, yang disediakan oleh

Kementerian Komunikasi dan

Multimedia Malaysia

5. Ucapan Bajet 2017 oleh YAB Perdana

Menteri dan merangkap Menteri

Kewangan ketika membentang rang

undang-undang perbekalan (2017)

No. 114. Menggiatkan program

eUsahawan dan eRezeki di bawah

MDEC, merangkumi 300 ribu peserta

dengan peruntukan RM100 juta.

Page 9: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

9

No Nama Mesyuarat / Jawatankuasa Perkara

di Dewan Rakyat pada Jumaat, 21

Oktober 2016.

6. Kelulusan Unit Perancang Ekonomi

untuk MDEC menjalankan projek

eUsahawan dalam RMK11.

Taklimat Penyaluran Peruntukan Bagi Projek/Program Yang Diluluskan di bawah Dana Khas 2017 pada 22 Februari 2017.

Penyaluran Peruntukan Bagi Projek/Program Yang Diluluskan di bawah Dana Khas 2017 untuk program eUsahawan dan eRezeki.

7. Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan

Pembangunan Rolling Plan Ke-2 (RP2)

2017 Kementerian Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (KKMM) pada

29 November 2016.

Program eUsahawan dan eRezeki telah mendapat kelulusan untuk peruntukan pembangunan RP2 2017 di bawah KKMM.

Page 10: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

10

7.0 IMPAK INOVASI

7.1 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI

MDEC juga telah mencipta elemen baru di dalam program eUsahawan seperti berikut:

Projek eUsahawan edisi Penjara

Projek eUsahawan edisi Penjara merupakan satu trek khas dalam penyediaan kursus

dan latihan eUsahawan kepada warga Penjara yang terdiri dari pelatih/staff,

banduan, parolee serta pesalah juvana di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti.

Idea ini tercetus hasil perbincangan antara warga kerja eUsahawan dan Jabatan

Penjara Malaysia dan seterusnya dilanjutkan ke pihak atasan (bottom-up). Projek ini

merupakan satu pendekatan baru yang belum pernah diadakan di insitusi penjara di

Malaysia yang mana suatu ketika dahulu, perkataan penjara adalah satu tempat

dianggap menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya, terutama dalam

menghukum dan menyeksa mereka yang melakukan jenayah. Namun stigma

berkenaan sudah tidak relevan lagi pada hari ini setelah Jabatan Penjara Malaysia

sudah merentasi era transformasi yang bakal membawa perubahan dalam sistem

pemulihan insan khasnya melalui program eUsahawan.

Inovasi dijalankan dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Penjara Malaysia

setelah pihak atasan kedua-dua pihak bersetuju menjalinkan kerjasama dua hala

melalui kolaborasi dalam:

(a) Mengadakan aktiviti kesedaran kelolaan bersama MDEC dan Jabatan Penjara

Malaysia tentang Ekonomi Digital dan Pemasaran atas talian kepada banduan

penjara dan pesalah juvana Henry Gurney

(b) Integrasi/ pemurnian kursus eUsahawan ke dalam silibus Sekolah Henry Gurney

dan Sekolah Integriti serta modul latihan Banduan di bawah Jabatan Penjara

Malaysia

(c) Pelaksanaan kursus Training of Trainers (TOT) eUsahawan kepada warga

pengajar Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti

(d) Pelaksanaan kursus eUsahawan kepada pegawai/staff Penjara, banduan dan

parolee yang meliputi pemantauan prestasi peserta.

Page 11: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

11

Indikator yang ditetapkan bagi inovasi ini adalah:

(a) Dua (2) program kesedaran eUsahawan Bootcamp Edisi Penjara

(b) Pemurnian kursus eUsahawan ke dalam silibus Sekolah Henry Gurney dan

Sekolah Integriti, serta modul bagi banduan di Penjara

(c) Dua (2) sesi Training of Trainers (TOT) eUsahawan

(d) Empat Puluh (40) tenaga pengajar Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti

menjalani kursus TOT eUsahawan

(e) 300 peserta di kalangan pegawai Penjara, banduan dan parolee menyertai

kursus eUsahawan

(f) 30% peserta yang telah menjalani kursus eUsahawan menjana pendapatan

tambahan melalui pemasaran atas talian

Pelaksanaan program kesedaran eUsahawan Bootcamp Edisi Penjara mengambil kira

input oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam menentukan:

(a) Kriteria kumpulan sasar

(b) Pemilihan lokasi

(c) Peraturan-peraturan khas lokasi Penjara

Mekanisme maklumbalas bagi program ini terdiri daripada berikut:

(a) Borang maklumbalas peserta Training of Trainers (TOT)

(b) Akses ke portal eUsahawan bagi peserta melaporkan jualan tambahan atas

talian

Terdapat 4 penambah baikan dari segi pelaksanaan program Training of Trainers (TOT)

sesi kedua dengan mengambil tindakan berdasarkan 4 maklumbalas utama dari TOT

sesi pertama (100% penambah baikan):

(a) Memberikan pendedahan yang lebih terperinci tentang konsep pemasaran

digital

(b) Menambah jumlah jam latihan kursus

(c) Edaran tentatif dan penerangan tentang kursus yang lebih awal supaya peserta

lebih bersedia

(d) Menambah modul aktiviti berkumpulan

Page 12: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

12

Proses pelaksanaan dan pemantauan masih dijalankan. Berikut adalah pencapaian

berdasarkan indikator yang ditetapkan:

(a) Dua (2) program kesedaran eUsahawan Bootcamp Edisi Penjara (100%)

(b) Pemurnian Kursus eUsahawan ke dalam silibus Sekolah Henry Gurney dan

Sekolah Integriti, serta modul bagi Banduan di Penjara (100%)

(c) Dua (2) sesi Training of Trainers (TOT) eUsahawan

(d) Empat Puluh (40) tenaga pengajar Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti

menjalani kursus TOT eUsahawan (100%)

(e) 300 peserta dikalangan pegawai Penjara, Banduan dan parolee menyertai

kursus eUsahawan (20% - masih di dalam proses pelaksanaan latihan)

(f) 30% peserta yang telah menjalani kursus eUsahawan menjana pendapatan

tambahan melalui pemasaran atas talian (3% - Masih di dalam proses

pemantauan)

Melalui langkah yang inovatif ini, Jabatan Penjara Malaysia dengan pendekatan

'Mesej Dari Penjara' berhasrat menyampaikan mesej kepada masyarakat bagi

mencegah kegiatan jenayah dan kemasukan semula ke penjara.

Oleh itu, program eUsahawan merupakan antara strategi dalam membangunkan

semula insan, yang kini berkembang bukan sahaja di dalam penjara tetapi turut juga

dilaksanakan di luar tirai besi iaitu bersama masyarakat. Walaupun program-program

pemulihan di luar tembok penjara diperkembangkan, pemulihan di dalam tembok

penjara terus diberi keutamaan dengan penekanan melalui silibus Keusahawan Digital

dalam pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan kepada penghuni seperti bidang

perkayuan, pertanian, makanan, kraftangan, kecantikan, fabric dan sebagainya. Ini

adalah salah satu usaha meningkatkan kemahiran di kalangan penghuni ini adalah

bagi meningkatkan entrepreneurial mindset untuk membantu penghuni memperoleh

memulakan perniagaan sendiri bagi menampung kehidupan setelah dibebaskan.

Page 13: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

13

Berikut antara pendedahan di dalam program eUsahawan:

(a) Menyediakan platform pendedahan dan latihan tentang Ekonomi Digital dan

keusahawanan digital kepada peserta

(b) Menjana pendapatan tambahan secara atas talian melalui pemasaran digital

kepada peserta melalui jualan produk - produk dari hasil bengkel Penjara yang

dihasilkan oleh banduan-banduan

(c) Pemurnian silibus eUsahawan ke dalam silibus sedia ada memberikan alternatif

pembelajaran secara hands-on bagi topik keusahawanan digital dan memberi

peluang kepada peserta mempraktikkan pembelajaran secara masa nyata

(real-time)

(d) Menyediakan ilmu dan kemahiran asas keusahawanan kepada peserta untuk

diamalkan setelah kembali berintegrasi bersama masyarakat

Page 14: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

14

7.2 ELEMEN KEBERKESANAN

Pihak MDEC berjaya mengumpulkan maklumat untuk melihat tahap keberkesanan

dan sambutan terhadap inisiatif eUsahawan.

Sehingga kini, bilangan graduan TVET dan usahawan mikro yang dilatih adalah

seramai 156,580 orang semenjak tahun 2015 dengan nilai jualan terkumpul (kumulatif)

sebanyak RM 226 juta. Pencapaian tahun 2017 adalah seperti jadual di bawah.

Disasarkan nilai jualan bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM144 juta dan seramai

120,000 peserta akan dilatih.

Tahun Bilangan Peserta

Dilatih

Penjanaan Pendapatan/

Jumlah Jualan (RM juta)

% Penambahan Jumlah

Jualan Dari Tahun

Sebelumnya

2015 3,108 3.66 -

2016 51,203 48.0 1,212%

2017 102,269 175.0 265%

Jumlah 156,580 226.66

Jenis-jenis perniagaan berdasarkan sektor industri adalah seperti jadual dibawah. Tiga

(3) industri terbanyak adalah 1) Fesyen & Gaya hidup; 2) Makanan & Minuman; 3)

Kesihatan & Kecantikan.

No Industri %

1. Fashion & Life Style 26.12% 2. Food & Beverage 24.56% 3.

Health & Beauty 20.44%

4. Services 10.36%

5. Apparel & Accessories 8.43% 6. IT and Telecommunication 3.10% 7. Arts & Craft 1.77% 8. Home & Garden 1.29% 9. Vehicles & Parts 0.87% 10. Education 0.53% 11. Baby & Toddler 0.52%

Page 15: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

15

12. Retails 0.46% 13. Hardware 0.44% 14. Business & Industrial 0.37% 15. Event Related 0.26% 16. Tourism 0.25% 17. Animals & Pet Supplies 0.22% 18. Skincare 0.001% 19. Religious & Ceremonial 0.001%

Kisah Kejayaan - eUsahawan

Antara Kisah Kejayaan dari program eUsahawan:

Puan Sakinatul dari Kota Kinabalu. Beliau merupakan seorang OKU yang hilang

keupayaan menggunakan tangan kirinya akibat kemalangan yang dialami.

Sebelum menyertai program, beliau turut kehilangan pekerjaan dan menjalankan

perniagaan percetakan tshirt di kawasan Kota Kinabalu dengan jualan sebanyak

RM800 sebulan. Kini setelah mengikuti program eUsahawan, beliau telah

menggunakan teknik dan medium atas talian untuk memasarkan produk beliau

dan jualan dari atas talian mencecah lebih RM30 ribu sebulan.

Puan Syazlin Binti Mansor berumur 26 tahun dan berasal dari Melaka, memulakan

perniagaan kecantikan pada tahun 2013 secara sepenuh masa dengan jualan

Page 16: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

16

bulanan sebanyak RM6,000. Sebelum menyertai program eUsahawan, beliau telah

mengaplikasikan pemasaran digital melalui Facebook. Namun begitu, selepas

menyertai program eUsahawan baru beliau fahami, melalui perancangan serta

kaedah pemasaran digital yang betul mampu membantunya mencapai sasaran

pembeli dengan lebih tepat. Beliau menyertai kelas eUsahawan pada Mei 2016,

dan kini beliau berjaya meningkatkan jualan sebanyak RM20,000 sebulan. Lebih

menarik lagi, beliau juga berjaya meluaskan pasaran produknya ke Brunei dan

Singapura.

En Shathishkumar A/L Johnson merupakan pelajar kursus pengajian Diploma

Pemasaran di Politeknik Kota Bahru, Kelantan. Beliau membantu perniagaan

dekorasi majlis milik sepupunya secara sambilan. Pada Jun 2016, beliau telah

mengikuti kelas eUsahawan dan memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dengan

mempraktikkan dalam pemasaran digital perniagaan sepupunya. Kesan daripada

pemasaran digital itu telah membantu meningkatkan jualan bulanannya. Pada

awalnya, jualan bulanan beliau sebanyak RM 10,000 sebulan. Kini, beliau berjaya

memperoleh jualan bulanan sebanyak RM14,000 sebulan.

En Aiman Bin Moo Pei Siang berumur 21 tahun berasal dari Negeri Sembilan. Beliau

merupakan pelajar Diploma Pengajian Perniagaan. Kejayaan beliau menjana

jualan sebanyak RM5,000 sebulan selepas menyertai Program eUsahawan pada

Jun 2016, di mana produknya Periuk Noxxa disambut baik oleh masyarakat

berdasarkan testimoni yang diterimanya.

OKU Yang Dilatih Di Bawah Program eUsahawan

Sebanyak 326 OKU telah dilatih di bawah program ini. Daripada jumlah ini sebanyak

43 orang telah melaporkan jualan tambahan keseluruhan bernilai lebih RM260 ribu.

Kisah Kejayaan eUsahawan Warga OKU

Muhamammad Zulkarnain Bin Adinin, berumur 26 dari Sabah. Beliau yang

berkerusi roda mengalami Guillain-Barre syndrome iaitu penyakit kelemahan otot.

Beliau memulakan perniagaan membaiki computer pada 2013 dan pada 2016,

beliau mengikuti kursus eUsahawan untuk meluaskan pasaran di kawasan

Page 17: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

17

setempat. Selepas mengaplikasi konsep pemasaran melalui media social,

pendapatan beliau meningkat dari RM300 ke hamper RM3,000 sebulan

Puan Sakinahtul Nabilah, 32 tahun dari Sabah. Beliau mengalami kemalangan

pada 2014 menyebabkan tangan kanan beliau lumpuh. Untuk menyara hidup,

selepas kemalangan, beliau telah memulakan perniagaan mencetak t-shirt.

Sejak mengikuti program eUsahawan Julai 2016, permintaan terhadap produk

beliau meningkat. Kini beliau telah menggaji pekerja dan mempunyai agen bagi

memasarkan produk di Semenanjung. Jualan purata yang beliau catatkan

sebulan kini sebanyak RM9,000.

Kisah-kisah kejayaan peserta eUsahawan juga telah diceritakan melalui video-video

yang dapat dilihat melalui laman web eUsahawan di

http://eusahawan.mdec.my/kisah-kejayaan/

Paparan skrin adalah seperti dua rajah dibawah.

Page 18: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

18

Page 19: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

19

7.3 ELEMEN SIGNIFIKAN

Program eUsahawan telah memberi manfaat kepada peserta-peserta melalui:

No. Manfaat Butiran

1. Penjimatan dari segi kos dan

value for money

Strategi pemasaran dan pengiklanan

yang dilakukan secara online dan

dalam media digital dapat memberi

penjimatan kos kepada usahawan

TVET dan mikro

Kempen pemasaran dan

pengiklanan dapat mencapai skop

yang lebih luas melalui platform

media digital sama ada secara

percuma atau berbayar

2. Perkhidmatan yang lebih mesra

pelanggan

Semua interaksi dapat dilakukan

secara atas talian dengan lebih

cepat dan mudah

3. Penjimatan masa Dengan adanya aplikasi facebook

analytics usahawan boleh

menjangkau pelanggan dan

kawasan yang disasarkan dengan

cepat

4. Penjimatan dari segi sumber

manusia

Aktiviti yang dilakukan secara digital

dapat mengurangkan tenaga

pekerja

Page 20: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

20

Di atas juga menunjukkan antara impak penjanaan pendapatan eUsahawan di mana

ia telah dapat:

Membantu usahawan desa menambah pendapatan secara digital: 51%

Belia merupakan golongan yang paling banyak mendapat manfaat melalui

program eUsahwan: 75%

Wanita juga mendapat manfaat yang banyak melalui program eUsahawan:59%

Peserta eUsahawan (Muda & Desa) mengikut jantina (Jan 2016 – Oktober 2017)

Di bawah adalah pecahan peserta eUsahawan mengikut negeri, di mana program ini

dilihat dapat menjangkau seluruh negeri:

Peserta eUsahawan (Muda & Desa) mengikut negeri (Jan 2016 – Oktober 2017)

Page 21: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

21

7.4 ELEMEN RELEVAN

1. Program eUsahawan adalah antara inisiatif yang dapat memberi sumbangan

kepada agenda nasional:

i. Selari dengan hala tuju Rancangan Malaysia Kesebelas:

(a) Bab 3: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama

Strategi A1: Meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi rumah B40

- dengan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi

- dengan meningkatkan sokongan keusahawanan secara bersepadu

Pendekatan:

Daripada Kepada

Meningkatkan isi rumah B40

melangkaui paras garis kemiskinan

dengan menambah baik tahap

pendapatan dan bantuan kos sara

hidup

Meningkatkan isi rumah B40 kepada

masyarakat kelas menengah dengan

menambah baik tahap pendapatan

dan penciptaan kekayaan serta

meningkatkan tahap pendidikan dan

kemahiran

(b) Kertas Strategi 15: Memacu Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam

Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

Menyediakan Sokongan Perniagaan melalui Platform Digital untuk

Perusahaan Mikro:

- Penyataan No. 15.96 MDEC akan memperkenalkan lebih banyak

program kepada perusahaan mikro untuk membolehkan mereka

beralih daripada perniagaan secara tradisional kepada digital bagi

membantu penembusan dan jangkauan pasaran.

ii. Selari dengan Pelan Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Teras Strategik 3 : Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan

Langkah Strategik : Memangkin Transformasi Gaya Hidup Rakyat

- Untuk meningkatkan potensi dan jualan usahawan muda &

usahawan mikro melalui pendedahan kepada ilmu keusahawanan

digital.

Page 22: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

22

2. eUsahawan juga telah memberi sumbangan kepada agenda organisasi di

mana eUsahawan telah menjadi KPI Korporat MDEC yang dibentangkan dan

diluluskan oleh Lembaga Pengarah MDEC.

Page 23: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

23

8.0 PENGIKTIRAFAN DITERIMA

Program eUsahawan telah mendapat pengiktirafan oleh institusi bertauliah, Badan

Kelayakan dan Peraturan Peperiksaan (OFQUAL), United Kingdom.

Pautan: http://eusahawan.mdec.my/program-eusahawan/

Page 24: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

24

8.1 SOROTAN eUSAHAWAN

Page 25: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

25

Page 26: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

26

Utusan Borneo (Sarawak), Rabu, 27 September 2017

Page 27: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

27

Marketing, Friday, 1 September 2017

Page 28: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

28

9.0 GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN

Page 29: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf · Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital

Laporan projek eUsahawan MDEC

29

PENUTUP Projek telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif tahun 2017. Projek diteruskan ke tahun 2018. Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat: Mohd Fairuz Mohd Yusof

Tel: 03-83153000

Emel: [email protected]