taklimat guru inovasi

Upload: aiman-firdaus

Post on 07-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan big

TRANSCRIPT

kejesookasooki

Laporan Bina Insan Guru

Fasa 4 Semester 6Tajuk : Bengkel " Guru Inovatif

Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan sesi ceramah Guru Inovatif yang disampaikan oleh Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak ( Unit Kokurikulum ) iaitu Encik Yusri bin Mat Johor dan bagi bahagian kedua pula merupakan bengkel yang berkaitan dengan tajuk yang sama iaitu Guru Inovatif yang dikendalikan oleh pensyarah pembimbing Kelas Sains 1 iaitu Encik Zulkiply bin Mohd.Nor yang mengambil masa selama dua jam.

Pada 16 November 2014, sesi ceramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewani Kuliah Sri Melati Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma di mana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan dua jam lagi diperuntukkan untuk bengkel. Seramai 80 orang pelajar Program Pensiswazahan Guru Ijazah ( PPG ) semester enam daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini.

Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Pusat Latihan Kokurikulum ( PULAKO ) , iaitu En. Yusri bin Mat Johor yang bertajuk Guru Inovatif . Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi minum pagi.Berikut adalah antara ciri-ciri Guru Inovatif yang disentuh oleh Encik Yusri dalam ceramah beliau.i.Tidak merasa cepat puas hati dengan keadaan yang ada dan selalu mempertingkatkan pencapaian dan matlamat serta sentiasa mengeksploitasi keadaan yang ada.

ii.Sentiasa mengeksploitasi lingkungannya dan meramal kemungkinan-kemungkinan baru serta memiliki rasa kemegahan.

iii.Peka terhadap keperluan dari dalam, sentiasa secara proaktif meneroka projek-projek baru, menghargai setiap usaha yang dilakukan.

iv.Memiliki imaginasi yang tinggi dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan.

v.Memunculkan ide-ide gila, memandang sesuatu yang tidak mungkin menjadi sebuah kemungkinan, memimpikan dan menghayalkan sesuatu yang besar-besar.

vi.Melebar luaskan lingkungan kerja dan memenuhi hasrat mengantarabangsakan pendidikan negara. Berani melakukan perancangan dan perjalanan ke luar lingkungan negara sendiri sambil memperoleh inspirasi atau kejayaan di peringkat antarabangsa.vii.Memiliki kecenderungan terhadap hal-hal yang baru dan mengagumkan, berani tampil menyahut cabaran, bertindak nekad, serta mudah mendampingi orang lain.viii.Bersikap terbuka bagi setiap perubahan, mampu melakukan penyesuaian terhadap rancangan-rancangan yang telah dibuat, menyajikan pelbagai resolusi dan gagasan.

Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar. Peserta-peserta diberi peluang untuk bersoal-jawab dan memberikan pendapat masing-masing berkaitan tajuk Guru Inovatif ini. Di akhir ceramah ni, pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam kali ini, telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah di atas kesudiannya dalam berkongsi ilmu dengan peserta-peserta. Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan bengkel yang bertajuk, " Ciri-ciri Guru Inovatif" oleh Pensyarah Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak iaitu Encik Zulkiply bin Mohd.Nor.. Sesi bengkel ini juga diadakan di Dewan Kuliah Sri Melati IPG Kampus Ipoh. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama dua jam bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari. Dalam sesi perbengkelan ini, setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi tajuk tugasan masing-masing dan diminta membuat pembentangan berdasarkan hasil perbincangan yang telah dilaksanakan. Setiap kumpulan juga diberi peluang untuk bersoal-jawab antara satu sama lain dan memberikan pendapat serta pandangan berdasarkan tajuk tugasan masing-masing.

Sesi bengkel diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Unit PPG Sains 1 iaitu En.Abdul Razak bin Samsu kepada penceramah jemputan sebelum semua pelajar bersurai.