takrif dan halangan komunikasi.docx

8
Takrif Komunikasi Perkataan komunikasi berasal dari perkataan communiatus yang membawa maksud berkongsi sesuatu. Komunikasi membawa maksud proses pemindahan maklumat , perasaan , idea atau fikiran daripada satu pihak (individu atau kumpulan) kepada pihak (individu atau kumpulan) yang lain melalui pelbagai saluran . Melalui komunikasi , proses interaksi akan berlaku kerana terdapat dua pihak atau lebih akan terlibat dalam komunikasi tersebut. Dalam proses interaksi , perbuatan menghantar maklumat dan proses bertukar-tukar maksud akan berlaku. Komunikasi sememangnya bersifat menyebarkan namun komunikasi yang berkesan memberi penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. Komunikasi adalah proses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Pada umumnya, aktiviti komunikasi dilakukan dengan secara lisan yang dapat difahami oleh penyampai juga penerima maklumat. Apabila tidak adabahasa verbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan bahasa tubuh, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat. MENURUT SARJANA Istilah atau kata komunikasi atau communication alam bahasa Inggerisnya, berasal dari bahasa latin communicatus yang membawa maksud berbagi atau menjadi milik bersama . Menurut Webster New Collogiate Dictionary menjelaskan bahawa komunikasi adalah suatu proses pertukaran informasi di antara individu melalui sistem lambang- lambang, tanda-tanda atau tingkah laku. French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam usaha mewujudkan kondisi dan situasi saling memahami terhadap maklumat dan idea yang disampaikan. Brelson dan Steiner (1964) , komunikasi adalah penyampaian informasi, idea, emosi, keterampilan dan seterusnya melalui penggunaan simbol, angka, grafik, dan lain-lain. Berlo (1960), menyatakan bahawa untuk memahami ilmu komunikasi mestilah memahami proses, unsur-unsur yang terlibat dalam prose situ dan kesan komunikasi. Theodorson dan Theodorson (1969), komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain dengan menggunakan simbol-simbol. American College Dictionary, mentakrifkan komunikasi merupakan satu proses pertukaran dan penyebaran pendapat, pandangan atau maklumat melalui ucapan, tulisan

Upload: anonymous-tsmgjjfswu

Post on 15-Sep-2015

86 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Takrif Komunikasi

Perkataan komunikasi berasal dari perkataan communiatus yang membawa maksud berkongsi sesuatu. Komunikasi membawa maksud proses pemindahan maklumat , perasaan , idea atau fikiran daripada satu pihak (individu atau kumpulan) kepada pihak (individu atau kumpulan) yang lain melalui pelbagai saluran . Melalui komunikasi , proses interaksi akan berlaku kerana terdapat dua pihak atau lebih akan terlibat dalam komunikasi tersebut. Dalam proses interaksi , perbuatan menghantar maklumat dan proses bertukar-tukar maksud akan berlaku. Komunikasi sememangnya bersifat menyebarkan namun komunikasi yang berkesan memberi penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas.

Komunikasiadalahprosespenyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Pada umumnya, aktiviti komunikasi dilakukan dengan secara lisan yang dapat difahami oleh penyampai juga penerima maklumat. Apabila tidak adabahasaverbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan bahasa tubuh, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat.

MENURUT SARJANA

Istilah atau kata komunikasi ataucommunicationalam bahasa Inggerisnya, berasal dari bahasa latincommunicatusyang membawa maksud berbagi atau menjadi milik bersama. MenurutWebster New Collogiate Dictionarymenjelaskan bahawa komunikasi adalah suatu proses pertukaran informasi di antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku.

French (1993)komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam usaha mewujudkan kondisi dan situasi saling memahami terhadap maklumat dan idea yang disampaikan.

Brelson dan Steiner (1964), komunikasi adalah penyampaian informasi, idea, emosi, keterampilan dan seterusnya melalui penggunaan simbol, angka, grafik, dan lain-lain.

Berlo (1960),menyatakan bahawa untuk memahami ilmu komunikasi mestilah memahami proses, unsur-unsur yang terlibat dalam prose situ dan kesan komunikasi.

Theodorson dan Theodorson (1969),komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain dengan menggunakan simbol-simbol.

American College Dictionary, mentakrifkan komunikasi merupakan satu proses pertukaran dan penyebaran pendapat, pandangan atau maklumat melalui ucapan, tulisan atau pun isyarat.

Harold Laswell (1940),pula tampil dengan pendiriannya yang tersendiri mengenai komunikasi yang digunakan sehingga kini iaitu Model Laswell yang membawa Who says what, in which channel, to whom, with what effects.

Wilbur Schramm (1971), komunikasi boleh dianggap sebagai satu perkongsian orientasi terhadap satu set isyarat maklumat.

Rogers (1969), komunikasi sebagai satu proses, apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai kesefahaman.

Dervin (1983)pula, kita sering menggangap bahawa sesuatu maklumat itu akan memberi makna yang sama kepada semua individu.

Carl Hovland (1953),membuat takrifan bahawa komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Proses komunikasi yang menekankan pembujukan ini berlaku untuk mempengaruhi tingkah laku individu.

Carl Hovland (1953),membuat takrifan bahawa komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Proses komunikasi yang menekankan pembujukan ini berlaku untuk mempengaruhi tingkah laku individu.

Edwin Neiman (1948),menyatakan bahawa komunikasi sebagai proses ketika sejumlah orang diubah menjadi kelompok yang berfungsi.

Terdapat 4 fasa yang berlaku dalam masa proses komunikasi berlaku iaituproses:1. Pembentukan,2. Pengiriman ,3. Penerimaan4. Pentafsiran.

Selain itu, proses komunikasi bukan hanya berlaku pada lisan semata-mata. Komunikasi juga boleh berlaku dalam bentuk :1. Bahasa gerak-geri ,2. Bahasa isyarat ,3. Sentuhan ,4. Hubungan mata5. Penulisan.

Halangan dalam komunikasiTidak dapat dinafikan , halangan dalam komunikasi tetap ada . Halangan-halangan inilah yang menyebabkan penerima maklumat tidak dapat menganalisis maklumat dengan baik dan pemberi maklumat tidak dapat menyampaikan dengan baik. Halangan komunikasi juga menyebabkan penerima tidak mendapat kesan dari hasil penyampainnya. Terdapat banyak halangan dalam komunikasi , misalnya seperti :

PemesonganHalangan pemesongan terjadi apabila bahasa yang digunakan oleh penyampai susah dan tidak difahami oleh penerima maklumat. Perkara ini merumitkan proses penerimaan maklumat dan kesan yang lebih buruk lagi, penerima tidak dapat memahami perkara yang disampaikan kepada mereka. Selain itu, penerima maklumat akan membuat penilaian terhadap penutur. Penutur yang tidak memberikan pengucapan yang baik akan mendapat penilaian pertama atau first impression yang buruk dari penerima. Dengan ini, mereka tidak mahu mendengar lagi maklumat dari penyampai.

Sebahagian sahajaFaktor halangan sebahagian sahaja merujuk kepada persekitaran dan penyalah tafsiran. Persekitaran yang bising, jarak yang jauh keadaan yang gelap ataupun kotor mampu mengganggu konsentrasi seorang pendengar. Keadaan yang sesak dan hingar bingar juga akan menjadikan penerima mesej hilang tumpuan. Selain itu, penerima mesej mungkin akan tersalah mentafsir mesej yang disampaikan kepada mereka kerana mereka tidak member tumpuan sepenuhnya terhadap pengucapan yang diberikan gara-gara terganggu dengan keadaan persekitaran.

BebananHalangan bebanan berlaku apabila seseorang yang telah pun mengetahui mengenai maklumat tersebut, diberitahu lagi mengenai perkara yang sama. Perkara ini akan membuatkan penerima maklumat berasa bosan kerana dia sudah tahu mengenai makumat yang disampaikan. Disebabkan itulah, penerima akan memberi perhatian kepada kerja lain kerana dia mendapat maklumat yang sama berulang kali dan tidak mendapat informasi yang baharu.

Emosi penutur dan penerimaSelain itu, sikap dan emosi seseorang individu mempengaruhi proses komunikasi. Seseorang yang murung dan bersifat negatif tidak dapat menyampaikan mesej yang baik kepada orang lain. Sebaliknya individu yang ceria dan cergas mampu memberi pengucapan yang baik dan mempengaruhi orang sekelilingnya untuk menjalani hidup dengan ceria,aktif dan bersikap positif.

Istilah/gangguan semantik.Di samping itu, istilah yang berbeza-beza juga menjadi punca halangan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Terdapat istila-istilah yang bunyinya sama tetapi membawa maksud yang jauh berbza. Sebagai contoh, di Kedah gerek membawa maksud basikal namun di Sarawak gerek membawa maksud teman lelaki atau teman wanita. Perkara ini mampu mencetus salah faham jika perkara lain yang mahu disampaikan oleh penutur namun membawa maksud yang lain kepada penerima.

9.4Halangan kepada komunikasi

Proses komunikasi sememang tidak akan terlepas dari menghadapi halangan atau rintangan yang menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak mencapai 100 peratus. Apa yang cuba kita sampaikan kadangkala tidak sampai seperti yang kita harapkan. Ini adalah di sebabkan oleh gangguan atau halangan yang menghalang semasa proses komunikasi berlaku. Halangan kepada komunikasi boleh wujud samada daripada individu itu sendiri ataupun persekitaran.

9.4.1 IndividuTerdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan halangan kepada komunikasi wujud dari individu itu sendiri;

a)Emosi atau persepsi individu.Ia berlaku ketika atau semasa proses komunikasi itu berlaku. Di mana individu biasanya akan menerima mesej dan memahaminya dari apa yang dilihat dan didengar sahaja mengikut keperluan, kehendak, emosi, latar belakang dan ciri-ciri yang berkaitan dengan individu tersebut.Di sini kita boleh lihat, bagaimana seorang pelajar yang datang ke kelas semata-mata ingin mendapatkan clue untuk peperiksaan, bukannya untuk mendapatkan seluruh isi kandungan pelajaran tersebut. Maka proses komunikasi yang dilakukan oleh pensyarah tersebut tidak kesampaian .

b)Kesilapan memilih saluran komunikasi.Perkara ini sering kali wujud menyebabkan pendengar salah tafsir dan proses tersebut gagal. Sebagai contoh, seorang pelajar yang ingin merayu keatas kegagalan kertas Pengurusan Perniagaannya melalui telefon, dan sepenerimanya kurang mendengar serta rayuan yang telah dikemukakan. Jadi cara yang terbaik untuk pelajar tersebut membuat rayuan adalah secara bersemuka ataupun secara bertulis.

c)Masalah semantikApa yang dimaksudkan dengan semantik adalah maksud sesuatu perkataan dan cara ia digunakan. Kesilapan memilih perkataan akan menjadikan proses komunikasi tidak berkesan. Ini kerana perkataan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Penerima mungkin mentafsirkan perkataan yang terkandung di dalam mesej yang diterima berbeza dari maksud yang cuba dismapaikan oleh sipengirim. Maksud sesuatu perkataan amat berbeza dari segi budaya, dialek, umur serta pemdidikan seseorang itu. Contohnya perkataan selalu memberi makna yang berbeza bagi penduduk Pantai Timur dan penduduk Pantai Barat.

d)Ketidaktekalan di antara komunikasi lisan dan bukan lisan.Perkara ini wujud sekiranya si penerima berasa keliru dengan mesej yang diterimanya. Comtoh yang dapat kita lihat adalah bagaimana seorang pelajar yang begitu gembira mendapat keputusan Peperiksaan Akhirnya tetapi air muka yang ditunjukkan adalah selamba sahaja. Di sini wujudnya percanggahan di antara percakapan dan airmukanya.

9.4.2 Organisasi

Halangan komunikasi bukan sahaja wujud di dalam diri individu tetapi dalam organisasi pun. Halangan komuniskasi di dalam organisasi berlaku disebabkan:a)Perbezaan kuasa dan status.Dalam bentuk komunikasi ke atas, pekerja mungkin rasa berat untuk menyuarakan pendapat atau ketidak puas hati terhadap sesuatu perkara kerana mereka rasa rendah diri. Pekerja rasa mereka perlu menapis dahulu apa-apa yang hendak disampaikan kepada pihak atasan. Ini dapat dilihat dalam sebuah organisasi perkilangan, seorang penyelia hanya menyampaikan tentang kelicinan pekerja di bawahnya dan menyimpan tentang masalah yang timbul.

b)Masalah jabatanSetiap jabatan mempunyai masalah, tetapi di antara satu jabatan ahli-ahlinya tidak memahami masalah tersebut kerana masing-masing mempunyai matlamat dan objektif yang berbeza. Maka sekiranya wujudnya perbincangan, masing-masing akan menyatakan bahawa jabatan beliau yang perlu dititikberatkan. Oleh itu proses komunikasi tidak akan berjalan dengan lancar.

c)Kekurangan saluran formal di dalam organisasiApabila saluran formal berkurangan di dalam organisasi maka halangan mungkin timbul dalam proses komunikasi. Ini dapat di lihat bagaimana sesebuah organisasi yang tidak menyediakan ruang untuk pekerja menyampaikan masalah mereka, maka huru haralah organisasi tersebut. Oleh itu setiap organisasi perlu menyediakan saluran komunikasi yang cukup yang boleh merangkumi pergerakan ke atas, ke bawah dan mendatar bagi membolehkan para pekerjanya berkomunikasi dengan berkesan.

9.5 Mengatasi Halangan Komunikasi

Sekiranya wujudnya sesuatu halangan, maka kita perlu berfikir bagaimanakah untuk mengatasi halangan tersebut agar komunikasi yang berjalan dapat dicapai dengan berkesan.

Halangan KomunikasiCara atasi

Halangan Individu

a) Emosi atau PersepsiPerlu ada kemahiran mendengar dengan aktif, empati.Contoh: Pelajar hendaklah seringkali menyoal dan pensyarah juga hendaklah menyoal pelajar tersebut untuk menunjukkan beliau menumpukan perhatian terhadap apa yang di ajar.

b) Kesilapan saluran komunikasiPerlu bijak memilih saluran komunikasi, bersesuaian dengan mesej yang hendak disampaikan.Contoh: Mesej kompleks seperti aduan, perlu menggunakan saluran seperti bertemu muka.Mesej yang rutin , bolehlah menggunakan saluran seperti telefon.

c) Masalah semantikPengirim dan penerima sepatutnya berusaha mempunyai persefahaman dalam masalah bahasa dan simbol.Contoh: Seorang pensyarah pengurusan tidak sepatutnya menggunakan perkataan MBO kepada pendengar-pendengar yang terdiri dari para nelayan di dalam ceramah beliau.

d) Ketidaktekalan antara komunikasi lisan dan bukan lisan.Seseorang itu perlu bergaul dengan lebih ramai dan cuba beramah mesra dengan rakan sejawat. Dengan cara ini mereka tidak akan rasa segan untuk ketawa apabila menyampaikan sesuatu perkara gembira.

Halangan Organisasi

a) Perbezaan status dan kuasaMencipta satu suasana terbuka dan saling mempercayai. Dengan cara ini ia akan menggalakkan warga organisasi berkomunikasi dengan jujur dan terbuka sesama mereka.

b) Matlamat yang berbezaWujudkan saluran komunikasi secara formal, dari semua arah. Elakkan dari wujudnya grapevine yang boleh membawa keburukan kepada organisasi.

c) Kekurangan saluran komunikasiOrganisasi perlu memastikan bahawa saluran komunikasi yang bersesuai perlu diperbanyakkan.

Antara faktor-faktor yang meyebabkan berlaku halangan dalam komunikasi ialah :1. Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan Melalui pihak ketiga2. Kurang minat Bosan Sudah tahu3. Bahasa yang tidak jelas4. Sekatan emosi Marah Sedih Keliru Tekanan5. Penyampaian yang kurang menarik6. Memikirkan sesuatu yang lain7. Persekitaran yang tidak sesuai Bising Jarak jauh Gelap Kebersihan8. Tiada peluang untuk dapatkan penjelasan9. Perkataan yang mempunyai banyak makna10. Tidak bersedia memberi maklumat11. Perbezaan latarbelakang Kasar Lemah lembut Latar pendidikan

HALANGAN KOMUNIKASI BERKESANKelemahan fizikalkebisingan, lokasi, jarakKesan emosiagresif, defensifKelemahan mendengarkhayal dengan fikiran sendirikesimpulan awalgunakan ingatan untuk data-data penting

HALANGAN KOMUNIKASI BERKESANPrasangkamenilai orangBukan lisan tidak selaras dengan lisansenyum tetapi dalam hati rasa marahBahasabahasa daerah atau negeribahasa terlalu teknikalperkataan yang maknanya berbezacontoh: sekejap 5 minit/10 minitTidak ada kepercayaanAnggapan umumPenapisankita dengar apa yang kita hendak dengar

KOMUNIKASIOLEH:Dr. Narendra KumarMaktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka