taksnonomi bloom merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir dan belajar yang...

Upload: ain-nsf

Post on 03-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Taksnonomi Bloom merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir dan belajar yang digunakan oleh warga pendidik di Malaysia secara meluas. Sesuai dengan era pendidikan alaf baru abad ke 21 taksonomi Bloom telah disemak semula oleh Lorin Andreson bekas anak anak murid Bloom bersama David Krathwohl dan hasilnya terdapat perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan. Perubahan yang paling ketara ialah terhadap istilah yang digunakan iaitu :Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.Walaubagaimana pun taksonomi Bloom versi baru ini mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan seperti yang terdapat dalam jadual dibawah :KekuatanKelemahan

Mempunyai 2 dimensi ialtu dimensi pengetahuan dan dimensi proses kognitif2. alat yang lebih tulin (authentic) untuk merancang kurikulum, penyampaiamn instructional dan pentaksiranPenekanan kepada sasaran penggunaan iaitu pengguna yang lebih ramai iaitu murid diawal pesekolahan hinggalah ke university.Selaras dengan kemahiran berfikir aras tinggi ( HOTS/ KBAT )-Alat yang mudah untuk digubakan oleh guru-Konsep yang menyeluruh dan jelas-perbezaan perspektif terhadap perubahan istilah, struktur dan penekanan.- ada aras Tidak sesuai digunakan untuk murid berkeperluan khas seperti mengingat dan memahami.

Perbandingan taksonomi bloom dan taksonmoi solo dalam membina iteTaksonomi BloomMenitikberatkan aspek kognitif dan pengetahuan dan mengingat kembali perkara yang telah dipelajari.Pembinaan solan pelbagai aras, tahap dan peringkat untuk mengetahui tahap kognitif pelajar. Taksonomi Bloom lebih sesuai untuk pembinaan item saoaln berbentuk objektif .Taksonomi soloMenitikberatkan kualiti jawapan jawapan sebagai respon kepada jawapan yang diberi. Jawapan murid menggambarkan proses berfikir dalam skala daripada mudah kepada sukar atau kompleks.Hiraki jawapan dapat dikategorikan kepada 5 peringkat iaitu prestructural,unistructural,multistructural, relational dan extended abstract. Pada peringkat yang ke lima jawapan murid bukan hanya meliputi maklumat yang berkaitan tetapi ada maklumat tambahan di luar lingkungan. Ini menunjukkan murid ada kemahiran berfikir arasa tinggi ( KBAT).Taksonomi solo sesuai untuk membina soalan bentuk essi.

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

Aras Taksonomi Solo

1) PrestructuralJawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) UnistructuralJawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) MultistructuralJawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) RelationalJawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended AbstractJawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumattambahan.

KONSEP TAKSONOMI BLOOM- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOMMenurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :-

1. Pengetahuan2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis5. Sintesis6. Penilaian

Pengetahuan- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.- Contoh soalan :-- Pelancong Barat lebih suka..di bawah matahari.A. dijemurB. berjemurC. berjemurD. menjemur

Kefahaman- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.- Contoh soalan :-- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :- Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.A. Ke manakah Fahrin pergi?B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?C. Siapakah yang pergi ke hospital?D. Fahrin berada di hospital?

Aplikasi- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.- Contoh soalan:-- Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringanpakaian itu?i. Sejuk iii. mendungii. Berangin iv. PanasA. i dan ii sahajaB. i dan iii sahajaC. ii dan iv sahajaD. iii dan iv sahaja

Analisis- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.- Contoh soalan:-(a) Bezakan maksud bersama dengan bersama-sama.(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.

Sintesis- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.- Contoh soalan:-Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.

Penilaian- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh soalan :-Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

1. Bincangkan kekuatan dan kelemahan taksonomi Bloom versi baru ini.

2. Bandingkan Taksonomi Bloom ini dengan Taksonomi SOLO berdasarkan kesesuaian penggunaannya semasa membina item. [Anda boleh merujuk nota "Penyoalan Berkualiti Menggunakan Taksonomi SOLO" dalam ruangan Bahan-bahan Bacaan Tambahan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taksonomi SOLO].

Anda diwajibkan untuk memberikan sekurang-kurangnya satu pandangan anda sendiri dan sekurang-kurangnya membalas pandangan yang diberikan oleh rakan anda yang lain. Catatan yang berkualiti akan diberikan skor 'bonus'.

Taksonomi B