tamadun cina

Upload: sharvin-reddy

Post on 04-Mar-2016

275 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sean

TRANSCRIPT

LATAR BELAKANG TAMADUN CINA

Selain daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun Yunani (Eropah), Tamadun Cina dipercayai bermula sejak kira-kira pada zaman milenuim ke-6 sebelum Masihi. Ia merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada yang lain.Mereka pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain tetapi sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkan mereka menjadi lebih mampan. Identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Pada millennium ke-5, wujudnya Kebudayaan Yangshao yang ditunjukkan berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman batu baru) di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River), kerana kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai kawasan pertanain dan penempatan. Pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar (painted pottery) merupakan kegiatan awal bangsa Yangshoa. Bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi bangsa Yangshoa yang telah dipercayai. Sebelum diambil alih oleh kebudayaan Longshan, kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun masa yang ditelan untuk perkiembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara Cina. Sejak pertengahan kurun ke-2 bermulanya Kebudayaan Longshan. Zaman Gangsa Awal (Bronze Age) bermula lewat millennium ke-2 atau millennium pertama. Pertemuan arkeologi menunjukkan peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Peradaban ini lebih maju berbanding ketamadunan Yangshoa,di mana tembikar yang dijumpai menunjukkan berkualiti, kerana dipercayai menggunakan mesin peroda tembikar (potters wheel) dalam pengeluarannya. Semasa permerintahan Dinasti Shang gangsa dinilai sebagai symbol elit dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting dalam tahun 1766SM-1122SM. Pembentukan negara kota, peningkatan pengkhususan pekerjaan, penggunaan sistem tulisan, dan wujudnya sistem masyarakat yang berlapis yang memperlihatkan perkembangan tamadun yang lebih komplek pada Zaman Dinasti Shang. Peradaban Shang yang berpusat di bahagian utara Henan di mana dua tapak arkeologi di Anyang dan Zhengzhou menunjukkan sejarah ketamadunan Dinasti Shang.

SAINS DAN TEKNOLOGI CINAPada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM, hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina telah wujud. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Pada masa yang lebih awal lagi dipercayai telah wujud teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pembuatan kertas dan Loyang dan pengeluaran porselin. Bagaimanapun, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan berdasarkan berikutan perkembangan sejarah. Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.Sehingga kemunculan zaman moden, interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah. Namun begitu, pada tahun 1275-1292 wujud pertemuan sekali- sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo. Keunggulan teknologi Cina telah menarik perhatian dunia Barat tentangnya dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dari China ke Barat. Negara China telah membawa masuk ilmu mengenai kompas, sutera, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat. Bagaimanapun, penciptaan atau perniagaan dan perindustrian tidak diminati oleh para pemerintah China untuk mengalakkannya serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, sehingga abad ke-20 negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.RELEVANSI TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN LAIN1. PengenalanApabila orang-orang Cina mula berhijrah ke tempat luar, Tamadunh Cina yang lama telah bertapak di sana mula berinteraksi dengan tamadun luar. Orang Cina berhijrah ke luar sama ada untuk melakukan aktiviti ekonomi atau mencari penempatan baru kerana sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil telah mengalakkan mereka. 2. Interaksi dengan kawasan bulatan budaya Korea, Jepun dan VietnamKorea telah dikenali oleh orang Cina sebagai satu entiti kawasannya tersendiri pada zaman dinasti Shang (kurun ke-16 hingga ke-11 SM). Orang-orang Cina telah berhijrah ke Korea untuk mengelakkan peperangan dan seksaan politik. Sebuah wilayah Korea iaitu Chosan telah diperintah oleh seorang pelarian Cina iaitu, Wiman yang dipercayai telah berlaku pada kurun ke-2 SM. Kawasan orang-orang Korea termasuk kawasan yang diperintah oleh Wiman, empayar Han Berjaya diperluaskan pada tahun 108 SM. Kebudayaan Cina telah dipaksa supaya diamalkan oleh orang Korea semasa pemerintahan Han. Semasa pemerintahan Dinasti Li (1392-1910), proses perkembangan kebudayaan Cina mencapai kemuncaknya apabila Korea muncul sebagai sebuah negara berfahaman Konfusianisme. Konfisianisme dan Buddhisme merupakan antara unsur-unsur kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea. Pengaruh konfusianisme dan buddhisme di Korea sangat kuat sehingga kerajaan Korea menubuhkan institusi pendidikan untuk mengkaji konfusianisme dan buddhisme di samping menjadikan fahaman ini sebagai bahan pengajaran. Tidak cukup dengan itu, beratus-ratus pelajar telah dihantar oleh kerajaan ke China unruk mempelajari konfusianisme dan memahami sistem pentadbiran China demi mengukuhkan lagi fahaman mereka. Oleh itu, Korea telah mengamalkan setiap perkembangan dan konsep konfusianisme sepenuhnya.

Selain daripada kepercayaan, bahasa dan tulisan Cina juga mempengaruhi Korea. Pada kurun ke-15, grafik tulisan Cina telah dijadikan panduan oleh pemerintah Dinasti Li untuk mencipta sistem tulisan Korea. Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa Korea berasal dari istilah-istilah tulisan atau bahasa Cina. Pada tahun 1910, pengaruh Cina mula terhakis apabila Jepun menakluki Korea. Seawal kurun ke-2 SM, di zaman dinasti Qin (221-206 SM) bermulanya hubungan Cina dengan Jepun. Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan perbuatan perkakas besi dan gangsa dibawa masuk ke Jepun oleh pedagang Cina. Pada zaman Nara hingga Zaman Kesyogunan Tokugawa (664-1867), pengaruh kebudayaan Cina berkembang dengan pesatnya di mana Bahasa, falsafah, sejarah, kesenian, agama, sistem politik dan sebagainya dipelajari oleh pelajar-pelajar Jepun yang dihantar ke China.

Kanji merupakan sistem tulisan Cina yang dicipta berasaskan Kana yang merupakan sistem tulisan Jepun. Nihongi merupakan buku sejarah terawal Jepun yang ditulis menggunakan bahasa Cina. Falsafah konfusianisme Cina yang bersendikan Dao begitu terpengaruh dalam sistem pembelajaran, politik dan tatasusila orang-orang Jepun. Perkembangan falsafah konfusianisme di jepun boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama pada kurun ke-5 hingga kurun ke-12, fasa kedua pada kurun ke-12 hingga kurun ke-17 dan fasa ketiga bermula pada kurun ke-17 iaitu zaman pemerintahan Edo atau Kesyogunan Tokugawa (1603-1867).Di Asia Tenggara, negara yang paling kuat depengaruhi oleh kebudayaan Cina merupakan Vietnam. Ini adalah kerana Vietnam merupakan negara yang terdekat dengan China dan pernah menjadi sebahagian daripada empayar China untuk jangka masa yang panjang (111-939). Kesan yang mendalam telah ditinggalkan melalui penaklukan ini kepada pembentukan kebudayaan tempatan. Bahasa, pemikiran, adat resam dan nilai-nilai kehidupan penduduk Vietnam banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Bahasa Cina merupakan bahasa yang digunakan dalam pentadbiran, pendidikan, kesusateraan dan sebagainya sebelum Vietnam ditalukki oleh kuasa Perancis.

Masyarakat Vietnam memegang dan menjadikan klasik konfusisnisme sebagai pedoman hidup yang telah diasaskan oleh ahli falsafah Cina. Ajaran konfusius juga dijadikan panduan dan rujukan bagi golongan pemerintah dalam pengetahuan politik, ekonomi dan juga perancangan pendidikan. Selain daripada itu, terdapat juga aspek-aspek harian lain seperti pakaian, seni binaan dan juga budaya hidup orang-orang Vietnam seolah-olah mencerminkan kehidupan orang-orang Cina.3. Interaksi dengan kawasan luar budaya Asia Tenggara, India, Dunia Islam dan BaratAgak lambat hubungan tamadun Cina dengan Asia Barat dan Eropah. Padang gurun serta permukaan bumi yang bergunung-ganang telah dipisahkan dan kerana kedudukan geografi yang agak jauh. Seawal zaman pemerintahan Dinasti Han (206-220TM), negara-negara Asia Tenggara yang kedudukannya agak dekat dapat berinteraksi dengan kebudayaan Cina. Funan (Kampuchea) dan negara-negara Asia Tenggara lain telah dihantar utusan oleh Kerajaan Dinasti Han dalam usaha mencari jalan untuk menembusi Tamadun Rom dan Parsi.Interaksi antara budaya secara tidak langsung juga menyumbang akibat penghijrahan orang Cina ke negara-negara Asia Tenggara. Dalam kurun ke-19, kemasukkan beramai-ramai orang Cina dan India oleh penjajah Barat dalam usaha mereka untuk memenuhi permintaan tenaga buruh telah mewujudkan satu kolompok masyarakat Cina dan India di Negara-negara Asia Tenggara. Kehidupan penduduk tempatan dipengaruhi oleh budaya dan pegangan kehidupan pendatangt ini. Sebelum kegemilangan kerajaan Parameswara Melaka, hubungan Malaysia dengan China dipercayai telah bermula tetapi hubungan ini bertambah baik apabila Laksaman Ho Chi Ming, yang di hantar Maharaja China untuk berdagang dengan kerajaan Melaka diterima baik oleh sultan Melaka. Apabila Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Melaka, maka hubungan perdagangan ini telah bertukar kepada hubungan perkahwinan.Tamadun Cina dan tamadun India dikatakan bertembung di Asia Tenggara. Kedua-dua tamadun ini mempunyai keagungan masing-masing. Melalui konsep kepercayaan Buddha, Lembaran baru telah dibuka dengan interaksi antara dua tamadun ini. Ajaran buddha yang konsepnya hampir menyerupai konsep Daoisme senang diterima masyarakat Cina, sehinggakan dalam tempoh yang singkat, orang-orang Cina telah berjaya menyusun doktrin buddha dalam satu koleksi yang dinamakan Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayana dan Hinayana. Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pembuatan kertas dari China telah dibawa masuk ke India dan teknologi membuat gula dari India telah dibawa masuk ke China. Hampir keseluruhan corak kehidupan kedua-dua tamadun ini berlaku perpindahan dua hala kebudayaan China dan India. Ini terus berlaku bukan sahaja dalam kontek pegangan kehidupan. Pertembungan dua tamadun ini banyak memberi kesan positif kepada kecemerlangan tamadun dunia hari ini walaupun interaksi dengan tamadun Barat agak lewat. Tamadun Barat yang terkenal dengan kemajuan sains, telah menggunakan kesempatan ini sepenuhnya apabila mengkaji secara lebih mendalam empat penemuan agung tamadun Cina. Tamadun Cina yang mengutamakan etika dalam pengurusan masyarakat dan negara dianggap oleh para intelektual cina sebagai penghalang kepada kemajuan sains dan teknologi. Para intelektual cina telah bertembung tamadun ini supaya melancarkan satu revolusi yang dikenali sebagai Gerakan Kebudayaan Baru dalam usaha untuk memajukan negara China.

Sumbangan terhadap perkembangan ilmu sains.

Sumbangan Terhadap Bidang AstronomiDalam bidang astronomi, orang Cina mempunyai tiga pandangan ynag berlainan tentang alam semester. Kai Tien atau Gai Tain merupakan pandangan utama yang telah dikenali iaitu mempercayai alam berbentuk kubah. Manakala sfera merupakan alam yang dibentuk dalam menggambarkan padangan keda. Pandangan kedua adalah teori sfera sawami atau Hun Tien. Teori ketiga ialah teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori Hsuan Yeh.

Kajian astronomi Cina mempunyai kaitan dengan kepercayaan kepada alam ini sebagai makhluk yang hidup, apa jua kesakitan yang timbul dari satu bahagian alam akan dirasai oleh alam yang lain. Orang Cina percaya bahawa roh-roh yang telah mati akan berhimpun secara kekal di langit dalam kepercayaan roh nenek moyang. Oleh itu, upacara pemujaan nenek moyang diadakan oleh mereka berhubung dengan roh menerusi ini.

Nenek moyang mereka akan marah dan akan menurunkan malapetaka jika anak cucu mereka melakukan perkara tidak baik yang dipercayai oleh Orang Cina. Selain perkara ini, orang Cina mengkaji astronomi juga kerana keperluan mengadakan kalendar. Kalendar adalah penting bagi urusan-urusan pentakbiran, menetapkan misim dan apa-apa juga pekerjaan.

Oleh kerana itu, pegawai kerajaan merupakan ahli astronomi. Maharaja dan kerajaannya dipercayai oleh mereka bahawa langit atau syurga akan diperhatikan. Oleh itu, kekacauan dalam negeri wujud akibat pentakbiran yang gagal. Kira-kira 1300 S.M, telah berlaku pemerhatian alam semesta. Contohnya, pada abad ke-11 di China, kexing atau guest star yang sekarang dikenali sebagai Crab Nebula telah direkod. Manakala komet Halley hanya boleh di kesan menerusi rekod Cina. Orang Cina juga mempelajari matahari dan merekodkannya secara sistematik. Selain itu gerhana bulan dan matahari juga direkodkan.

Sumbangan Terhadap Bidang Fizik, Kimia dan Biologi

Perkembangan tentang magnet adalah paling penting dalam bidang fizik Cina. Bahagian atas sebagai langit dan bahagian bawah sebagai dunia telah digunakan oleh Ahli nujum China sebagai papan nujum yang bermagnet. Manakala penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utara-selatan yang diletakkan batu lod. Manakala penggunaan jarum besi agak lewat dijumpai.

Manakala Tao memejukan bidang kimia. Kerja-kerja mereka dalam bidang kimia dikaitkan dengan dua tujuan. Tujuan pertama ini telah menggalakkan aktiviti sihat manusia seperti bersenam, pemakanan dan pernafasan. Selain itu juga, mayat telah berjaya dicegah oleh mereka dari mereput. Pada tahun 1972, bukti mengenai kejayaan ini telah dapat di bongkar dalam satu penggalian di Wilayah Hunan. Proses mengelakkan mayat menjadi reput telah dibuktikan atas kejayaan ahli kimia Cina dalam penemuan mayat Puteri Dai yang meninggal dunia pada tahun 169 S.M. Mayat yang ditemui itu kelihatan masih segar dan tidak reput.

Manakala, emas dan perak ditukar daripada logam-logam bermutu rendah usaha dalam tujuan kedua. Usaha ini disertai dengan kepercayaan Yang dan Yin. Mereka percaya bahawa logam yang bermutu rendah boleh ditukarkan kepada logam berharga dengan menukarkan kandungan Yang dan Yin logam tersebut. Oleh kerana ketekunan mereka dalam ini maka mereka juga telah mencipta beberapa peralatan penting bagi kajian kimia. Antaranya pengenalan alat dacing bagi mengukur berat bahan tertentu.

Salah satu ciri umum Tamadun China ialah ia merupakan sebuah tamadun pertanian. Oleh kerana itu juga berlakunya perkembangan dalam bidang biologi Cina. Secara tidak lansung, binatang-binatang tertentudapat dilihat oleh kita bagaimana ia digunakan untuk tujuan ekonomi dan harian. Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda sebagai binatang tunggangan dan ikan mas dan anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan.

Bidang Perubatan

Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.

Yinyang

Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Jingluo

Sumbangan Terhadap Bidang Matematik

SEMPOA (abacus)

Kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik yang dibicarakan mengenai dua buah karya matematik tertua Cina iaitu Chou Pei Suan Keng. Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik. Matematik telah dimasukkan dalam peperiksaan semasa pemerintahan Dinasti Tang. Pengajiannya mengambil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan berdasarkan teks klasik berjudul Suanjing shi shu (sepuluh risalah panduan matematik). Pada tahun 1084, teks ini telah dicetak. Namun demikian, pada tahun 1230 mata pelajaran matematik telah dikeluarkan dari peperiksaan awam.

Ini bukan bermakna matematik tidak penting dalam kehidupan masyarakat Cina. Tamadun Cina tetap menjadikannya satu unsur yang penting. Ini kerana setiap dinasti di China cuba membentuk sebuah pemerintahan yang lengkap. Sebagai contohnya gerakan penyatuan China yang dilakukan oleh Shih Huang-ti menjelaskan bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem sukat, ukur dan timbang yang standard bagi China.

Antara ahli matematik Cina yang terkenal ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun 1300), Li Zhi (1192-1279) dan Li Shanlan (1811-1882). Liu Hui yang tidak diketahui riwayat hidupnya pernah menerangkan mengenai teorem matematik semasa meletusnya era Negeri-negeri Berperang (220-267 Masihi). Manakala, untuk mengajar ilmu yang dibawa oleh beliau, Zhu Shijie merupakan sarjana pengembara yang pernah ke segenap peulusuk China.

Pada abad ke-14 S.M, tulisan angka-angka yang mudah telah diketahui apabila terjumpanya tulang-tulang binatang dan kulit kura-kura. Pada abad ke 3 Masihi muncul pula sistem tulisan yang stabil.

Segi empat ajaib merupakan perbincangan awal mengenai matematik Cina yang berkenaan. Perkara yang menariknya mengenai segi empat ajaib ini ialah apabila angka-angka baris yang menegak, mendatar atau miring di campurkan ia akan mendapat jumlah yang sama iaitu 15.

Jiuzhang Suanshu

Angka positif dan negatif juga wujud dalam tamadun Cina. Biasanya angka positif disukai kerana ia memberi makna keuntungan. Manakala angka negatif memberi keburukan iaitu mengenai hutang. Begitu juga dengan angka genab dan ganjil. Orang Cina menyukai angka genab yang membawa kabaikan, manakala angka ganjil memberi makna sial. Selain itu juga orang Cina juga elah pandai menggunakan angka perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar.Sumbangan Terhadap Bidang Penciptaan

Hasil daripada pengetahuan orang Cina ini maka terciptalah beberapa benda yang mempunyai pengaruh tertentu kepada dunia, antaranya ialah magnet. Orang Cina telah mengetahui mengenai magnet sejak zaman klasik China lagi. Namun penemuan sifat-sifat magnet telah dikembangkan lagi pada zaman Dinasti Han.

Selain itu, penciptaan mesin cetak dan kertas. Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman DinastiTang. Manakala kertas dicipta lebih awal daripada penciptaan mesin cetak. Ia telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin cetak seterusnya membawa kepada perubahan kepada tamadun Barat. Ini kerana dengan penemuan kertas dan mesin cetak maka bermulanya Zaman Reformasi di Eropah.

Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup. Ia dimulai oleh pengikut-pengikut Tao yang mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan sulfur. Perkara ini di sentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan bahan-bahan ini terutama menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan membawa kebakaran. Namun demikian bahan letupan yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api. Manakala hubungan China dengan kuasa asing membawa kepada pengaruh penciptaan bahan peletup sebagai satu senjata.

Sumbangan Terhadap Perkembangan Teknologi

Salah satu kemajuan teknologi Cina yang memberangsangkan ialah dalam sektor perkapalan. Ini kerana China bukan sahaja mempunyai dua sungai terpenting iaitu Sungai Yangtze dan Sungai Kuning tetapi mempunyai kawasan perairan yang luas. Sementara itu terdapatnya bahan-bahan utama untuk pembinaan pengangkutan air seperti giant bamboo yang mempunyai ketinggian sehingga 24 meter. Pengangkutan air ini tetap digunakan sehingga sekarang dengan adanya rakit buluh yang digunakan di Sichuan.

Namun demikian buluh bukan sahaja digunakan untjuk membuat rakit, ia juga berguna untuk tiang-tiang dan layar kapal. Pembinaan Jong-jong Cina merupakan salah satu binaan perkapalan yang unik. Selain reka bentuk jong-jong yang unik ini, ia juga mempunyai kedudukan yang kukuh.

Satu lagi kemajuan teknologi dalam Tamadun China ialah kincir air. Ia mencul pada sekitar tahun 30 S.M bagi kerja-kerja pegisaran bijirin dan kira-kira pada 30 Masihi bagi kerja-kerja membersihkan bijih.

KesimpulanTamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Tamadun-tamadun lain telah disaing oleh Tamadun Cina dengan berupaya untuk bersaing dengan perkembangan tamadun Cina sehingga ke dunia Barat. Tamadun lain diberi pandangan baru oleh Tamadun Cina. Pegangan konfusianisme telah memberi idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme, humanitaarianisme, intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia.Walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat berbanding dengan sains dan teknologi moden di bidang sains dan teknologi, orang Cina telah mempelopori penciptaan kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas yang banyak memberi manfaat kepada permodenan negara-negara Barat.Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan menyumbangkan empat ciptaan agung kepada dunia menunjukkan Tamadun Cina telah awal lebih maju berbanding dengan tamadun lain. Masyarakat Cina telah tidak dimundurkan dengan dasar isolation yang telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Yong Zheng. Namun sedikit sebanyak memberi impak kepada kemajuan secara global. Peperangan telah memberi kesan positif kepada pembangunan China dan mengakibatkan kebangkitan para intelektual Cina setelah China kalah beberapa kali.

Bagi mamajukan tamadunnya sendiri, Kerajaan China melakukan pembahuruan yang dilancarkan oleh para intelektual Cina yang melancarkan Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru.Pencapaian-pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan kepada tamadun-tamadun lain sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini walaupun berlaku proses pembaharuan, perubahan dan penyesuaian menurut zaman.

REFERENCE

1) Titas IB. (2013). Sains Dan Teknology Tamadun China.[Online] June 2015. Available From: http://titasib2013.blogspot.com/2013/04/teknologi-cina.html.[Accessed: 2 July 2015]

2) RujukanAzhar Hj. Mad Aros.(2000). Sains Dan Teknology Tamadun China.[Online] June 2015. Available From: http://s4g09jeooi-ppc.blogs.smjk.edu.my/tamadun-china-118/.[Accessed: 14 July 2015]

3) MOHD KOHARUDDIN BIN MOHD BALWI.(2002). Sains Dan Teknology Tamadun China.[Online] June 2015. Available From: http://eprints.utm.my/1435/1/JT37E%5B3%5D.pdf. [Accessed: 11 July 2015]

4) Charlene Ong.(2013). Sains Dan Teknology Tamadun China.[Online] June 2015. Available From: http://chinatamadun.blogspot.com/2013/06/sains-dan-teknologi-tamadun-china.html. [Accessed: 15 July 2015]

5) Mohamad Kairul.(2011). Sains Dan Teknology Tamadun China.[Online] June 2015. Available From: http://it411x34.tripod.com/sumbangan_tamadun.htm.[Accessed: 15 July 2015]