tamadun jepun v4
TRANSCRIPT
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
1/15
IPGM KAMPUS TEKNIK
BANDAR TUN RAZAK
KUALA LUMPUR
KURSUS PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
AMBILAN NOVEMBER 2008
TITASBincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan
Sebuah Negara Jepun Yang Maju
NAMA : HASLINDA BINTI ROPAAI
NO. K/P : 711215-01-5922
KUMPULAN : PGSRSAINS
SEKOLAH : SK. JALAN AIRPANAS,
53200 SETAPAK,
KUALA LUMPUR.
PENSYARAH :
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
2/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
PRAKATA
Tulis lah apa saja...
Halaman 2 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
3/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.............................................................................4
2.0 CIRI-CIRI PEMBINAAN TAMADUN JEPUN MODEN........................................5
3.0 RUMUSAN................................................................................9
4.0 PENUTUP...............................................................................10
4.0 BIBLIOGRAFI............................................................................11
4.0 LAMPIRAN..............................................................................12
Halaman 3 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
4/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
1.0 PENGENALAN
Kemodenan dan kekayaan negara Jepun pada hari ini berasal daritamadun Jepun yang sangat unik. Jepun secara geografinya1 agak
jauh dari tanah besar Asia dan dianggap kurang menerima pengaruh
kebenuaan, menghadapi serangan penaklukan atau penjajahan.
Ketamadunan Jepun mempunyai kronologi yang panjang2 yang
dikatakan bermula seawal dari tahun 8000 300 SM pada zaman Jomon
sehinggalah ke zaman kemodenan pesat Jepun di zaman Meiji pada tahun
1868 1912, yang merupakan batu asas utama dalam kewujudan sebuah
negara Jepun yang moden dan maju hari ini.
Tamadun Jepun yang unik dalam aspek pengurusan dan teknologi
sebenarnya banyak bergantung kepada proses asimilasi pengaruh dan
budaya luar seperti China pada Zaman Tamadun Yayoi dan pengaruh
budaya, ekonomi dan sosial dari Barat terutamanya pada Zaman Meiji,
aspek agama Shinto3 yang diserapi dengan unsur Buddha dan
Confusiesme, budaya kekeluargaan yang meghormati orang tua dan
membuat keputusan secara berkumpulan.
Pemikiran pemerintah Meiji dalam kepentingan pendidikan
merupakan asas kepada kemajuan negara Jepun disamping zaman
pendudukan Pihak Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui
Supreme Commander of the Allied Powers (SCAP) yang dipimpin oleh
Jeneral Douglas MacArthur telah banyak membantu dalam melahirkan
Jepun sebagai sebuah negara maju kini.
1 Rujuk Lampiran Visual 1 Peta Negara Jepun dan benderanya.2 Rujuk Lampiran Jadual 1 Kronologi Sejarah Jepun .3 Rujuk Lampiran Visual 2 Torri .
Halaman 4 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
5/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
2.0 CIRI-CIRI PEMBINAAN TAMADUN JEPUN MODEN
Pembinaan negara Jepun Moden yang maju pada hari ini bolehlah
dikatakan diasaskan dari zaman-zaman Yayoi hinggalah ke zaman
pemodenan drastik pada zaman Meiji selepas kejatuhan Syogun
Tokugawa dan zaman selepas Perang Dunia Kedua.
Apabila kesyogunan Tokugawa jatuh pada 1867, Maharaja Meiji
Tenno4 telah ditabalkan menjadi raja yang merupakan zaman gemilang
yang membawa pemodenan dan pembaharuan dari aspek politik,
ekonomi dan sosial yang dijalankan secara besar-besaran.
Sebaik sahaja Meiji memegang tampuk kuasa, beliau telah
memindahkan ibu negara Jepun dari Kyoto ke Edo yang
kemudiannya dikenali sebagi Tokyo. Beliau telah meletakkan kuasa
maharaja pada kedudukan sebenarnya iaitu sebagai ketua masyarakat
tertinggi.
Beliau telah menyapaikan Ikrar Piagam pada 17hb. April 1868
yang membentangkan empat tujuan besar pemerintahannya. Pertama,
perpaduan negara dan rakyat Jepun bagi tujuan kebajikan, kedua
menganjurkan amalan mengadakan perbincangan dan perdebatan
hendaklah diterima umum, dan semua langkah mestilah diputuskan
menerusi perbahasan umum; ketiga, kebiasaan-kebiasaan lama yang
karut dan tidak bertamadun mestilah dihapuskan; keempat, segalapengetahuan mesti dicari diseluruh pelosok dunia dengan tujuan untuk
menubuhkan asas empayar Jepun yang kuat.
Dari aspek politik dan pentadbiran, langkah utama yang diambil
selepas memindahkan ibu negara dari Kyoto ke Takyo ialah
menghapuskan sistem feudal yang selama ini menghalang kemajuan
negara Jepun.4Rujuk Lampiran Visual 3 Maharaja Meiji.
Halaman 5 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
6/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
Beliau mengambil langkah menukarkan kampung-kampung
pertanian yang menjalankan kegiatan sara diri feudal kepada sistem
ekonomi komersial. Daimyo-daimyo dari suku kaum seperti Choshu, Hizen
dan Tosa telah menyerahkan tanah mereka kepada kerajaan. Cukai tanah
juga dibayar dalam bentuk wang tetapi dibayar dalam bentuk wang.
Dalam bidang pentadbiran awam, sebuah Biro Awam tealah
ditubuhkan dengan tujuan untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan
yang seblum ini dikuasai oleh golongan Samurai sahaja. Pada 1885, Ito
Hirobumi5 telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang membuat
pembaharuan seperti undang-undang Awam dan Jenayah telah
dkanunkan, sistem kewangan telah diletakkan pada asas yang selamat
dengan penubuhan bank nasional, perkhidmatan pos dan telegraf telah
diperluaskan.
Perubahan sosial juga berlaku selaras dengan perubahan politik dan
ekonomi seperti tradisi berkelas-kelas telah dihapuskan serentak dengan
terhapusnya kelas daimyo dan samurai. Kepercayaan karut dalam adat
dan agama juga dihapuskan.
Pemimpin Meiji sedar akan pelajaran merupakan asas terpenting
untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari moden. Sistem pelajaran
sekolah rendah, menengah dan peringkat universiti telah disusuh dengan
kemas. Pada tahun 1872, pelajaran sekolah rendah telah diwajibkan
kepada semua kanak-kanak Jepun yang menyaksikan Jepun merupakan
negara Asia yang mempunyai kadar buta huruf yang paling rendah
beberapa puluh tahun kemudiannya.
Beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negara untuk
mempelajari sains, pentadbiran dan teknik perindusrian barat. Industri
5Rujuk Lampiran Visual 4 Perdana Menteri Ito Hirobumi.
Halaman 6 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
7/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
percetakan dan penerbitan akhbar juga telah berkembang pesat sesuai
dengan perkembangan pendidikan terserbut.
Pembelajaran Sains, Sejarah dan politik telah banyak diterjemahkan
ke dalam bahasa Jepun. Para profesional, pakar-pakar teknologi dan
guru-guru dari Eropah telah digaji dan didatangkan khas untuk mengajar
ilmu sains ketenteraan, undang-undang dan perubatan.
Pada tahun 1871, Kementerian Pelajaran ditubuhkan dan pada 1872,
Jepun telah dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dan setiap kawasan
mempunyai sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah
rendah. Seluruh sistem pelajaran Jepun yang diasaskan tertakluk kepada
keperluan negara yang menuntut rakyat menjadi warganegara yang
terlatih dan berdisiplin. Walau bagaimana pun, kepercayaan kepada
agama Shinto tetap dikekalkan.
Dari tahun 1870-1880, Jepun telah mengalami Revolusi Industri yang
pertama. Sistem ekonomi Barat telah diadaptasikan terutamanya dalam
aspek pelaburan dan kewangan. Para peniaga telah digalakkan untuk
melabur dan membuka perusahaan baru. Kilang-kilang keretapi, kilang
besi, kapal dan kilang-kilang senjata telah dibangunkan dengan pesat.
Jalan keretapi dari Tokyo ke Yokohama telah dibina pada tahun 1872.
Pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah diwajibkan selama 8
tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun.
Penglibatan Jepun dalam perang dunia kedua bermula pada hari
Ahad, 7 Disember 1941 dengan menyerang Pearl Harbor, di kepulauan
Hawaii Amerika Syarikat dan seterusnya melancarkan satu siri serangan
ke atas Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, Jepun telah menyerah
kalah selepas pengguran bom atom di Horishima dan Nagasaki pada 9
Ogos 1945 oleh tentera bersekutu dan menyerah kalah.
Halaman 7 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
8/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
Pendudukan Pihak Bersekutu melalui Supreme Commander of the
Allied Powers (SCAP) yang dipimpin oleh Jeneral Douglas MacArthur yang
telah ditugaskan untuk memulihkan dan mendemokrasikan institusi di
Jepun serta membangunkan ekonomi Jepun yang lebih stabil.
Proses demokrasi ini membolehkan Jepun menggubal perlembagaan
baru dan memperlihatkan perkembangan satu sistem politik berparlimen
berasaskan model Amerika Syarikat. Parti-parti politik mula bertapak dan
mucul dalam tahun 1949.
Beberapa pembaharuan yang telah diperkenalkan seperti bidang
pelajaran, ekonomi dan politik telah mempercepatkan proses pemulihan
Jepun selepas Perang Dunia Kedua telah membuka ruang untuk
memodenkan Jepun.
Sikap rakyat dan kerajaan Jepun terhadap pihak Barat adalah
buang yang keruh dan ambil yang jernih, perbelanjaan kerajaan dalam
aspek ketenteraan yang rendah, kadar simpanan wang yang tinggi telah
membantu dalam melahirkan Jepun yang kuat dari segi ekonomi dan
seterusnya sebuah negara maju.
Seterusnya, Jepun mucul sebagai sebuah negara industri dan entiti
ekonomi yang terkemuka pada awal tahun 1970an.
Halaman 8 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
9/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
3.0 RUMUSAN
Ketamadunan Jepun dianggap oleh ramai para ahli dan pengkaji sejarah
sebagai suatu tamadun yang unik yang tidak terdapat dalam mana-mana
sejarah peradaban dunia.
Tamadun Meiji telah meledakkan proses kemajuan dan kemodenan
Jepun dengan meletakkan dasar buka pintu dalam aspek pendidikan,
ekonomi dan sosial sebenarnya telah menjadi titik tolak kepada proses
pembinaan sebuah negara bangsa yang maju dan merupakan negara
yang kuat dari segi ekonomi, politik, sosial, ketenteraan dan kemudiannya
menjadi sebuah empayar.
Walaupun Empayar Jepun ini telah dimusnahkan dan dikalahkan
dengan teruk oleh pihak Perikatan dalam Perang Dunia Kedua dengan
pengguguran bom-bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun telah
tanpa sangsi dan rasa malu bangkit dan belajar dari musuh-musuhnya
dengan mempelajari ekonomi, pendidikan dan sosial yang diadaptasikan
dan disesuaikan dengan rakyat dan negara Jepun.
Halaman 9 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
10/15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
11/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
4.0 BIBLIOGRAFI
1. Q & A STPM Sejarah (940) Kertas 1 dan 2, Penerbit Longman 2007,
Kuala Lumpur
2. Teks Pra U STPM Tamadun Dunia, Penerbit Longman 2006, Kuala
Lumpur
3. Kursus Ulangkaji Sejarah Asia Tenggara Asia Selatan dan Asia Timur
(1824-1954), Penerbit PAP Kelantan 1972.
4.
Halaman 11 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
12/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
4.0 LAMPIRAN
Visual 1: Peta Negara Jepun dan Benderanya (Hinomaru)
Halaman 12 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
13/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
ZAMAN / ERA TAHUN
Zaman Jomon 800 - 399 SM
Zaman Yayoi 300 SM - 300 M
Zaman Yamato 300 - 593
Zaman Asuka 593 710
Zaman Nara 710 784
Zaman Heian 784 1185
Zaman Kamakura 1185 1338
Zaman Ashikaga 1338 1573
Zaman Sengoku Jidai 1460 1573
Zaman Momoyama 1573 1603
Zaman Edo (Tokugawa) 1603 1867
Zaman Meiji (ZamanPemodenan)
1867 1912
Zaman Taisho 1912 1926
Zaman Showa 1926 1989
Zaman Heisei 1989 kiniJadual 1: Kronologi Sejarah Jepun
Sumber: The Japan of Today: Tokyo, the International of Society forEducational Information, 1989, halaman 7-9.
Halaman 13 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
14/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
Visual 2: Gerbang Torri, salah satu lambang agama Shinto
Visual 3: Maharaja Meiji
Halaman 14 daripada 15
-
8/7/2019 Tamadun Jepun v4
15/15
Bincangkan Pembinaan Tamadun Jepun Sehingga Melahirkan Sebuah Negara Jepun Yang Maju
Visual 4: Perdana Menteri Ito Hirobumi
Halaman 15 daripada 15