tanggungjawab pengasuh kanak

Upload: 730123075374

Post on 09-Jul-2015

442 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tanggungjawab Pengasuh Kanak-Kanak TASKA Di rumahPengasuh kanak-kanak taska di rumah antara tanggungjawabnya adalah seperti berikut: (a) menjaga kanak-kanak mengikut tugas yang diberikan. (b) memastikan memberi makan kepada kanak-kanak dijalankan mengikut cadangan oleh Jabatan Kesihatan. (c) memastikan keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. (d) mendapatkan imunisasi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan. (e) menjalani pemerikasaan perubatan sekurang-kurang setahun sekali. (f) memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jika berlaku kemalangan, kecederaan atau jika memerlukan perubatan. (g) memenuhi diet nutrisi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan. (h) mempamerkan contoh kelakuan sama ada pertuturan, tingkahlaku dan penampilan diri semasa di TASKA

Tanggungjawab Pekerja Di TASKAPekerja yang bekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi bertanggungjawab seperti berikut: (a) menjalankan semua arahan yang diarahkan oleh penyelia. (b) menjalankan tugas yang diberi dengan betul dan sempurna. (c) memastikan keselamatan dan kebersihan premis taska. (d) mempamerkan perlakuan yang baik sama ada dalam berkomunikasi, penampilan diri dan lain-lain di taska.

Khas Penyelia TASKA (Bahagian I)Selain tanggungjawab am, penyelia taska juga mempunyai tanggungjawab khas (special) di taska. di antara tanggungjawabnya ialah: (a) memastikan kanak-kanak di taska diselia mengikut keperluan undang-undang dan peraturan. (b) menyelia pengasuh, pekerja dan pengusaha makanan yang menyediakan makanan untuk kanak-kanak di taska. (c) menyelaras semua operasi dan aktiviti yang dirancang di taska. (d) menyediakan laporan harian kepada pengurus taska di tempat kerja dan komuniti. (e) menyediakan laporan harian kepada pengurus taska di institusi (rujuk Bahagian I) tanggungjawab penyelia taska adalah seperti berikut: (f) melaporkan segera kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai yang diberkuasa terhadap sesuatu perkara yang mengancam kebajikan kanakkanak. (g) melaporkan kepada penjaga sesuatu perkara jika disyaki kanak-kanak didera atau teraniaya. (h) langkah segera diambil untuk memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanakkanak jika kanak-kanak memerlukan rawatan perubatan. (i) rujuk kanak-kanak terus kepada pegawai perubatan atau pengamal perubatan yang berdaftar untuk mendapatkan rawatan segera pada kes yang serious atau peristiwa penyakit berjangkit yang mengancam nyawa kanak-kanak. ... Sambungan daripada bahaian II iaitu tanggungjawab khas penyelia di taska. Antara tanggungjawab penyelia adalah seperti berikut:

(j) mempamerkan jadual menu dan aktiviti pada tempat yang boleh dilihat di premis taman asuhan kanak-kanak. (k) memastikan makanan seimbang untuk kanak-kanak disediakan mengikut diet yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan. (l) mematuhi arahan yang ditetapkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (m) mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang ada kaitan dengan pihak berkuasa. (n) memastikan buku lawatan disediakan dan kemaskini. (o) berhubung dengan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak. (p) berusaha mendapatkan kerjasama dan persefahaman daripada ibu bapa atau penjaga berkaitan dengan masyarakat, keselamatan dan tingkahlaku kanak-kanak. (q) mempamerkan perlakuan sama ada pertuturan, tingkahlaku dan penampilan diri semasa di taska tempat kerja dan taska komuniti