tasawwur islam (5) - pendefinisian
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
1/11
Tasawwur Islam : Pendefinisian
(Tingkatan 5)
Bab 1 : Islam dan Harta
Harta Suatu perkara yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambaNya
melalui usaha dan ikhtiar mereka. (boleh memberikan manfaat kepada
pemiliknya).
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
2/11
Bab 2 : Islam dan Hak Milik
Hak Milik Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Hak Milik
Peribadi
Hak milik khusus seseorang individu.
Hak MilikUmum
Harta yang dikhususkan untuk kepentingan awam.
Hak Milik
Negara
Harta yang menjadi hak milik bersama semua warganegara sesebuah negara.
Mencerobohi
Harta
Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah di sisi syarak.
Merosakkan
Harta
Membelanjakan harta pada perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat
kepada pemiliknya atau orang lain.
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
3/11
Bab 3 : Islam dan Pekerjaan
Pekerjaan Satu kegiatan yang dilakukan bagi mendapatkan sumber pendapatan dalam
bentuk wang atau harta yang halal bagi memenuhi keperlua hidup.
Bekerja Kerana
Allah
Melakukan atau mengusahakan sesuatu aktiviti atau kegiatan secara
berterusan untuk mencari nafkah hanya kerana Allah SWT. (juga ibadatkepada Allah SWT jika dibuat dengan ikhlas dan memenuhi syarat-
syaratnya).
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
4/11
Bab 4 : Falsafah dan Sistem Muamalah Islam
Muamalah Satu daripada bahagian fikah yang berhubung dengan tatacara perhubungan
sesama manusia bagi mendapatkan keperluan masing-masing mengikut
ajaran Islam yang berkaitan dengan harta, jual beli, dan perdagangan-
perdagangan yang lain. (satu peraturan yang diturunkan oleh Allah SWTuntuk mengawal manusia dalam mengurus sistem ekonomi dan kewangan
mereka).
Konsep at-
Taawun
Bekerjasama dan tolong-menolong antara satu dengan yang lain dalam
perkara yang membawa kebaikan (gadaian, sewa-menyewa, perniagaan) dan
bekerjasama menjauhi perkara-perkara yang membawa keburukan dan
kebinasaan kepada orang lain (menipu, monopoli, perniagaan berunsur judi,
menganiaya orang lain).
Sedekah Bantuan yang diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan
memerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan mereka.
Zakat Pungutan dan pengagihan harta tertentu yang diuruskan oleh negara melalui
amil-amil zakat.
Sewa-menyewa Perjanjian atau kontrak sewaan ke atas barangan dengan kadar sewa yang
tertentu kerana menggunakan manfaat yang ada pada barang tersebut.
(disediakan bagi memberikan pertolongan kepada orang yang tidak
mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan sesuatu barangan).
Jual Beli Proses tukar-menukar barang dengan barang atau dengan wang secara akad.
(disediakan untuk orang ramai mendapatkan keperluan hidup).
Al-Wadiah Kemudahan orang ramai menyimpan dan melaburkan wang atau harta
mereka kepada pihak yang boleh dipercayai seperti bank.
Berhutang Kemudahan yang diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai harta
tetapi dalam keadaan darurat dan terdesak untuk membolehkan merekamendapatkan wang tunai bagi memenuhi tuntutan hidup mereka.
Ar-Rahn B : Ketetapan
Is : Menjadikan sesuatu barangan yang berharga sebagai cagaran bagi
sesuatu hutang.
Al-Murabahah B : Pertambahan keuntungan
Is : Akad jual beli bagi barangan tertentu.
Al-Takaful B : Menjaga, menjamin, atau memelihara.
Is : Gabungan anggota masyarakat untuk saling-menjamin dan menolong
bagi meringankan beban orang perseorangan serta menjauhi kerosakan
yang menyusahkan.Al-Ijarah B : Sewa
Is : Satu perjanjian yang membolehkan seseorang itu mengambil manfaat
atau faedah daripada milik orang lain dengan membayar bayaran
tertentu.
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
5/11
Al-Mudharabah B : Pelaburan, persamaan atau potongan yang diberikan kepada pengusaha.
Is : Pelabur memberikan modal kepada pihak tertentu untuk diperniagakan
dan keuntungannya dibahagi dua atau sebahagiannya (mengikut
perjanjian yang dipersetujui semasa akad).
Al-Musyarakah B : Berkongsi atau bercampur
Is : Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dankeuntungan dalam sesuatu kegiatan ekonomi.
Al-Bai
Bithaman Ajil
Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan bayaran secara
ansuran termasuk keuntungannya.
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
6/11
Bab 5 : Perundangan Islam
Perundangan
Islam
Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang
merangkumi aspek, akidah, syariat, akhlak, dan sebagainya yang perlu
diyakini dan dipatuhi untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Al-Hadis (2) B : Jalan hidup, kelakuan, watak, dan kebiasaan.Is : Segala yang datang daripada Rasulullah SAW sama ada dalam bentuk
perkataan, perbuatan, atau pengakuan baginda.
Al-Quran (1) B : Bacaan
Is : Kalam Allah SWT yang merakamkan segala kehendak Allah SWT ke atas
manusia dalam perkara akidah, syarak, dan akhlak serta perkara yang
berhubung dengan perundangan Islam.
Al-Ijmak (3) B : Sepakat
Is : Persepakatan pendapat daripada seluruh mujtahid umat Nabi
Muhammad SAW selepas kewafatan baginda dalam suatu masa
mengenai sesuatu hokum syarak.
Al-Qias (4) B : Ukuran atau anggaran
Is : Menghubungkan sesuatu peristiwa atau masalah yang tidak ada nas
untuk menentukan hukumannya dihubungkan dengan sesuatu perkara
yang ditentukan hukumannya oleh nas, sebab kedua-dua peristiwa itu
mempunyai illah (sebab dan musabab) yang sama.
Qadha Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah
dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata.
Ijtihad Suatu usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh untuk menetapkan sesuatu
hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.
Fikah Kefahaman hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid yang diambil
daripada dalil-dalil syarak.
Fatwa Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa mengenai sesuatu hukum
syarak bagi masalah semasa.
Wajib Perintah Allah SWT yang mesti dilaksanakan.
Sunat Perkara yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh agama dan diberi
pahala serta balasan syurga.
Harus Perkara yang diberikan kebebasan seseorang untuk dilakukan atau
ditinggalkan tanpa dikenakan sebarang pembalasan.
Haram Larangan Allah SWT yang mesti ditinggalkan.
Makruh Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan.
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
7/11
Bab 6 : Falsafah Ibadat dalam Islam
Ibadat B : Merendah diri, tunduk, patuh, dan taat.
Is : Pengabdian diri kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan,
pengakuan, dalam hati berlandaskan syariat Allah SWT dan meyakini
bahawa hanya Allah SWT yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan.Ibadat Khusus Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT sama ada fardu atau
sunat. (wajib dan digalakkan ke atas setiap umat Islam yang mukallaf, dan
berdosa jika ditinggalkan).
Ibadat Umum Semua amalan kebajikan yang disyariatkan oleh Allah SWT bagi
menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat demi keharmonian
hidup dan kebaikan bersama. (sama ada berbentuk fardu ain, fardu kifayah,
atau sunat, seperti bekerjasama, tolong-menolong, bekerja mencari nafkah,
dan sebagainya).
Falsafah
Munakahat
Ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga keturunan
secara sah dan bertanggungjawab.
Perkahwinan B : Nikah bermaksud cantum atau kumpul.
Is : Ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah
yang sah untuk hidup sebagai suami isteri secara halal.
Falsafah
Jenayah
Peraturan-peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
terhadap kesalahan yang melibatkan pencerobohan ke atas nyawa, anggota
tubuh badan, dan harta benda manusia. (ditetapkan bagi menjamin
keselamatan manusia dan kestabilan negara).
Jenayah B : Dosa atau kesalahan.
Is : Setiap perbuatan yang diharamkan oleh syarak sama ada berlaku
terhadap agama, diri, nyawa, harta, dan sebagainya.
Takzir B : Mencegah atau menahan.
Is : Kesalahan atau hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak dan
diserahkan kepada budi bicara hakim atau kadi untuk memutuskannya.
Hudud B : Batasan atau sempadan.
Is : Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajib
dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah SWT.
Qisas B : Mengikut sesuatu yang terdahulu.
Is : Hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak melalui al-Quran dan Hadis
kerana kesalahan yang melibatkan nyawa dan kecederaan tubuh badan
manusia.
Diat B : Membayar denda.Is : Membayar denda atau harta yang wajib diberikan kepada waris orang
yang dibunuh sebagai ganti hukum qisas yang tidak dilaksanakan.
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
8/11
Bab 7 : Asas dan Pertimbangan Penyelesaian Masalah Menurut Islam
Penyelesaian
Masalah
Menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yang merangkumi
semua aspek kehidupan seperti kebudayaan, pendidikan, ekonomi, kesenian,
sosial, politik, dan undang-undang.
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
9/11
Bab 8 : Cara Penyelesaian Masalah
Muhasabah Perbuatan menilai diri sendiri.
Tawakal Berserah pada Tuhan selepas berikhtiar.
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
10/11
Bab 9 : Isu, Masalah, dan Cara Penyelesaian Menurut Islam
Perpaduan
Ummah
Sebuah masyarakat yang hidup saling menyayangi dan saling menghormati
anatara satu dengan yang lain. (dibina meliputi semua manusia tanpa
mengira keturunan, warna kulit, pangkat, atau bangsa).
KecemerlanganPendidikan
Kejayaan dalam keperibadian manusia melibatkan perkembangan jasmani,emosi, rohani, dan intelek.
Kekuatan
Ekonomi
Sistem ekonomi yang kukuh dalam semua bidang seperti pengeluaran,
pemasaran dan pendapatan negara. (dapat dicapai dengan menggunakan
segala sumber ekonomi yang dibenarkan oleh syarak untuk membina dan
membangunkan negara).
Jati Diri Ummah Memiliki daya kreativiti, inovatif, dan produktif dalam melaksanakan
pekerjaan. (ummah yang punyai jati diri sentiasa mempunyai wawasan
dalam kehidupan dan mampu menguruskan dri serta menghasilkan
produktiviti yang berkualiti).
Jaminan
Keselamatan
Kesediaan melindungi dan menjamin keselamatan terhadap agama, nyawa,
akal, harta, maruah, dan negara.
Kesaksamaan
Sosial
Keharmonian hubungan sesama manusia untuk menjauhi perkara yang
membawa kepada perpecahan, kekacauan, perbalahan, dan sebagainya.
Bidang Isu 1 Perpaduan sgt penting dalam memastikan kemajuan sesebuah negara. Melalui
perpaduan rakyat, semua perancangan negara dapat dilaksanakan mengikut jadual.
Jika tidak bersatu dan bersengketa, negara menjadi huru-hara dan ekpnomi menjadi
mundur.
Bidang Isu 2 Bangsa yang berpendidikan cemerlang dapat menyumbang kepada kemajuan dan
pembinaan tamadun yang tinggi. Para ulama telah bersepakat bahawa menuntut
ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap umat Islam.
Bidang Isu 3 Kekuatan ekonomi menjadi pemangkin kepada kemajuan & kemakmuran negara,
Islam sentiasa menggalakkan umat Islam spy berusaha untuk memantapkan
ekonomi Negara.
Bidang Isu 4 Jati diri merupakan satu perkara penting dalam membentuk umat Islam yang
mampu berdikari tanpa bergantung pada orang lain untuk memenuhi keperluan
hidup sama ada drpd segi ekonomi, politik, sosial, dan ketenteraan.
Bidang Isu 5 Jaminan keselamatan asas kemajuan & kemakmuran Negara. Dlm Islam, ia
merangkumi jaminan beragama, berpolitik, berfikir, bergerak bebas, dan bekerja
mengumpulkan harta. Dpt melepaskan manusia drpd plbg btk tekanan, paksaan,
penghinaan & perhambaan. Kemakmuran neg tdk tercapai jika rakyat mengabaikan
keselamatan masy & neg.Bidang Isu 6 Allah SWT mewujudkan perbezaan dlm kalangan manusia spy manusia saling
mengenali & saling membantu antara satu dgn yg lain. Islam mewajibkan umat
Islam spy sentiasa menjaga hubungan dan keharmonian antara manusia, tidak
mementingkan diri sendiri, sentiasa merendah diri, tidak bangga diri, dan prihatin
trhdp masalah org lain.
-
8/2/2019 Tasawwur Islam (5) - Pendefinisian
11/11
Bab 10 : Kelebihan Penyelesaian Masalah Menurut Islam
*Tiada definisi