task 5 : agenda tempatan 21
TRANSCRIPT
TASK 5 : AGENDA TEMPATAN 21
NOR NAJWA BINTI RAZALIA155632
Agenda tempatan 21 Kerja-kerja yang diterajui
kerajaan tempatan. Melibatkan masyarakat secara
meluas. Membentuk strategi menyeluruh
dalam melindungi beberapa aspek.
Alam sekitar Kesejahteraan masyarakat
Kemantapan ekonomi
Meliputi bidang kuasa tempatan Memerlukan pengintegrasian , perancangan
dan tindakan dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Perlaksanaan Agenda Tempatan 21
(Local Agenda 21) Bagi Bandar Bukit Sentosa,
Rawang, Selangor
Alam sekitar
Bandar Bukit Sentosa merupakan kawasan yang lebih dikenali sebagai kawasan perindustrian di sekitar Selangor.
Terdapat banyak kilang-kilang dibina di kawasan sekitar Bandar Bukit Sentosa.
Permasalahan timbul apabila terdapat pelbagai jenis kenderaan besar, seperti lori yang keluar masuk sepanjang masa.
Hal ini menyebabkan udara tercemar dengan asap daripada lori tersebut. Terdapat juga beberapa kilang yang melepaskan sisa-sisa kilang mereka ke
udara tanpa mengira kesannya terhadap kualiti udara. Cadangan : Meminimumkan had pergerakan kenderaan besar seperti lori pada satu-satu
masa bagi mengurangkan pencemaran udara. Pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan berkala terhadap kilang
yang melepaskan sisa kilang ke udara dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak kilang.
Mengadakan karnival kesedaran Alam Sekitar yang melibatkan penduduk setempat.
Masalah lambakan pekerja warga asing juga antara isu yang menjadi permasalahan alam sekitar di kawasan Bandar Bukit Sentosa
Kebanyakan mereka membanjiri sektor perkilangan dan bukanlah kesemua mereka datang secara sah.
Penyebaran penyakit yang dibawa oleh mereka menjejaskan kesihatan penduduk tempatan.
Kebiasannya, penyakit mereka dibawa melalui udara dan sukar dikawal.
Cadangan: Mengambil tindakan ke atas majikan yang menggaji mereka yang
datang secara haram. Menghantar pulang kesemua yang datang secara haram dan nama
mereka disenarai hitam daripada memasuki Malaysia. Melakukan pemeriksaan berkala kesihatan pekerja asing dan juga
penduduk setempat.
Kemantapan ekonomi
Bandar Bukit Sentosa kini merupakan antara tumpuan masyarakat disekelilingnya kerana kepesatan pembangunannya dari aspek yang pelbagai.
Tahap ekonomi yang memberansangkan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di sesebuah bandar.
Walaupun sudah menjadi tumpuan masyarakat di sekeliling dan melalui proses peningkatan ekonomi, masih memerlukan penambahbaikan.
Cadangan: Menyediakan ruang pekerjaan yang dikhaskan kepada penduduk setempat
dan bukanlah kepada warga asing. Menyediakan pusat kemahiran bagi belia setempat bagi mengasah bakat
dalam sesuatu bidang yang dapat membawa pulangan yang menguntungkan.
Meningkatkan tahap intelektual dalam bidang IT dikalangan masyarakat setempat.
Menggalakkan kemasukan penduduk luar dari Bandar Bukit Sentosa untuk bekerja
Kesejahteraan masyarakat
Cadangan : Pihak berkuasa sentiasa peka dengan permasalahan di sekitar
kawasan Bandar Bukit Sentosa. Mengambilkira kepentingan sosial dan ekonomi penduduk
setempat. Melakukan penambahbaikan pada setiap kerosakan yang
terdapat di sekitar kawasan Bandar Bukit Sentosa sebagai contoh ampu isyarat dan sebagainya.
Mengurangkan jurang antara kaum yang berlainan terutama Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti penduduk di kawasan Bandar Bukit Sentosa.
Melakukan pemantauan yang kerap bagi mengurangkan masalah jenayah di kawasan Bandar Bukit sentosa.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, perlaksanaan Agenda Tempatan 21 di Bandar Bukit Sentosa merupakan antara perkara yang memerlukan perancangan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi merealisasikannya. Pelbagai aspek perlu dititiberatkan terutama dari isu alam sekitar, ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat yang menjadi antara aspek utama. Tanggungjawab dan kerjasama adalah perlu dari pelbagai pihak untuk menjadikan Bandar Bukit Sentosa sebuah bandar yang mapan dan lestari.