tatacara sebut harga kantin 2013.docx

6
PEJABAT AM: 7418000 ( 7418019/7418112/113 - Unit HEM ) Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Kelantan Tuan, PELANJUTAN PERJANJIAN PENYEWAAN PENGURUSAN KANTIN DAN TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH TAHUN 2013-2014 Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Pihak pentadbir sekolah dipohon mengambil tindakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Unit HEM (Kesihatan), Jabatan Pelajaran Kelantan dalam urusan pelanjutan perjanjian penyewaan kantin dan tawaran sebut harga kantin sekolah tahun 2013-2014 seperti lampiran 1 . 3. Jawatankuasa Kantin Sekolah dipohon agar tidak menyambung perjanjian penyewaan kantin (2+1) kepada petender kantin, jika:- 3.1 Berlaku kes keracunan makanan di kantin sekolah yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan 3.2 Markah yang diperolehi kurang 70% dari hasil pemantauan Jabatan Pelajaran Kelantan, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Kesihatan Kelantan 3.3 Petender tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (HJH. ROSNAH BT HJ. WAN IBRAHIM) Ruj.Kam i Tarikh : : JPKn/SPPK/1601/03/601 ( ) 26 Julai 2012 06 Sya’aban1433 H

Upload: nik-mohd-zawawi

Post on 13-Dec-2015

486 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: tatacara sebut harga kantin 2013.docx

PEJABAT AM: 7418000 ( 7418019/7418112/113 - Unit HEM )

Semua Pengetua/Guru BesarSekolah Menengah dan Rendah Negeri Kelantan

Tuan,

PELANJUTAN PERJANJIAN PENYEWAAN PENGURUSAN KANTIN DAN TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH TAHUN 2013-2014

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Pihak pentadbir sekolah dipohon mengambil tindakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Unit HEM (Kesihatan), Jabatan Pelajaran Kelantan dalam urusan pelanjutan perjanjian penyewaan kantin dan tawaran sebut harga kantin sekolah tahun 2013-2014 seperti lampiran 1.

3. Jawatankuasa Kantin Sekolah dipohon agar tidak menyambung perjanjian penyewaan kantin (2+1) kepada petender kantin, jika:-

3.1 Berlaku kes keracunan makanan di kantin sekolah yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan

3.2 Markah yang diperolehi kurang 70% dari hasil pemantauan Jabatan Pelajaran Kelantan, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Kesihatan Kelantan

3.3 Petender tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HJH. ROSNAH BT HJ. WAN IBRAHIM)Ketua SektorSektor Pengurusan Pembangunan Kemanausiaanb.p. Pengarah Pelajaran Negeri KelantanJabatan Pelajaran Kelantan

HJHRWI/mas12/Perl.Perj. Kantin & Twrn Sebutharga

Ruj.Kami Tarikh

: :

JPKn/SPPK/1601/03/601 ( ) 26 Julai 201206 Sya’aban1433 H

Page 2: tatacara sebut harga kantin 2013.docx

LAMPIRAN 1

TINDAKAN PELANJUTAN PENYEWAAN KANTIN SEKOLAH (2+1) TAHUN 2013

TARIKH TINDAKAN PELANJUTAN PENYEWAAN KANTIN SEKOLAH

15.07.2012hingga31.07.2012

Pengusaha kantin dua tahun perkhidmatan dan berminat untuk menyambung perkhidmatan perlu menghantar surat permohonan kepada pihak sekolah (Tidak layak bagi pengusaha yang telah diberi tambahan satu tahun atau disambung).

01.08.2012hingga15.08.2012

Jika terdapat permohonan daripada pengusaha kantin, J/Kuasa Pemilihan Sebut Harga Kantin hendaklah bermesyuarat untuk membuat keputusan menyambung perkhidmatan atau sebaliknya dan hantar surat rasmi jawapan kepada pengusaha kantin yang memohon.

16.08.2012hingga31.08.2012

Bagi perkhidmatan kantin yang disambung satu tahun lagi mesti buat perjanjian tambahan setahun pada bulan November 2012 (Seperti dalam buku Panduan Pengurusan Kantin Edisi 2011, muka surat 101-102).

BAGI SEKOLAH TERLIBAT PERSEDIAAN BUKA SEBUT HARGA (TAHUN 2013-2014)

TARIKH TINDAKAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH 2013 HINGGA 2014

16.08.2012hingga31.08.2012

Jawatankuasa kantin sekolah bermesyuarat persediaan buka sebut harga baru. Jawatankuasa Teknikal perlu menyediakan borang sebut harga dan notis sebut harga. Sila rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin edisi 2011 m/s 84 – 91.

01.09.2012hingga30.09.2012

Sebut harga kantin tahun 2013-2014 dibuka kepada orang ramai mulai 1.9.2012 hingga 30.9.2012 (Notis sebut harga perlu disebarkan dengan menampal notis di tempat-tempat awam yang sesuai).

Borang sebut harga boleh diperolehi di pejabat sekolah pada waktu pejabat dan diberi percuma.

Semua permohonan dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang berkunci.

Pada jam 12.00 tengahari 30.9.2012 permohonan sebut harga ditutup.

01.10.2012hingga07.10.2012

Jawatankuasa Buka Sebut Harga bermesyuarat dan membuka peti sebut harga.

Semua sampul sebut harga dibuka dan direkodkan Jawatankuasa Buka Sebut Harga :- Pengerusi : PK Pentadbiran

Setiausaha : Guru kantin AJK : Seorang guru

08.10.2012Hingga25.10.2012

Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga Kantin bermesyuarat dengan meneliti senarai pemohon dan memilih pembida (pemohon) yang berjaya.

Page 3: tatacara sebut harga kantin 2013.docx

Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga Kantin :- Pengerusi : Pengetua/G. Besar Setiausah : PK HEM AJK : Penolong Kanan Guru Penolong Wakil JPN/PPD (Sek. Rendah Sahaja)

Had AmaunSebut Harga

Organisasi Pengerusi Ahli

Sehingga RM200,000.00

Sekolah Menengah PTJ/Bukan PTJ

Pengetua Sekurang-kurangnya dua (2) pegawai kanan Sekolah

Sekolah Rendah PTJ/Bukan PTJ

Guru Besar Dua orang pegawai kanan sekolah

Seorang wakil JPN/PPD Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Guru Besar dipohon menghantar surat jemputan kepada wakil JPN/PPD (DG41 ke atas) untuk menghadiri mesyuarat sebut harga kantin dan mengesah kehadirannya pada hari mesyuarat.

Selepas sahaja mesyuarat sebut harga kantin, minit mesyuarat sebut harga kantin dan borang lampiran 2, mesti dipos laju SEGERA kepada Pegawai Pelajaran Daerah (u.p: ).

26.10.2012hingga08.11.2012

Keputusan mesyuarat sebut harga kantin dihantar ke Unit HEM, PPD untuk dimasuk ke pengkalan Data Petender Kantin di Jabatan Pelajaran Kelantan

09.11.2012hingga15.11.2012

Pembida (Pemohon) yang berjaya dimaklumkan melalui surat yang disediakan oleh pihak sekolah. Salinan surat kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

Hantar surat kepada pembida yang tidak berjaya dan wang pertaruhan dikembalikan

Perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah dibuat selama 24 bulan (1 Disember 2012 – 30 November 2014), sila rujuk perjanjian penyewaan kantin sekolah dalam buku panduan pengurusan kantin edisi 2011 m/s 92-100.

16.11.2012hingga29.11.2012

Pengetua/Guru Besar memanggil pembida yang berjaya untuk berbincang tentang perkhidmatan pengurusan kantin sekolah.

Pengetua/Guru besar menyerah kunci kantin kepada pengusaha berjaya. (Pastikan bayaran sewaan, Deposit kantin, Deposit Air, Elektrik dibayar oleh petender kantin dan dikeluarkan resit).

LAMPIRAN 2

Nama Sekolah : _________________________________________________________________

Page 4: tatacara sebut harga kantin 2013.docx

Alamat : __________________________________________________________________

: __________________________________________________________________

No. Telefon Sekolah : __________________________________________________________________

No. H/P Pengetua/Guru Besar : ____________________________________________________________

Kepada

Pegawai Pwlajaran DaerahPejabat Pelajaran Daerah(u.p: - Unit HEM)

Tuan,

LAPORAN PEMILIHAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH 2013-2014

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2. Mesyuarat pemilihan sebut harga kantin sekolah 2013-2014 telah diadakan pada ______________ dan bersama surat ini disertakan minit mesyuarat tersebut.

3. Ahli mesyuarat pemilihan sebut harga sekolah ini seperti berikut:-

Pengerusi (nama) ______________________________ Jawatan _________________________________

Setiusaha (nama) ______________________________ Jawatan _________________________________

AJK (nama) ______________________________ Jawatan _________________________________

______________________________ Jawatan _________________________________

4. Senarai pemohon yang hantar borang sebut harga kantin sekolah 2013-2014:-

Bil Nama Pembida dan Alamat Harga Sewaan No. IC Pembida

5. Jawatankuasa pemilihan sebut harga kantin 2013-2014 memutuskan untuk memberi kepada:-

Nama Pembida Yang Berjaya No. IC Pembida

Nama Syarikat Pembida Yang Berjaya

6. Pihak sekolah akan memaklumkan kepada pembida yang berjaya dan yang tidak berjaya selepas 09 November 2012. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………(Pengetua/Guru Besar)Cop Rasmi

*Pos laju dengan SEGERA kepada (u.p : - Unit HEM, PPD)