tatakelakuan pilihan yang betul - aigcorporate.com coc... · dan mengikut budaya aig, ... dan...
TRANSCRIPT
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 1 —
Perutusan daripada AIG
Rakan sekerja yang dihormati,
Dengan reputasi selama lebih daripada 95 tahun,
sebagai syarikat insurans antarabangsa yang
terkemuka, AIG terus menjadi harapan syarikat-
syarikat, dan masyarakat, untuk membantu mereka
menampung kerugian, merancang masa depan dan
persaraan mereka. Kami amat bangga dengan
perniagaan yang kami jalankan kerana ia
membolehkan kami membantu mereka yang perlu –
membina dunia yang lebih selamat.
Pencapaian dan reputasi kami adalah hasil daripada
amanah yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan,
rakan perniagaan, pemegang saham, dan seluruh
masyarakat di mana kita menjalankan perniagaan.
Kita memperoleh dan memelihara amanah yang
diberikan ini setiap hari dengan menunaikan janji kita
dan bersikap etika. Oleh itu, tindakan berasaskan
standard integriti yang tertinggi adalah keutamaan
nombor satu bagi kami.
Kita mengambilKod Etika ini sebagai alat yang
penting untuk membimbing tindakan dan keputusan
yang kami ambil. Kod ini tidak boleh dikatakan
komprehensif, dan tidak boleh menggantikan
sebarang pertimbangan yang wajar; ia adalah
ringkasan taraf-taraf yang bertujuan untuk
memelihara integriti seluruh AIG.
Dan mengikut budaya AIG, kita diberikan kuasa
untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.
Oleh itu,kita harus mengetahui kaedah-kaedah jalan
sebelum membuat sebarangkeputusan atau tindakan
tersebut. Sila ambil masa untuk membaca dan
memahami Kod ini supaya kita boleh mengambil
tindakan berasaskan isi tersurat dan tersirat Kod ini
untuk merealisasikan komitmen kita dengan pihak
berkepentingan kita, dan antara satu sama lain.
Dengan itulah kita dapat melindungi reputasi kami
dan memastikan kita akan sentiasa bersedia untuk
membantu para pelanggan kami dalam 95 tahun
akan datang dan seterusnya.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Peter Hancock
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 2 —
Mesej daripada Ketua Pegawai Pematuhan Rakan Sekerja yang Dihormati: Peraturan-peraturan yang dinyatakan dalam Kod Etika ini adalah sesuatu yang kita perlu tahu dan ingat semasa menjalankan sebarang aktiviti bagi pihak AIG. Kod ini bukan hanya menggambarkan nilai-nilai yang kita percaya penting untuk menjalankan bisnes yang baik, tetapi juga memastikan kita mengikut undang undang yang berkaitan sebagai sebuah syarikat yang berdaftar. Pematuhan kepada undang-undang dan standard etika ini akan membantu kita elak daripada menjejaskan reputasi dan bisnes kita. Walaupun kita semua berusaha untuk bekerja dengan penuh integriti, sesetengah keadaan boleh menjadi amat mencabar dan mungkin menimbulkan persoalan mengenai tindakan sesuai yang perlu diambil. Kod ini bertujuan untuk membantu memberi panduan dalam situasi seperti ini, walaupun ia bukan sumber yang komprehensif. Jika anda mempunyai sebarang persoalan khusus yang berkaitan dengan keadaan, perniagaan atau fungsi bahagian anda, sila ajukan persoalan anda kepada kami. Kami memandang pematuhan Kod ini dengan serius, dan saya meminta semua kakitangan untuk bersuara jika terlihat sesuatu yang melanggar prinsip ini. Jangan teragak-agak untuk bertanya jika anda mempunyai sebarang soalan atau pendapat. Integriti yang dipegangi setiap kakitangan AIG adalah kunci kejayaan kita. Integriti ini memberikan keyakinan kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan, dan masyarakat bahawa kita akan sentiasa bersedia untuk membantu apabila mereka memerlukan kita pada masa hadapan, dan memastikan pihak-pihak berkepentingan, termasuk pengawal selia dan pelabur, yakin atas kekuatan dan kebolehpercayaan AIG. Kedua-dua isi tersurat dan tersirat Kod Etika ini membenarkan kita kekal sebagai peneraju industri, dan juga membantu mempertahankan penghormatan yang diberi oleh rakan niaga, rakan sekerja dan masyarakat di sekeliling kita. Karen Nelson
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 3 —
Jadual KandunganVisi Kita, Nilai Kita .................................................................................................................... 1
Perutusan daripada AIG ........................................................................................................... 2
Menyampaikan Komitmen Kita ................................................................................................ 5
Kepada siapa Tatakelakuan ini diaplikasikan?
Tanggungjawab Individu
Tanggungjawab Tambahan untuk Pengurus
Bertanya Soalan dan Membangkitkan Kemusykilan
Bertanya Soalan dan Membangkitkan Kemusykilan – S&J
Dasar Bukan Tindak Balas
Disipilin
Pengecualian Tatakelakuan
Menyampaikan Komitmen Kita – S&J
Komitmen Kita Kepada Yang Lain ........................................................................................... 9
Kepelbagaian dan Peluang Global
Menghormati Orang Lain
Tempat Kerja Yang Selamat, Sihat dan Terjamin
Penggunaan Alkohol dan Dadah
Komitmen Kita Kepada Yang Lain – S&J
Privasi Pekerja
Komitmen Kita dalam Pasaran .............................................................................................. 12
Privasi Pelanggan dan Keselamatan Data
Konflik Kepentingan
Peluang Korporat
Hubungan Peribadi
Aktiviti Luar
Hadiah dan Hiburan
Hadiah dan Hiburan untuk Pegawai Kerajaan, Pekerja atau Agen
Hubungan dengan Rakan Niaga Kita
Kepelbagaian Pembekal
Berurusan secara Adil
Anti Amanah dan Persaingan Adil
Maklumat Persaingan
Komitmen Kita dalam Pasaran – S&J
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 4 —
Jadual Kandungan (bersambung)
Komitmen Kita kepada Pemegang Saham Kita ................................................................... 20
Laporan Kewangan
Rekod Perniagaan yang Tepat
Pengurusan Rekod
Melindungi Sumber AIG
Harta Fizikal
Keselamatan Peribadi
Harta Intelek
Dana
Sistem Teknologi Maklumat
Komitmen Kita kepada Pemegang Saham Kita – S&J
Komitmen Kita sebagai Warga Korporat .............................................................................. 24
Kemapanan
Sumbangan Kebajikan
Aktiviti Politik
Perdagangan Dalam Sekuriti
Pencegahan Pengubahan Wang Haram
Sekatan Ekonomi, Anti-boikot dan Undang-Undang Kawalan Eksport
Berkomunikasi dengan Orang Ramai
Berkomunikasi dengan Pengawal Selia dan Pegawai Kerajaan Yang Lain
Media Sosial
Perniagaan Kerajaan
Anti Rasuah dan Sogokan
Komitmen Kita sebagai Warga Korporat – S&J
Dalam Tatakelakuan ini, ‘AIG’ merujuk kepada American International Group, Inc. dan anak syarikatnya di
seluruh dunia. Unit perniagaan dan bidang kuasa mungkin mempunyai Tatakelakuan lain yang selaras
dengan atau yang lebih ketat daripada Tatakelakuan ini. Tatakelakuan ini mungkin mengenakan
tanggungjawab tambahan ke atas pekerja dalam unit perniagaan dan bidang kuasa. Kemusykilan tentang
konflik yang mungkin berlaku antara peruntukan Tatakelakuan ini dan undang-undang tempatan mesti
dilaporkan kepada pegawai pematuhan.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 5 —
Menyampaikan Komitmen Kita
Teras perniagaan AIG adalah janji kita bahawa kita akan berdiri di belakang
produk dan perkhidmatan. Integriti peribadi dan organisasi adalah kritikal kepada
penyampaian janji ini dan melindungi reputasi kita.
Menyampaikan komitmen kita sangat penting untuk
pekerja, pelanggan, rakan kongsi niaga, pemegang
saham, dan komuniti, di mana kita berada dan
berniaga.
Kepada siapa Tatakelakuan ini
diaplikasikan?
Tatakelakuan AIG (“Tatakelakuan”) memberi panduan
etika untuk menjalankan perniagaan bagi pihak
semua syarikat AIG. Tatakelakuan ialah sumber untuk
semua pegawai dan pekerja AIG. Tatakelakuan tidak
mampu menyelesaikan semua isu yang mungkin kita
hadapi tetapi ia dapat memberi bimbingan dan
sumber bagi senario apabila pilihan yang betul masih
kurang jelas. Maklumat tambahan, termasuk
peraturan dan dasar yang berkaitan, boleh didapati di
pautan sepanjang dokumen ini dan dalam dasar
korporat kita.
Sesetengan rakan kongsi niaga AIG, contohnya agen
dan perunding, mewakili AIG berhadapan dengan
orang ramai, dan mereka dijangka untuk mematuhi
semangat Tatakelakuan, Tatakelakuan Pihak Ketiga
AIG, dan mana-mana peruntukan undang-undang
kontrak, semasa bekerja bagi pihak syarikat AIG.
AIG adalah organisasi yang besar, namun kita tetap
bersatu dengan komitmen kita untuk menunaikan
semua janji kita. Kita semua bertanggungjawab untuk
memperoleh amanah yang sudah ada dalam diri kita.
• Pekerja kita mempercayai kita untuk menghargai
dan menghormati mereka.
• Pelanggan dan rakan kongsi niaga kita
mempercayai integriti kita.
• Pemegang saham kita mempercayai pengawasan
kita.
• Komuniti seluruh dunia bergantung kepada kita
menjadi warga korporat yang bertanggungjawab.
Tatakelakuan ini disusun berdasarkan komitmen yang
kita sampaikan kepada setiap kumpulan ini.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 6 —
Tanggungjawab Individu
Memenuhi tanggungjawab kita membolehkan
perniagaan kita untuk berjaya, berkembang, hari ini
dan pada masa hadapan.
Kita semua dikehendaki untuk:
• Memahami dan bertindak selaras dengan
Tatakelakuan ini, Dasar AIG, dan undang-undang
serta peraturan yang berkaitan.
• Mendapatkan bimbingan daripada pengurusan,
kakitangan pematuhan atau penasihat undang-
undang AIG sekiranya anda mempunyai soalan.
• Melaporkan dengan segera kemusykilan tentang
perlanggaran Tatakelakuan ini atau undang-undang
dan peraturan yang diaplikasi kepada pengurusan
atau mana-mana sumber yang tertera di muka
surat seterusnya.
• Mengambil bahagian dalam latihan etika dan
pematuhan untuk memastikan kita tahu standard
dan jangkaan terkini.
Tiada sebab, termasuk keinginan untuk mencapai
matlamat perniagaan, boleh menjadi alasan untuk
melanggar Tatakelakuan ini, Dasar AIG, undang-
undang atau peraturan.
Tanggungjawab Tambahan untuk
Pengurus
Setiap Pengurus dijangkakan untuk memenuhi
tanggungjawab tambahan berikut:
• Berkhidmat sebagai model peranan dengan
menunjukan piawaian etika tertinggi dan
mewujudkan serta mengekalkan budaya amanah,
kejujuran, integriti, dan hormat-menghormati.
• Menjadi sumber untuk pekerja. Memastikan
mereka sedar, memahami, dan mengetahui cara
untuk melaksanakan Tatakelakuan ini, dasar AIG,
dan undang-undang dan peraturan dalam kerja
harian mereka.
• Dapatkan bantuan daripada pengurus atau
penasihat undang-undang AIG, pegawai
pematuhan atau profesional sumber manusia
apabila kurang pasti mengenai tindakan balas yang
sesuai untuk keadaan tertentu.
• Bertindak Proaktif. Mengambil tindakan sewajarnya
untuk mencegah dan mengenal pasti salah laku.
Laporkan keadaan yang mungkin memberi kesan
kepada keupayaan pekerja untuk bertindak secara
beretika bagi pihak AIG.
Bertanya Soalan dan Membangkitkan
Kemusykilan
Kebanyakan kemusykilan yang sering dihadapi
semasa kerja boleh diselesaikan melalui
perbincangan dan kerjasama dengan pengurusan,
Sumber Manusia atau pegawai pematuhan unit
perniagaan. Tambahan pula, pekerja mungkin
bertanya soalan, membangkitkan kemusykilan atau
melaporkan keadaan yang tidak mematuhi
Tatakelakuan ini, dasar AIG, atau undang-undang
atau peraturan dengan menghubungi mana-mana
yang disenaraikan berikut:
• Kumpulan Pematuhan Global AIG di 1-646-857-
1877 atau e-mel
• Talian Bantuan Pematuhan AIG di 1-877-244-
2210 atau melalui internet, di
www.aigcompliancehelpline.com. Talian Bantuan
Pematuhan tersebut dikendalikan oleh pihak ketiga
bebas yang menyediakan laporan bertulis kepada
Kumpulan Pematuhan Global AIG. Komunikasi di
Talian Bantuan boleh dibuat dengan identiti
dirahsiakan, tertakluk kepada undang-undang
tempatan, dan boleh dibuat dalam pelbagai bahasa.
Bagi sebarang kemusykilan yang berkaitan dengan
perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau
perkara audit, pekerja boleh menghubungi salah satu
daripada tertera di atas (tanpa mendedahkan identiti
melalui Talian Bantuan) atau mengemukakan
kemusykilan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga
Pengarah AIG dengan e-mel di
Ujian Tajuk Utama
Bagi membuat keputusan yang lebih baik
• Adakah Ia Sah Di Sisi Undang-undang?
• Adakah ia selaras dengan Nilai dan Dasar AIG?
• Adakah ia Sesuai dan Jujur?
• Bagaimana tindakan saya akan diterima jika ia muncul dalam
Suratkhabar?
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 7 —
S&J Bertanya Soalan dan Membangkitkan
Kemusykilan
S: Apakah yang akan berlaku sekiranya saya
membuat laporan kepada Talian Bantuan
Pematuhan AIG?
J: Selepas menjawab panggilan itu, pembekal
perkhidmatan luaran akan menghantarkan
laporan kepada Kumpulan Pematuhan Global
AIG. Jika laporan tersebut dihantar secara
dalam talian, pembekal perkhidmatan akan
menghantar laporan itu terus kepada
Kumpulan Pematuhan Global.
1. Jika anda meminta nasihat, anda akan
dihubungi berkenaan isu itu dan bimbingan
serta tafsiran akan diberikan supaya anda
boleh membuat keputusan yang betul.
2. Jika anda ingin membuat laporan tentang
salah laku yang mencurigakan, pembekal
perkhidmatan luaran akan mencatatkan
maklumat berkaitan dan akan menghantar
satu laporan kepada Kumpulan Pematuhan
Global. Sebarang laporan berkenaan
perakaunan, kawalan perakaunan dalaman,
dan perkara audit yang boleh dipersoalkan
akan dikaji bersama-sama dengan wakil
Audit Dalaman dan kemudian, jika perlu,
dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit
Lembaga Pengarah AIG.
3. Jika perkara tersebut lebih sesuai ditangani
oleh organisasi dalaman yang lain AIG (cth.,
undang-undang, Audit Dalaman,
Keselamatan Global atau Sumber Manusia),
Kumpulan Pematuhan Global akan
menghantar laporan kepada organisasi
tersebut untuk pengendalian.
BERTANYA SOALAN DAN MEMBANGKITKAN KEMUSYKILAN (bersambung)
S: Bolehkah saya melaporkan salah laku dan
identiti masih kekal dirahsiakan?
J: AIG menggalakkan pekerja membuat laporan
dengan menmberitahu identiti supaya
maklumat boleh disiasat dengan segera dan
teliti. Keupayaan kita menghubungi pekerja
tertentu yang mengemukakan kemusykilan itu
akan mempercepatkan siasatan. Walaupun,
tertakluk kepada undang-undang tempatan
atau perjanjian buruh, anda boleh meminta
sama ada nama dirahsiakan semasa
melaporkan suatu perkara kepada Talian
Bantuan Pematuhan AIG.
S: Bagaimana dengan kerahsiaan dan
hukuman?
J: Setiap tindakan yang wajar akan diambil,
selaras dengan undang-undang dan dasar
AIG, untuk mengekalkan kerahsiaan mana-
mana pekerja yang melaporkan salah laku
atau salah laku yang mencurigakan dengan
niat baik dan melindungi pekerja itu daripada
dikenakan hukuman.
Dasar Bukan Tindak Balas
AIG melarang tindakan balas terhadap mana-mana
pekerja yang membuat laporan dengan niat baik
tentang perlanggaran Tatakelakuan ini yang sebenar
atau mencurigakan, Dasar AIG yang lain, atau
undang-undang atau peraturan yang berkuatkuasa,
dan tindakan disipilin akan dikenakan ke atas
perlanggaran terhadap dasar ini.
Disipilin
Perlanggaran Tatakelakuan ini, Dasar AIG yang lain,
atau undang-undang atau peraturan yang
berkuatkuasa, atau menggalakkan orang lain untuk
berbuat demikian, menjejaskan reputasi AIG dan
dengan itu tindakan disiplin boleh dikenakan.
Kegagalan untuk melaporkan salah laku orang lain
juga dianggap sebagai perlanggaran Tatakelakuan ini.
Disiplin termasuk penamatan pekerjaan dan
kehilangan kebaikan berkaitan dengan pekerjaan.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 8 —
S&J Pengecualian Tatakelakuan
Dari semasa ke semasa, AIG boleh meminda atau
mengecualikan peruntukan tertentu dalam
Tatakelakuan ini. Mana-mana pekerja yang
mempercayai pengecualian mungkin lebih sesuai
perlu membincangkan perkara itu dengan pegawai
pematuhan unit perniagaan. Hanya Lembaga
Pengarah AIG atau Pencalonannya dan
Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat boleh
memberikan pengecualian peruntukan tertentu
Tatakelakuan untuk pegawai eksekutif AIG.
Menyampaikan Komitmen kita
S: Unit Perniagaan Saya menetapkan
beberapa matlamat yang patut dicapai.
Kadang kala saya berasa tertekan untuk
melanggar Tatakelakuan ini demi mencapai
semua matlamat itu. Adakah ini diterima?
J: Tidak. Walaupun perniagaan yang berjaya
sering menetapkan matlamat tinggi dan
berusaha untuk mencapainya, anda tidak
sepatutnya melanggar Tatakelakuan atau
dasar AIG yang lain demi mencapai matlamat
anda.
S: Pengurus kita biasanya tidak membuat
sebarang tindakan apabila kemusykilan
salah laku yang mencurigakan dibawa
kepada perhatian beliau. Beliau sudah
mewujudkan keadaan sukar untuk rakan
sekerja yang membangkitkan isu itu. Kini
saya mempunyai satu masalah: seorang
rakan sekerja sedang melakukan sesuatu
yang salah. Apakah yang perlu saya
lakukan?
J: Bersuara. Tatakelakuan kita mengatakan
bahawa anda perlu melaporkan salah laku
dan anda boleh melakukannya tanpa takut
terhadap tindakan balas. Walaupun laporkan
kepada pengurus anda biasanya ialah cara
yang terbaik untuk menyuarakan kemusykilan,
sekiranya anda tidak percaya cara itu paling
sesuai, anda perlu berbincang dengan ahli
pengurusan yang lain, sumber manusia, atau
terus kepada pegawai pematuhan unit
perniagaan. Tambahan pula, anda boleh
menghubungi atau e-mel Talian Bantuan
Pematuhan AIG.
S: Jika saya berasa salah satu undang-
undang tempatan bercanggah dengan
Tatakelakuan, apakah yang saya perlu
lakukan?
J: Sekiranya anda percaya undang-undang
tempatan bercanggah dengan Tatakelakuan
ini, sila berbincang dengan pegawai
pematuhan anda.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 9 —
Komitmen Kita Kepada Yang Lain
Syarikat AIG sudah menjadi pemimpin sedunia dalam bidang insurans melebihi 85
tahun sebab kita sering percaya dalam kekuatan individu berbakat dan kepelbagaian
untuk membentuk nilai dan melaksanakannya untuk pelanggan dan pemegang saham.
Kepelbagaian dan Peluang Global
AIG berusaha untuk menggaji dan menggalakkan
bakat terbaik melalui penyediaan persekitaran yang
dinamik yang menarik perhatian bakat yang
mempunyai pelbagai kemahiran dan idea. Termasuk
kepelbagaian tenaga kerja yang mendorong invovasi
dan mempertingkatkan kedudukan kita sebagai
pemimpin pasaran global.
AIG bergantung kepada sumbangan orang tempatan
yang paling memahami budaya dalam negara dan
bidang kuasa yang kita berurus niaga. AIG sering
berkomitmen untuk menggaji pakar tempatan dan
menyediakan persekitaran perniagaan positif,
peluang kepimpinan, dan pampasan yang wajar
untuk bakat tempatan.
AIG menyediakan peluang kepada pekerja untuk
belajar, cemerlang dalam pekerjaan mereka,
berkembang maju dengan organisasi dan menikmati
keuntungan dari segi kewangan.
Menghormati Orang Lain
Menghormati orang lain bermaksud kita tidak
mendiskriminasi atas dasar kaum, warna, agama,
seks, negara asal, umur, ketidakupaayaan,
perkhidmatan tentera, tahap perkahwinan atau
orientasi seksual.
Hormat-menghormati juga bermaksud menghargai
perbezaan antara satu sama lain. Kita menghormati
pendapat satu sama lain dan tidak patut melayan
orang lain dengan cara mencaci, menganggu atau
mengancam.
Tanda Amaran!
Gangguan
• Isyarat atau sentuhan fizikal yang tidak
diingini.
• Paparan gambar seksual yang eksplisit atau
menyinggung perasaan atau sebarang bahan
lain.
• Jenaka atau komen yang berunsurkan seks
atau menyinggung perasaan (eksplisit atau
melalui petunjuk).
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 10 —
S&J
Tempat Kerja Yang Selamat, Sihat dan
Terjamin
AIG komited untuk mengendalikan perniagaan dalam
keadaan yang menjamin kesihatan, keselamatan dan
perlindungan pekerja dan pelanggan semasa mereka
berada dalam premis AIG. Situasi yang boleh
menimbulkan bahaya pada kesihatan, keselamatan
atau alam sekitar mesti dilaporkan segera kepada
pengurusan atau Keselamatan Global.
Bagi mengelakkan perlanggaran keselamatan,
ancaman, kerugian, dan pencurian, ia memerlukan
semua pekerja kekal berwaspada di tempat kerja dan
semasa melaksanakan urusan AIG. Hubungi pihak
pengurusan atau Keselamatan Global jika mendapati
sebarang isu yang mungkin menjejaskan
keselamatan AIG, kesediaan kecemasan, atau
kebakaran dan kesediaan keselamatan nyawa.
Penggunaan Alkohol dan Dadah
Mengguna, menjual, memiliki atau bekerja di bawah
pengaruh dadah haram di AIG adalah dilarang sama
sekali. Penggunaan alkohol yang berlebihan atau
tidak sesuai semasa melaksanakan tugas untuk AIG
juga dilarang sama sekali.
Komitmen Kita Kepada Yang Lain
S: Pengurus saya dan beberapa orang rakan
sekerja bergurau dengan jenaka yang
berunsurkan seks menyebabkan saya berasa
amat jijik. Saya tidak mengadu sebab saya tahu
mereka akan beritahu saya supaya menjaga
tepi kain sendiri atau saya akan timbulkan
masalah tanpa sebab. Adakah mereka betul?
J: Tidak, mereka salah. Jenaka yang berunsurkan
seks dan menyinggung perasaan, walaupun dalam
perbualan peribadi yang mungkin didengar orang
lain dengan secara tidak sengaja, boleh menjadi
gangguan. Pertama, anda perlu berbincang
dengan pengurus dan rakan sekerja anda. Jika
cara ini tidak berkesan, atau anda berasa kurang
selesa untuk berbuat demikian, berbincang dengan
wakil Sumber Manusia atau menghubungi pegawai
pematuhan unit perniagaan.
S: Bukankah kepelbagaian hanya isu di A.S.?
Kenapa ia terkandung dalam Tatakelakuan
untuk perusahaan global seperti AIG?
J: Kepelbagaian adalah isu di seluruh dunia. Kita
selalu bekerja bersama-sama untuk menggunakan
bakat yang unik dan kepelbagaian perspektif
tenaga kerja global. Kepelbagaian ialah salah satu
faktor yang menyumbang kepada kejayaan AIG.
Bagi membuat keputusan yang baik dan
berkhidmat kepada pelanggan kita di seluruh dunia,
kita memerlukan spektrum perspektif dan latar
belakang yang luas.
S: Saya terdengar pengurus saya sedang
berbincang dengan salah seorang rakan kerja
beliau tentang maklumat peribadi yang
terkandung dalam rekod perubatan salah
seorang rakan kerja lain. Apakah yang perlu
saya lakukan?
J: Maklumat Perubatan adalah sulit dan dianggap
sebagai Maklumat Peribadi yang Sensitif.
Perkongsian maklumat itu melalui cara yang tidak
sesuai melanggar Dasar AIG dan pecah amanah.
Anda perlu bangkitkan isu ini kepada kakitangan
pengurusan yang sesuai. Sekiranya anda berasa
kurang selesa untuk membangkitkan isu ini kepada
pihak pengurusan, sila laporkan perkara itu kepada
Sumber Manusia atau pegawai pematuhan unit
perniagaan anda. Tambahan pula, anda boleh
menghubungi Talian Bantuan Pematuhan AIG.
Menyampaikan Komitmen kita
Menghormati Orang Lain
• Menyediakan pekerja dengan peluang
berdasarkan prestasi dan ciri-ciri yang
berkaitan dengan pretasi kerja.
• Mematuhi undang-undang buruh dan
pekerjaan tempatan termasuk menangani
diskriminasi dan gangguan.
• Menyediakan persekitaran kerja yang bebas
daripada gangguan.
• Ajukan sebarang kemusykilan anda
berkenaan persekitaran tempat kerja kepada
Sumber Manusia atau pegawai pematuhan
unit perniagaan anda.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 11 —
Privasi Pekerja
AIG menghormati maklumat peribadi dan harta
pekerja. Walau bagaimanapun, AIG mesti mengambil
langkah untuk: (1) memastikan pematuhan
Tatakelakuan ini dan dasar AIG lain; (2) melindungi
pekerja AIG, harta, kemudahan dan perniagaan; (3)
melindungi dan menguruskan Maklumat Syarikat AIG,
termasuk Maklumat Peribadi, dan memastikan ia
hanya untuk tujuan perniagaan yang sah; (4)
mencegah, mengesan dan menyiasat aktiviti jenayah;
(5) membantu dalam siasatan dalaman, dakwaan
atau prosedur dan kewajipan undang-undang; (6)
bertindak balas kepada permintaan pengatur,
kerajaan atau pihak berkuasa awam; dan (7)
memastikan operasi perniagaan yang efisien.
Bagi tujuan ini, dan sehingga tahap yang dibenarkan
oleh undang-undang, AIG boleh: (1) memantau,
mengimbas dan mengkaji penggunaan sistem
teknologi maklumat AIG oleh pekerja, termasuk,
tetapi tidak terhad kepada: komputer, emel, mesej
segera dan sistem rangkaian, peranti mudah alih,
telefon dan sistem suara yang lain, persidangan
video dan sistem video yang lain, sumber mengimbas
dan mencetak, kad-sistem akses kunci, dan
maklumat lain yang diproses oleh komputer: (2)
memantau dan mengkaji video sekuriti secara
langsung dan rakaman, dan mengakses rekod, yang
mungkin dikaitkan dengan premis AIG dan
kemudahan lain yang pekerja dan pelawat
mempunyai akses; dan (3) memeriksa, mengkaji,
menyalin dan mengekalkan dokumen, dan barangan
lain, dalam premis AIG dan kemudahan lain (seperti
tempat kerja, pejabat, meja, kabinet fail dan lokasi
penyimpanan yang lain).
Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan,
pekerja tidak boleh mengharapkan privasi dengan
mengambil kira penggunaan sistem teknologi
maklumat AIG, premis atau kemudahan lain, atau
dengan perhatian atas apa-apa barangan dalam
sistem AIG, premis atau kemudahan lain.
Contoh Maklumat Syarikat AIG termasuk: • Kerahsiaan Pelanggan/ Pekerja:
Maklumat tidak rasmi berkenaan, atau dimiliki
oleh, pelanggan kita dan pelanggan rakan
niaga, pihak ketiga lain yang berurus niaga
dengan kita, dan Kakitangan AIG. Maklumat
Sulit Pelanggan/Pekerja termasuk Maklumat
Peribadi.
• Maklumat Peribadi:
Maklumat yang mengenal pasti individu
tertentu, seperti nama, alamat, nombor
telefon atau nombor identiti pekerja.
• Maklumat Sulit Syarikat:
Maklumat perniagaan yang sangat sensitif,
seperti rancangan pergabungan dan
pembelian, rahsia perdagangan dan laporan
audit dalaman.
• Terhad:
Maklumat lain mengenai perniagaan AIG
yang tidak sensitif seperti “Maklumat Sulit
Syarikat”, tetapi perlu disimpan secara sulit
dalam AIG, seperti surat-menyurat dalaman
antara kakitangan AIG, reka bentuk produk
semasa dan akan datang serta spesifikasi
prestasi, serta penyelidikan dan
pembangunan produk.
Lihat Dasar Pengendalian Maklumat
Global AIG untuk maklumat selanjutnya
mengenai maklumat kategori ini.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 12 —
Komitmen Kita dalam Pasaran
AIG terkenal dengan nilai keusahawanannya. Kita bersaing bersungguh-sungguh untuk
mewujudkan peluang baru untuk pelanggan kita dan diri kita sendiri. Kita mencari
kelebihan kompetitif hanya melalui amalan perniagaan yang sah di sisi undang-undang
dan beretika.
Privasi Pelanggan dan Keselamatan Data
Pelanggan kita mengharapkan kita menjaga dan
mengendali Maklumat Sulit Pelanggan, termasuk
Maklumat Peribadi, yang dikongsikan oleh mereka,
dengan penuh berhati-hati. Jangan sekali-kali
menjejaskan kepercayaan pelanggan dengan
mendedahkan Maklumat Sulit Pelanggan, termasuk
Maklumat Peribadi, selain kepada mereka yang
mempunyai keperluan perniagaan yang sah untuk
mengakses maklumat itu atau dalam cara yang
bercanggah dengan dasar dan notis privasi AIG.
Klasifikasi maklumat sebagai Maklumat Peribadi
mungkin berbeza mengikut negara. Pekerja yang
mengendalikan maklumat pelanggan
bertanggungjawab mengetahui dan mematuhi undang-
undang privasi data dan keselamatan maklumat.
Dalam semua kes, kita mesti mengekalkan jagaan
fizikal, pentadbiran dan teknikal yang sesuai ke atas
Maklumat Sulit Pelanggan, termasuk Maklumat Peribadi.
Kita perlu teliti dalam mematuhi undang-undang,
peraturan dan dasar semasa berkongsi Maklumat
Peribadi dengan pihak yang lain (walaupun untuk tujuan
perniagaan yang sah) dan memindahkan Maklumat
Peribadi merentasi sempadan negara. Sekiranya anda
mempunyai soalan tentang privasi data dan/atau
keselamatan maklumat, berunding dengan pengurus
anda, penasihat undang-undang dan/atau pegawai
pematuhan unit perniagaan.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 13 —
Konflik Kepentingan
Kedudukan anda di AIG tidak boleh digunakan untuk
memperoleh pendapatan peribadi atau kelebihan
yang tidak wajar kepada anda atau ahli keluarga
anda. Sebarang situasi yang mewujudkan, atau
nampak seperti mewujudkan, konflik kepentingan
antara kepentingan peribadi dan kepentingan AIG,
mesti dielakkan. Dasar Konflik Kepentingan Pekerja
AIG menggariskan contoh bagi membantu pekerja
dalam mengenal pasti konflik berpotensi dan
mengemukakan prosedur untuk melaporkan konflik
itu.
Konflik kepentingan yang berpotensi perlu dilaporkan
kepada pihak pengurusan, yang akan bekerja
dengan pegawai pematuhan unit perniagaan atau,
dalam kes pekerja korporat AIG, kepada Pegawai
Pematuhan Eksekutif AIG atau pihak yang dilantik,
untuk menentukan cara terbaik untuk menyelesaikan
situasi tersebut.
Pekerja tidak boleh melibatkan diri dalam kelakuan
atau transaksi pada isu sehingga mereka menerima
kelulusan bertulis untuk berbuat demikian daripada
pihak berkuatkuasa dalam Dasar ini.
Peluang Korporat
Pekerja adalah dilarang mengambil untuk diri sendiri
atau memberi peluang perniagaan kepada pihak
ketiga yang didapati melalui penggunaan harta
korporat AIG, maklumat atau kedudukan, kecuali AIG
sudah menerima tawaran dan menolak peluang itu.
Pekerja adalah dilarang sama sekali untuk
menggunakan harta korporat, maklumat atau
kedudukan untuk mendapat keuntungan peribadi
kepada pengecualian AIG dan daripada bersaing
dengan AIG.
Hubungan Peribadi
Ahli keluarga terdekat, individu seisi rumah anda dan
individu yang mempunyai hubungan peribadi yang
erat dengan anda, tidak sepatutnya mempengaruhi
keputusan perniagaan.
Menyampaikan Komitmen kita
Konflik Kepentingan
• Sentiasa membuat keputusan demi
kepentingan terbaik untuk AIG dan pelanggan
kita – bukan untuk kepentingan diri sendiri.
• Sentiasa sedar bagaimana aktiviti peribadi
boleh mengakibatkan konflik berpotensi,
seperti mengambil kerja kedua dengan atau
membuat pelaburan dalam syarikat
pelanggan AIG, pembekal atau pesaing.
• Berbincang dengan pengurus anda tentang
sebarang keadaan yang boleh dikatakan
sebagai konflik kepentingan.
• Proaktif menangani situasi yang mungkin
meletakkan kepentingan diri anda atau ahli
keluarga atau kawan anda dalam keadaan
konflik dengan AIG.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 14 —
Aktiviti Luar
Kadang-kala, aktiviti luar boleh mewujudkan konflik
kepentingan yang berpotensi. Aktiviti berikut
dikatakan konflik dan perlu dilaporkan kepada
pegawai pematuhan unit perniagaan anda atau,
dalam kes pekerja korporat AIG, kepada Pegawai
Pematuhan Eksekutif AIG atau yang dilantik oleh
beliau.
• Perkhidmatan dengan perniagaan luar, sama ada
sebagai pekerja, pemilik, ahli lembaga, pegawai,
pemegang amanah, rakan kongsi atau perunding,
sama ada perniagaan itu kini sudah atau ingin
bekerjasama dengan AIG, bersaing atau berusaha
untuk bersaing dengan AIG atau tidak, dan sama
ada anda diberi pampasan; kelulusan bertulis
daripada pengurus anda diperlukan sebelum anda
terlibat dalam aktiviti luar seperti ini.
• Perkhidmatan dengan yayasan, rumah kebajikan
atau organisasi bukan keuntungan yang mana
perkhidmatan anda akan dibayar, atau anda
memegang kedudukan dari segi tanggungjawab
kewangan (cth., berkhidmat sebagai Bendahari,
ahli Jawatankuasa Audit atau ahli Jawatankuasa
Pelaburan); kelulusan bertulis daripada pengurus
anda diperlukan terlebih dahulu sebelum terlibat
dalam aktiviti luar seperti ini.
• Persembahan, ucapan atau perkongsian dalam
panel yang anda ditawarkan bayaran, royaliti,
ganjaran atau bayaran lain. Sekiranya anda
ditawarkan aktiviti seperti ini, anda perlu
memberitahu pengurus anda secara bertulis
mengenai sebarang bayaran yang diterima dan
kemungkinan memberikan bayaran itu kepada AIG.
• Berkhidmat sebagai pegawai awan (cth., ahli,
pegawai, pengarah atau pekerja entiti kerajaan,
termasuk mana-mana agensi, lembaga pihak
berkuasa atau penasihat) atau melaksanakan
tugas untuk pejabat bertanding; kelulusan bertulis
mesti diperolehi daripada Pegawai Pematuhan
Eksekutif AIG terlebih dahulu atau yang dilantik
untuk berkhidmat sebagai pegawai awam atau
bekerja untuk pejabat yang bertanding.
Bagi mengelakkan sebarang konflik dengan
kepentingan AIG berlaku, pekerja yang terlibat dalam
usaha sokongan komuniti di luar program anjuran AIG,
perlu jelas bahawa usaha itu mungkin tidak diiktiraf
oleh AIG.
Hadiah dan Hiburan
Hadiah sederhana dan hiburan yang sesuai boleh
menjalin perhubungan perniagaan yang erat, tetapi
penghargaan perniagaan ini, sama ada diberi atau
diterima oleh pekerja, mestilah tidak mempengaruhi
keputusan perniagaan.
Sekiranya anda ditawarkan hadiah yang tidak
menepati ciri-ciri yang ditetapkan dalam bahagian
hadiah atau hiburan sesuai di muka surat ini, anda
perlu menolak penerimaan hadiah atau hiburan itu
dengan sopan. Jika penolakan hadiah tersebut
mungkin menyinggung perasaan atau menjejaskan
hubungan perniagaan, terima hadiah itu bagi pihak
AIG dan hantar laporan hadiah secara bertulis
kepada pengurus anda dalam masa 30 hari. Hadiah
itu mestilah diberikan kepada pengurus anda,
bersama-sama dengan pegawai pematuhan unit
perniagaan, bagi menentukan cara pelupusan hadiah
yang wajar.
Wang tunai atau bersamaan dengan wang tunai,
termasuk sijil hadiah, cek, cek kembara atau kiriman
wang, sekuriti pelaburan, instrumen boleh runding,
bayaran caj kad kredit atau barangan yang serupa,
tidak boleh diterima atau ditawarkan sebagai hadiah
– tidak kira apa pun nilainya.
Unit perniagaan boleh mengenakan sekatan dan
keperluan laporan tambahan untuk hadiah dan
hiburan.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 15 —
Hadiah dan Hiburan untuk Pegawai Kerajaan,
Pekerja atau Agen
AIG terlibat dalam perniagaan dengan ramai
pelanggan yang dimiliki atau dikawal oleh kerajaan.
Ini termasuk bank negara, kementerian kewangan,
dana pencen dan perusahaan lain (termasuk syarikat
penerbangan dan bank komersial). Kebanyakan wakil
pelanggan ini mungkin disifatkan sebagai pegawai
kerajaan menurut kepada undang-undang anti
rasuah tempatan atau antarabangsa. Kesimpulannya,
pekerja yang berhubung dengan pelanggan kerajaan
mesti mengetahui isu dan risiko berpotensi yang
mungkin timbul apabila berurusan dengan pelanggan
itu.
Berhati-hati semasa memberi hadiah dan hiburan
kepada pelanggan tersebut. Sebarang hadiah,
hiburan atau perjalanan mesti selaras dengan Dasar
Anti Rasuah AIG dan undang-undang tempatan. AIG
menjalankan perniagaan di banyak negara yang
menghadkan nilai hadiah, hiburan dan perjalanan
yang boleh diterima oleh pegawai kerajaan mereka.
Menyampaikan Komitmen kita
Hadiah dan Hiburan
• Jangan benarkan hadiah dan hiburan
perniagaan, sama ada diberi atau diterima,
untuk mempengaruhi keputusan perniagaan.
• Ingat bahawa sekiranya penderma tidak
hadir, maka hiburan itu tertakluk pada dasar
hadiah.
• Hormat kepada sensitiviti tempatan dan
budaya apabila bertukar-tukar hadiah dan
hiburan perniagaan.
• Jangan sekali-kali memberi atau menerima
hadiah mewah atau hiburan yang melampau.
• Jangan sekali-kali menawarkan sesuatu yang
boleh dianggap sebagai rasuah atau bayaran
yang tidak wajar atau hadiah. Apabila
memberi hadiah atau hiburan untuk pegawai
kerajaan, patuhi Dasar Anti Rasuah AIG.
• Jangan minta hadiah, pertolongan atau
hiburan.
• Laporkan kepada pengurus anda dan
pegawai pematuhan unit perniagaan
sekiranya menerima sebarang hadiah bernilai
lebih daripada USD $150, dan serahkan
kepada mereka untuk pelupusan.
• Kelulusan pengurus secara bertulis
diperlukan terlebih dahulu sebelum memberi
hadiah bernilai lebih daripada USD $150.
Hadiah atau hiburan yang sesuai,
sama ada diberi atau diterima perlu:
• Mempunyai tujuan perniagaan yang tertentu.
• Mempunyai citarasa yang baik dan tidak
melampaui batas atau berlebihan.
• Tidak ditukar kerap kali dengan sumber yang
sama.
• Dibenarkan oleh AIG dan dasar penerima
organisasi.
• Menjadi munasabah, biasa, beradat dan sah
di sisi undang-undang dalam negara atau
rantau di mana ia ditukar.
• Tidak bertujuan untuk mempengaruhi
keputusan perniagaan.
• Sekiranya hadiah, nilainya tidak lebih
daripada USD $150.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 16 —
Hadiah dan Hiburan untuk Pegawai Kerajaan,
Pekerja atau Agen (bersambung)
Di samping mematuhi Dasar Anti Rasuah AIG,
kesemua perjalanan, hadiah dan hiburan yang
diberikan kepada pegawai kerajaan mestilah
mematuhi Dasar Pengurusan Perbelanjaan AIG,
Dasar Perjalanan dan Hiburan AIG dan dasar
perniagaan tempatan yang berkuatkuasa.
Hubungan dengan Rakan Niaga Kita
Rakan niaga kita berkhidmat sebagai sambungan AIG.
Semasa bekerja bagi pihak syarikat AIG, rakan
kongsi niaga dikehendaki untuk mematuhi semangat
Tatakelakuan, Tatakelakuan Pihak Ketiga AIG, dan
mana-mana peruntukan undang-undang kontrak.
Rakan niaga tidak boleh melakukan sesuatu yang
dilarang atau yang dianggap kurang wajar bagi
seseorang pekerja. Kita mesti memastikan
pelanggan, penerbit, agen dan pembekal tidak
mengeksploitasi hubungan dengan AIG atau
melakukan penipuan, transaksi tidak beretika atau
tidak jujur atas nama AIG.
Rakan niaga AIG diharap tidak mewujudkan insentif
kepada pekerja atau lain yang berurusan dengan AIG
untuk melanggar piawaian Tatakelakuan.
Kepelbagaian Pembekal
AIG berusaha perkongisan dengan pembekal yang
mempunyai pelbagai perniagaan. Kita khususnya
menghargai pembekal yang berkongsi dedikasi dan
komitmen AIG kepada tanggungjawab kepelbagaian
dan sosial.
Kita dikehendaki untuk menyokong Program
Kepelbagaian Pembekal AIG dengan menggalakkan
penggunaan pembekal yang memenuhi syarat
kelayakan program.
Menyampaikan Komitmen kita
Hubungan dengan Rakan Niaga Kita
• Berhati-hati dengan amalan perniagaan agen
AIG dan wakil lain untuk memastikan cara
yang betul digunakan untuk menyampaikan
perkhidmatan kita.
• Melaksanakan ketekunan yang wajar
berkenaan agen berpotensi, perunding dan
kontraktor bebas sebelum melibatkan
perkhidmatan mereka.
• Jangan memaksa atau menggalakkan
pembekal atau agen AIG untuk terlibat dalam
aktiviti yang tidak sesuai.
• Menghormati dan bertimbang rasa dengan
pembekal, agen, dan wakil lain.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 17 —
Berurusan secara Adil
AIG meminta kelebihan kompetitif yang hanya
melalui amalan perniagaan yang sah di sisi undang-
undang dan beretika. Kita mesti menjalankan
perniagaan dalam keadaan yang adil dengan
pelanggan, pembekal perkhidmatan, pembekal dan
pesaing kita. Jangan memandang rendah terhadap
pesaing atau produk dan perkhidmatan mereka. AIG
tidak akan bertoleransi dengan amalan mengambil
kesempatan terhadap sesiapa dengan tidak wajar
melalui proses manipulasi, penyembuyian,
penyalahgunaan maklumat istimewa, memberikan
fakta salah dengan sengaja atau sebarang amalan
yang tidak adil.
Anti Amanah dan Persaingan Adil
AIG bersaing bersungguh-sungguh secara adil di
seluruh dunia. Kita berusaha untuk mengekalkan dan
mengembangkan perniagaan kita melalui produk dan
perkhidmatan unggul – bukan melalui amalan kurang
wajar atau anti berdaya saing. Kita berusaha untuk
memahami dan mematuhi undang-undang
persaingan dan anti amanah global.
Undang-undang ini adalah rumit. Pekerja yang
kurang pasti tentang amalan yang wajar perlu
berunding dengan pegawai pematuhan unit
perniagaan untuk maklumat dan penjelasan
tambahan.
Panduan berikut boleh membantu memastikan
tatakelakuan perniagaan yang adil dan persaingan
yang sihat.
Lakukan:
• Bersaing bersungguh-sungguh dan sah di sisi
undang-undang di setiap pasaran yang AIG
mengambil bahagian, membuat semua keputusan
perniagaan yang terbaik demi kepentingan AIG.
• Dapatkan maklumat mengenai pesaing AIG hanya
daripada sumber yang sah di sisi undang-undang.
• Memberi komen terhadap produk atau
perkhidmatan pesaing berdasarkan maklumat fakta
sahaja.
Jangan:
• Bersetuju secara rasmi atau tidak rasmi dengan
pihak pesaing untuk menetapkan harga atau syarat
jualan yang lain, tawaran rig, menetapkan tahap
pengeluaran atau jualan, atau memperuntukkan
pelanggan, pasaran atau wilayah.
• Berbincang dengan mana-mana pesaing mengenai
perkara berikut: harga, tawaran, jualan pelanggan,
komisen, dan syarat jualan, keuntungan, margin,
kos, pengeluaran, inventori, bekalan, pelan
pemasaran atau maklumat berdaya saing yang
sensitif.
• Menghadiri mesyuarat dengan pesaing, berbincang
tentang maklumat sensitif, termasuk subjek yang
disebut di atas.
• Bersetuju dengan pihak lain selain daripada AIG
sebagai pembekal atau pelanggan yang boleh
digunakan untuk menjalankan perniagaan.
• Buat perbandingan yang tidak berasas atau tidak
wajar antara pesaing, produk atau perkhidmatan
mereka.
• Dapatkan maklumat berdaya saing yang sensitif
daripada pesaing AIG atau sesiapa yang diketahui
mempunyai kewajipan atas kesulitan kepada
pesaing ini.
Menyampaikan Komitmen kita
Berurusan secara Adil
• Menjalankan perniagaan dengan pelanggan dan
pembekal dalam keadaan yang menunjukkan
komitmen kita untuk bersaing secara adil.
• Menyediakan maklumat pemasaran yang benar
dan tepat.
• Kumpulkan maklumat mengenai pesaing hanya
mengikut kaedah betul dan sah di sisi undang-
undang dan dengan cara yang mengukuhkan
integriti AIG.
• Jangan menggunakan kaedah yang tidak wajar
atau boleh dipersoalkan untuk mengumpulkan
maklumat mengenai pesaing.
• Jangan salah memperkenalkan diri anda atau
tujuan anda dalam interaksi perniagaan dengan
pelanggan atau rakan niaga AIG semasa atau
berpotensi.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 18 —
Maklumat Persaingan
AIG melarang penggunaan kaedah yang tidah sah
atau tidak beretika untuk mendapatkan maklumat
sulit pesaing atau pembekal, termasuk rahsia
perdagangan. Anda boleh dapatkan maklumat
mengenai pesaing AIG hanya melalui sumber yang
sah di sisi undang-undang. Anda tidak boleh
mendapatkan maklumat berdaya saing yang sensitif
daripada pesaing AIG atau sesiapa yang diketahui
mempunyai kewajipan atas kesulitan kepada pesaing
ini.
Jangan sekali-kali mendapat, mendedah atau
menggunakan rahsia perdagangan orang lain dengan
tidak wajar. Tawaran maklumat sulit yang mungkin
diperolehi secara tidak wajar mestilah dilaporkan
dengan segera kepada pegawai pematuhan unit
perniagaan.
Tanda Amaran!
Anti Amanah dan Persaingan Adil
Undang-undang Anti Amanah dan Persaingan
adalah berbeza di antara negara dan negeri.
Perbezaan ini menyebabkan tindakan tertentu
dibenarkan di sesetengah negara atau negeri
dan dilarang di tempat yang lain. Sekiranya
anda menghadapi mana-mana aktiviti berikut
dan kurang pasti sama ada aktiviti ini adalah
sah, hubungi pegawai pematuhan unit
perniagaan anda dan dapatkan nasihat cara
untuk meneruskan:
• Percubaan untuk menetap atau mengawal
harga jualan semula pelanggan.
• Membuat jualan sebarang produk atau
perkhidmatan tertakluk kepada pembelian
produk atau perkhidmatan yang dibuat oleh
pelanggan.
• Menawarkan harga pelanggan atau syarat
yang lebih baik daripada yang ditawarkan
oleh pesaing kepada pelanggan itu.
• Menyekat pelanggan atau pembekal daripada
berurusan dengan pesaing.
• Menjual produk atau perkhidmatan di bawah
kos atau harga lain yang tidak adil atau
amalan promosi.
Tanda Amaran! Gunakan dengan Berhati-hati Apabila
Mendapatkan Perisikan Persaingan,
termasuk:
• Menyimpan dokumen atau rekod komputer
daripada bekas majikan.
• Memaksa atau menggalakkan pekerja baru
membincangkan maklumat sulit tentang
bekas majikan.
• Mendapatkan maklumat melalui sebarang
kelakuan yang boleh ditafsirkan sebagai
“pengintipan” atau “mengintip”, atau dalam
keadaan yang anda tidak bersedia untuk
mendedahkannya.
• Bergantung kepada tuntutan pihak ketiga
secara tidak munasabah bahawa risikan
perniagaan diperolehi dengan cara yang
betul.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 19 —
S&J Komitmen Kita dalam Pasaran
S: Adakah undang-undang data privasi hanya
merangkumi maklumat peribadi sensitif, seperti
data perubatan, nombor sekuriti sosial, nombor
kad kredit dan nombor akaun pencen?
J: Tidak. Undang-undang data privasi berpotensi
merangkumi semua maklumat yang mengenal
pasti atau dikaitkan dengan individu tertentu.
Contohnya, alamat e-mel pelanggan, butiran
hubungan, keutamaan, suara dan gambar
pelanggan dianggap sebagai Maklumat Peribadi
yang dilindungi oleh undang-undang privasi data
apabila maklumat itu boleh dikaitkan dengan
individu yang dapat dikenal pasti.
S: Apa yang dimaksudkan dengan tujuan
perniagaan yang sah untuk menerima hadiah
atau hiburan?
J: Pekerja dibayar oleh AIG untuk bertindak demi
kepentingan terbaik AIG. Contoh tujuan perniagaan
yang sah untuk menerima hiburan ialah memakan
tengah hari dengan rakan niaga untuk
membincangkan isu perniagaan dan menjalin
hubungan kerja yang lebih kukuh. Sebaliknya,
menerima hadiah barangan peribadi seperti barang
kemas tidak memanfaatkan kepentingan
perniagaan AIG. Hadiah itu mesti ditolak kerana
mereka mungkin mengkompromi kesetiaan pekerja
atau mewujudkan perasaan terhutang budi kepada
pemberinya.
S: Bagi membantu saya melaksanakan tugas
dengan lebih baik di AIG, saya menyimpan
beberapa dokumen daripada bekas majikan
saya. Dokumen ini adalah mengenai inisiatif
pemasaran yang digunakan oleh bekas majikan
saya. Bolehkah saya gunakan dokumen ini di
AIG?
J: Sekiranya dokumen itu mengandungi maklumat
sulit atau proprietari bekas majikan anda maka
anda tidak boleh menggunakan atau berkongsi
maklumat ini. AIG mengharapkan semua pekerja
menghormati sebarang pendedahan atau batasan
penggunaan maklumat sulit yang diperolehi
daripada bekas majikan atau pihak ketiga yang lain.
Anda tidak patut guna atau kongsi maklumat ini
sehingga anda berunding dengan pegawai
pematuhan unit perniagaan anda.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 20 —
Komitmen Kita kepada Pemegang Saham Kita
Pemegang saham mengamanahkan aset mereka kepada kita. AIG melindungi aset ini
melalui tindakan berintegriti dalam semua amalan perniagaan.
Laporan Kewangan
Pemegang saham, rakan niaga, pengatur dan orang
ramai bergantung pada laporan kewangan untuk
membuat keputusan. Laporan kewangan kita mesti
benar, lengkap, terkini, adil, tepat dan mudah
difahami. Bagi memastikan kita memenuhi piawaian
ini dengan konsisten, hanya pekerja yang dibenarkan
boleh memberi laporan kewangan kepada pihak luar.
Rekod Perniagaan yang Tepat
Rekod perniagaan mesti sentiasa disediakan dengan
jujur dan tepat. Maklumat rekod perniagaan mesti
tidak dipalsukan atau diubah. Kita tidak patut
bersikap tidak jujur atau mengelirukan semasa
mengekalkan rekod AIG, atau cuba mengelirukan
pengurusan AIG, auditor, pengatur atau pemegang
saham. Rekod perniagaan termasuk maklumat dalam
sebarang media, termasuk salinan keras, rekod
elektronik, e-mel, mesej segera, video dan pita
sandaran.
Pengurusan Rekod
Kita mesti sentiasa mematuhi semua dasar
pengurusan rekod dan maklumat yang
dikuatkuasakan (“Dasar RIM”). Dasar ini
diperuntukkan kepada pengekalan dan pelupusan
semua maklumat yang dicipta, diterima atau dikekal
oleh AIG dalam sebarang bentuk media, termasuk
tetapi tidak dihadkan kepada salinan keras, rekod
elektronik, e-mel, mesej segera, video dan pita
sandaran.
Kita mesti mengekalkan maklumat yang mempunyai
nilai ketara kepada operasi dan pentadbiran AIG
dan/atau maklumat yang tertakluk kepada undang-
undang, peraturan, atau keperluan pengekalan
perniagaan (“Rekod Syarikat”) untuk tempoh masa
yang dinyatakan dalam Jadual Pengekalan yang
sesuai. Walaupun begitu, Rekod bukan-Syarikat,
termasuk salinan, draf, maklumat sementara dan
Rekod Syarikat yang sudah melepasi tempoh
pengekalan mengikut Jadual Pengekalan yang
dikuatkuasa perlu dilupuskan kerana mereka tidak
tertakluk kepada Notis Pemeliharaan.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 21 —
Pengurusan Rekod (bersambung)
Notis Pemeliharaan adalah arahan kepada pekerja
untuk memelihara dokumen atau maklumat – sama
ada disimpan dalam bentuk kertas atau elektronik
dan sama ada ia disimpan atau dikekalkan bentuk
asal – yang berkenaan pertanyaan kerajaan,
penyiasatan, litigasi, sepina atau prosiding undang-
undang yang lain.
Apabila anda menerima Notis Pemeliharaan anda
perlu mengambil langkah segera untuk memelihara –
dan tidak boleh memadam, menghapus, atau
mengubah dengan sebarang cara – dalam sebarang
dokumen dan maklumat yang dikategori dalam
kategori yang dinyatakan dalam Notis Pemeliharaan
sehingga anda menerima notis bertulis bahawa Notis
Pemeliharaan tersebut tidak lagi berkesan, tidak kira
sama ada tempoh pengekalan yang dinyatakan
dalam Jadual Pengekalan sudahtamat. Soalan
mengenai Notis Pemeliharaan perlu diajukan kepada
individu yang mengeluarkan Notis Pemeliharaan itu.
Melindungi Sumber AIG
Bagi memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan
dan pemegang saham, adalah penting kita
menunjukkan penggunaan dan penjagaan terbaik
semua sumber kita.
Harta Fizikal
Harta AIG, termasuk hartanah, infrstruktur data,
peralatan dan bekalan, mesti dilindungi daripada
penyalahgunaan, kerosakan, pencurian atau
pengendalian lain yang tidak wajar.
Keselamatan Peribadi
Menjadi tanggungjawab semua pekerja untuk kekal
berwaspada tentang keselamatan dan perlindungan.
AIG beroperasi di pelbagai lokasi dan kemudahan di
seluruh dunia, dan dasar serta amalan berlainan
mungkin lebih berkesan dilaksanakan dalam bidang
kuasa yang berbeza. Soalan mengenai keselamatan
dan perlindungan perlu diajukan kepada Kumpulan
Keselamatan Global AIG atau pegawai keselamatan
tempatan atau serantau.
Harta Intelek
Harta intelek AIG adalah kerja kreatif atau ciptaan,
biasanya mempunyai nilai komersial. Terdapat lima
kategori harta intelek yang berkaitan dengan
perniagaan AIG: cap dagang dan tanda perkhidmatan,
hak cipta, nama domain, paten dan rahsia
perdagangan. Setiap pekerja diminta melindungi
harta intelek yang dimiliki oleh AIG dan rakan
niaganya dan menghormati harta intelek yang dimiliki
oleh pihak ketiga.
Menyampaikan Komitmen kita
Harta Intelek
• Jangan sekali-kali menggunakan harta intelek
AIG secara tidak wajar.
• Jangan sekali-kali mendedahkan harta intelek
tidak rasmi tanpa kelulusan.
• Melindungi harta intelek AIG dengan
mendapat, atau membantu orang lain untuk
mendapatkannya, paten, cap dagang, tanda
perkhidmatan atau hak cipta.
• Jangan sekali-kali menggunakan harta intelek
daripada bekas majikan tanpa kebenaran.
• Jangan sekali-kali menggunakan atau
menyalin perisian atau dokumentasi, kecuali
yang dinyatakan dalam perjanjian pelesenan.
AIG menghormati batasan yang ditetapkan
pada perisian oleh pemaju atau pengedar.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 22 —
Dana
Dana AIG perlu digunakan secara bertanggungjawab
dan semata-mata untuk perniagaan AIG. Kad kredit
korporat yang diberikan kepada pekerja untuk
membayar perbelanjaan perniagaan dan tidak boleh
digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Kita
mempunyai kewajipan untuk melindungi dana AIG
daripada penyalahgunaan atau pencurian dan
memastikan AIG mendapat nilai tambah apabila AIG
membelanjakan dana. Kita hanya boleh meminta
balik bayaran untuk perbelanjaan perniagaan yang
sebenar, munasabah dan dibenarkan.
Sistem Teknologi Maklumat
Sistem teknologi maklumat AIG termasuk, tetapi tidak
terhad kepada, komputer, sistem rangkaian, e-mel
dan sistem mesej segera, peranti mudah alih, telefon
dan sistem suara lain, persidangan video dan sistem
video lain, sumber mengimbas dan mencetak, kad-
sistem akses kunci dan maklumat lain yang diproses
oleh komputer. Kita semua mempunyai
tanggungjawab untuk melindungi sistem ini dan data
yang terkandung dalamnya daripada akses yang
tidak sah, kerosakan, kehilangan atau pencurian.
Tambahan pula, sistem teknologi maklumat AIG
adalah harta AIG dan untuk digunakan atas tujuan
perniagaan. Kecuali dilarang oleh Dasar AIG atau
undang-undang yang dikuatkuasa atau perjanjian
buruh, penggunaan sistem teknologi maklumat AIG
untuk tujuan peribadi secara wajar, sekali-kala,
seketika diperlukan oleh pekerja adalah dibenarkan
sekiranya penggunaan tersebut tidak mengganggu
prestasi kerja anda, mempunyai kesan yang tidak
wajar ke atas operasi sistem teknologi maklumat
tersebut, atau melanggar sebarang dasar AIG,
panduan, piawaian atau undang-undang yang
dikuatkuasa. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada
keperluan undang-undang, apabila anda
menggunakan sistem maklumat AIG anda perlu tahu
tiada privasi kerana sistem tersebut mungkin diimbas,
dipantau, dan dikaji oleh AIG untuk tujuan yang sah
seperti yang dinyatakan dalam bahagian Privasi
Pekerja dalam Tatakelakuan ini.
Mesej dan sebarang komunikasi lain yang dihantar
atau diterima menggunakan sistem teknologi
maklumat AIG tidak boleh digunakan untuk mencipta,
menyimpan atau memindahkan maklumat yang
bermusuhan, berniat jahat, menyalahi undang-
undang, seksual yang eksplisit, diskriminasi,
mengganggu, karut, hina atau menghina. Sistem ini
juga tidak boleh digunakan dengan tujuan
mengakses dengan sengaja tapak internet atau
perkhidmatan dalam talian lain yang mengandungi isi
kandungan yang serupa.
Tanda Amaran!
Elakkan tindakan berikut untuk
Melindungi Maklumat Sensitif Kita
• Berbincang maklumat sulit dengan kuat atau
secara terbuka dan mungkin ada pihak lain
yang terdengar.
• Berbincang maklumat proprietari AIG dengan
pihak ketiga tanpa kebenaran dan perjanjian
tertutup yang dikuatkuasa.
• Perbincangan tentang maklumat proprietari
AIG dengan pelanggan atau pembekal tanpa
kelulusan yang wajar dan pengetahuan
kedudukan hubungan tersebut sama ada
secara rahsia atau bukan rahsia.
• Membuang draf dan nota rahsia dengan cara
tidak betul.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 23 —
S&J Komitmen Kita kepada Pemegang
Saham Kita
S: Saya rasa saya menemui kesilapan dalam
ringkasan kewangan yang disediakan oleh
auditor luar. Maklumat tersebut sudah
diserah untuk dimasukkan ke dalam
pendedahan orang ramai. Bagaimana saya
dapat menyuarakan kerisauan saya?
J: Ia adalah amat penting anda memberitahu
pihak berkuatkuasa untuk menangani isu
tersebut. Kesilapan itu boleh menjadi serius.
Anda mempunyai kewajipan untuk
menyuarakan kerisauan anda kepada individu
yang sesuai dengan segera. Sekiranya
kurang pasti, hubungi pengurus anda,
pegawai pematuhan unit perniagaan, Talian
Bantuan Pematuhan di 1-877-244-2210, atau
e-mel Talian Perakaunan di
S: Pengurus saya meminta saya
menyediakan pesanan pembelian untuk
perkhidmatan dengan kos sebanyak USD
$30,000. Kuasa perbelanjaan beliau hanya
USD $25,000. Bolehkah saya bahagikan
pesanan tersebut kepada dua pesanan
pembelian untuk mengelakkan kelulusan
peringkat lebih tinggi?
J: Tidak, anda tidak boleh berbuat demikian.
Tidak mendapatkan kelulusan sah adalah
melanggar Dasar AIG, yang direka untuk
memastikan kawalan perakaunan dalaman
yang mencukupi dikekalkan dan beroperasi
secara berkesan. Sekiranya anda berasa
kurang selesa memberitahu pengurus anda,
sila berbincang dengan pegawai pematuhan
unit perniagaan.
S: Saya menghadiri mesyuarat dengan
beberapa pengurus AIG di bilik
persidangan hotel. Pada waktu makan
tengah hari, semua orang meninggalkan
komputer riba mereka di dalam bilik. Saya
rasa kurang selesa, tetapi saya melakukan
KOMITMEN KITA KEPADA PEMEGANG
SAHAM KITA (bersambung)
perkara yang sama. Adakah saya
sepatutnya melakukan perkara yang
berbeza?
J: Ya, situasi itu perlu dikendalikan dengan cara
yang berlainan. Komputer riba dan maklumat
yang terkandung di dalamnya adalah harta
AIG dan sentiasa mempunyai data rahsia
atau sensitif. Anda mempunyai
tanggungjawab untuk memastikan peralatan
dan maklumat dilindungi daripada kehilangan,
pencurian atau pendedahan yang tidak
sengaja. Anda dan rakan sekerja anda perlu
menjaga peralatan/bilik itu atau mengarahkan
seseorang untuk menjaga peralatan itu.
S: Saya mendapati pekerja salah satu
pembekal diberi akses luas kepada
rangkaian kita. Saya tidak berasa mereka
memerlukan akses itu untuk menjalankan
kerja. Adakah ini membahayakan
maklumat AIG? Apakah yang perlu saya
lakukan?
J: Anda mungkin betul, tetapi anda mungkin
tidak mempunyai semua maklumat. Anda
perlu membincangkan situasi ini dengan
pengurus anda. Sekiranya tindakan
seterusnya diperlukan, anda atau pengurus
anda perlu menghubungi pegawai pematuhan
unit perniagaan.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 24 —
Komitmen Kita sebagai Warga Korporat
Melalui produk, perkhidmatan dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab, AIG
berusaha mempertingkatkan kualiti hidup di setiap negara di mana kita menjalankan
perniagaan. Menggalakkan pematuhan undang-undang dan peraturan yang
diaplikasikan dalam perniagaan kita merupakan asas kewargaan korporat.
Kemapanan
Melalui amalan mampan, kita boleh melaksanakan
kewajipan kita untuk membantu AIG memberi
sumbangan positif kepada masyarakat dan alam
sekitar. Operasi insurans alam sekitar kita memimpin
ke arah menyediakan penyelesaian yang
mempromosikan alam sekitar yang lebih bersih dan
selamat. Perniagaan insurans kita mempunyai
sejarah yang panjang mengenai membantu
pelanggan kita pulih daripada bencana semula jadi.
Selama ini, syarikat AIG sudah melabur dalam
pembangunan “dana hijau” yang melabur dalam
projek dan teknologi yang memanfaatkan alam
sekitar. Melabur dalam negara di seluruh dunia di
mana kita menjalankan perniagaan iaitu strategi teras
yang memanfaatkan ekonomi tempatan dan
mengukuhkan tradisi panjang di AIG.
Sumbangan Kebajikan
AIG mempunyai komitmen jangka panjang kepada
penglibatan dalam komuniti dan sumbangan
kebajikan. Syarikat AIG menyumbang kembali
kepada komuniti dengan mengajurkan dan
menyokong aktiviti sukarela dan program jangkauan,
melalui Program Pemadanan Geran dan Dana
Pemulihan Bencana, yang menyediakan pelbagai
bantuan kepada mangsa bencana semula jadi dan
bukan semula cjadi dan kecemasan di seluruh dunia.
AIG juga menyediakan pekerja Masa Rehat
Sukarelawan untuk menyokong aktiviti yang
menambah baik dan berkhidmat komuniti di mana
pekerja bekerja. Sebarang soalan mengenai
program ini perlu diajukan kepada Komunikasi
Korporat AIG.
Aktiviti Politik
Undang-undang dan peraturan yang mentadbir
aktiviti politik korporat, pelobian, dan sumbangan
adalah rumit. Kumpulan Hal Ehwal Kerajaan Negeri
dan Persekutuan A.S atau Kumpulan Hal Ehwal
Kerajaan dan Pengawal Selia Antarabangsa
meluluskan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dan
memastikan mereka konsisten dengan strategi
bisnes AIG. Larangan-larangan aktiviti politik
diterangkan dalam Polisi AIG: “AIG Policy on
Lobbying and Political Activity”.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 25 —
Aktiviti Politik (bersambung)
Semua kakitangan tidak dibenarkan berhubung
dengan sesiapa yang dipilih atau dilantik sebagai
pegawai kerajaan, mengenai aktiviti politik
ataupun untuk melobi bagi pihak AIG tanpa
kelulusan daripada Kumpulan Hal Ehwal
Kerajaan Negeri dan Persekutuan A.S atau
Kumpulan Hal Ehwal Kerajaan dan Pengawal
Selia Antarabangsa.
Dana atau aset AIG tidak boleh digunakan untuk
tujuan politik tanpa berunding terlebih dahulu
dengan Kumpulan Hal Ehwal Kerajaan Negeri
dan Persekutuan A.S atau Kumpulan Hal Ehwal
Kerajaan dan Pengawal Selia Antarabangsa.
Hanya wakil yang dibenarkan boleh memberi
sumbangan kepada calon-calon politik jawatan
awam bagi pihak AIG.
Aktiviti atau hal politik peribadi hal tidak patut
bercanggah dengan tanggungjawab anda di AIG atau
menandakan sokongan AIG. Sepanjang aktiviti politik
sukarela, tiada kakitangan dibenarkan mengguna
nama AIG untuk mengimplikasi penajaan atau
sokongan, atau menggunakan aset korporat kecuali
jika dibenarkan oleh undang-undang. Kakitangan AIG
yang ingin mencalonkan diri untuk sebarang jawatan
awam perlu mendapatkan kebenaran bertulis
daripada Ketua Pegawai Pematuhan AIG dan tidak
boleh menggunakan nama AIG selain daripada untuk
tujuan mengenal pasti AIG sebagai majikan mereka.
Perdagangan Dalam Sekuriti
Dalam menjalankan perniagaan AIG, pekerja selalu
mempelajari maklumat penting mengenai AIG atau
syarikat lain sebelum maklumat tersebut disiarkan
kepada orang ramai. Berurus niaga dalam sekuriti
semasa memiliki maklumat penting tidak rasmi, atau
“tip” maklumat ini kepada orang lain, adalah
bertentangan dengan dasar AIG dan salah di sisi
undang-undang.
Sekatan ke atas perdagangan sekuriti – kedua-dua
sekuriti AIG dan syarikat lain – yang diperincikan dalam
Dasar Perdagangan Dalaman AIG (yang meliputi
semua pekerja dan ahli keluarga anda yang terdekat).
Umumnya:
• Anda tidak boleh membeli atau menjual sekuriti
AIG semasa memiliki maklumat penting tidak rasmi
yang berkaitan dengan AIG.
• Anda tidak boleh membeli atau menjual sekuriti
syarikat yang lain sekiranya anda memiliki
maklumat penting tidak rasmi tentang syarikat yang
diperolehi melalui kursus pekerjaan dengan AIG.
• Apabila anda memiliki maklumat penting tidak
rasmi tentang AIG, atau tentang mana-mana
syarikat lain, sekiranya maklumat seperti itu
diperolehi dalam kursus pekerjaan dengan AIG,
anda tidak boleh memberikan (atau “tip”) maklumat
itu kepada orang lain atau mencadangkan sesiapa
untuk membeli atau menjual sekuriti AIG atau
syarikat itu.
Semua pekerja dilarang sama sekali melibatkan diri
dalam perkara berikut:
• Urus niaga perlindungan berkenaan sekuriti AIG;
• “Jualan Singkat” sekuriti AIG; dan
• Sekuriti dagangan derivatif, seperti “letak” atau
“panggil” opsyen, swap atau kolar yang berkaitan
dengan sekuriti AIG.
Terdapat sekatan tambahan ke atas pekerja yang
dikenali sebagai “Pegawai Tetap” dan “Orang Akses”
kerana istilah itu ditakrifkan dalam Dasar Perdagangan
Dalaman AIG.
Sebelum melibatkan diri dalam sebarang aktiviti
perdagangan sekuriti, berunding dengan Dasar
Perdagangan Dalaman AIG untuk menentukan sama
ada transaksi dibenarkan di bawah Dasar itu. Di
samping itu, pekerja di anak syarikat AIG juga tertakluk
kepada dasar dagangan dalaman yang lain, termasuk
pra-kelulusan dan keperluan laporan berkaitan dengan
aktiviti perdagangan peribadi mereka.
Sebarang soalan mengenai Dasar atau peraturan
dan sekatan yang digambarkan di atas, perlu
diajukan kepada Kumpulan Sekuriti Korporat di
Jabatan Perundangan Global AIG.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 26 —
Pencegahan Pengubahan Wang Haram
AIG mempunyai komitmen untuk memenuhi
tanggungjawab untuk membantu mencegah
pengubahan wang haram dan pembiayaan
pengganas. Tanggungjawab ini umumnya termasuk
mengenal pasti pelanggan, pemantauan aktiviti
pelanggan dan melaporkan aktiviti yang
mencurigakan atau luar biasa selaras dengan
undang-undang. Pekerja dikehendaki untuk
mematuhi dasar anti pengubahan wang haram yang
ditubuhkan oleh AIG dan unit perniagaannya.
Laporan terhadap aktiviti yang mencurigakan perlu
dibuat dengan secepat mungkin. Hubungi pengurus
anda atau pegawai pematuhan Unit Perniagaan
sebaik sahaja anda mempunyai kemusykilan bahawa
aktiviti mungkin menjadi luar biasa atau
mencurigakan. Bagi maklumat lanjut mengenai topik
ini, sila rujuk Dasar Anti Pengubahan Wang Haram
Global AIG.
Sekatan Ekonomi, Anti-Boikot dan
Undang-Undang Kawalan Eksport
Dalam pematuhan dengan A.S. dan program sekatan
ekonomi yang lain, pekerja dilarang sama sekali
daripada menjalankan perniagaan dengan atau
memanfaatkan: (1) individu atau entiti yang
ditetapkan (terlibat dalam atau berkaitan dengan
sesetengah aktiviti, termasuk keganasan global,
senjata proliferasi atau pemerdagangan narkotik);
dan (2) sesetengah negara, kerajaan mereka
(termasuk agen kerajaan dan entiti milik kerajaan)
serta warganegara dan entiti swasta yang terletak di
negara itu. Bagi menentukan sama ada pihak ketiga
tertakluk kepada larangan ini, berunding dengan
pegawai pematuhan unit perniagaan.
Sebagai organisasi global, pekerja AIG mungkin perlu
mengikut sekatan ekonomi atau undang-undang
pelbagai bidang kuasa. Memandangkan undang-
undang negara mungkin bercanggah dalam situasi
seperti ini, adalah amat penting anda menghubungi
pegawai pematuhan unit perniagaan.
Pekerja dilarang sama sekali daripada mengambil
bahagian dalam boikot yang tidak disokong oleh
Kerajaan A.S. Sekiranya anda diminta mengambil
bahagian dalam, atau menyediakan maklumat yang
boleh digunakan untuk melaksanakan seperti boikot,
laporkan perkara tersebut dengan segera kepada
pegawai pematuhan unit perniagaan.
Pekerja juga mesti mematuhi undang-undang
kawalan eksport yang dikuatkuasakan. Bagi
menentukan sama ada eksport atau eksport semula
adalah tertakluk kepada kawalan atau larangan,
berunding dengan pegawai pematuhan unit
perniagaan.
Bagi maklumat lanjut mengenai topik ini, sila rujuk
Dasar Sekatan Ekonomi AIG, Dasar Anti-Boikot
Global AIG, dan Dasar Kawalan Eksport Global AIG.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 27 —
Berkomunikasi dengan Orang Ramai
Hanya orang yang dibenarkan berbuat demikian
boleh bercakap bagi pihak AIG, dan maklumat yang
disediakan oleh mereka mestilah lengkap, adil, tepat,
terkini dan boleh difahami. Semua permintaan
daripada media mesti dirujuk kepada Jabatan
Komunikasi Korporat AIG atau pasukan komunikasi
menyokong perniagaan dalam persoalanan tanpa
komen. Pekerja dilarang sama sekali membuat
penyataan atau menjawab soalan daripada media
tanpa kebenaran.
Semua pertanyaan daripada broker-peniaga,
penganalisis, pengurus pelaburan, profesional pasara
sekuriti yang lain dan pemegang sekuriti AIG,
mestilah dirujuk segera kepada Hubungan Korporat
Pelabur AIG tanpa komen.
Sekiranya maklumat penting tidak rasmi berkaitan
dengan AIG didedahkan secara tidak sengaja dalam
sebarang komunikasi luar, Penasihat Umum AIG
perlu dihubungi dengan segera supaya pendedahan
awam boleh dibuat dengan secepat mungkin.
Berkomunikasi dengan Pengawal Selia
dan Pegawai Kerajaan Yang Lain
Pertanyaan daripada pengawal selia – di luar kursus
biasa hubungan pengawal selia AIG – mesti
dilaporkan dengan segera kepada pegawai
pematuhan unit perniagaan dan Kumpulan Pengawal
Selia Global AIG selaras dengan kriteria yang
ditetapkan sebelum tindakan balas dibuat.
Pertanyaan mengenai laporan kewangan boleh
dijawab oleh ketua pengawal yang diberi kuasa.
Sambutan kepada pengawal selia mesti
mengandungi maklumat lengkap, fakta dan tepat.
Dalam pemeriksaan atau ujian pengawal selia,
dokumen dibuat kepada pengawal selia mesti tidak
disembunyi, dihapus atau diubah, atau pembohongan
atau pernyataan yang mengelirukan. Permintaan
daripada auditor tertakluk kepada piawaian yang
sama.
Media Sosial
Penggunaan media sosial memberi kesan ke atas
reputasi AIG. Media sosial, atau tapak web dan alatan
dalam talian yang membenarkan pengguna
berinteraksi antara satu sama lain, mungkin
menyebabkan pendedahan maklumat sulit atau
proprietari AIG, penyebaran gangguan yang salah di
sisi undang-undang, mengancam, memfitnah atau
komen bersifat diskriminasi tentang Syarikat,
pekerjanya dan/atau pelanggan, atau melanggar
undang-undang tempatan, negeri atau persekutuan,
atau peraturan organisasi yang mengawal selia
sendiri. Walaupun kebanyakan tapak media sosial
tidak dapat diakses dengan sistem teknologi
maklumat AIG, AIG mempunyai kepentingan dalam
penggunaan media sosial kedua-dua semasa dan di
luar waktu kerja. Melainkan anda dibenarkan secara
sah oleh pihak pengurusan untuk bercakap bagi
pihak AIG, semasa menggunakan media sosial anda
mesti pastikan pendapat yang diberi adalah
pandangan peribadi anda sendiri; anda tidak boleh
sekali-kali memberi gambaran anda bercakap bagi
pihak AIG. Sebarang soalan mengenai penggunaan
media sosial, atau dasar yang mengawal
penggunaan media sosial, perlu diajukan kepada
pegawai pematuhan unit perniagaan, Komunikasi
Korporat AIG, atau Hubungan Pekerja Global.
Perniagaan Kerajaan
Berurus niaga dengan kerajaan mungkin mempunyai
risiko berlainan daripada perniagaan dalam pasaran
komersial. Undang-undang berhubungan dengan
agensi antarabangsa, persekutuan, negeri, dan
tempatan secara amnya adalah lebih ketat dan
kompleks. Sesetengah kelakuan dan amalan yang
boleh diterima dalam tetapan komersial tetapi
mungkin dilarang di sektor awam. Oleh itu, anda
perlu berunding dengan pengurusan atau pegawai
pematuhan unit perniagaan sebelum membuat
sebarang keputusan mengenai berurus niaga dengan
entiti kerajaan.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 28 —
S&J Anti Rasuah dan Sogokan
Kita tidak boleh menggunakan cara yang tidak sah
untuk mempengaruhi seseorang dalam pertimbangan
perniagaan. Tiada pekerja, agen atau kontraktor
bebas boleh memberi rasuah atau faedah yang tidak
sah kepada orang lain untuk mendapatkan atau
mengekalkan perniagaan atau kelebihan yang tidak
adil dalam sebarang interaksi perniagaan.
Bayaran atau janji untuk membayar sesuatu bernilai
untuk mendapat atau mengekalkan perniagaan atau
sebaliknya mendapatkan kelebihan yang tidak wajar
tidak boleh dibuat kepada pegawai atau pekerja
kerajaan. Pegawai kerajaan termasuk pekerja
perusahaan yang dikawal atau dimiliki secara
keseluruhan atau sebahagian oleh kerajaan.
Undang-undang Anti Rasuah juga melarang ciptaan
buku dan rekod yang tidak tepat atau palsu dan
syarikat meminta mereka membangun dan
mengekalkan kawalan yang mencukupi mengenai
aset dan perakaunan korporat. Semua pekerja dan
pegawai, tidak kira di mana mereka berada, perlu
mematuhui Akta Amalan Rasuah Asing A.S., di
samping undang-undang anti rasuah di negara
mereka.
Sebarang pekerja yang mempunyai pengetahuan,
atau suspek yang berniat baik, perlanggaran
terhadap mana-mana undang-undang, peraturan,
atau Dasar perlu dilaporkan segera kepada pegawai
pematuhan unit perniagaan.
Komitmen Kita sebagai Warga Korporat
S: Saya dapat tahu daripada pengurus
bahawa pembekal baru yang berhubung
dengan produk yang baharu dibangunkan
akan diumumkan kepada orang ramai
dalam masa 4 minggu. Melabur dengan
pembekal seolah-olah idea pelaburan yang
hebat. Bolehkah saya memberitahu orang
lain?
J: Tidak. Maklumat jenis ini dianggap sebagai
maklumat penting tidak rasmi. Anda tidak
boleh berdagang semasa memilikinya,
mahupun anda berkongsi dengan orang lain.
S: Jika saya diminta mengulas tentang
prospek kewangan AIG oleh pihak media,
bolehkah saya memberi pandangan saya
jika apa yang saya menyatakan tadi?
J: Tidak. Anda tidak boleh memberi sebarang
ulasan atau pandangan tersendiri kepada
media tanpa kelulusan terlebih dahulu
daripada Komunikasi Korporat AIG. Anda
perlu merujuk kepada Komunikasi Korporat
berkenaan semua permintaan media untuk
maklumat tanpa komen.
S: Pegawai eksekutif syarikat milik kerajaan
mencadangkan bahawa jika kita memberi
derma kepada rumah kebajikan tempatan,
beliau percayai usaha jualan dalam negara
beliau akan mendapat sambutan yang
lebih baik. Saya berasa kurang selesa
dengan ini. Apakah yang perlu saya
lakukan?
J: Anda betul kerana berasa tidak selesa.
Bayaran tersebut boleh melanggar undang-
undang anti rasuah. Bincangkan situasi itu
dengan pegawai pematuhan unit perniagaan.
T A T A K E L A K U A N P I L I H A N Y A N G B E T U L — 29 —
Tatakelakuan AIG bukannya kontrak pekerjaan. Tiada apa-apa dalam Tatakelakuan ini boleh ditafsirkan
sebagai janji dalam apa jua bentuk atau sebagai kontrak mengenai gaji atau sebarang keadaan bekerja yang
lain. Pekerja mempunyai hak yang tidak berkecuali untuk menamatkan perhubungan pada bila-bila masa
atas sebarang sebab, tertakluk kepada sebarang perjanjian pekerjaan bertulis. Begitu juga, tertakluk kepada
sebarang undang-undang dan perjanjian pekerjaan bertulis, AIG mempunyai hak untuk melepaskan atau
mengenakan tindakan disiplin kepada pekerja dengan atau tanpa sebab yang adil atau amaran terlebih
dahulu.