te4ks syarahan2011

Download te4ks syarahan2011

If you can't read please download the document

Upload: myshadow01

Post on 29-Jun-2015

604 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU 1

Janganlah kita mudah tertipu oleh terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih banyak gelapnya. (Tun Perak) KARANGAN RESPONS TERBUKA 1. APAKAH PERENGGAN ? Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan.Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan perenggan baru.

PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN : Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan :

1. Tentukan ayat-ayatnya berkait. 2. Ada kesatuan dan pertautan isi. 3. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait sahaja dipilih. 4. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana. Contohnya: selain itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, seterusnya dan selanjutnya.

PERENGGAN DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA.

1. Perenggan pengenalan 2. Perenggan isi 3. Perenggan kesimpulan

PERENGGAN PENGENALAN : Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pengenalan karangan respons terbuka iaitu :

1. Ayat rangsangan. 2. Ayat arah.

AYAT RANGSANGAN : Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan karangan.Kebiasaannya, ayat 1 hingga ayat 4 pengenalan merupakan ayat rangsangan (AR). Ayat rangsangan tidak membincangkan perkara yang akan disentuh dalam perenggan isi.

Soalan contoh : Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

(AR1) : Dalam tempoh 10 tahun belakangan ini, peperangan telah berlaku di merata-rata kawasan di dunia ini.

(AR2) : Peperangan ini melibatkan negara-negara yang berjiran atau negara-negara yang mempunyai idealogi yang bertentangan.

(AR3) : Peperangan juga berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah kuasa besar yang ingin menguasai negara kecil demi memenuhi kepentingan ekonomi mereka atau amaran kepada negara lain.

(AR4) : Dalam akhir abad yang lalu, negara Bosnia telah berperang dengan negara Serbia, Amerika Syarikat telah menyerang negara Afganistan dan Iraq, dan banyak lagi.

AYAT ARAH : Ayat arah ialah ayat yang menjawab soalan karangan.Ayat ini ialah ayat yang menjurus kepada kehendak karangan atau ayat yang menyatakan fokus utama perbincangan karangan.

Soalan contoh :

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

Ayat arah : Kesemua siri peperangan yang berlaku ini sebenarnya banyak menimbulkan kesan yang negatif, baik kepada negara mahupun kepada masyarakat dunia yang lain.

PERENGGAN ISI :

1. APAKAH AYAT TOPIK ? Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan.Ayat topik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesuatu penulisan.

2. APAKAH AYAT HURAIAN ? Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan.Isi sokongan pula boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya, isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama.

3. APAKAH AYAT PENYIMPUL ? Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis iaitu :

1. Ayat yang menyatakan semula ayat topik. 2. Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan. 3. Ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

4. MASUKKAN PERIBAHASA ATAU UNGKAPAN MENARIK YANG RELEVEN DENGAN TOPIK YANG DISENTUH.

Soalan contoh : Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

Contoh peribahasa/ ungkapan yang boleh digunakan:

1. Kalah jadi abu, menang jadi arang. 2. Jong pecah yu kenyang. 3. Kalau terbakar padang, maka terbakar belalang. 4. Air mata jatuh ke perut.

PERENGGAN PENUTUP :

Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi.Penutup merupakan rumusan menyeluruh yang merangkumkan keseluruhan karangan dalam satu penerangan yang padat.Tanpa kesimpulan, karangan berkenaan dikatakan tidak lengkap atau tidak sempurna.

JENIS AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP:

1. Ayat kesimpulan umum 2. Ayat pendapat 3. Ayat cadangan 4. Ayat komen 5. Ayat penilaian 6. Ayat harapan

7. Ayat penutup

Ayat kesimpulan umum : Masalah disiplin. Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam karangan murid di sekolah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga.

Ayat pendapat : Kesan peperangan. Kesimpulannya, semua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian dunia ini banyak membawa kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun kepada negara lain.

Ayat cadangan : Kesan peperangan. Oleh itu, setiap pihak atau negara yang berkenaan mestilah mencari jalan yang terbaik atau berunding supaya peperangan dapat dielakkan.

Ayat komen : Ulasan cerpen. Cerpen ini mampu untuk memberikan kesedaran, khususnya kepada remaja, betapa kejayaan dapat dicapai oleh sesiapa sahaja jika ada kesungguhan, kecekalan, semangat, dan kemahuan yang tinggi.

Ayat penilaian : Kesan peperangan. Jika langkah ini tidak diambil, negara di seluruh dunia akan menghadapi masalah atau menerima kesan daripada peperangan tersebut.

Ayat harapan : Kepentingan perpaduan. Jadi, rakyat harus sedar akan kepentingan perpaduan kerana sekali perpaduan itu runtuh, maka susah untuk mewujudkannya semula.

Ingatlah pepatah Melayu yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ayat Penutup: Kesan peperangan Peperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu kalah jadi abu, menang jadi arang.

Rujukan: 1. Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP. 2. Abdul Ghalib Yunus & Dr Ghazali Lateh, Esensi Bahasa Malaysia SPM, Longman. TEMA KARANGAN TINGKATAN 4

TEMA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA

Masyarakat Malaysia Alaf Baru

Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat

Unit 2 : AMBANG REMAJA

Remaja dan Cabaran

Remaja dan Keluarga

Disiplin Remaja dan Kokurikulum

Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH

Kad Elektronik

Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi

E-mel dan anda

Unit 4 : KERANAMU Malaysia

Patriotisme

Malaysia Alaf Baru

Pengorbananku

Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Pendidikan Alam Sekitar

Kualiti Udara

Pencemaran Sungai Kita

Unit 6 : RIADAH

Hobi, Sukan dan Rekreasi

Cabaran di Puncak Kinabalu

Hobi dan Cabarannya

Unit 7 : GENERASI KITA

Wawasan Generasi Kita

Patriotisme Generasi Muda

Generasi Pelapis

Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT

Amalan Gaya Hidup Sihat

Remaja dan Kesihatan

Obesiti dan Pencegahannya

Unit 9 : KERJAYA

Minggu Kerjaya

Cita-cita dan Kerjaya

Surat Permohonan

Unit 10 : WARISAN BANGSA

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Warisan Seni Bina MelayuTradisional

Pemuliharaan Warisan Sejarah

Unit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA

Kebudayaan dan Pelancongan

Malaysia dan Destinasi Pelancongan Warna-warna Malaysia

TEMA KARANGAN TINGKATAN 5 UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA

Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia Kemanusiaan Sejagat

UNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INI E-Pendidikan Pendidikan Maya Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi

UNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INI Tren ERL Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju Harapan Masa Depan

UNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIA Bandar dalam Taman Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara Perpaduan Menjamin Keamanan

UNIT 5 : ALAM PEKERJAAN Kerjaya Masa Depan Kejayaan dalam kerjaya Impian, Usaha dan Kejayaan

UNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRI

Pendidikan Industri di IPT Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara Cabaran Pendidikan Industri

UNIT 7 : BIOLEMBANGAN Kejayaan Melalui Pertanian Bioteknologi dalam Pertanian Perkembangan Pertanian

UNIT 8 : PELABURAN Pelaburan Mengubah Masa Depan Pelaburan Menerusi Saham Amanah Pelaburan Dalam Sektor Hartanah

UNIT 9 : TELEPERUBATAN Kesihatan Sepanjang Hayat Amalan Pemakanan Seimbang Cegah Sebelum Parah

UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIA Malaysia Jaguh Sukan SEA Sukan Mengharumkan Nama Negara Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa

UNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBAL

Mykad Ciptaan Kita Internet dan Dunia Tanpa Sempadan Seni Sastera Khazanah Bangsa

UNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISAN Memelihara Budaya Bangsa Anugerah Seni Negara Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia

KOLEKSI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA

TAHUN

SOALAN

2004 (N)

Masyarakat Malaysia masih kurang memberikan pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat negara maju.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan ini.

2005 (J)

Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin kurang diminati.

Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional ini.

2005 (N)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.

Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.

2006 (J)

Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan semangat patriotik.

Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya membaca karya-karya yang bertemakan semangat patriotik.

2006 (N)

Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2007 (J)

Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2007 (N)

Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog di bawah.

Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama ini

memang salah !

Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat

untuk engkau kembali ke pangkal jalan

2008 (J)

Peribahasa Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam membawa maksud bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga akhirnya.

Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.

2008 (N)

5. Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa. Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia.Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.

DIMENSI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSA

TAHUN

SOALAN

2004 (N)

Dunia hari ini penuh dengan persaingan.Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik sematamata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan.

Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.

2005 (J)

Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara.

Bincangkan.

2005 (N)

Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat.Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2006 (J)

Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat.Oleh sebab itu, kita tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah.

Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia.

2006 (N)

Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran.

Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

2007 (J)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ialah Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara .

Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu.

2007 (N)

Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia.

Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negaranegara miskin.

2008 (J)

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2008 (N)

Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA

TAHUN

SOALAN

2004 (N)

Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang diceburinya.Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai kecemerlangan.

2005 (J)

Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah Budi Bahasa Amalan Mulia

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

2005 (N)

Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan.Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.

Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

2006 (J)

Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita.

Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.

2006 (N)

Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita

2007 (J)

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan.Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan.

Tajuk rencana itu ialah Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan .

Tulis rencana itu selengkapnya.

2007 (N)

Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara.Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2008 (J)

Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri.Tajuk pidato ialah Dadah Membawa Padah .

Tulis teks pidato itu selengkapnya.

2008 (N)

Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.

DIMENSI KELUARGA

TAHUN

SOALAN

2004 (N)

Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni

Tulis syarahan itu selengkapnya.

2005 (J)

Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2005 (N)

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

2006 (J)

Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan.

Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

2006 (N)

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia.Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk Menghargai Jasa Ibu Bapa

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

2007 (J)

Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari perayaan.Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

2007 (N)

Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.

Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu

2008 (J)

Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.

Bincangkan.

2008 (N)

Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.

Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.

DIMENSI DIRI/ INDIVIDU/ REMAJA

TAHUN

SOALAN

2004 (N)

Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan.Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.

Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut

2005 (J)

Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai.

Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya.

2005 (N)

Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

Ulas pernyataan di atas

2006 (J)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia.Tajuk syarahan anda ialah Amalan Gaya Hidup Sihat .

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya

2006 (N)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini.

Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT

2007 (J)

Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat.

Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.

2007 (N)

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

2008 (J)

Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang.

Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula

2008 (N)

Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya

Jumaat, 2009 Mei 15 SYARAHAN: MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis.Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati.Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat .Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah

daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya?Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara.Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar.Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat.Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah.Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Pembaca perlulah disambut baik oleh semua pihak. Negara Pembaca yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru.Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga Dasar Buku Negara yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti. Tuan-tuan dan puan-puan,

Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan.Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi.Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau.Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya

sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu.Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata.Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja.TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puanpuan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, When I have money, I buy books. If any is left, I buy food. . Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan?Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan.Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang.Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro.Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan

sebagainya.Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku.Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhirnya, ialah peranan ibu bapa.Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanakkanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca.Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan.Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca.Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan bed time story sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarnawarni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan. Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari?Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia.Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca.Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif.. bukan fatamorgana semata-mata.