teknik mengambil nota
DESCRIPTION
Pembentangan dan pemplete daripada kumpulan kami (Syahidah, Azreena, Azizol)TRANSCRIPT
Anjuran : Team PRS IV, UUM
Kempen Bijak Belajar
Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya inga-
tan dan pemahaman.
Segala maklumat yang kamu susun dapat diperkukuh me-
lalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difa-
hami.
Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan meng-
gunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih
menarik
Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis
gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. Gunakan
warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah
mengingatinya
Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada
di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara
melebar ke tepi
Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di
atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang
hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang
berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengi-
kut fakta. Jika boleh , kamu gunakan warna yang
berbeza antara ranting-ranting kecil ini
Peta minda
kaedah
Nota istilah digunakan untuk menyalin
istilah-istilah sukar , definisi , atau
formula di atas kad atau kertas . Nota istilah ini boleh
digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji tanpa
mengira masa dan tempat .
Baca topik dengan teliti
Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan pen berwarna untuk men-jadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan perkataan atau symbol seperti yg , dgn.
Dalam Mengingat
Memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.
Dalam Pandangan Keseluruhan
Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat mema-hami segala fakta yang berkaitan. Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas.
Dalam Berfikir
Melatih minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksana-kan sebarang kerja secara bersistematik.
Dalam Merancang
Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas.
Dalam Berkomunikasi
Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.
istilah
nota
Kelebihan peta minda
kaedah
Disediakan Oleh : Shahida | Azreena | Azizol
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat
oleh seseorang pelajar semasa proses penga-
jaran dan pembelajaran.
Nota menjadi bahan rujukan apabila kita ter-
lupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota adalah satu seni.
Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari
dan berusaha untuk mempraktikan teknik-
teknik dan selok belok untuk menyediakan
nota yang bermutu
.Dapat membantu pelajar mengimbau kembali
apa yang telah diipelajari daripada pensyarah
atau apa yang kita baca.
Nota merupakan rekod kekal yang boleh diru-
juk bila-bila masa atau apabila terlupa.
Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengin-
gat semua yang telah dipelajari.
Nota yang telah disediakan pada peringkat
awal boleh membantu pelajar membuat ruju-
kan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.
Pilih satu tajuk dan baca nota.
Faham kandungan secara
umum untuk menentukan
fakta atau pokok persoa-
lan .
Baca dan garis fakta.
Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang di-
gariskan dengan nota asal .
Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan
fakta daripada tajuk itu .
Susun fakta ( jika perlu ).
Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-
fakta yang telah ditulis dahulu .
Bandingkan apa yang kamu tulis.
Ulang hingga kamu puas hati.
Ulang membaca fakta , jika ada masa.
Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1
hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk
dalam sukatan pelajaran.
Pengenalan
Keperluan nota
Teknik mencatat nota
Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-
ayat yang dipetik daripada karangan asal.
Isinya mesti disusun dengan teratur dan men-
gadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang
penting bagi menarik tumpuan apabila mem-
baca.
Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah
kiriuntuk dicatat sebarang tambahan atau isi
penting.
Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas
untuk sesuatu mata pelajaran.
Catatkan isi-isi penting sahaja dengan meng-
gunakan ayat sendiri.
Gunakan dalam bentuk point, elakkan menyalin
ayat yang panjang.
Kalau perlu gunakan ringkasan ejaan yang anda
boleh faham.
Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik
perhatian mata dan minda anda seterusnya
membawa kepada penumpuan ketika membaca.
Nota berkesan
Nota yang baik