teknik pembelajaran pelajar bagi mata pelajaran … · bahagian perancangan dan penyelidikan dasar...
TRANSCRIPT
i
TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI SEKOLAH-
SEKOLAH TEKNIK DI TERENGGANU
NIK NAIMAH BINTI ABDUL WAHAB
Laporan projek ini di kemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Jentera )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FEBRUARY 2004
ii
iii
iv
Dedikasi
Untuk ibu dan ayah yang sangat di kasihi…..
Engku Nik Engku Muda & Abdul Wahab Majid
Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu…
Untuk Kak Long, Kak Ti, Kak Ina & Kak Ida yang banyak membantu
& adik-adik yang disayangi…
kerana begitu memahami
Pengorbanan kalian tidak mungkin di lupakan
Insya Allah…
Teristimewa buat insan yang tercinta,
Wan Saifuddin Hakim …
Terima kasih atas segala bantuan dan doronganmu
Untuk sahabat-sahabatku, Nadiatul Mila, Salihaton, Noorul, Rabbuaah, Erna dan
semua coursemate yang sentiasa memberikan semangat…
Kepada Kak Haryant dan Kak Zie,
budimu tidakl lekang dari ingatanku.
Terima kasih yang tidak terhingga…
Semoga jumpa kalian lagi.
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.Pengajian Kejuruteraan Jentera.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia saya iaitu Prof. Madya Tuan Haji Hazil B. Abdul Hamid yang banyak
memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu Pihak
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM, Jabatan Pendidikan
Terengganu, guru-guru serta para pelajar tingkatan 4 pengkhususan PKM di 3 buah
sekolah teknik di negeri Terengganu kerana telah memberikan kerjasama sepanjang saya
menjalankan penyelidikan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana banyak
memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini
dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-
rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba
kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.
Nik Naimah Abdul Wahab
Febuari 2004
vi
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk soal selidik.
Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau apakah teknik pembelajaran yang
digunakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil pengkhususan Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal di 3 buah sekolah teknik di negeri Terengganu. Kajian ini di jalankan di 3
buah sekolah menengah teknik iaitu Sekolah Menengah Teknik Besut, Sekolah
Menengah Teknik Kuala Terengganu, dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu.
Populasi kajian adalah semua pelajar yang mengambil matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal di ketiga-tiga sekolah tersebut. Sampel kajian adalah seramai
180 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Data-data yang dikumpul menggunakan
soalselidik di analisis menggunakan perisian komputer SPSS For Window 11.0 serta di
laporkan mengikut frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati kesemua persoalan
teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan
pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam meningkatkan prestasi pembelajaran
pelajar bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan mekanikal.
vii
ABSTRACT
The descriptive research done using the surveying techniques. Meanwhile, the
respondents are from the form four students in the state of Terengganu. These students
are those who take Mechanical engineering Study as their elective subjects. The purpose
of research done is to know their learning technique for this subject. The research was
done at 3 different school at Terengganu and they are SMT Besut, SMT Kuala
Terengganu and SMT Wakaf Tembusu.
Hundred and eighty sample was chosen randomly. All the data were gathered
using the questionnaires given. They were analyzed using SPSS For Widows 11.0 and
the reports are written in frequencies way and using percentage. The outcome were the
learning study, students interest, laboratory condition and teaching methods are very
much important for the Mechanical Engineering study.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL i PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
ix
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 14
1.4 Objektif Kajian 15
1.5 Persoalan Kajian 15
1.6 Rasional Kajian 16
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 16
1.8 Definisi Istilah 17
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Konsep 20
2.2.1 Matapelajaran Teknikal 20
2.2.2 Teknik Pembelajaran 21
2.2.2 ( I ) Teknik Pengurusan Masa 25
2.2.2 ( Ii ) Teknik Membaca 26
2.2.2 ( Iii ) Teknik Mendengar 28
2.2.2 ( Iv ) Teknik Mencatat Nota 29
x
2.2.2 ( V) Teknik Menghadapi
Peperiksaan 33
2.2.2 ( Vi ) Teknik Penyelesaian
Masalah 33
2.2.2 ( Vii ) Teknik Ingatan 34
2.2.2 ( Viii ) Teknik Perbincangan 35
2.2.3 Faktor Minat 37
2.2.4 Pengaruh Persekitaran Fizikal Kelas
@ Bengkel 37
2.2.5 Alat Bantuan Pengajaran 38
2.3 Kajian Terdahulu 38
2.4 Rumusan 40
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Prosedur kajian 42
3.4 Tempat Kajian 42
3.5 Populasi dan Sample Kajian 43
3.6 Instrumen Kajian 44
3.7 Kajian Rintis 46
3.8 Analisis Kajian 47
3.9 Rumusan 48
xi
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 49
4.2 Laporan Kajian Rintis 50
4.3 Hasil Kajian 50
4.4 Analisis Bahagian A 51
4.5 Analisis Bahagian B 58
4.6 Penutup 82
BAHAGIAN KELIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Perbincangan 84
5.3 Bahagian A 85
5.4 Rumusan Bahagian A 86
5.5 Bahagian B 87
5.3.1 Persoalan Kajian Satu 87
5.3.2 Persoalan Kajian Dua 101
5.3.3 Persoalan Kajian Tiga 102
5.3.4 Persoalan Kajian Empat 104
xii
5.6 Rumusan Bahagian B 105
5.7 Cadangan 106
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 107
5.7 Penutup 107
BAHAGIAN ENAM
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
Senarai Dokumen Rujukan 108
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
1.1 Analisis Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia
mengikut matapelajaran bagi sekolah kementerian
pendidikan malaysia 9
1.2 Statistik SPM bagi matapelajaran Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal di dua sekolah terlibat 11
3.1.
3.2
3.3
3.4
3.5
Taburan jumlah populasi responden dan pemilihan
sampel
Penggunaan skala likert
Taburan item mengikut persoalan kajian
Panduan Penggunaan Skala likert
Panduan pemeringkasan skala likert
43
45
46
47
47
4.1 Taburan responden mengikut jantina 51
4.2 Taburan responden mengikut tempat tinggal 52
4.3 Taburan responden mengikut keputusan ujian PKM 52
xiv
terbaru
4.4
Taburan Responden terhadap pengetahuan tentang teknik
pembelajaran
53
4.5 Taburan responden yang pernah manghadiri ceramah
teknik pembelajaran
53
4.6
Taburan teknik pembelajaran yang digunakan oleh
responden
54
4.7:
Taburan responden mengikut masa mengulangkaji setiap
hari.
55
4.8:
Taburan responden yang merasakan teknik pembelajaran
yang digunakan adalah berkesan
55
4.9
Taburan responden yang berpendapat bahawa teknik
pembelajaran memainkan peranan penting dalam
kecemerlangan pembelajaran
56
4.10:
Taburan responden yang memilih kursus PKM sebagai
pilihan
57
4.11:
Pemerikatan skala likert 58
4.12:
Taburan item kajian
59
4.13:
Taburan responden dari segi teknik pembelajaran
pengurusan masa.
60
4.14:
Taburan responden dari segi teknik pembelajaran
mencatat nota
62
xv
4.15 Taburan responden dari segi teknik pembelajaran
mendengar
64
4.16:
Taburan responden dari segi teknik pembelajaran
membaca
66
4.17:
Taburan responden dari segi teknik pembelajaran
menghadapi peperiksaan
68
4.18: Taburan responden dari segi teknik pembelajaran
penyelesaian masalah
70
4.19: Taburan responden dari segi teknik pembelajaran
ingatan.
72
4.20: Taburan responden dari segi teknik pembelajaran
perbincangan.
74
4.21:
4.22:
4.23:
Taburan minat pelajar terhadap PKM
Taburan pengaruh aspek fizikal kelas @ bengkel
terhadap pelajar
Taburan ABM yang mempengaruhi keberkesanan P&P
76
78
80
xvi
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL
SPSS - Statistical Package For The Social Sciences
ATS - Amat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
AS - Amat Setuju
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
% - Peratus
f - Kekerapan
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Borang soal selidik
109
B Surat kebenaran menjalankan kajian
daripada EPRD dan Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Dan Negeri Selangor.
121
C Surat kebenaran menjalankan kajian
daripada Fakulti Pendidikan
124
D Jadual penentuan saiz sample berdasarkan
Populasi Kreijcie Dan Morgan
126
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kemahiran belajar adalah merupakan antara kemahiran yang diperlukan oleh
para pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Kemahiran belajar boleh ditakrifkan
sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk
membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan
seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan suatu kombinasi berbagai-
berbagai kaedah atau kemahiran bela jar ( Mohd Nashuha Jamidin dan rakan-rakan,
1995). Menurut Boon & Rgbir 1998, proses pembelajaran melibatkan perlaksanaan
strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu
serta memperoleh kebiasaan, pengetahuan dan sikap positif.
2
Kita pernah membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di
dalam ingatan. Kita juga pernah merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah
laksanakan tersebut. Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita
adalah tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah dalam
belajar adalah kita mempelajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk
mendapat ingatan yang maksimum. (Amer Shakir Zainol, 2000 )
Banyak kepentingan dan faedah yang boleh diperolehi individu yang dapat
menguasai kemahiran belajar dengan baik. Antaranya adalah
1. Memudahkan seseorang pelajar mendapatkan ilmu secara sistematik dan
bermakna.
2. Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan
pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
3. Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai
situasi.
4. Memupuk disiplin kendiri pelajar.
5. Melatih individu membaca dengan cepat dan tepat.
6. Melatih individu mengumpul maklumat dengan cekap.
7. Melatih individu memproses maklumat dengan berkesan.
8. Meningkatkan daya ingatan seseorang.
9. Mencungkil dan mengasah bakat serta potensi seseorang.
10. Membantu individu memperoleh kemahiran membuat rujukan di
perpustakaan sekolah atau dari pelbagai sumber.
11. Melatih individu untuk menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya
bermotivasi menghadap pembelajaran sepanjang hayat.
12. Melatih individu supaya dapat mengurus masa dengan baik
3
Di samping itu juga, pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan mereka belajar
iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecemerlangan ataupun belajar kerana
mengikut rakan-rakan sahaja. Dengan ini para pelajar akan sedar tentang
tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam
pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi
kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulang kaji pelajaran mereka.
Menurut Boon & Ragbir 1998, proses pembelajaran melibatkan perlaksanaan
strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu
serta memperoleh kebiasaan, pengetahuan dan sikap positif.
Menurut Crain 1985, maklumat yang diproses secara mendalam akan
meningkatkan keupayaan ingatan jangka panjang dan mudah dikeluarkan kembali jika
perlu. Menurut Tulving dan Tomson 1973, cara mengeluarkan maklumat dalam ingatan
jangka panjang ialah dengan penggunaan 'cues' panggilan seperti menjawab soalan-
soalan peperiksaan dari tahun-tahun lepas.
Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran dan dengan
menggunakan deria mereka untuk mengalami peristiwa baru, mereka dapat
menyelesaikan tugasan dan pemahaman yang lebih luas dan mendalam ( Halimah, 1996)
Teknik pembelajaran merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk
belajar. Ini termasuk teknik yang digunakan untuk meningkatkan ingatan bagi
memperolehi keputusan terbaik dalam peperiksaan. Sesetengah teknik pembelajaran
termasuk perubahan bentuk latihan. Sebagai contoh menggunakan soalan untuk
pembelajaran sama ada sebelum, semasa dan selepas latihan. Kaedah ini termasuk
meningkatkan aras soalan dalam pembelajaran dan dipanggil sebagai kaedah
"mathemagenic" (Ropthkopf, 1970).
4
Kajian tentang ‘metacognition’ menyamai dengan kajian tentang teknik
pembelajaran kerana ia merupakan satu proses mental. Antara teknik pembelajaran
yang penting adalah double loop learning ( Argyris ), conversation theory (Pask), dan
lateral thinking (DeBono ). Weinstein (1991) membincangkan teknik pembelajaran
dalam konteks interaksi sosial dan kepentingan aspek Situated Learning Theory.
Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan
yang dipetik daripada Learning Skill Center The University of Texas at Austin iaitu :
1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat
belajar.
3. Pilihlah masa untuk mengulang kaji sewaktu semangat belajar di tahap
maksimum.
4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga
harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulang kaji pada hari yang sama.
6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus
peperiksaan.
Banyak maklumat baru hasil daripada penyelidikan dan pembangunan boleh
digunakan dalam usaha menangani cabaran dan perubahan yang pesat masa kini untuk
mencapai pemindahan pembelajaran yang sempurna. Sejajar dengan perubahan dan
inovasi yang meluas dalam bidang pendidikan, para pendidik harus menerima dan
mengaplikasikan pengetahuan baru ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
melahirkan individu yang berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Falsafah Pendidikan Negara telah menjelaskan hasrat pendidikan di Malaysia dalam
mementingkan perkembangan potensi individu secara optimum dan menyeluruh.
Berdasarkan pegangan bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh
diperkembangkan, dan adalah menjadi tanggungjawab para pendidik untuk
memperkembangkan potensi ini. Walau bagaimanapun masalah yang timbul ialah setiap
5
pelajar menunjukkan perbezaan individu yang amat nyata pengajaran dan pembelajaran
yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid mereka
Dalam sistem persekolahan di Malaysia, pelajar telah didedahkan dengan
Pendidikan Teknik Dan Vokasional sejak pendidikan menengah rendah lagi. Pada
peringkat menengah ini, pelajar akan mengikuti pelajaran Kemahiran Hidup dan pada
peringkat menengah atas pula pelajar di dedahkan kepada pelbagai pilihan bidang
Pendidikan Teknik Dan Vokasional sebagai mata pelajaran elektif. Antara mata
pelajaran elektif yang di tawarkan adalah Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun,
Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan,
Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan
Elektrik Dan Elektronik ( Abdul Rahman Md Aroff,1999)
Lantaran itu, kementerian pendidikan telah melaksanakan dan merancang untuk
menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional ( SMV) kepada Sekolah Menengah
Teknik (SMT). Pada tahun 1995 berlaku penstrukturan 69 buah SMV kepada SMT. Ini
bermakna Sekolah Menengah Vokasional telah di tukar kepada Sekolah Menengah
Teknik dan pendidikan vokasional di jalankan oleh agensi kerajaan yang lain seperti
MARA, Jabatan Pertanian dan Kemahiran Belia Dan Sukan. Sementara itu pada tahun
1998 bilangan SMT berubah menjadi 74 buah dan menjelang tahun 2000 bilangan SMT
telah meningkat kepada 86 buah.
Dari perbincangan di atas di dapati bahawa Pendidikan Teknik Dan Vokasional
amat berperanan dalam melahirkan tenaga pekerja profesional dan separa profesional
yang amat diperlukan dalam bidang perindustrian. Matlamat Pendidikan Teknik Dan
Vokasional adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif dan seimbang dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi serta mempunyai sahsiah diri yang mulia. Dengan tercapainya
matlamat ini maka negara bakal memiliki aset yang paling berharga kepada
perkembangan pembangunan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
(Nurhafiza Hamzah, 2000)
6
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan teknik adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar yang cenderung
kepada bidang teknik di peringkat pendidikan menengah atas bagi membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang teknik. Selain itu, bidang ini
juga membolehkan pelajar mendapatkan pekerjaan di sektor teknikal, perindustrian dan
perdagangan ( Shahril @ Marzuki, Habib bin Mat Som, 1999).
Objektif pendidikan teknik adalah seperti berikut :
a) Memberi pendidikan akademik yang seimbang.
b) Menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar
yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut. Selain itu, ia juga
bertujuan memupuk dan mengekalkan minat tersebut dan seterusnya
membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan di institusi
pengajian tinggi.
( Kementerian Pendidikan Malaysia 1986, 50 )
Kursus yang di tawarkan di sekolah teknik adalah Lukisan Teknik, Lukisan Jentera,
Kejuruteraan Jentera Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik Dan Elektrik , Binaan
Bangunan, Ilmu Ukur, Perdagangan Dan Pertanian selain mata pelajaran akademik
yang lain. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992, jadual 7).
Sebenarnya mata pelajaran vokasional dan teknik telah di masukkan dalam sistem
pendidikan di Tanah Melayu pada 1918 apabila Kerajaan Inggeris menyedari
kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam bidang teknik dan vokasional.
Pada tahun 1918 juga telah di tubuhkan Jawatankuasa Lemon mengenai Pendidikan
Teknikal Dan Perindustrian Bagi Negeri-Negeri Selat.
7
“ The committee set up to report on the best method of providing technical and
industrial education in the country, and the desirability of providing manual training for
children of school age, recommended the establishment of a technical school near Kuala
Lumpur to give lessons on subject such as mechanical, electrical and civil engineering,
surveying ; the establish ment of an agricultural school also near the Kuala Lumpur and
the opening of trade schools to children of all nationalities who could follow instruction
in Malay.”
( Woy Hoy Kee & Ee Tiang Hug : 1975:34)
Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pada tahun 1957, sebuah
jawatankuasa yang di ketuai Oleh Abdul Rahman Talib selaku Menteri Pendidikan telah
di tubuhkan untuk mengkaji Laporan Razak. Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib
yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mengenai Sekolah Menengah Pertukangan
dan Sekolah Menengah Teknik hendaklah di wujudkan.
Berikutan itu, pada tahun 1968, kerajaan membina Sekolah Menengah Teknik
Dan Sekolah Menengah Vokasional. Selepas tahun 1979 iaitu pada tahun 1989,
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) turut menyenaraikan untuk
memperluaskan Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Mata pelajaran yang di tawarkan
di bawah rancangan KBSM terbahagi kepada dua iaitu kumpulan teras dan kumpulan
elektif. Bagi mata pelajaran teknikal, turut di senaraikan di bawah mata pelajaran elektif
kumpulan II iaitu Kumpulan Vokasional Dan Teknologi. Antara mata pelajaran yang di
tawarkan adalah Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains Pertanian, Ekonomi
Rumah tangga, Matematik Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian
Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik, Lukisan
Kejuruteraan Dan Teknologi Kejuruteraan. Setelah lama di perkenalkan sebagai mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera, pada awal 2003, mata pelajaran ini telah
ditukar kepada mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dengan perubahan
sukatan mata pelajaran yang baru.
8
Pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran teknikal akan menempuh
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi memenuhi objektif kajian ini untuk mengkaji
teknik belajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera yang di tawarkan di
sekolah-sekolah teknik, statistik prestasi pelajaran ini di ambil bagi melihat adanya
permasalahan dalam pencapaian prestasi. Ini berkaitan dengan pernyataan Siti Hawa
Munji (1987), bahawa keperluan teknik belajar adalah sangat penting. Ini kerana dengan
adanya teknik belajar yang berkesan, maka proses pembelajaran dapat dilakukan dengan
lebih licin dan sistematik. Kajian beliau juga mengatakan, bahawa pelajar tidak
mendapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan masa,
pencatatan nota, mengadakan perbincangan dan masalah menghadapi peperiksaan.
Menurut Abdul Rahim Selamat (1989) pula, sehingga kini, telah banyak kajian
dijalankan di negara barat mengenai kemahiran belajar. Kebanyakan daripada hasil
kajian tersebut mengatakan bahawa cara belajar yang bijak adalah berkaitan dengan
keadaan seperti bahan yang dipelajari, masa, pengetahuan sedia ada, tujuan belajar serta
piawaian yang hendak dicapai. Mereka yang mengamalkan cara belajar yang betul tidak
akan tergesa-gesa dan sentiasa mengawal prestasi pembelajaran sendiri.
Bagi menilai prestasi pelajar ini, analisis Sijil Pelajaran Malaysia 1999 bagi
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (jadual 1.1) menunjukkan bahawa daripada
2174 orang calon yang mengambil Mata pelajaran Kejuruteraan Jentera, hanya 42 orang
calon sahaja yang mendapat keputusan yang terbaik.
9
Jadual 1.1 Analisis keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia mengikut mata pelajaran
bagi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 1999.
Peratus mengikut gred
Mata Pelajaran
Bil Calon Sangat
baik (
1&2 )
Kepujian
(3&4 )
Lulus
( 7 & *)
Peratus
Jumlah
Sains Pertanian 12665 0.3 41.0 33.9 75.2
Perdagangan 143905 4.4 16.4 49.7 70.5
Prinsip Akaun 66171 21.5 29.3 19.5 70.3
Ekonomi Asas 115365 6.8 17.8 39.8 64.4
Lukisan Kejuruteraan 17498 8.0 40.7 22.5 71.2
Pengajian Kejuruteraan
Jentera
2714 1.5 33 58.8 93.3
Pengajian Kejuruteraan Awam 3181 3.2 56.8 38.3 98.3
Pengajian Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik
3692 7.1 63.9 25.6 96.6
Reka cipta 3287 12.2 77.7 9.8 99.7
Teknologi Kejuruteraan 3176 3.6 64.0 19.6 87.2
Daripada jadual di atas dapat di simpulkan bahawa, bagi mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal adalah daripada seramai 2714 orang calon yang
mengambil peperiksaan sijil pelajaran Malaysia bagi tahun 1999 untuk mata pelajaran
ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1.5 % calon iaitu 42 orang pelajar telah
mendapat keputusan yang sangat baik. Manakala, 33% iaitu seramai 896 calon mendapat
kepujian dan lebih daripada separuh jumlah calon yang mengambil peperiksaan ini
mendapat pangkat lulus sahaja iaitu seramai 1595 calon dengan jumlah 58.8%. Seramai
6.67% calon iaitu seramai 181 orang tidak lulus dalam peperiksaan tersebut.
10
Bagi membuat perbandingan prestasi dengan lebih tepat lagi, sebanyak 2 statistik
telah dikumpulkan iaitu statistik bagi mata pelajaran ini sekolah yang akan di kaji.
Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu Kuala
Terengganu dan Sekolah Teknik Besut, Terengganu. Statistik Sijil Peperiksaan Malaysia
ini adalah bagi tahun 2001 dan 2002. Pencapaian prestasi bagi mata pelajaran ini di
Sekolah menengah teknik terlibat adalah seperti dalam jadual 1.2 di sebelah ;
11
Jadual 1.2 Statistik SPM Bagi Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di dua sekolah Terlibat
GRED
A B C D E G
TAHUN
SEKOLAH
MATAPELAJARAN
BIL
CALON
1 2 3 4 5 6 7 8 9
2001
SMTWT
PKM
136
1
1
1
2
7
24
51
39
10
SMTB
106
1
2
3
10
14
19
41
13
3
2002
SMTWT
PKM
146
0
1
0
2
9
15
55
54
10
SMTB
116
0
4
5
6
9
18
30
32
12
12
Daripada jadual 1.2 dapat di simpulkan secara umumnya bahawa ramai pelajar berada
pada tahap lulus sahaja iaitu gred 7 dan 8 sahaja..
Bagi mencapai keputusan yang cemerlang di dalam sesebuah peperiksaan, setiap
pelajar seharusnya memiliki kemahiran tertentu di dalam membuat ulang kaji mata
pelajaran. Kemahiran tersebut merangkumi teknik pengurusan masa, membaca,
perbincangan, mencatat nota, mengingati fakta dalam pelajaran dan teknik menghadapi
peperiksaan. ( Siti Hawa, 1992 : 3)
Salihan, 1991 menyatakan pelajar tidak boleh bergantung kepada nota pensyarah
semata-mata untuk mencapai kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran. Ia merupakan
kemahiran yang sangat penting untuk di kuasai oleh pelajar.
“ Berpandukan satu kajian di Kanada di dapati bahawa faktor yang
menyebabkan pelajar berjaya terdiri daripada perkara-perkara berikut, membaca buku,
menyiapkan kerja rumah, kesihatan mental yang baik, mencatat nota dan membuat
persediaan bersungguh-sungguh apabila menghadapi peperiksaan” .
( K.M Bannet, 1988)
“Tingkah laku seseorang pelajar adalah pengajaran dan pembelajaran berbeza
mengikut pengalaman penggunaan pelbagai deria semasa belajar. Hasil kajian
mendapati bahawa 20% akan di perolehi oleh pelajar jika menggunakan deria
penglihatan sahaja, 30% jika hanya mendengar, 50% jika melihat dan mendengar dan
80% jika aktiviti mendengar, melihat dan membuatnya berlaku serentak”.
( Computer Technology Research, CTR 1993)
Hassan Mohd Ali, 1996 mempunyai pendapat yang tersendiri tentang perkara ini.
Menurut beliau, ramai pelajar gagal dalam peperiksaan kerana mereka tidak mempunyai
teknik belajar yang rapi semasa belajar. Ini menunjukkan bahawa kejayaan seseorang
13
pelajar itu bergantung kepada teknik belajar yang betul. Strategi dan teknik belajar yang
tepat akan menghasilkan kesan yang baik jika di bandingkan dengan teknik yang kurang
sesuai.
“Proses pembelajaran melibatkan perlaksanaan strategi supaya pelajar dapat
mencapai matlamat dalam perubahan tingkah laku tertentu serta memperolehi
kebiasaan, pengetahuan dan sikap positif”.
( Boon & Ragbir 1998)
Daripada pernyataan di atas jelas bahawa teknik pembelajaran penting dalam
mempengaruhi prestasi dan keputusan pelajar dalam peperiksaan. Berdasarkan
pernyataan dan statistik yang telah di utarakan juga, kajian ini akan mengkaji tentang
teknik pembelajaran pelajar dengan berlandaskan kepada pernyataan Siti Hawa Munji
(1987), bahawa keperluan teknik belajar adalah sangat penting. Ini kerana dengan
adanya teknik belajar yang berkesan, maka proses pembelajaran dapat dilakukan dengan
lebih licin dan sistematik. Kajian beliau juga mengatakan, bahawa pelajar tidak
mendapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan masa,
pencatatan nota, mengadakan perbincangan dan masalah menghadapi peperiksaan.
1.3 Penyataan Masalah
Kita pernah membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di dalam
ingatan. Kita juga pernah merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah laksanakan
tersebut. Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah tidak
sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah dalam belajar adalah
kita mempelajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk mendapat ingatan
yang maksimum. (Amer Shakir Zainol, 2000 )
14
Menurut Boon & Ragbir 1998, proses pembelajaran melibatkan perlaksanaan
strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu
serta memperoleh kebiasaan, pengetahuan dan sikap positif.
Pernyataan Hassan Mohd Ali, 1996 menyebut bahawa ramai pelajar gagal dalam
peperiksaan kerana mereka tidak mempunyai teknik belajar yang rapi semasa belajar. Ini
menunjukkan bahawa kejayaan seseorang pelajar itu bergantung kepada teknik belajar
yang betul. Strategi dan teknik belajar yang tepat akan menghasilkan kesan yang baik
jika di bandingkan dengan teknik yang kurang sesuai.
Manakala Siti Hawa 1987:3 pula menyatakan bahawa kajian yang telah di buat oleh
Chiam 1983 terhadap sekolah luar bandar mendapati bahawa 60.9% daripada pelajar
menyedari bahawa kebiasaan belajar mereka tidak berkesan sebagai punca kegagalan.
Bagi Saniah et. Al 2000 :150 menyatakan bahawa kemahiran belajar yang digunakan
hendaklah fleksibel supaya dapat disesuaikan untuk menyelesaikan masalah atau
digunakan dalam situasi tertentu.
Penyataan-pernyataan ini menunjukkan kepentingan teknik belajar yang berkesan
untuk peningkatan prestasi pembelajaran. Oleh yang demikian kajian ini akan mengkaji
teknik pembelajaran bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah
Menengah Teknik di Terengganu.
15
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
i. Mengenal pasti teknik pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal di kalangan pelajar.
ii. Mengenal pasti perlaksanaan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
dari aspek minat pelajar.
iii. Mengenal pasti aspek pengaruh persekitaran fizikal kelas dan bengkel kepada
pelajar untuk mengambil mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.
iv. Mengenal pasti penggunaan bahan bantuan pengajaran dan bahan bantuan
pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di kalangan guru
dan pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini di harapkan dapat menjawab beberapa persoalan dalam memperolehi
maklumat mengenai teknik pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Negeri Terengganu.
Antara persoalan yang di kemukakan ialah :
i. Apakah teknik pembelajaran yang di amalkan oleh pelajar bagi mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Jentera ?
ii. Adakah pelajar berminat terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal?
iii. Apakah pengaruh persekitaran fizikal kelas @ bengkel mendorong pelajar untuk
mengambil mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal?
iv. Adakah penggunaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi
keberkesanan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan
mekanikal ?