teknik pengajaran kemahiran membaca

Upload: rozilarashid

Post on 19-Oct-2015

354 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

BMM 3104

TRANSCRIPT

  • TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

  • TEKNIK KWLHAPAKAH KWLH?Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

  • KWhatIknowKnow(Tahu)Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan.

    WWant(Hendak/Ingin Tahu)Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.

  • LWhat IlearnedLearn(Pelajari)Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.HHowmuch I want to knowHow(Bagaimana) Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

  • BAGAIMANAKAH CARANYA?

    Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar.Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanaganK( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk.Guru meminta pelajar mengisi ruanganW( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi.Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruanganL( apa yang saya telah pelajari).Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruanganH( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

  • K (know) W (want) L (learned) H (how)

  • TEKNIK SQ3R

  • APAKAH TEKNIK SQ3RTeknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar.Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir .Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauanMaklumat diperoleh melalui penyoalan.Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula

  • APAKAH YANG BERLAKU PADA SETIAP PERINGKAT BACAAN?

    1. SURVEY

    Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.

  • 2. SOALAN (QUESTION)Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan.Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaituwhat (apa?),when (bila?),where (di mana?),why (mengapa?),who (siapa?) how (bagaimana?).Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina.

  • 3. MEMBACA (READ)

    Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.

  • 4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)

    Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing.

  • 5. REVIEW (MENYEMAK) Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkatrecite(menyebut/mengulang). Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question(menyoal).

  • TUJUAN SQ3RMembolehkan pelajar membaca secara kritis.Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar.Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi

  • TEKNIK TEATER PEMBACA

  • TEKNIK TEATER PEMBACA

    Teaterpembacamelibatkanpembacamembacasecaraindividudaripada skrippendek.Teaterpembacadikenalisebagaiteatermindakerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.Skripbolehberupaprosanaratifataupuisi.Suara-suaradalamteksditugaskankepadapembacayangberbeza.Penekanan dilakukan pada suara,intonasi,kadar,hentian dan tekanan.

  • Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas.Melaluiteknikteater pembaca,murid-murid membaca cerita dengan lancar.Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita disamping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita. Aktivitiinimengutamakanpenggunaansuara,sebutan,gerakbadandan mimikmuka.Penggunaansuara,sebutan,gerakbadandanmimikmuka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami,menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku dihadapan mereka.

  • Aktivititeaterpembacamemerlukanskrippendekyang sesuaidan mengandungi dialog.seorangmuriddipilih sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat.Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri di hadapan penonton.Pencerita pula berada disebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing.Terdapatduacarauntukmenjalankanteknikteaterpembacasepertiyang dikemukan oleh Kamaruddin Hj. Husin &Siti Hajar Abdul Aziz (1998),iaitu (a)pencerita berada dalam kelompok pencerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.

  • Penceritayangberadadalamkelompokcerita,membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wartaknya sedang dibacakan.

    Pelakontersebutakanberdiriapabilawataknyadibaca kan.

    Penceritayangberadadiluarkelompokceritapula hanyamembacacerita darisuatutempatlain.

    Pelakonpulahanyaakanbertindakbalasdenganberdiridanberlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

  • TEKNIK BERCERITA

  • Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.

  • Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:

    Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita;Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;

  • Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:

    Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid;Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting; Lakukan latihan; BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan; danSediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang hendak disampaikan.

  • TEKNIK RADAR

  • RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:R (Read) - Membaca A (Analogize) - MenganalogiD(Discuss) -BerbincangA( Apply) -MengaplikasiR(Review/Research)-Menyemak/ Menyelidik

  • Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah RADAR ialah:

    R Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.

  • A Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan.

    D Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.

  • ABincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

    R Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan.

    RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.