teknik softball

12
PENGENALAN Sofbol merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan baseball. Permainan ini bermula pada tahun 1895 apabila Louis Rober seorang pegawai Bomba Minneapolis menjadikannya sebagai permainan untuk kecergasan fizikal anggota bomba. Gelanggang sofbol berbentuk segiempat atau dikenali sebagai diamond. Ia mempunyai empat sudut iaitu base akhir (home plate), base pertama (first base), base kedua (second base), dan base ketiga (third base). Bulatan lemparan danpitcher's plate terletak di tengah-tengah diamond. Pitcher's plate ialah tempat melakukan lemparan bola. Bet sofbol diperbuat daripada kayu atau aluminium dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tombol, pemegang dan laras. Bola sofbol pula diperbuat daripada gabus atau getah yang dililit dengan benang. Bahagian luarnya dibalut dengan kulit. Sejarah permainan sofbol bemula di Amerika Syarikat yang diciptakan di kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock. Pada mulanya terdapat alumni dari Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di Kelab Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihatkan keadaan itu, George Hancock, seorang reporter Chicago Board of Trade telah memperoleh sebuah idea. Selain itu, dalam sukan sofbol ini juga pemain memakai topi keselamatan dan glove bagi tujuan keselamatan. Topi keselamatan diperbuat daripada kaca gentian dan bahagian dalamnya dilapik gabus atau getah. Pemukul, pemukul on deck, base runner dan catcher mesti memakai topi keselamatan. Glove pula diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai. yang dipakai oleh semua pemain yang memadang. Terdapat poket di antara ibu jari dan jari telunjuk yang bertujuan untuk memerangkap bola. Pada awal abad ke-20, sofbol mula dimainkan di luar. Pada 1908, organisasi amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States) merancang agar olahraga

Upload: cik-dhira

Post on 23-Dec-2015

811 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

sofboll

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Softball

PENGENALAN

Sofbol merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan

baseball. Permainan ini bermula pada tahun 1895 apabila Louis Rober seorang

pegawai Bomba Minneapolis menjadikannya sebagai permainan untuk kecergasan

fizikal anggota bomba. Gelanggang sofbol berbentuk segiempat atau dikenali

sebagai diamond. Ia mempunyai empat sudut iaitu base akhir (home plate), base

pertama (first base), base kedua (second base), dan base ketiga (third base).

Bulatan lemparan danpitcher's plate terletak di tengah-tengah diamond.

Pitcher's plate ialah tempat melakukan lemparan bola. Bet sofbol diperbuat daripada

kayu atau aluminium dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tombol, pemegang

dan laras. Bola sofbol pula diperbuat daripada gabus atau getah yang dililit dengan

benang. Bahagian luarnya dibalut dengan kulit.

Sejarah permainan sofbol bemula di Amerika Syarikat yang diciptakan di

kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara

tidak sengaja oleh George Hancock. Pada mulanya terdapat alumni dari Universiti

Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika

antara Yale dan Harvard di Kelab Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu

kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar

sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek

mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihatkan

keadaan itu, George Hancock, seorang reporter Chicago Board of Trade telah

memperoleh sebuah idea. 

Selain itu, dalam sukan sofbol ini juga pemain memakai topi keselamatan dan

glove bagi tujuan keselamatan. Topi keselamatan diperbuat daripada kaca gentian

dan bahagian dalamnya dilapik gabus atau getah. Pemukul, pemukul on deck,

base runner dan catcher mesti memakai topi keselamatan. Glove pula diperbuat

daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai. yang dipakai oleh semua pemain

yang memadang. Terdapat poket di antara ibu jari dan jari telunjuk yang bertujuan

untuk memerangkap bola.

Page 2: Teknik Softball

Pada awal abad ke-20, sofbol mula dimainkan di luar. Pada 1908, organisasi

amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of

the United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar dengan

menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923, Kongres Rekreasi Nasional (the

National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi

olahraga ini. Pada tahun 1926, nama 'softball' digunakan walaupun belum

dirasmikan.

Sejak tahun 1933, sofbol telah menjadi sebuah nama rasmi apabila kejuaraan dunia

pertama dilaksanakan di bawah Persatuan Sofbol Amatur Amerika (Amateur Softball

Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika.

Juara untuk sofbol kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara

kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang

dipertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di

wilayahnya.

  Dilihat dari segi penyertaan, sofbol telah berkembang menjadi olahraga

pasukan yang besar dan digemari. Dengan padang yang lebih kecil, memudahkan

penglibatan wanita dalam permainan ini. Pada tahun 1960 an, sebahagian dari

125,000 pasukan telah mendaftar di Persatuan Sofbol Amatur Amerika dan

seterusnya diadakan enam kejuaraan nasional pada setiap tahun. Di negara lain,

sofbol juga menjadi sebuah permainan yang digemari dan turut disertai oleh lelaki

dan wanita tidak kira tua atau muda.Berdasarkan pembacaan terdapat beberapa

jenis balingan yang digunakan dalam permainan bola lisut ini iaitu balingan deras

bawah tenis dan gaya balingan kincir angin. Dalam olahraga, kekutan merupakan

salah satu unsur untuk mencapai suatu prestasi maksimum. Menurut pendapat

SuharnoH (1983) menyatakan selain penggunaan kekuatan dalam melakukan

aktiviti, ia juga untuk mempermudah mempelajari teknik dan mengelak dari

kecederaan dalam olahraga. Oleh sebab itu, teknik dan asas kemahiran perlu

dititikberatkan agar tidak berlaku sebarang kecederaan dan kemalangan semasa

melakukan aktiviti balingan ini.

Page 3: Teknik Softball

2.0 TEKNIK MEMBALING

Membaling adalah salah satu kemahiran yang terdapat dalam permainan sofbol.

Pembaling adalah pemain yang palimg jelas kelihatan di dalam pasukan yang

bertahan. Seseorang pembaling mempunyai dua cita-cita iaitu untuk mengeluarkan

pemukul dengan lemparan bola yang baik dan juga untuk membaling dalam gaya

yang sah. Jadi, pembaling yang cukup mahir akan menjadi pemain utama dalam

pasukannya. Semua balingan dalam sofbol akan dibuat secara balingan bawah

tangan. Dua gaya membaling digunakan untuk sofbol iaitu:

1) Gaya balingan bola deras bawah tanah (underarm fast ball pitc)

2) Gaya balingan kincir angin (windmill pitch)

Pembaling biasanya memahirkan dirinya dalam satu gaya sahaja dan akan akan

hanya menggunakan gaya itu di dalam permainannya.

2.1 CARA MEMEGANG BOLA

1) Pegangan untuk hantaran bola laju dan tinggi

Untuk melakukan satu hantaran tinggi, pegang bola dengan jari telunjuk dan

jari hantu berada di atas kelim bola pada poin kelim yang paling sempit. Ibu

jari dan jari-jari lain menyokong bola itu.

Page 4: Teknik Softball

2) pegangan untuk hantaran low pitch

untuk melakukan satu hantaran low pitch pegang bola dengan keempat-empat

jari rapat di atas bahagian kelimnya yang paling luas sepanang lengkok ladam

kuda.

Page 5: Teknik Softball

Secara ringkasnya cara menggenggam bola adalah:

▪ Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari.

▪ Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola.

▪ Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan

2.1.1. CARA MELAKUKAN BALINGAN BOLA DERAS BAWAH TANGAN

Pembaling menghulur tangan kanan yang memegang bola kehadapan dan

kemudian mengayun tangan dengan ayunan bandul ke belakang badan. Kaki kiri

melangkah ke hadapan. Tangan kanan diayun ke hadapan dan bola dilepaskan,

diikuti dengan gaya ikut lajak. Berat badan dipindahkan ke kaki kiri di hadapan.

Adalah penting membaling dilakukan sebagai satu pergerakan yang lancar dan

berkoordinasi. Perlakuan seperti menukar langkah memindahkan berat badan yang

memusing bahu, kesemuanya diserapkan dalam satu pergerakan yang licin.

Langkah ke hadapan merupakan gerak utama dalam membaling. Bola menuju

ke arah langkah, jadi, pembaling harus melangkah sedikit sahaja ke kiri untuk satu

hantaran ke luar, jika pemukul pasukan lawan memukul dengan tangan kanan, dan

sedikit sahaja ke kanan untuk hantaran ke dalam.

Jenis hantaran, sama ada tinggi atau rendah, terhasil daripada cara anda

melangkah dan gaya anda bergerak. Jika anda mengambil satu langkah panjang ke

hadapan, apa yang akan berlaku ialah bahu anda berada di belakang dan bola akan

dilepaskan lebih lewat menyebabkan balingan menjadi tinggi. Jika anda mengambil

satu langkah pendek ke hadapan, bahu anda akan berada di hadapan dan bola akan

dilepaskan lebih awal menyebabkan balingan lebih rendah.

Jadi untuk hantaran rendah, anda harus memegang bola dengan empat jari di

bahagian kelim bola yang terluas, pendekkan langkah, bahu lebih ke hadapan,

lepaskan bola dari paras pinggul sambil menolaknya ke bawah. Untuk hantaran

tinggi, anda harus memegang bola dengan jari telunjuk dan jari hantu di bahagian

Page 6: Teknik Softball

kelim bola yang tersempit, panjang langkah, bahu ke belakang, lepaskan bola sebaik

sahaja ia baru melepasi pinggul sambil menguit pergelangan tangan ke hadapan.

Berdasarkan undang-undang permainan, hanya satu langkah ke hadapan

dibenarkan. Kaki yang di belakang tidak dibenarkan terangkat dari tanah

sehinggabola telah dilepaskan. Untuk mengelakkan dendaan, anda harus

membiasakan diri mengheret kaki ke hadapan selepas sesuatu balingan. Melalui

cara ini jari-jari kaki anda akan sentiasa mencecah ke tanah.

Contoh balingan deras bawah tanah

Page 7: Teknik Softball

2.1.2. GAYA BALINGAN KINCIR ANGIN

Cara memegang bola bagi gaya balingan kincir angin adalah sama dengan gaya

deras bawah tangan.

1) Pegangan untuk hantaran bola laju dan tinggi

Untuk melakukan satu hantaran tinggi, pegang bola dengan jari telunjuk dan

jari hantu berada di atas kelim bola pada poin kelim yang paling sempit. Ibu

jari dan jari-jari lain menyokong bola itu.

2) Pegangan untuk hantaran low pitch

untuk melakukan satu hantaran low pitch pegang bola dengan keempat-empat

jari rapat di atas bahagian kelimnya yang paling luas sepanang lengkok ladam

kuda.

Page 8: Teknik Softball

CARA MELAKUKAN BALINGAN KINCIR ANGIN

Untuk melakukan satu hantaran kincir angin, tangan anda dapat satu

lengkok penuh di atas kepala ke belakang badan dan terus ke hadapan

sasaran pemukul. Tangan harus lurus pada masa menurun di belakang,

dengan lajak yang bertambah pada masa pergerakan ke hadapan bermula.

Balingan kincir angin berbeza dengan balingan bole deras bawah tangan iaitu

lengan yang melakukan balingan membuat satu bulatan sebelum bola

dilepaskan dan bukan dengan hanya satu ayunan belakang seperti untuk

balingan bola deras bawah tangan.

Pembaling memulakan balingan dengan meluruskan tangan yang

membaling dan mengayunnya terus ke hadapan badan, kemudian ke atas

supaya bahagian atas lengan berayun dekat kepalanya. Kemudian, ke

belakang semula dan akhirnya ke hadapan untuk melepaskan bola. Secara

perbandingan, balingan kincir angin 30% lebih cepat daripada balingan bola

deras bawah tangan.

Page 9: Teknik Softball

Contoh balingan kincir angin

ANSUR MAJU MEMBALING

Bagi ansur maju untuk diajar sebelum seseorang mahir adalah melalui

beberapa peringkat iaitu pada peringkat pertama bola lisut tidak sesuai digunakan

bagi individu yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang permainan ini.

Contohnya, kita boleh gantikan dengan bola tenis ataupun dengan menggunakan

suratkhabar yang dilipat bulat. Hal ini demikian, cara ini adalah satu langkah bagi

membiasakan diri dengan pegangan dan cara menggenggam bola terutamanya bagi

para pelajar.

Seterusnya, ansur maju pada peringkat kedua adalah seseorang individu

melatih cara membaling pada dinding terlebih dahulu sebelum membaling kepada

kawan-kawab kerana hal ini adalah untuk keselamatan, tambahan pula individu

tersebut belum mahir dengan lebih baik dalam permainan tersebut. Kemudian,

setelah pelajar mahir dalam mebaling, ansur yang seterusnya, para pelajar dapat

membaling kepada rakan, namun belum menggunakan bola lisut dan masih

melakukan latihan balingan dengan menggunakan bola yang kecil seperti bola tenis.

Page 10: Teknik Softball

Selain itu, ansur maju yang seterusnya, para pelajar menggunakan bola lisut

dalam membaling , namun bola lisut yang lebih lembut dan tidak keras. Hal ini untuk

mengelakkan daripada berlaku kecederaan. Kemudian, para pelar hendaklah

melakukan aktiviti balingan pada jarak yang dekat terlebih dahulu. Setelah mahir,

para pelajar dapat menguasai sepenuhnya, para pelajar dapat berlatih pada ansur

maju pada peringkat yang berikut:

Fasa persediaan

1) Bahu menghadap ke arah sasaran

2) Berat badan pada kaki belakang

3) Genggam bola dengan kemas

4) Ekstensi tangan membaling ke belakang

5) Mata pandang ke arah sasaran

Fasa perlaksanaan

1) Tangan berada di hadapan menyambut ke arah sasaran bola

2) Pindah berat badan pada kaki hadapan

3) Kilas pinggang

4) Lontar melepasi kepala.

Fasa ikut lajak.

1) Berat badan pada kaki hadapan

2) Dleksi lutut kaki belakang

3) Tangan membaling dengan lajak ke bawah

4) Kawal imbangan badan

Page 11: Teknik Softball

LATIH TUBI MEMBALING

Seseorang pembaling harus memahirkan diri dengan cara melakukan balingan

iaitu kawalan, kelajuan dan juga putaran. Kawalan adalah amat penting. Ini

bermakna kebolehan membaling bola ke sasaran dengan tepat dengan jayanya,

pegangan bola dan pelepasannya juga mesti betul.

1. BERSEORANGAN

Berlatih membaling bola ke sasaran balingan-kawasan yang dilukis di dinding.

2. BERPASANGAN

a) Pembaling membaling bola kepada pasangannya di atas satu plet.

b) Pemain A menjadi pembaling, pemain B menjadi penyambut. Kedua-dua

pemain berhadapan antara satu sama lain, dengan jarak 5-8 meter.

Pemain B sebagai penyambut, memakai sarung tangan dan menghulurkan

Page 12: Teknik Softball

tangannya ke kawasan sasaran tertentu. Pemain A sebagai pembaling

membaling bola ke sasaran yang ditentukan oleh sarung tangan pemain B.

Pemain B boleh menggerakkan tangannya yang memakai sarung tangan

itu sedikit sahaja semasa mencuba menangkap bola yang dibaling oleh

pemain A. Selepas 10 percubaan oleh pemain A ke sasaran yang sama

para pemain bertukar tempat dan peranan. Sasaran tertentu yang

dicadangkan adalah ke luar tinggi, ke luar rendah, ke dalam tinggi dan ke

dalam rendah. Pemain diberi 10 percubaan untuk setiap sasaran tersebut.

3. KUMPULAN KECIL

Aktiviti ini sesuai untuk latihan membaling dengan tepat. Pemain membaling bola

ke sasaran yang dilukis di dinding daripada jarak 15.18 m. Luas sasaran 0.5

meter dan tingginya 1 meter. Sasaran terletak 0.5 meter tinggi daripada lantaI.

PENUTUP

Balingan merupakan kemahiran yang penting dalam permainan bola lisut.

Keperisisian serta lemah dalam membuat lemparan mampu menyebabkan pihak

lawan mengambil kesempatan dalam membuat larian. Oleh sebab itu, kita perlu

mengetahui asas dan juga teknik dalam melakukan balingan bola dalam permainan

sofbol ini. Sukan sofbal merupakan sukan yang praktikal dan mudah untuk

dimainkan. Ia melibatkan seluruh kefungsian dalam tubuh dalam merancang dan

merangka strategi bagi memenangi dalam sesuatu perlawanan. Kognitif, afektif dan

juga psikomotor akan digunakan secara keseluruhannya.

Pada zaman muasir ini, pemodenan sukan dan latihan jasmani amat rancak

sehingga bidang jasmani menjadi lebih dinamik dan memerlukan tenaga professional

ini. Latihan untuk mendapatkan tahap kecergasan fizikal yang baik, kita hendaklah

mengamalkan beberapa aspek dan prinsip latihan yang tertentu serta kita perlu

mengetahui mengenai kemahiran dan teknik dalam sesuatu bidang sukan yang

diceburi.

Page 13: Teknik Softball

Dalam tugasan ini juga terdapat ansur maju iaitu melatih kita dalam menguasai

sesuatu sukan. Kelebihan ansur maju ini juga, kita dapat membuat penilaian

terhadap para pelajar iaitu menilai dari segi kemajuan atau pencapaian individu

dalam bidang kesukanan ini. Selain itu, ansur maju ini juga dapat menilai serta

membuat pembaharuan program kecergasan ke tahap yang lebih tinggi dan

mengetahui kecergasan individu setiap para pelatih supaya tambahan beban latihan

dapat diperkenalkan mengikut keupayaan yang telah dicapai. Ansur maju ini juga

membantu pensyarah dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada bagi

mencari jalan untuk mengatasinya agar kecergasan pelatih dapat ditingkatkan dari

semasa ke semasa