teknologi maklumat, globalisasi dan kualiti hidup...
TRANSCRIPT
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 1
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UPM EDUCATION & TRAINING SDN BHD
FEM 3203 (UNIT 1-8)
BS (PEMBANGUNAN MANUSIA)
P.M. DR. LAILY PAIM
DR. SYUHAILY OSMAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJIAN PENGGUNA
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT,
GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP FEM 3203
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 2
Universiti Putra Malaysia
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini
dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik, salinan foto,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut
Pendidikan Jarak Jauh dan Pembelajaran (IDEAL).
Penulis
Laily Bt. Hj Paim, Ph.D
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Syuhaily Bt. Osman, Ph.D
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 3
PENGENALAN
MAKLUMAT KURSUS
Jabatan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Nama Kursus Teknologi Maklumat, Globalisasi Dan Kualiti Hidup
Kod Kursus FEM 3203
Prasyarat Tiada
Jam Kredit 3 (3+0)
MAKLUMAT PENULIS 1
Nama Prof Madya Dr. Laily Paim
Alamat Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
No. Telefon 603-89467051
No. Fax 603-89435385
E-mail [email protected]
Pengkhususan Consumption Economics
Kelulusan Ph.D (University of Illinois, Urbana Champaign) USA
MSc. (Indiana State University) USA
BSc. (Universiti Pertanian Malaysia) Malaysia
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 4
MAKLUMAT PENULIS 2
Nama Dr. Syuhaily Osman
Alamat Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
No. Telefon 603-89467094
No. Fax 603-89436157
E-mail [email protected]
Pengkhususan Consumer Behavior
Kelulusan Ph.D (Universiti Malaya) Malaysia
MSc. (Universiti Putra Malaysia) Malaysia
BSc. (Universiti Putra Malaysia) Malaysia
KANDUNGAN KURSUS
UNIT 1 Konsep, teori/model kualiti hidup dan gaya hidup
Tahap, taraf dan kualiti hidup
Gaya hidup dan model mengkaji gaya hidup
Pendekatan mengkaji kualiti hidup
UNIT 2 Kaedah pengukuran dan indikator kualiti hidup: nasional
antarabangsa
Indeks Kualiti Hidup Malaysia
Indeks kualiti hidup negara lain di dunia
UNIT 3 Faktor yang mempengaruhi kualiti dan gaya hidup
Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup (domain
penggunaan)
Penggunaan lestari
UNIT 4 Globalisasi dan kualiti hidup
Maksud globalisasi
Impak positif dan negatif globalisasi
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 5
UNIT 5 Impak teknologi, teknologi maklumat ke atas gaya dan kualiti
hidup
Konsep teknologi
Gaya hidup teknologi tinggi/rendah
Teknologi dan peningkatan produktiviti
UNIT 6 Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu
Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu
termasuklah golongan miskin, negara membangun, gender
berbeza dan kumpulan istimewa (orang kurang upaya, kanak-
kanak, orang tua)
Strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan
UNIT 7 Isu globalisasi dan ekuiti sosial
Ekuiti sosial dalam era globalisasi
Ke arah pencapaian ekuiti sosial
UNIT 8 Polisi dan program ICT
Analisis polisi dan program ICT
Implikasi polisi ke atas kesejahteraan dan kualiti hidup individu,
keluarga dan masyarakat
KERJA KURSUS 1. Soalan Globalisasi/Teknologi maklumat (10%)
2. Projek kumpulan (30%)
(Bentuk kerja kursus boleh berubah yang menyumbang 30%
daripada keseluruhan markah).
PENILAIAN
KURSUS
Kerja kursus 60%
Peperiksaan akhir 40%
UJIAN Bagi kursus ini satu (1) ujian akan diadakan. Soalan merangkumi
kandungan Unit 1-4. Soalan merupakan soalan objektif (Bentuk
soalan boleh berubah) yang menyumbang 30% daripada
keseluruhan markah.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 6
PEPERIKSAAN
AKHIR
Peratus markah daripada peperiksaan akhir adalah 40%. Soalan
berbentuk objektif (Bentuk soalan boleh berubah). Sila dapatkan
maklumat terkini daripada pensyarah.
RUJUKAN
UTAMA
Lauer, R.H. and Lauer, J.C. (2007). Social Problems and the Quality of Life. New York, NY: Mc-Graw Hill.
Phillips, D. (2006). Quality of Life: Concept, Policy and Practice.
Oxon, OX: Routledge Senn, J.A. (2003). Information Technology: Principles, Practices
and Opportunities (3rd ed.). USA: Prentice Hall Steger, M.A. (2003). Globalization: A Very Short Introduction.
USA: Oxford University Press. Unit Perancangan Ekonomi (2002). Petunjuk Kualiti Hidup
Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbitan Kerajaan. Yunus, M. (2007). Creating a World Without Poverty: Social
Business and the Future of Capitalism. USA: Public Affairs.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 7
PRAKATA
Bahan yang diedarkan ini hanyalah merupakan bahan untuk membantu pembelajaran
pelajar PJJ. Ianya tidak sesuai untuk dipetik.
Pelajar digalakkan untuk membuat rujukan terkini dan ilmiah berkaitan dengan isu yang
dibincangkan. Memandangkan kursus ini adalah kursus aplikasi, tiada satu rujukan
tertentu yang digunakan melainkan mengambil bahan pembelajaran daripada pelbagai
sumber terutamanya daripada dalam talian untuk mencetuskan pemikiran kritis pelajar
terhadap perkara yang dibincangkan.
Untuk memahami kandungan kursus ini, penulis menyarankan supaya kandungan
bahan pembelajaran ini dijadikan bahan untuk berbincang dan berfikir dengan lebih
mendalam.
Laily Paim
Syuhaily Osman
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 8
UNIT 1
KONSEP, TEORI/MODEL KUALITI DAN GAYA HIDUP
Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat
1. Menjelaskan dan membezakan konsep tahap, taraf dan kualiti hidup
2. Menjelaskan konsep gaya hidup dan model mengkaji gaya hidup
3. Mengenal pasti pendekatan mengkaji kualiti hidup
Pengenalan
Unit ini mengandungi tajuk berikut:
1. Tahap, taraf dan kualiti hidup
2. Gaya hidup dan model mengkaji gaya hidup
3. Pendekatan mengkaji kualiti hidup
TOPIK 1: Tahap, taraf dan kualiti hidup
Manusia sentiasa berkeinginan untuk meningkatkan kualiti hidup. Keinginan ini
melibatkan pelbagai aspek kehidupan termasuklah kehidupan umum (public life),
keluarga, ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan, budaya, persekitaran, pengangkutan,
komunikasi, maklumat dan moral. Namun begitu, terdapat kekangan tertentu yang
mempengaruhi keinginan ini di mana wujudnya persepsi yang berbeza antara individu
tentang kualiti hidup dan persepsi ini sering berubah mengikut masa dan tempat. Ini
merujuk kepada pengertian kualiti hidup dinamik.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 9
Pemahaman tentang konsep kualiti hidup dengan lebih terperinci boleh dibuat dengan
memahami perbezaan di antara tahap dan taraf hidup yang sebenarnya memberikan
impak secara langsung kepada kualiti hidup yang dialami/dirasai.
Tahap dan taraf hidup
Tahap hidup adalah apa yang sebenarnya dialami, samada ia keadaan yang
menggembirakan atau yang memberi kesengsaraan oleh individu ataupun kumpulan.
Tahap hidup adalah pengalaman sebenar yang terbentuk dari kombinasi kompleks
penggunaan, persekitaran kerja, pemilikan, kebebasan, persekitaran dan sebagainya.
Tahap hidup hasil dari keseimbangan dan keharmonian elemen-elemen kehidupan
adalah lebih baik berbanding dengan elemen kehidupan yang tidak seimbang dan tidak
harmoni. Oleh itu, tahap hidup bukan sahaja merujuk kepada penggunaan barangan
dan perkhidmatan yang dibeli dari pasaran, tetapi ia juga melibatkan penggunaan
barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Ini bermakna bahawa
tahap hidup merupakan bukan sahaja melibatkan pemilikan tetapi ia merangkumi
perkara yang tidak boleh dibeli atau yang bukannya di bawah kawalan seseorang
individu secara langsung seperti kualiti persekitaran dan kualiti perkhidmatan yang
disediakan oleh kerajaan.
Taraf hidup pula adalah tahap yang diingini atau yang dikejar. Pencapaian taraf hidup
ini akan melambangkan kejayaan dan kegagalan untuk mencapainya akan
menyebabkan kekecewaan.
Terdapat beberapa fakta penting berkaitan tahap dan taraf hidup:
• Perbandingan tahap hidup antara individu, keluarga atau komuniti adalah sukar
malahan hampir mustahil. Ini adalah disebabkan okeh kepelbagaian dalam elemen
tahap hidup. Misalnya setiap individu/keluarga mempunyai pengertian yang
tersendiri dalam mendefiniskan tahap hidup mereka. Begitu juga dari aspek negara
di mana sebagai contoh, wilayah-wilayah di Amerika Syarikat sendiri mengalami
tahap hidup yang berlainan. Jika hanya melihat kepada aspek pendapatan sahaja,
mereka yang tinggal di wilayah Midwest dan terutamanya di Selatan (South) adalah
kurang dari mereka yang tinggal di wilayah Utara (Northeast) dan Far East. Senario
seumpama ini mungkin berlaku di Malaysia.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 10
• Kesilapan dalam penggunaan konsep tahap, taraf dan kualti hidup. Ini kerana masih
terdapat individu/pihak tertentu yang masih keliru dalam penggunaan konsep-
konsep berkenaan.
• Tahap hidup yang rendah jarang berkadar terus dengan kuantiti penggunaan yang
rendah. Ini bermakna penggunaan dalam kuantiti yang rendah boleh memberikan
tahap hidup yang lebih tinggi bagi sesetengah elemen kehidupan. Misalnya, mereka
yang tidak meminum arak atau menghisap rokok akan mempunyai kesihatan yang
baik yang seterusnya memberikan sumbangan yang positif dalam kehidupannya.
• Di sesetengah negara, tahap hidup yang tinggi juga menunjukkan taraf hidup yang
tinggi.
• Penentuan taraf hidup yang tinggi adalah perlu untuk meninggikan tahap hidup.
• Apabila tahap hidup individu/keluarga/komuniti adalah rendah, penyesuaian perlu
dilakukan untuk mengelakkan masalah/konflik.
Kategori tahap hidup
Terdapat beberapa kategori tahap hidup yang selalu digunapakai oleh pelbagai pihak
dalam membincangkan mengenai konsep ini, iaitu:
Tinggi vs. rendah (high vs. low)
Atasan vs. bawahan (superior vs. inferior)
Mahal vs. murah (expensive vs. trifty)
Berlebihan vs. ringkas (elaborate vs. simple)
Cukup vs. tidak mencukupi (ample vs. restricted)
Namun begitu, tahap hidup yang seimbang walaupun ringkas adalah lebih baik daripada
tahap hidup yang berlebihan tetapi tidak seimbang.
(A well-balanced simple plane of living >>> an ill-balanced elaborate plane of living)
Definisi Kualiti Hidup
Kualiti hidup adalah produk atau hasil daripada interaksi pelbagai faktor sosial,
kesihatan, ekonomi, persekitaran dan sebagainya. Secara umumnya kualiti hidup adalah
apa yang membuatkan individu/keluarga/komuniti gembira.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 11
Definisi kualiti hidup boleh dilihat dari aspek berikut:
– Fizikal: kesihatan, pemakanan, keperluan asas dan keselamatan
– Personal : kepuasan pekerjaan, masa lapang, kekayaan, keluarga dan
rakan, kedapatan barangan
– Masyarakat: kerajaan yang adil, kebebasan, kesamarataan untuk semua,
pendidikan untuk semua
Secara ringkasnya, konsep ini melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem
sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih
baik.
Tahap (Standard) Hidup vs. Kualiti Hidup
Jika ingin dibuat perbandingan secara ringkas, tahap hidup adalah ukuran kuantiti dan
kualiti barangan dan perkhidmatan yang diperolehi oleh seseorang (sama ada yang
digunakan melalui pembelian atau yang disediakan oleh kerajaan). Manakala kualiti
hidup adalah hasil akhir interaksi sosial, kesihatan, ekonomi dan keadaan persekitaran
yang akan mempengaruhi manusia dan pembangunan sosial.
Hakikat perbezaan taraf hidup dalam Islam
• Di dalam Islam, taraf hidup dilihat mempunyai pengertiannya yang tersendiri yang
mempengaruhi kualiti hidup manusia secara amnya. Terdapat sebab di mana
sistem Islam mengiktiraf kewujudan perbezaan taraf ekonomi antara yang kaya dan
yang miskin. Firman Allah: Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian
yang lain dalam hal rezeki (an-Nahl: 71).
• Kewujudan perbezaan tahap rezeki dan status ekonomi yang dinikmati oleh
pelbagai lapisan masyarakat mempunyai hikmahnya tersendiri. Ini kerana Allah
tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia bahkan mempunyai matlamat tertentu
yang memerlukan manusia berfikir dan mengambil pedoman.
• Di dalam al-Quran umpamanya, terdapat sekurang-kurangnya dua hikmah yang
disebut dengan jelas mengenai hakikat kewujudan perbezaan taraf hidup di
kalangan manusia.
- Pertama, sebagai ujian yang akan menjadi dasar pertanggungjawaban dan
pembalasan. Firman Allah: Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 12
penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian
yang lain beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya
kepadamu (al-An’am: 165).
- Kedua, diterangkan juga dalam ayat yang lain bahawa perbezaan taraf hidup
bukan bermaksud Islam memperakui diskriminasi mahupun penindasan.
Sebaliknya, kepelbagaian taraf hidup menuntut manusia agar dapat saling
bertukar-tukar kudrat, manfaat dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Firman Allah: Dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian
yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan
sebahagian yang lain (az-Zukhruf: 32).
TOPIK 2: Gaya hidup dan model mengkaji gaya hidup
Gaya Hidup
Gaya hidup merujuk kepada sekumpulan ciri-ciri tingkah laku yang bermakna kepada
kedua-dua orang-orang lain dan diri sendiri dalam sesuatu masa dan tempat, termasuk
hubungan sosial, penggunaan, hiburan, dan pakaian. Tingkah laku dan amalan dalam
gaya hidup merupakan campuran tabiat, cara lazim membuat sesuatu, serta tindakan
berdasarkan logik. Gaya hidup biasanya membayangkan sikap, nilai, dan pandangan
dunia seseorang.
Dalam membincangkan/memahami hubungkait di antara gaya hidup dengan kualiti
hidup, gaya hidup dilihat sebagai pola penggunaan yang mencerminkan pilihan tentang:
• Bagaimana individu hidup?
• Bagaimana individu menggunakan wang?
• Bagaimana individu menggunakan masa?
Ringkasnya, gaya hidup – bagaimana seseorang individu menjalani kehidupannya (how
a person lives).
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 13
Perbezaan personaliti dan gaya hidup
Disebabkan gaya hidup juga merujuk kepada sekumpulan ciri-ciri tingkah laku (mirip
kepada definisi untuk personaliti), terdapat ciri-ciri tertentu yang mampu membezakan di
antara personaliti dan gaya hidup.
Personaliti adalah ciri dalaman, manakala gaya hidup adalah ciri luaran yang
merangkumi aktiviti, minat dan pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara.
Pengukuran gaya hidup
- berdasarkan pengukuran Activites, Interest, Opinion (AIOs)
Aktiviti (activity) adalah apa yang dibuat termasuklah apa yang dibeli dan bagaimana
seseorang itu menggunakan masa.
Contoh soalan yang boleh menggambarkan aktiviti:
Sukan apa yang anda terlibat sekurang-kurangnya dua kali sebulan?
Berapa buah buku yang anda baca setahun?
Berapa kerap anda mengunjungi pasaraya?
Pernah ke luar negara untuk bercuti?
Berapa keahlian kelab anda?
Minat (interest) pula ditunjukkan melalui cita rasa atau keutamaan yang diberikan
terhadap sesuatu perkara.
Contoh soalan yang boleh menggambarkan minat:
Yang mana anda lebih berminat? – sukan, agama, belajar?
Berapa penting pada anda untuk mencuba makanan baru?
Berapa penting bagi anda untuk maju ke hadapan?
Pada 2 jam di hujung minggu, adakah anda lebih suka bersama keluarga
atau bersendirian?
Manakala pandangan (opinion) adalah apa yang dirasakan terhadap dunia, moral,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Pandangan melibatkan perasaan.
Contoh soalan yang boleh menggambarkan pandangan:
Semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa adalah sama
Lelaki patut diberi keutamaan untuk mendapat kerja.
Kita mesti bersedia menghadapi serangan bom nuklear
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 14
Gaya hidup juga menerangkan tentang:
• Cara seseorang mencapai matlamat
• Cara seseorang itu melakukan sesuatu
• Pembuatan keputusan (mengikut situasi)
• Cara yang konsisten melahirkan pandangan atau perasaan
• Tindakan yang diambil
• Biasanya gaya hidup sama selagi matlamat sama
• Adat atau kebiasaan seseorang individu yang unik
• Gaya hidup adalah penyesuaian aktif terhadap persekitaran sosial, yang membentuk
keperluan terhadap produk untuk tujuan integrasi dan sosialisasi
• Gaya hidup juga termasuk penggunaan sosial seperti alkohol dan rokok, tabiat
pemakanan, riadah dan sebagainya
• Gaya hidup boleh dikategorikan kepada gaya hidup tradisional, neotradisional, dan
nontradisional yang membezakan secara signifikan aspek berikut: personaliti;
konsep peranan; sikap; pilihan bidang pengajian, pekerjaan, motivasi; dsb.
• Gaya hidup ibubapa adalah angkubah yang paling penting di dalam menerangkan
pilihan anak perempuan terhadap gaya hidupnya.
Gaya hidup lestari
Kehidupan lestari bermaksud kehidupan yang berasaskan amalan dan gaya hidup yang
sesuai dengan generasi masa kini dan akan datang. Konsep gaya hidup lestari ini
merupakan suatu perkara yang perlu dititik beratkan kini selari dengan konsep
penggunaan lestari yang semakin dipentingkan dalam masyarakat dunia kini. Amalan
dan gaya hidup lestari ini dilihat dari aspek penggunaan barangan dan perkhidmatan
secara berhemah iaitu tanpa menjejaskan alam sekitar. Gaya hidup lestari merujuk
kepada pola tindakan dan penggunaan, yang boleh dilihat melalui pencapaian keperluan
asas, peningkatan kualiti kehidupan, pengurangan penggunaan sumber asli dan
pengelakkan pembuangan bahan buangan yang boleh membawa kepada pencemaran
alam dan tidak mengganggu penggunaan sumber alam untuk generasi masa hadapan.
Konsep penggunaan dalam Islam
Gaya hidup yang berasaskan penggunaan ini juga boleh dibincangkan dari perspektif
Islam seperti berikut:
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 15
● Al-Quran menggariskan beberapa prinsip umum dalam penggunaan:
1. Menggalakkan penggunaan benda-benda yang baik, suci dan berfaedah
2. Melarang perbelanjaan terhadap perkara-perkara yang membazir
3. Kesederhanaan (kebendaan vs. zuhud)
4. Matlamat akhir pengguna bukanlah penggunaan barangan (dan
kepuasan).
Suruhan untuk menggunakan benda yang suci:
- Barangan dan perkhidmatan tertentu (haram/terlarang) tidak boleh digunakan.
- Firman Allah: “Katakanlah: Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya
kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi
kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama
selain Allah”
(Al-An’am 6: 145)
Larangan terhadap pembaziran
- Mengapa? Penggunaan yang berlebihan oleh individu meskipun terhadap
barangan yang suci dan halal boleh merosakkan kebajikan masyarakat
- Firman Allah: “Makanlah dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadamu
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan”
(Al-An’am 6: 142)
Kesederhanaan
- Setiap individu sepatutnya menggunakan barangan dan perkhidmatan dalam
kadar yang sesuai dan sederhana sahaja untuk mencapai kesejahteraan dalam
hidup.
- Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-
apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah melampaui
batas”
(Al-Ma’idah 5: 87)
Matlamat akhir penggunaan
- Penggunaan tidak terbatas kepada keperluan hidup atau keperluan kecekapan,
tetapi kepada keselesaan dan kemewahan hidup yang dihalalkan.
- Penggunaan barangan dan perkhidmatan serta kepuasannya bukanlah matlamat
akhir pengguna, tetapi penggunaan tersebut seharusnya bertindak sebagai cara
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 16
atau laluan untuk mencapai kehidupan yang lebih bermakna, berkualiti dan
sejahtera.
PENGKELASAN GAYA HIDUP
Integrated
Need-driven
Outer directed
Inner-directed
Achiever
Emulator
Belonger
Societallyconcious
Integrated
I-am-me
SustainerSurvivor
Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup? Bagaimanakah gaya hidup dapat dikaitkan dengan tahap hidup?
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 17
TOPIK 3: Pendekatan mengkaji kualiti hidup
Pendekatan mengkaji kualiti hidup
Terdapat tiga pendekatan mengkaji kualiti hidup iaitu:
• Pendekatan keperluan asas (Basic needs approach). Melihat kepada tahap hidup
minimum didefinisikan dari segi tahap kesihatan, pemakanan dan celik huruf.
Elemen yang terdapat dalam pendekatan keperluan asas adalah jangka hayat,
celik huruf dan pendapatan perkapita.
• Pendekatan pembangunan manusia (Human development approach). Manusia
penting untuk mencapai matlamat pembangunan dan merupakan sumber
ekonomi utama.
• Pendekatan keupayaan (Capability approach). Keupayaan seseorang untuk
melakukan sesuatu yang bermakna untuk mencapai keadaan sejahtera yang
membentuk hidup yang baik.
Selain dari pendekatan di atas, terdapat pelbagai model yang telah digunakan oleh
pengkaji terdahulu dalam membincangkan tentang pengukuran kualiti hidup ini.
Di antaranya adalah:
1. Sumber: Quality of Life Research Unit, University of Toronto
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 18
MODEL KOMPREHENSIF KUALITI HIDUP
Quality of Life
Becoming
Practical
Leisure
Growth
Being
Spiritual
Physical
Psychological
Community
Social
Physical
Belonging
Domain ”Being” merangkumi aspek asas ”siapakah individu tersebut” dan ia
mengandungi tiga sub-domain. Physical Being merangkumi aspek kesihatan fizikal,
kebersihan personal, pemakanan, kecergasan, penampilan, pamakaian, dan penampilan
fizikal. Psychological Being pula meliputi kesihatan fisiologikal seseorang dan
penyesuaian yang dibuat secara kognitif, perasaan dan penilaian kendiri, dan kawalan
diri. Manakala Spiritual Being mencerminkan nilai peribadi, standard tingkahlaku dan
kepercayaan spiritual yang boleh dikaitkan secara keagamaan.
Domain ”Belonging” merujuk kepada penyesuaian yang dibuat oleh individu dengan
persekitaran mereka dan ia juga terdiri daripada tiga sub-domain. Physical Belonging
didefinisikan sebagai perhubungan individu dengan persekitaran fizikalnya seperti
rumah, tempat kerja, kejiranan, sekolah dan masyarakat. Social Belonging melihat
kepada perkaitan dengan persekitaran sosial dan ini merangkumi penerimaan
perhubungan oleh persekitaran terdekat seseorang seperti keluarga, rakan, rakan
sekerja, jiran tentangga dan individu lain dalam masyarakat. Community Belonging
pula merujuk kepada akses terhadap sumber-sumber yang biasanya wujud dan ”dilihat”
dalam masuarakat seperti pendapatan yang mencukupi, perkhidmatan sosial dan
kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan program rekreaksi serta aktiviti komuniti.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 19
Domain ”Becoming” merujuk kepada aktiviti bertujuan (purposeful activities) yang
dijalankan/dilakukan untuk mencapai matlamat personal, pengharapan dan impian yang
tertentu. Practical Becoming menjelaskan tentang aktiviti harian seperti aktiviti
domestik, aktiviti berbayar, aktiviti sekolah atau sukarela, dan kebolehdapatan atau
kemampuan memenuhi keperluan kesihatan atau sosial. Leisure Becoming
merangkumi aktiviti yang membawa kepada pengurangan tekanan atau relaxation. Ini
termasuklah melibatkan diri dalam permainan tertentu, melawat keluarga atau saudara
mara atau melakukan aktiviti seperti bercuti dan melancong. Growth Becoming pula
meerujuk kepada aktiviti yang membawa kepada peningkatan atau pengekalan dalam
kemahiran dan pengetahuan.
Kualiti hidup = Tahap di mana seseorang menikmati sebarang kemungkinan yang
penting dalam hidupnya (Source:http//www.utoronto.ca/qol/concepts.htm)
Kesejahteraan Siapa seseorang itu dari segi Kesejahteraan fizikal
• kesihatan fizikal • kebersihan diri • pemakanan • senaman • kecantikan dan pakaian • penampilan diri
Kesejahteraan psikologi
• kesihatan psikologi dan penyesuaian • kognisi • perasaan • keyakinan diri, konsep kendiri, dan kawalan diri
Kesejahteraan rohani
• nilai diri • personal standards of conduct • kepercayaan
Kepunyaan Kaitan dengan poersekitaran di mana seseorang itu
berada Kepunyaan fizikal • tempat tinggal
• tempat kerja/belajar • kejiranan • masyarakat
Kepunyaan sosial
• orang yang rapat • keluarga • rakan-rakan • rakan sekerja • kejiranan dan masyarakat
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 20
Kepunyaan komuniti
• pendapatan yang cukup • kesihatan dan khidmat sosial • program pendidikan pekerjaan • program rekreasi • aktiviti masyarakat
Pencapaian Mencapai matlamat personal, harapan dan aspirasi Pencapaian fizikal
• aktiviti domestik • kerja berbayar • aktiviti sekolah atau sukarela • kesihatan atau keperluan sosial
Pencapaian masa senggang
• aktiviti yang menenangkan dan mengurangkan tekanan
Pencapaian pertumbuhan
• menyesuaikan diri dengan perubahan
2. Sumber: The University of Oklahoma School of Social Work
Model ini terbentuk berdasarkan kenyataan bahawa terdapat beberapa domain dalam
kehidupan. Setiap domain menyumbang kepada penilaian kualiti hidup seseorang
individu secara keseluruhan. Domain-domain yang terlibat merangkumi keluarga dan
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 21
rakan-rakan, kerja, kejiranan (tempat tinggal), masyarakat, kesihatan, pendidikan dan
spiritual (aspek keagamaan). Model ini merupakan modifikasi yang telah dibuat
berdasarkan kepada sistem pengurusan input-truput-output.
Terdapat pelbagai pihak dan individu yang mengkaji kualiti hidup dengan menggunakan
pelbagai indeks dan elemen yang tertentu seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual di
bawah.
Indeks dan elemen dalam mengukur kualiti hidup
Elemen Indeks Pembangunan
Manusia (UNDP)
Kualiti Hidup Fizikal
(Morris)
Kesejahteraan Ekonomi
Demografi Amerika
Dasgupta & Wales (1992)
Hubungan dengan keluarga dan kawan
*
Kesejahteraan emosi
Kesihatan
* * *
Kesejahteraan material
* * *
Kerja dan Produktiviti
*
Rasa sebahagian daripada masyarakat setempat
* * * *
Jaminan personal
* * *
Kualiti Persekitaran
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 22
Elemen Indeks WHO (1993) Cummins
(1997) Hagerty et al.
(2001) Schalock
(2000) Felce (1996)
Hubungan dengan keluarga dan kawan
* *
Kesejahteraan emosi
* * * * *
Kesihatan
* * *
Kesejahteraan material
* * * *
Kerja dan Produktiviti
* * *
Rasa sebahagian daripada masyarakat setempat
* *
Jaminan personal
* *
Kualiti Persekitaran
*
Kedua-dua jadual di atas menunjukkan indeks dan elemen dalam mengukur kualiti
hidup yang pernah digunakan oleh pelbagai pihak dan individu dalam mengukur kualiti
hidup. Cuba kenal pasti pola penggunaan indeks atau elemen tersebut. Apakah indeks
atau elemen yang selalu digunakan oleh ramai pihak/pengkaji dalam membuat
pengukuran tersebut dan apakah indeks atau elemen yang paling jarang digunakan?
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 23
Contoh rangka kerja kualiti hidup daripada satu kajian terdahulu.
KH
Hubungan dengan keluarga
dan kawan
rakan
Kesejahteraan emosi
Kesihatan
Kerja dan produktiviti
Kesejahteraan material
Rasa sebahagian dariapda masyarakat
setempat
Kualiti Persekitaran
Keselamatan diri/Jaminan
personal
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 24
UNIT 2:
KAEDAH PENGUKURAN DAN INDIKATOR KUALITI HIDUP: NASIONAL
ANTARABANGSA
Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini, pelajar akan dapat :
1. Mengenal pasti kaedah untuk mengukur kualiti hidup
2. Membincangkan Indeks Kualiti Hidup Malaysia
3. Membandingkan indeks kualiti hidup pelbagai negara di dunia
Pengenalan
Unit ini mengandungi tajuk berikut:
1. Kaedah untuk mengukur kualiti hidup
2. Indeks Kualiti Hidup Malaysia
3. Indeks kualiti hidup negara lain di dunia
TOPIK 1: Kaedah untuk mengukur kualiti hidup
Pengukuran Kualiti Hidup
Kualiti hidup berkaitan dengan bagaimana individu mempersepsikan kehidupan mereka
samada memuaskan, tidak memuaskan, baik, tidak baik atau sebagainya. Persepsi
individu ini adalah berasaskan kepada penilaian yang dibuat terhadap kepuasan yang
dirasai daripada keinginan yang tercapai atau ketidakpuasan yang dirasai terhadap
keinginan yang gagal dicapai. Kualiti hidup adalah penilaian pelbagai dimensi yang
boleh dinilai daripada luaran (secara objektif, normatif-sosial) atau daripada dalaman
(subjektif, intrapersonal). Oleh itu, kualiti hidup boleh diukur secara subjektif – iaitu
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 25
perasaan “baik” dan kepuasan, dan secara objektif iaitu -- memenuhi permintaan sosial
dan budaya dari segi kebendaan, status sosial dan kesejahteraan fizikal.
Mengikut United Nation (1994), kualiti hidup adalah subjektif yang dilihat daripada
pelbagai aspek kesejahteraan termasuklah keadaan hidup yang dialami, kepuasan
terhadap keperluan dan kehendak, kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan
bukan material serta kebebasan manusia. Namun begitu, kualiti hidup boleh diukur
dengan menggunakan pelbagai pendekatan samada melalui pengukuran berbentuk
objektif-subjektif atau umum-khusus (Laily, 1993), langsung-tidak langsung (Ringen,
1988) atau dari segi kualiti dan kuantiti (Pal, 1963).
Namun begitu, secara ringkasnya, terdapat beberapa pengukuran yang biasa digunakan
seperti:
Ukuran perennial
Melihat kepada tiga aspek kualiti hidup untuk pencapaian yang lengkap iaitu kebendaan,
intelektual dan kerohanian.
Ukuran konvensional
Mengukur kualiti hidup dalam bentuk kebendaan dan kuantiti (contoh: Keluaran Negara
Kasar). Namun, terdapat limitasi tertentu dalam menggunakan pengukuran ini di mana
secara realitinya, terdapat kos/limit kepada kebendaan yang keterlaluan termasuklah
merosakkan alam sekitar dan pencapaian manusia jika kualiti hidup diukur berdasarkan
kebendaan semata-mata (contnh: KNK diukur dalam bentuk wang). Dalam erti kata
yang sebenarnya, kualiti hidup adalah lebih dari kebendaan (kerana kebendaaan bukan
segala-galanya).
Oleh itu, dibincangkan di sini beberapa ciri pengukuran kualiti hidup yang unggul:
(1) Dinamik iaitu pengukuran yang boleh menunjukkan potensi pembangunan
berbanding hanya melihat status semasa pembangunan sahaja.
(2) Pengukuran mengikut perubahan persepsi manusia tentang pembangunan.
(3) Mengambilkira perubahan kuasa penggerak utama seperti teknologi maklumat.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 26
TOPIK 2: Indeks Kualiti Hidup Malaysia
Rajah 1: Indeks mengikut bidang
– yang menggambarkan kualiti hidup Malaysia (1990 & 2006)
Nota: Garisan dalam – tahun asas (1990)
Garisan tengah – tahun 2004
Garisan luar – tahun 2006
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 27
Rajah 2: Indeks mengikut bidang
– yang menggambarkan kualiti hidup Malaysia (1990 & 2002)
Rajah di atas menunjukkan Indeks Kualiti Hidup Malaysia mengikut bidang bagi tahun
2006 yang dibandingkan dengan tahun asas 1990 (yang turut menunjukkan tahun
2004); dan bagi tahun 2002 yang dibandingkan dengan tahun asas 1990. Apakah yang
dapat anda katakan tentang kualiti hidup Malaysia bagi tahun-tahun tersebut?. Apakah
persamaan dan perbezaan yang ditunjukkan dalam tahun yang terlibat? Atau bidang
manakah yang menunjukkan peningkatan, bidang manakah yang kekal (hampir sama),
dan bidang manakah yang menunjukkan penurunan?
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 28
Kualiti Hidup Malaysia
● Ditakrifkan sebagai:
n Merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan
memperolehi pengetahuan serta taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas
individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap
kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara.
● Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) dirangka untuk mengukur perubahan dalam
kualiti hidup.
● IKHM – satu pengukuran komposit berdasarkan 11 bidang terpilih (melalui 42
petunjuk) yang dianggap sama penting untuk kesejahteraan dan kualiti hidup
penduduk.
● Tahun 1990 telah dipilih sebagai tahun asas kerana secara relatif ianya merupakan
tahun yang normal serta tidak terlalu jauh ke belakang.
Bidang
• Pendapatan dan pengagihan
• Persekitaran kerja
• Pengangkutan dan komunikasi
• Kesihatan
• Pendidikan
• Perumahan
• Alam sekitar
• Kehidupan keluarga
• Penyertaan sosial
• Keselamatan awam
• Kebudayaan dan liburan
Pendapatan & Pengagihan
- Pendapatan kasar atau pendapatan per kapita digunakan sebagai proksi bagi
mencerminkan kebajikan atau taraf hidup.
- Pendapatan membolehkan individu menampung perbelanjaan bagi diri serta
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 29
keluarga mereka manakala agihan pendapatan pula menggambarkan
kesaksamaan dan pengagihan sumber ekonomi.
Pendapatan per kapita sebenar meningkat 47 % daripada RM5,616 (RM6,298 pada
harga semasa) pada tahun 1990 kepada RM8,234 (RM13,708 pada harga semasa)
pada tahun 2002.
Pekali Gini meningkat sedikit ketidaksamaan iaitu pada tahun:
1990 -- 0.442 1999 -- 0.443
2002 -- 0.461 2004 -- 0.462
* Nota tambahan:
• Pekali Gini digunakan untuk mengukur ketidakseimbangan dalam agihan
pendapatan atau ketidakseimbangan dan agihan kekayaan.
• Ia didefinisikan dari segi nisbah dengan nilai di antara 0 dan 1.
• Pekali Gini yang rendah menunjukkan agihan pendapatan atau kekayaan lebih
ke arah sama rata, sementara pekali Gini yang lebih tinggi menggambarkan
berlaku lebih ketidaksamaan dalam pengagihan.
• 0 = perfect equality (setiap orang memperolehi pendapatan yang sama)
• 1 = perfect inequality (di mana seorang memperolehi kesemua pendapatan,
sementara ada orang lain yang langsung tidak mempunyai pendapatan)
• Contoh: Pekali Gini di Namibia = 0.707 vs. Jepun = 0.249
Kadar kemiskinan telah menurun hampir 70 peratus di mana kadar kemiskinan pada
tahun 1990 adalah 16.5% kepada 7.5% pada tahun 1999 dan
5.1% pada tahun 2002.
Kadar kemiskinan diukur dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK). PGK ditakrifkan
sebagai: Pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum
sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli isi rumah dalam keadaan zat
pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa
rumah, minyak dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan,
pendidikan dan rekreasi. Golongan termiskin merujuk kepada isi rumah yang
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 30
berpendapatan kurang daripada separuh PGK.
Persekitaran Kerja
- Persekitaran kerja adalah penting memandangkan pekerjaan merupakan sumber
pendapatan yang dapat menyumbang kepada taraf dan kualiti hidup.
Kadar pengangguran berkurangan dari 5.1% pada tahun 1990 kepada 3% pada tahun
2000 dan 3.2%pada tahun 2008. (Hampir semua rakyat mempunyai peluang pekerjaan).
Pengurangan (~ 25%) bilangan pertikaian perusahaan bagi setiap seribu pekerja
1990 -- 572 kes
2002 -- 431 kes
2006 -- 331 kes
Kehilangan bilangan hari bekerja kerana tindakan perusahaan berkurangan daripada
30,200 hari pada tahun 1990 kepada 600 hari pada tahun 2000 dan kepada 200 hari
pada tahun 2002.
Kadar kemalangan industri berkurang daripada 17.6 kes bagi setiap seribu pekerja pada
tahun 1990 kepada 8.3 kes pada tahun 2002.
Pengangkutan & Komunikasi
- Merupakan faktor penting dalam menilai kemajuan dan pembangunan kerana ia
membolehkan sumber mudah diangkut dan diperolehi di samping menyediakan
peluang pekerjaan, pendidikan serta pergerakan barangan dan perkhidmatan.
Kereta dan motosikal persendirian bagi setiap seribu penduduk meningkat daripada 225
unit pada tahun 1990 kepada 398 unit pada tahun 2000 dan kepada 557 unit pada tahun
2007.
Kenderaan perdagangan bagi setiap seribu penduduk bertambah daripada 34.0 pada
tahun 1990 kepada 49 pada tahun 2002.
Indeks pembangunan jalan raya meningkat daripada 0.70 pada tahun 1990 kepada 0.82
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 31
pada tahun 2002.
Telefon bimbit bagi setiap seribu penduduk meningkat daripada 118 unit pada tahun
1990 kepada 369 unit pada tahun 2000 dan kepada 731 pada tahun 2007.
Purata edaran akhbar harian bagi setiap seribu penduduk menurun daripada 147 pada
tahun 1990 kepada 142 pada tahun 2000 dan kepada 151 pada thun 2002.
Bilangan pelanggan internet bagi setiap seribu penduduk meningkat > 30 kali ganda
pada tahun 1990 (3) kepada 105 pada tahun 2002 dan 144 pada 2007.
Kesihatan
- Merangkumi kesejahteraan jasmani dan mental membolehkan manusia bekerja
dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan sosial dan
ekonomi masyarakat.
Kadar kematian bayi bagi setiap seribu kelahiran hidup bertambah baik di mana pada
tahun 1990 adalah 13.3; pada tahun 2000 adalah 7.9; dan pada tahun 2007 adalah 6.7.
Jangka hayat semasa lahir telah meningkat bagi lelaki; 68.9 pada tahun 1990 dan 71.9
pada tahun 2007. Manakala bagi perempuan adalah 73.5 pada tahun 1990 dan 76.3
pada tahun 2007.
Nisbah doktor-penduduk telah meningkat sebanyak 73% seorang doktor bagi setiap
2,582 orang (1990) dan bagi setiap 1,214 orang (2006).
Pendidikan
- Sistem pendidikan merupakan alat utama bagi penyampaian pengetahuan dan
budaya dari satu generasi ke generasi yang lain.
- Ia menyediakan asas bagi pembentukan dan peningkatan teknologi yang
diperlukan untuk mengekal serta memperbaiki kualiti hidup.
Kadar celik huruf telah meningkat dengan ketara daripada 84.6 % (1990) kepada 92.3%
(2007).
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 32
Kadar penyertaan prasekolah telah meningkat daripada 24.4% (1990) kepada 35.4%
(2002).
Kadar penyertaan sekolah menengah merosot daripada 52.3% (1990) kepada 60.4%
(2002).
Kadar penyertaan di universiti awam meningkat daripada 2.9% (1990) kepada 8.6%
(2007).
Nisbah guru-pelajar sekolah rendah telah bertambah seorang guru bagi setiap 20.4
pelajar (1990) kepada 11.1 pelajar (2007).
Nisbah guru-pelajar sekolah menengah meningkat daripada seorang guru bagi setiap
18.9 pelajar (1990) kepada seorang guru bagi setiap 15.5 pelajar (2007).
Bilangan universiti awam telah meningkat daripada 9 buah (1990) kepada 20 buah
(2010).
Perumahan
- Rumah merupakan keperluan asas sosial untuk kehidupan yang sempurna,
memberi keselamatan dan perlindungan kepada keluarga.
Bagi tahun antara 1990—2002:
Nisbah harga purata rumah kos sederhana kepada purata pendapatan isi rumah telah
meningkat daripada 6.9 kepada 4.5.
Peratusan unit rumah dengan bekalan elektrik meningkat daripada 87.7 peratus kepada
98.3 peratus.
Peratusan unit rumah dengan bekalan air paip meningkat daripada 83.2 kepada 92.0
peratus.
Peratusan rumah kos rendah kepada jumlah isi rumah berpendapatan rendah
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 33
meningkat daripada 33.1% kepada 55.4 (2002) – (tetapi) 58.0% (2000).
Alam Sekitar
- Mempunyai kesan langsung ke atas kesejahteraan penduduk.
- Pencemaran udara dan air serta kawasanhutan adalah antara petunjuk kualiti
alam sekitar.
Kualiti udara yang diukur melalui indeks pencemaran udara meningkat sedikit kepada
100.6 mata pada tahun 2000, tetapi merosot kepada 85.7 (2002).
Peratusan sungai bersih merosot daripada 58.3% (48 batang sungai) daripada sejumlah
90 batang sungai yang dipantau (1990) kepada 28.3% (34 batang sungai) daripada 120
batang sungai yang dipantau (2000) tetapi meningkat dengan baik kepada 63.6% pada
tahun 2007.
Peratusan kawasan berhutan berbanding keluasan tanah keseluruhan telah meningkat
daripada 58.9% (1990) kepada 61.7% (2000) dan kepada 59.2 (2007).
Kehidupan Keluarga
- Unit keluarga mewakili institusi utama dalam struktur sosial dan berfungsi
memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan psikologi individu.
Peratus perceraian dalam kalangan penduduk berumur 18-50 tahun telah bertambah
baik daripada 0.14 (1990) kepada 0.13 (2000), tetapi menurun kembali kepada 1.9
(2007).
Kadar jenayah juvana telah meningkat iaitu daripada 0.51 peratus (1990) kepada 0.87
peratus (2002).
Kadar kelahiran kasar bagi setiap seribu penduduk telah menurun secara berterusan
daripada 28.0 bagi setiap seribu penduduk (1990) kepada 24.3 bagi seribu penduduk
(2007).
Saiz isi rumah hampir tidak berubah daripada 4.8 orang bagi setiap isi rumah (1990)
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 34
kepada 4.3 (2007).
Penyertaan Sosial
- Menggambarkan komitmen dan kesediaan orang ramai untuk terlibat dalam
aktiviti sosial, politik, keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan.
Bilangan ahli dalam persatuan bukan bermotifkan keuntungan yang berdaftar meningkat
daripada 21,532 (1990) kepada 35,758 (2002).
Bilangan persatuan penduduk telah meningkat lebih lima kali daripada 406 (1990)
kepada 1,818 (2002); tetapi menurun sedikit kepada 1,704 (2007).
Bilangan pengundi berdaftar sebagai peratusan kepada penduduk Malaysia berumur 21
tahun dan ke atas telah berkurangan pada tahun 2002 berbanding dengan tahun 1990.
Keselamatan Awam
- Penting bagi menjamin keamanan dan kestabilan sosial.
Kadar jenayah telah meningkat daripada 3.8 kes (1990) kepada 7.7 kes (2007) (>4/5 –
kes jenayah harta benda).
Kadar kemalangan jalan raya bagi setiap seribu kenderaan meningkat daripada 19.4
(1990) kepada 23.2 (2007).
Kebudayaan & Liburan
- Bidang penting yang menentukan arah tuju dan menjadi asas kepada
pembentukan identiti sesebuah masyarakat.
- Kebudayaan digambarkan melalui kelakuan dan pemikiran manusia, yang
mempengaruhi cara percakapan dan amalan sosial serta keagamaan sesebuah
masyarakat.
Keahlian perpustakaan awam bagi setiap seribu penduduk meningkat hampir dua kali
daripada 78.1 (1990) kepada 149.4 (2002).
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 35
Bilangan penonton televisyen (TV1, TV2, TV3 & NTV7) bagi setiap seribu penduduk
telah berkurang daripada 965 (1990) kepada 901 (2002).
Penginap hotel domestik bagi setiap seribu penduduk telah meningkat sebanyak 29.2
peratus daripada 288 (1990) kepada 683 (2002).
Nota: Pelajar disarankan untuk merujuk kepada laman web Unit Perancangan Ekonomi
bagi mengetahui tentang IKHM yang terkini.
Pilih satu bidang kualiti hidup, bincangkan apakah punca yang menyebabkan
peningkatan atau penurunan bidang tersebut dan cadangkan bagaimanakah ia dapat
ditingkatkan.
TOPIK 3: Lain-lain indikator kualiti hidup
1. Indeks Kualiti Hidup Fizikal (Morris)
Merangkumi kadar celik huruf, kadar kematian bayi dan jangka hayat.
2. Indikator Kualiti Hidup
(Sumber: Easterly, W. (March 1999). Quality of life indicators, Life During Growth, World
bank).
n Hak individu dan demokrasi
n Kestabilan politik dan peperangan
n Pendidikan
n Kesihatan
n Pengangkutan dan komunikasi
n Ketaksamaan kelas dan gender
n “BAD”
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 36
• Hak Asasi Individu dan Demokrasi
Kebebasan daripada ekspropriasi
Kerajaan tidak melanggari kontrak
Kualiti birokratik
Kekuasaan undang-undang
Kebebasan daripada Rasuah
Kebebasan sivil
Kadar Hak Asasi Manusia
% kanak-kanak (berumur 10-14) yang bekerja (-)
Hak Politik
Indeks kebebasan politik daripada ketenteraan
• Kestabilan Politik dan Peperangan
Perubahan Kabinet (-)
Kematian berpunca daripada Kekejaman Politik, per kapita (-)
Mogok awam (-)
Krisis Kerajaan (-)
Bilangan pembunuhan per million setiap tahun (-)
Bilangan rampasan kuasa setiap tahun (-)
Bilangan revolusi setiap tahun (-)
Penyingkiran (-)
Rusuhan (-)
Kematian akibat perang per kapita (-)
Kebebasan daripada konflik negara luar
Kebebasan daripada risiko perang sivil
Ketiadaan ketegangan perkauman
%penyertaan dalam pergerakan pemisah (-)
• Pendidikan
Tahun persekolahan bagi populasi orang dewasa (25+)
% celik huruf
% tidak bersekolah dalam populasi (-)
Kadar enrolmen kasar untuk pendidikan tinggi (universiti)
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 37
Kadar enrolmen kasar untuk sekolah menengah
Kadar enrolmen kasar untuk sekolah rendah
Muzium per kapita
Judul buku yang diterbitkan per kapita
• Kesihatan
Jangka hayat semasa lahir
Kadar kematian - bayi (-)
Kadar kematian – bawah -5 (-)
Pengambilan kalori harian
Pengambilan protein harian
Katil hospital per kapita
Doktor per kapita
Jururawat per kapita
% akses bekalan air yang selamat
% luar bandar akses bekalan air yang selamat
% bandar akses kepada air yang selamat
Akses kepada sanitasi
Akses kepada sanitasi (luar bandar)
Akses kepada sanitasi (bandar)
• Pengangkutan dan Komunikasi
Jalan berturap daripada semua jalan
Panjang jalan per kereta
Panjang landasan kereta api per meter persegi
Telefon per kapita
Telexes antarabangsa, minit per kapita
Telegram per kapita
Radio per kapita
Televisyen per kapita
Mel Per kapita
Mesin faks per kapita
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 38
• Ketaksamaan antara Kelas dan Gender
Pekali Gini (-)
Share of income of bottom 20%
Share of income held by middle 60%
Share of income of top 20% (-)
Tahun bersekolah bagi perempuan kepada lelaki (umur 26+)
Nisbah celik huruf wanita kepada lelaki
Enrolmen sekolah rendah wanita kepada lelaki
Enrolmen sekolah menengah wanita kepada lelaki
Enrolmen pengajian tinggi wanita kepada lelaki
• “BAD”
Kadar penipuan per kapita (-)
Kebebasan daripada keganasan politik (-)
Kadar homicid per kapita (-)
Pembunuhan orang per kapita (-)
Kadar rompakan per kapita (-)
Rogol per kapita (-)
Penyalahgunaan dadah per kapita (-)
Pengeluaran karbon dioksida per kapita (-)
Pengeluaran CO2 industri per kapita (-)
Pengeluaran sulfur dioksida per kapita (-)
Pengeluaran nitrogen oksida per kapita (-)
Bahan terapung (-)
Perubahan kawasan hutan tahunan (%)
Pengeluaran sisa kertas per kapita (-)
Kemalangan di tempat kerja (per 1000 pekerja) (-)
Bunuh diri per kapita (-)
Nota: (-) menunjukkan arah bagi angkubah atau petunjuk yang dibincangkan
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 39
UNIT 3:
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI DAN GAYA HIDUP
Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat :
1. Membincangkan faktor-faktor ekonomi, sosiobudaya, fizikal, politik dll.
2. Memahami konsep penggunaan lestari yang mempengaruhi kualiti hidup.
Pengenalan
Unit ini mengandungi tajuk berikut:
1. Faktor yang mempengaruhi kualiti dan gaya hidup
2. Penggunaan lestari
Hampir semua bidang secara langsung atau tidak langsung sering mengaitkan dengan
konsep penggunaan dengan kualiti hidup, termasuklah bidang fizik, ekologi, ekonomi
dan sosiologi. Ini tidaklah menghairankan kerana kualiti hidup itu sendiri adalah
matlamat akhir yang ingin dicapai dan antara yang nyata dan mudah untuk diukur
adalah melalui penggunaan. Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup ini
akan dibincangkan melalui domain penggunaan.
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kualiti Hidup (Domain Penggunaan)
• Pendapatan
• Harga
• Kedapatan barangan dan perkhidmatan
• Cita rasa
TOPIK 1: Faktor yang mempengaruhi kualiti dan gaya hidup
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 40
Pendapatan per kapita: mempunyai kesan positif dan signifikan ke atas kualiti hidup.
Sebagai contoh, peningkatan pendapatan boleh mengurangkan kadar kematian bayi,
memanjangkan jangka hayat, merendahkan pencemaran (terdapat percanggahan
pandangan dalam isu ini), mengurangkan masalah politik, gender dan etnik dan
meningkatkan kualiti institusi yang (contoh: bebas rasuah, undang-undang).
Untuk menerangkan bagaimana faktor pendapatan, harga, cita rasa, kedapatan
barangan dan perkhidmatan di pasaran, secara ringkasnya model/teori berikut boleh
digunakan.
1) Model UTILITI
U = f ( Xi, Xii, … Xn)
Y - PiXi = 0
Model ini melihat utiliti (kepuasan) sebagai fungsi kepada penggunaan pelbagai
produk/barangan dan/atau perkhidmatan di pasaran (Xi, Xii, … Xn). Utiliti di sini
merupakan kuasa pemuasan kehendak terhadap produk atau perkhidmatan yang
digunakan dan pemerolehan produk untuk digunakan ini adalah melalui pendapatan (Y).
Kepuasan yang dirasai hasil daripada penggunaan ini seterusnya akan mempengaruhi
kualiti hidup.
2) Penggunaan dan Fungsi Simpanan
(i) Hipotesis pendapatan mutlak (Keynes)
Y = C + S
Kaitan penggunaan dan pendapatan:
- Hipotesis yang dikemukakan oleh Keynes ini menyatakan bahawa penggunaan
(C) dan simpanan (S) adalah fungsi kepada pendapatan (Y).
- Bagi sebarang perubahan pada pendapatan, penggunaan akan berubah
mengikut arah yang sama tetapi pada magnitud yang lebih kecil 0 < C/ Y < 1
(maksudnya ialah pengguna cenderung untuk mengguna kurang (consume less)
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 41
daripada 100% dari sebarang kenaikan dalam pendapatan mereka dan
cenderung untuk menyimpan sebahagian daripadanya).
- Oleh itu, jumlah pendapatan mutlak dan peratusan berbelanja akan meningkat
dengan meningkatnya pendapatan.
(ii) Hipotesis Pendapatan Relatif (Duesenberry)
- Hipotesis yang dikemukakan oleh Duesenberry menyatakan bahawa simpanan
dipengaruhi oleh perhubungan di antara pendapatan semasa dengan
pendapatan tertinggi sebelumnya (peak “previous” income).
- Oleh itu, kecenderungan purata mengguna adalah ditentukan oleh pendapatan
relatif (kedudukan dalam agihan pendapatan) atau pendapatan masa lalu.
- Dalam keadaan di mana pendapatan meningkat, dalam jangka masa panjang,
simpanan cenderung untuk bergantung kepada pendapatan mutlak (yang
nyata).
- Namun, apabila pendapatan menurun, pengguna/individu atau isi rumah
(sekurang-kurangnya buat sementara waktu) akan tetap membeli atau
mengguna berdasarkan pendapatan yang pernah diperolehinya sebelum ini. (Ini
kerana mereka sukar untuk menyesuaikan diri serta merta dengan situasi
pendapatan yang menurun).
- Pengguna/individu atau isi rumah didapati lebih mudah menyesuaikan diri
dengan pendapatan yang meningkat dari pendapatan yang menurun.
- Mereka mungkin akan menggunakan simpanan untuk mengekalkan gaya hidup
mereka.
(iii) Hipotesis Pendapatan Tetap & Hipotesis Pusingan Hidup (Modigliani & Brumberg)
- Individu menggunakan perkadaran yang konstan dari nilai semasa pendapatan
sepanjang hidupnya pada setiap masa.
Cp = KYp
K = ƒ(r, A/W, Z)
r = kadar interes
A = harta benda
W = jumlah harta
Z = angkubah lain termasuklah umur dan citarasa
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 42
- Pendapatan tetap merupakan jumlah pendapatan yang individu jangkakan akan
memperolehinya dalam satu jangka masa yang lama di sepanjang hidupnya.
- Ia termasuklah pendapatan dari semua sumber.
- Jangkaan pendapatan ini akan mempengaruhi perbelanjaan pengguna dan juga
aktiviti penggunaanyang seterusnya turut mempengaruhi kualiti hidup mereka.
3) Teori Penyesuaian Stok
Pendekatan:
1. Stok dalam bentuk cita rasa dan tingkah laku.
2. Stok adalah pengumpulan barangan yang diperlukan oleh pengguna.
a. St – St-1 = (St* - S t-1) > 0
Di mana: St = stok sebenar pada masa t
St* = stok yang dikehendaki
b. qt = a +BSt + Xt
Di mana: q = pembelian pada masa t
St = stok
Xt = pendapatan
Fikir dan bincangkan bagaimana faktor-faktor ekonomi, sosial, politik dan sebagainya
mempengaruhi kualiti hidup. Berikan contoh dalam negara mahupun luar negara.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 43
Penggunaan Lestari Penggunaan lestari boleh dibincangkan daripada pelbagai konteks yang berbeza-beza.
Ia boleh dilihat dan diperdebatkan daripada perspektif ekonomi, sosial, material dan
sebagainya. Pelbagai pihak membincangkan konsep penggunaan lestari ini sejak ia
mula diperkatakan semasa Sidang Kemuncak Dunia (Rio Earth Summit – UNCED) pada
tahun 1992.
Penggunaan lestari ini, dari segi definisinya boleh dilihat sebagai penggunaan barangan
atau perkhidmatan untuk kegunaan asas dengan memberikan kualiti hidup yang baik
sambil mengurangkan penggunaan sumber asli dan mengurangkan penghasilan sisa
sampingan. Pada masa yang sama, kitar hayat barangan dan perkhidmatan ini diambil
kira supaya ia tidak menjejaskan masa depan generasi akan datang.
Dari sudut pengurusan sumber ekonomi pula, penggunaan lestari ini bermaksud
penggunaan sumber pada masa kini untuk memenuhi kehendak semasa yang tidak
akan menjejaskan keupayaan alam dan ekonomi untuk mengeluarkan barangan dan
perkhidmatan bagi kegunaan generasi akan datang (Jamal, 2008). Sumber ekonomi
yang dimaksudkan di sini meliputi tanah (termasuk sumber asli seperti minyak, bahan
galian dan air), buruh, modal, modal manusia dan kemahiran keusahawanan.
Amalan penggunaan lestari ini sebenarnya melibatkan perniagaan, komuniti dan isi
rumah yang menyumbang kepada kualiti persekitaran melalui pengeluaran dan
penggunaan sumber yang efisien, mengurangkan bahan buangan, dan
mengoptimumkan barangan dan perkhidmatan. Boleh dikatakan bahawa barangan dan
perkhidmatan untuk pengguna sememangnya memberikan kesan kepada alam sekitar
sebelum dan juga selepas mereka membeli ataupun menggunakannya. Oleh itu,
merancang pembelian dan mengubah corak penggunaan akan membantu untuk
memelihara alam sekitar. Ini seterusnya akan turut mempengaruhi kualiti hidup manusia
secara keseluruhannya.
TOPIK 2: Penggunaan lestari
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 44
Gaya hidup lestari
Manusia memerlukan sumber yang ada di atas bumi ini untuk memenuhi keperluan
kehidupan. Jika tidak diurus dengan baik, setiap penggunaan sumber tersebut akan
memberi impak ke atas kualiti alam sekitar, ekosistem dan seterusnya, kualiti hidup.
Persoalannya, adakah sumber alam yang produktif ini dapat dinikmati oleh manusia
untuk selama-lamanya? Jika permintaan dan penggunaan sumber yang ada terlalu
tinggi, maka sumber tersebut akan terjejas. Untuk mengukur sejauh mana sumber
semula jadi diperlukan oleh manusia, satu penunjuk dikenali sebagai Jejak Ekologi
(Ecological Footprint) digunakan.
Jejak ekologi adalah jumlah tanah yang produktif dan air yang diperlukan untuk
membekalkan sumber makanan, minuman, tempat tinggal dan lain-lain bagi kegunaan
setiap manusia dan keupayaan bumi menyerap kembali bahan buangan yang dijanakan.
Jika penggunaan sumber asli dan penjanaan bahan buangan semakin meningkat, maka
semakin besarlah ukuran jejak ekologi (Era Hijau, 2007).
Jejak ekologi juga memberi gambaran tentang gaya hidup manusia. Jika pengunaan
sumber alam dan penjanaan bahan buangan semakin meningkat, maka semakin
besarlah ukuran jejak ekologi. “Jejak” penduduk negara membangun adalah besar
kerana permintaan dan penggunaan sumber yang berlebihan. Manusia menggunakan
sumber asli 21% lebih cepat daripada kemampuan bumi untuk menggantikannya
Apakah yang anda faham mengenai penggunaan lestari?
Bagaimana amalan dan gaya hidup penggunaan lestari boleh mempengaruhi kualiti
hidup manusia?
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 45
semula. Ini bermaksud manusia memerlukan sumber daripada 1.21 planet untuk
menampung penggunaannya dalam kehidupan.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 46
UNIT 4
GLOBALISASI DAN KUALITI HIDUP
Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat :
1. Menerangkan makna globalisasi
2. Membincangkan impak globalisasi ke atas individu dan keluarga
Pengenalan
Unit ini mengandungi tajuk berikut:
1. Makna globalisasi
2. Impak globalisasi ke atas individu dan keluarga
TOPIK 1: Makna globalisasi
Teliti petikan berikut: Kematian puteri Diana sebagai contoh. (Petikan ini dipaparkan
dengan agak meluas dalam talian.)
“An English princess with an Egyptian boyfriend crashes in a French tunnel, driving a
German car with a Dutch engine, driven by a Belgian who was drunk on Scottish
whiskey, followed closely by Italian Paparazzi, on Japanese motorcycles, treated by an
American doctor, using Brazilian medicines! And this is sent to you by an American,
using Bill Gates' technology. And you are probably reading this on one of the IBM clones
that use Taiwanese-made chips, and Korean-made monitors, assembled by
Bangladeshi workers in a Singapore plant, transported by lorries driven by Indians,
hijacked by Indonesians, unloaded by Sicilian longshoremen, trucked by Mexican illegal
aliens, and finally sold to you.”
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 47
Makna globalisasi
Apakah itu globalisasi? Adakah ia merupakan suatu konsep?, fenomena?, proses?
Jawapan: Globalisasi boleh dilihat melalui pelbagai sudut.
Dari sudut analisis, globalisasi ialah suatu fenomena yang multi-dimensi, meliputi
ekonomi, politik, budaya dan ideologi dan tidak boleh dilihat sebagai hanya merangkumi
dimensi ekonomi, perdagangan dan teknologi semata-mata.
Selain itu, globalisasi juga boleh dilihat dari beberapa segi, iaitu (1) globalisasi sebagai
proses; (2) globalisasi sebagai keadaan ekonomi-politik dan budaya yang lahir daripada
prose itu; dan (3) globalisasi sebagai ideologi.
Dari segi proses, globalisasi boleh dikatakan sebagai satu fenomena sedunia yang
muncul hasil daripada cantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik
yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesebuah negara menerobosi
atau menembusi sempadan negara lain.
Dimensi ekonomi dalam proses globalisasi merangkumi pengaturan bagi pengeluaran,
pertukaran, agihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan yang beroperasi
melalui sistem pasaran.
Politik pula melibatkan soal kuasa. Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik
globalisasi ialah fenomena deterritorialization, atau penyahwilayahan; iaitu satu proses
dan tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah negara.
Dimensi budaya pula bermaksud pengaturan sosial bagi pengeluaran, pertukaran dan
pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia (gaya hidup, kepercayaan,
cita rasa dan sebagainya). Ia dilahirkan secara material dan bukan-material dalam
kehidupan individu dan kelompok, iaitu suatu fenomena yang juga sudah melintasi
perbatasan negara.
Dimensi ideologi sebagai sebahagaian daripada komponen budaya merangkumi
persoalan nilai yang dipegang dan dipertahankan sebagai kebenaran oleh seseorang
atau suatu kumpulan.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 48
Berikut adalah beberapa fakta yang boleh dijadikan asas untuk memahami makna
globalisasi.
• Dimensi globalisasi -- politik, ekonomi, perdagangan, teknologi, ideologi, sosial,
budaya, agama, ilmu maklumat, demografi, komunikasi.
• Proses pengaliran global pelbagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang
aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan adalah objek fizikal atau bukan fizikal
dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Proses pengaliran global ini
dan bidang aktiviti manusia yang terlibat saling berkait, saling bergantung dan
kompleks sifatnya.
• Penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada
kadar yang amat pantas terutamanya dalam aspek perdagangan, kewangan dan
pelaburan (Martin Khor).
• Integrasi pasaran, negera-negara, dan teknologi yang membolehkan capaian
seluruh dunia oleh individu, syarikat dan negera-negara yang lebih jauh, lebih
pantas, lebih mendalam, lebih murah yang tidak pernah dicapai sebelumnya.
• Pengembangan (expansion) jaringan, susunan kehidupan sosial, pertumbuhan
keprihatinan di peringkat global à penyatuan masyarakat dunia.
• Pergerakan bebas barangan, perkhidmatan dan modal merentasi sempadan.
• Pemadatan dunia dengan penumpuan kepada keprihatinan terhadap dunia secara
menyeluruh...kebergantungan.
• Proses sosial yang mana kekangan geografi ke atas susunan sosial dan budaya
semakin tertinggal.
• Transformasi melalui penyebaran amalan, nilai, teknologi dan produk.
• Apabila amalan global semakin mempengaruhi kehidupan manusia.
• Apabila dunia menjadi fokus atau tempat untuk membentuk aktiviti manusia.
• Jaringan hubungan manusia sejagat yang melampaui batasan, bukan sahaja
sempadan fizikal seperti politik, tetapi juga bukan fizikal seperti idea atau muzik.
• Pengembangan sesuatu dari tempat asal pertumbuhannya digerakkan oleh kuasa
tertentu termasuklah ekonomi, perdagangan, hasrat menyampaikan, ketenteraan,
teknologi dsb.
• Lumrah yang berlaku dalam sejarah manusia.
• Salingkaitan aktiviti manusia pada skala global, sehingga kepada aliran modal dan
pekerja, teknologi, kemahiran, idea dan nilai antara sempadan negeri dan negara,
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 49
tetapi tiada negara ataupun bangsa boleh mengawal secukupnya.
• Globalisasi - Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global
Lima jenis perhubungan global:
Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang, pelarian,
dan pejalan bisnes.
Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik.
Contoh: “Green Peace” telah menjadi gerakan alam persekitaran global.
Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran wang,
pertukaran stok, dan pasaran komoditi.
Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul pada
skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.
Skop teknologi: perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh
dunia.
Contoh: “Revolusi Hijau” - memperkenalkan amalan pertanian Barat ke
dalam banyak negara membangun.
• Seperti lapisan pada sebiji bawang, ia berasingan tetapi sebahagian daripada
seluruh, setiap satunya memberi kesan terhadap yang lain. Untuk memahami
semuanya, kita perlu mengkaji setiap bahagian.
Setelah memahami makna globalisasi, bersama dua atau tiga rakan berselahan
bincangkan:
1. Apakah faktor yang menggalakkan/mempercepatkan proses globalisasi?
2. Bagaimana kesan globalisasi ke atas kualiti hidup manusia?
Empat faktor yang merangsang globalisasi
1. Perjalanan antarabangsa
Faktor pertukaran yang membawa kepada globalisasi maklumat termasuklah
bilangan pelancong antarabangsa, bilangan penerbangan dan perjalanan dan
Internet
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 50
2. Teknologi komunikasi termasuklah radio, televisyen, e-mail
3. Media global termasuklah CNN, MTV
4. Perasaan tertanya-tanya penonton
Faktor-faktor yang membawa kepada globalisasi
• Pendemokrasian politik dan ekonomi yang menggalakkan mobiliti orang.
• Teknologi maklumat menggalakkan pertukaran maklumat, kerjasama dan faedah
bersama.
• Salingkait ekonomi dan firma melahirkan interaksi dan saling bergantungan.
• Meningkatnya pengetahuan pengguna membawa kepada permintaan yang lebih
banyak/ lebih baik/ lebih murah/ lebih cepat.
• Pencarian pasaran baru untuk pertumbuhan.
• Penggabungan mega dan alliances mewujudkan bentuk organisasi yang baru,
kewangan yang baru, mixed global roots, dan peraturan baru untuk bersaing.
Bentuk-bentuk Aktiviti Antarabangsa
Mengeksport--aktiviti menjual barang di peringkat antarabangsa sama ada secara
langsung atau melalui agen ataupun pengedar.
Memberi lesen--memberi hak untuk menggunakan kemudahan intelektual untuk
mendapat royalti.
Franchising ialah memberi hak untuk berniaga mengikut syarat yang ditetapkan dengan
peraturan yang ketat.
Pelaburan asing secara langsung iaitu operasi yang dikawal oleh entiti di negara-negara
asing.
Jenis Aktiviti Antarabangsa
Pemilikan penuh subsidiari--syarikat dimiliki oleh firma asing 100%.
Strategik alliances--persetujuan kerjasama antara pesaing-pesaing yang berpotensi.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 51
Join ventures--pihak yang bergabung menyumbang aset, mempunyai pemilikan dan
berkongsi risiko.
Pemerolehan--satu syarikat mendapatkan (acquires) satu syarikat yang lain.
Penggabungan--dua syarikat bergabung menjadi satu.
Phases of Globalization Development (Adler)
Domestic
Multidomestic
Multinational
Global/Transnational
Fasa Domestik
• Berfungsi daripada perspektif domestik, ethnocentric.
• Kebanyakan produk/perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk pasaran tempatan
dan bukan untuk dieksport.
• Persaingan antarabangsa yang sedikit.
• Tiada perniagaan diperlukan untuk cultural sensitivity.
• Pembeli asing menerima kesulitan produk/ perkhidmatan “mismatch”.
• “Kami membenarkan anda membeli produk kami di negara-negara lain”
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 52
Fasa Multidomestik
• Pasaran antarabangsa yang mempunyai kepentingan yang tinggi.
• Kepekaan terhadap perbezaan kebudayaan adalah kritikal untuk produk dan
perkhidmatan.
• Setiap negara asing addressed separately dan sesuai dengan kebudayaannya
tersendiri.
• Mengenalpasti banyak cara baik untuk mengurus dan kepentingan untuk
memadankan pengurusan dengan negara.
• ”Kami akan menjadikan produk kami sesuatu yang anda ingin beli di negara anda
sendiri”.
Fasa Multinasional
• Pasaran asasnya meluas dengan sedikit pembahagian.
• Produk menjadi barang keperluan dengan penekanan ke atas harga.
• Penekanan ke atas barang keperluan dan harga mengurangkan impak kebudayaan
ke atas keadaan produk.
• Kelebihan bersaingan diperolehi melalui proses kejuruteraan, component sourcing,
economies of scale.
• “Kami akan menjadikan harga produk kami sesuatu yang anda ingin bayar”.
Fasa Global/Transnasional
• Bukan sahaja pasarannya global tetapi begitu juga dengan idea untuk produk dan
faktor-faktor dan juga lokasi-lokasi untuk menghasilkan produk.
• Kualiti dan harga yang rendah adalah garis asas, tetapi produk dibuat dan
disesuaikan dengan pasaran (market niches) secara meluas.
• Nationality dan ethnicity mentakrifkan pembahagian pasaran.
• Syarikat mestilah peka secara budayanya kepada kehendak, reka bentuk, dan
penghantaran yang sesuai.
• Mengurus secara silang budaya, kumpulan yang pebagai bangsa, dan rakan global
adalah asas untuk kejayaan.
• “Kami akan menghasilkan produk yang anda mahu dan harganya sesuatu yang
anda ingin bayar”.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 53
Bincangkan
1. Kritikan terhadap Globalisasi
Kritikan 1: homogenization of media -- Reka letak surat khabar, komedi televisyen,
rancangan radio, laman web internet.
Kritikan 2: Ketidak adilan dalam Aliran Maklumat Global -- aliran maklumat, arah aliran
maklumat, ketidakseimbangan kuantiti maklumat, kesilapan pembentangan.
Kritikan 3: Sebaran Kebudayaan Imperialism -- makanan segera, pakaian hip hop dan
siri televisyen
2. Faktor yang menerangkan aliran maklumat antara dua negara – Geografi, bahasa,
kebudayaan/ sejarah, hubungan politik, sistem ekonomi, kerjasama ketenteraan dan
agama.
TOPIK 2: Impak globalisasi ke atas individu dan keluarga
Kesan Positif Globalisasi
• Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan
kemiskinan di sebilangan negara.
• Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.
• Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu
pengetahuan hasil drpd teknologi baru, komunikasi dan maklumat -- Perkongsian
maklumat dapat membantu kemajuan negara.
• Penambahan standad yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-
undang hak cipta dan paten.
• Komunikasi yang lebih mudah dan murah - pembangunan satu infrastruktur
telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 54
menggunakan teknologi-teknologi seperti internet, komunikasi satelit-satelit dan
telefon-telefon.
• Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya
dan agama berinteraksi - penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa
yang lebih kerap.
• Hubungan dengan negara lain meningkat.
• Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka
terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia
di seluruh dunia.
• Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti
pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.
• Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.
• Perkembangan pesat akibat sistem komunikasi global yang cekap dan sistem
pengangkutan yang pantas.
• Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan dan perkhidmatan jika ingin bersaing
di pasaran antarabangsa.
• Pengguna/rakyat menikmati lebih banyak pilihan barangan dan perkhidmatan
(termasuk pendidikan).
• Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan makanan
India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan).
• Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon,
Pokemon, Sudoku, Origami, Siri Idol, YouTube, MySpace dan sebagainya.
• Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah.
Contoh: Perkataan "Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang
difahami kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih
sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tanpa mengenali pun bahasanya.
Kesan Negatif Globalisasi
• Kapitalis asing boleh memperalatkan teknologi komunikasi untuk memonopoli semua
kegiatan perdagangan.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 55
Contoh: krisis kewangan Asia 1997/98
• Negara maju mengambil kesempatan – memasarkan “rejected goods” ke Malaysia.
• Transformasi buruh luar meningkat – imigrasi secara haram terus meningkat.
• Penguasaan negara kaya ke atas negara miskin.
• Konflik globalisasi dengan kepentingan nasional.
• Mobiliti modal yang tidak terkawal mengancam ekonomi negara.
• Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan
faktor keuntungan.
• Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin
melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor
ekonomi – wujud jurang ketaksamaan (negara kaya dan miskin).
• Pengabaian keperluan asas hidup dalam kalangan rakyat termiskin di banyak
negara terutamanya di negara-negara Selatan.
• Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat
amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.
• Pengangguran yang semakin buruk dan jurang perbezaan pendapatan yang
semakin melebar di negara-negara Utara sendiri.
• Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai
kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan
manusia.
• Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi
peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi
global.
• Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan pancaindera dan mematikan
roh”.
• Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada
kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu
kemanusiaan dan kemasyarakatan.
• Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.
• Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi
dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.
• Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung. – keganasan
• Pengantarabangsaan penyakit.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 56
Contoh Implikasi dan Kesan Globalisasi di Malaysia
Malaysia – keutamaan globalisasi:
• ekonomi
• maklumat dan ilmu
• saintifik serta teknologi
Wacana di peringkat nasional dan antarabangsa:
• Dialog
• Seminar
• Persidangan dan forum
• Penubuhan institusi (contoh: MSC)
Ekonomi
• Telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap
ekonomi.
• Peningkatan dalam pelaburan asing
• Berlaku dalam tiga tahap:
– Perusahaan antarabangsa: aktiviti di luar sempadan nasional (import, eksport
dan penghasilan bahan mentah).
– Perusahaan multi nasional: perusahaan yang menjalankan aktivitinya di luar
negara.
– Perushaan global: mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan
secara global.
Contoh: perkembangan syarikat korporat seperti Telekom Malaysia Berhad
(matlamat: World Class Communication).
Teknologi
• Penggunaan e-mail, “yahoo group”, penciptaan “website”, robotik, dll.
• Penggunaan teknologi komputer di sekolah, rumah, pejabat dll.
Contoh: pendidikan jarak jauh yang ditawarkan di universiti.
• Pembinaan Lebuh Raya Multi Media, Universiti Multi Media dan Pusat
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 57
Pentadbiran Kerajaan Berelektronik – langkah bijak untuk persediaan tenaga
manusia yang akan menggunakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas dan
kehidupan harian.
Kebudayaan negara
• Budaya = Cara hidup seharian dalam sesebuah masyarakat.
• Kategori kebudayaan yang telahpun berada dalam bentuk globalisasi di
Malaysia:
– Budaya makan
• makanan Jepun, Cina, India, Itali
• KFC, McDonald, Pizza Hut
– Budaya fesyen
• Pierre Cardin, Yves Saint Laurent, pakaian sukan Esprit, pakaian Laura
Ashley
– Budaya kerja
Contoh: syarikat; ketua grafik (Jepun), jurugambar (Itali), arkitek (Perancis
dan Itali)
– Budaya muzik dan hiburan
• Jazz, Disneyland, rancangan Idol
• Pertunjukan bunga api setiap kali meraikan Tahun Baru
– Budaya bahasa
• Bahasa Inggeris, Arab, Perancis
Infrastruktur
• Pembangunan satu infastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara
sempanan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti internet,
komunikasi satelit dan telefon.
Contoh: Perbualan PM dengan angkasawan negara (Datuk Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor) semasa beliau berada di angkasa lepas (Stesen Angkasa
Antarabangsa), pada Oktober 2007.
Masyarakat
• Ikatan kekeluargaan
- Semakin longgar kerana akar umbi kita telah terputus dan terpaksa
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 58
menyemai yang baru berdasarkan nilai-nilai yang berbeza.
• Nilai- nilai hidup yang baru
- Sering bercanggah dengan yang lama dan tumpuan diberi kepada
pembangunan luaran daripada perkembangan dalaman serta sahsiah
seseorang.
• Kekayaan material
- Sebagai tunjang kehidupan seseorang dan sesebuah keluarga.
Kesan globalisasi yang nyata (yang berselindung di sebalik perkataan tertentu):
• Monopoli kekayaan à pertumbuhan ekonomi
• Dominasi budaya à liberasasi
• Penindasan golongan lemah à demokrasi
• Hedonisme à kebebasan individu
• Peminggiran à urbanisasi
• Penjajahan à pasaran bebas
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 59
UNIT 5
IMPAK TEKNOLOGI, TEKNOLOGI MAKLUMAT
KE ATAS GAYA DAN KUALITI HIDUP
Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:
1. Memahami apa yang dimasudkan dengan teknologi.
2. Membezakan di antara gaya hidup teknologi tinggi dan rendah.
3. Menghubung kaitkan penggunaan teknologi dengan peningkatan produktiviti.
Pengenalan
Unit ini mengandungi tajuk berikut:
1. Konsep teknologi
2. Gaya hidup teknologi tinggi/rendah
3. Teknologi dan peningkatan produktiviti
TOPIK 1: Konsep teknologi
Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi mempunyai hubungan langsung dengan
pembangunan sesebuah negara. Teknologi maklumat sering memerlukan penyusunan
semula sistem sosial, ekonomi dan politik. Revolusi maklumat membolehkan aspek
kualiti hidup iaitu kebendaan, keintelektualan dan kerohanian termasuklah keperluan
asas ditangani secara serentak. Dengan itu ketaksamaan jurang dapat dikecilkan
bergantung kepada cara bagaimana ia dilaksanakan. Namun begitu, faktor yang
terpenting dalam memastikan kejayaan teknologi maklumat dalam membangunkan
sesebuah negara adalah sikap dan nilai.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 60
Malaysia, sebagai sebuah negara membangun telah menggariskan beberapa rangka
yang membolehkan hasrat ini melalui;
(1) Wawasan yang sama untuk melahirkan mindset ke arah penerimaan dan
penggunaan teknologi maklumat (Wawasan 2020).
(2) Hubungan kerja tiga sektor kerajaan, swasta dan masyarakat.
(3) Mobilisasi sumber termasuklah kepimpinan – antaranya inisiatif Lebuhraya
Multimedia (Multimedia Supercorridor).
(4) Persekitaran global yang kompetitif.
(5) Pembangunan sumber manusia.
Definisi Teknologi
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
definisi.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan
prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan
teknologi.
Takrifan yang pertama merujuk kepada pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Dalam bidang ekonomi, teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam
menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu,
teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Dari sudut ilmu, teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan
dan menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Namun begitu, secara umumnya:
• Teknologi ialah cara teknikal yang digunakan manusia untuk meningkatkan
tahap persekitaran mereka. Ia juga merupakan ilmu pengetahuan dalam
menggunakan alat-alat dan mesin-mesin untuk melakukan kerja dengan lebih
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 61
cekap.
• Manusia menggunakan pengetahuan, alat-alat, dan sistem untuk menjadikan
hidup mereka lebih senang dan lebih baik.
• Sebarang alat, program atau sistem yang apabila digunakan dapat
meningkatkan produktiviti, kreativiti dan pencapaian.
• Proses manusia menggunakan sumber-sumber untuk memuaskan kehendak
dan keperluan untuk mengembangkan kebolehan.
• Keseluruhan cara untuk menyediakan objek yang sesuai untuk kewujudan dan
keselesaan manusia.
• Objek atau urutan operasi yang dicipta oleh manusia untuk membantu dalam
mencapai matlamat. Teknologi merupakan satu pengetahuan yang boleh
disebarkan dari satu tempat ke tempat yang lain dan juga dari satu generasi ke
generasi berikutnya.
• Alat yang membantu dalam pemerolehan, memanipulasikan, komunikasi atau
prestasi proses sesuatu kerja.
• Merangkumi komputer, televisyen, VCR, projektor, sistem siaran satelit,
peripheral devices, kalkulator, adaptive devices, infrastruktur jaringan kerja,
pendidikan, pengendalian, dan program pengurusan, dan bentuk-bentuk lain
teknologi yang sedia ada dan juga teknologi yang belum dicipta.
Sains dan Teknologi
Biasanya terdapat kekeliruan bagi memahami istilah teknologi dan sains.
• Teknologi biasaya dikenali sebagai “applied science”.
• Tetapi ini adalah tidak benar. Yang benar adalah:
ü Sains berkait dengan alam semula jadi (natural world).
ü Teknologi merupakan pengajian tentang undang-undang alam yang mentadbir
alam (the study of the natural laws which governs the universe).
Secara lebih jelas:
• Teknologi berkait dengan dunia ciptaan manusia.
• Ia merupakan kajian tentang cara manusia berkembang dan menggunakan cara
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 62
teknikal – alat-alat dan mesin-mesin.
• Ia memberitahu kita cara untuk mengawal keadaan semulajadi dan buatan manusia.
• Ia merupakan kajian tentang cara manusia menggunakan cara teknikal untuk
pengangkutan, pengeluaran, pembinaan dan juga berkomunikasi.
Sains pula merujuk kepada:
• Pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat khas.
• Suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan
fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk
hukum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai
untuk menghasilkan kebenaran baru di dalam lapangannya sendiri.
Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa sains dan teknologi tidak berkait sama sekali.
• Sains merujuk kepada 'kefahaman' manakala teknologi merujuk kepada 'melakukan'.
• Sains membantu kita memahami cara untuk melakukan sesuatu dengan lebih cekap.
• Teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai
matlamat atau tujuan yang praktikal à meningkatkan kualiti hidup jika teknologi itu
mampu memberikan manfaat.
Bincangkan perubahan berikut yang perlu diambil kira apabila membincangkan tentang
teknologi.
• Kemunculan era bioteknologi
• Eksplorasi persekitaran baru
• Masa depan teknologi nano yang cerah
• Estetika abad ke-21
• Teknologi akan datang
• Peperangan dan konflik pada masa akan datang
• Perubahan demografi dan jangka hayat
• Kelestarian dan industri
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 63
• Pemanasan planet
• Masa depan aset intelektual
• Jaringan sosial
• Globalisasi – internet, WTO, Al-Qaeda, SARS dan H1N1
• Hiburan akan datang
• Cabaran sosial 10 tahun akan datang
• Semangat dalam millenia baru
TOPIK 2: Gaya hidup teknologi tinggi/rendah
Bincangkan kepentingan teknologi
• Penggunaan teknologi untuk mengawal dunia tempat kita hidup.
• Manusia menggunakan teknologi untuk meningkatkan mutu dan kebolehan
bekerja.
• Melalui teknologi, manusia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.
• Teknologi membolehkan manusia menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan
dalam kuantiti yang banyak.
• Struktur bangunan menjadi lebih mantap dengan penggunaan teknologi.
• Hasil daripada teknologi juga menyebabkan manusia boleh bergerak dengan
lebih selesa dan juga lebih cepat.
TEKNOLOGI BERADA DI MANA-MANA DAN MENYEBABKAN HIDUP LEBIH
SENANG.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 64
Kategori teknologi
Kecanggihan dalam penghasilan alat-alat ataupun penambahan lanjutan penggunaan
alat-alat yang sedia ada telah mengubah cara melakukan sesuatu kerja. Dalam hal ini,
teknologi mempunyai beberapa kategori yang tertentu, seperti:
1. Teknologi komunikasi
2. Teknologi domestik
3. Teknologi maklumat
4. Media massa dan hiburan
5. Teknologi perubatan
Teknologi Komunikasi
Digunakan untuk memudahkan perbincangan atau meningkatkan kebolehcapaian
individu. Contoh teknologi komunikasi ialah telefon selular, telefon video/tele-
conferencing, beepers dan juga alphanumeric pagers.
Teknologi Domestik
Teknologi yang memberi kesan terhadap aktiviti domestik sesebuah keluarga. Teknologi
ini tidak semestinya digunakan secara langsung oleh keluarga, tetapi digunakan dalam
penyediaan sesuatu yang boleh mempengaruhi kehidupan keluarga. Contoh: ketuhar
gelombang elektrik, makanan beku dan dingin-beku.
Teknologi Maklumat
Teknologi maklumat merujuk kepada kepelbagaian penggunaan berasaskan komputer.
Teknologi ini boleh digunakan untuk komunikasi, penerimaan maklumat ataupun aktiviti-
aktiviti digital yang lain. Contoh: e-mail, list servers and news group, chat rooms, laman-
laman web, facebook, komputer peribadi, komputer mudah alih, kamera digital dan
scanners.
Menurut Chartrand dan Morentz (1979), teknologi maklumat bermaksud pengumpulan,
penyimpanan, pemprosesan, penyebaran dan penggunaan maklumat. Ia tidak terhad
kepada perkakasan atau perisian, tetapi mengiktiraf kepentingan manusia serta
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 65
matlamat yang diletakkannya bagi teknologi tersebut, nilai-nilai yang digunakan untuk
membuat pilihan, penilaian kriteria yang digunakan untuk memutuskan sama ada ia
yang mengawal teknologi itu dan diperkayakan olehnya.
Media Massa dan Hiburan
Hiburan boleh diperolehi dalam pelbagai format digital yang baru. Media elektronik telah
menggantikan banyak aktiviti tradisional. Contohnya ialah digital dan satelit televisyen
dan radio, e-books, penerbitan dalam talian, peralatan stereo personal dan mudahalih,
permainan video.
Teknologi Perubatan
Teknologi perubatan adalah cara baru untuk mengambil alih fungsi apabila badan
manusia gagal berfungsi dengan baik akibat daripada kecederaan, penyakit ataupun
keumuran. Teknologi ini menyediakan pilihan baru kepada mereka yang mempunyai
masalah kesihatan. Contoh: persenyawaan in-vitro, surrogate parenting, pengklonan,
terapi gen, designer medication, organ palsu, perentak jantung, pam insulin dan juga
vaksin baru.
Terkini: Bioteknologi
• Bioteknologi pertanian
• Bioteknologi penjagaan kesihatan
• Bioteknologi perindustrian
Contoh: pembangunan pemangkin biologi seperti enzim dalam penyediaan
makanan dan makanan haiwan, produk bahan pencucian, pemprosesan tekstil,
biopemprosesan, biobahan, biofuel, bioplastik dsb.
• Bioinformatik (i.e. pemusatan ICT dan bioteknologi)
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 66
Bincangkan bagaimana teknologi memberi kesan kepada keluarga, dari segi:
• Mengubah hubungan kerja-rumah
• Bekerja dari rumah – sejauhmana teknologi boleh diaplikasikan?
• Mengubah gaya pengurusan
Era perkembangan teknologi
• Zaman batu (The stone age)
• Zaman gangsa (The bronze age)
• Zaman besi (The iron age)
• Revolusi industry (The industrial revolutions)
- Flying shuttle
- Carding machine
- New source of power – steam engine
• Abad ke-20 (The 20th century)
- Pengeluaran besar-besaran automobil dan perkakasan isi rumah
- Pembinaan bangunan pencakar langit
- Penerimaan inovasi
- Masyarakat cepat ditransformasikan melalui peningkatan mobiliti
- Komunikasi yang pantas dan cepat
- Maklumat tersedia ada
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 67
Di dalam kumpulan yang terdiri dari 3-4 orang, cari maklumat yang terperinci mengenai
ciri-ciri perkembangan teknologi mengikut zaman atau era perkembangannya.
Bincangkan bagaimana perubahan dalam perkembangan teknologi yang telah berlaku
ini mempengaruhi kualiti hidup manusia di zaman sekarang.
Beberapa “jenis teknologi”
"HARDLY-TECH" "LOW-TECH" "NEW-TECH"
- kertas
- pen dan pensel
- kapur
- papan hitam
- buku dan material
yang dicetak
- overheads
- kaset audio
- CD muzik
- slaid
- kaset video
- projeksi komputer
- multimedia CD-
Rom
- WWW
- e-mail/groupware
- konsferen video
Kenalpasti diri anda sendiri dan senaraikan ciri-ciri yang menjelaskan bahawa anda
merupakan sebahagian daripada jenis kategori mengikut glosari “jenis teknologi” berikut:
1. Technology free - ketinggalan dalam penerimaan teknologi dan hanya memiliki
teknologi yang tradisi dan asas.
2. Technology traditionalist - cenderung untuk menggunakan sebaik mungkin teknologi
tradisi yang dimiliki.
3. Pengikut teknologi (technology followers) - menerima teknologi yang baru muncul
selepas terbukti di pasaran.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 68
4. Techno junkies - segera menerima teknologi apabila muncul sesuatu teknologi itu.
5. Serious tech users - sentiasa mencari dan menyesuaikan diri dengan teknologi baru
di pasaran dan menerima pelbagai jenis teknologi.
Tajuk 3: Teknologi dan peningkatan produktiviti
Contoh: Kesan Internet
Dalam (persekitaran online dan offline)
• Perdagangan
• Politik dan kerajaan
• Masyarakat dan komuniti
Kesan Internet terhadap Perdagangan
• E-perdagangan – sempadan ekonomi yang baru.
• Kebolehan untuk menghasilkan dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan nilai
tambah.
• Kebolehan untuk meningkatkan perdagangan antara wilayah dan menglobalisasikan
perdagangan melalui e-perdagangan.
• Menembusi ekonomi negara membangun melalui pasaran elektronik yang terbuka.
• Negara membangun, sebagai penggerak pertama dalam e-perdagangan,
mendominasi dan menentukan peraturan.
Kesan Internet terhadap Politik dan Kerajaan
• Menyediakan alat untuk meningkatkan ketelusan, tanggungjawab dan keterbukaan.
• Liberalisasi kumpulan terpinggir.
• Maklumat dan pengetahuan menjadi pembolehubah dalam percaturan kuasa di
samping ketenteraan dan kuasa ekonomi, menyebabkan perubahan geo-political
dalam politik antarabangsa.
• Kebolehcapaian maklumat global menyebabkan ketidakseimbangan kuasa.
• Penghapusan kuasa berpusat menimbulkan persoalan kepada kedaulatan nation-
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 69
states.
• Meningkatkan pendedahan tentang perbezaan politik.
• Akibat globalisasi tanpa alat pengurusan yang sesuai.
Kesan Internet terhadap Masyarakat dan Komuniti
• Alat berkesan yang mampu untuk bertukar idea, maklumat dan sokongan, bukan
sahaja sesama bangsa tetapi juga untuk mendapatkan maklumat seluruh dunia.
• Memperkukuhkan nilai-nilai serta budaya sesuatu masyarakat tanpa mengira
kedudukan geografi.
• Pertumbuhan ketaksamaan antara golongan kaya maklumat dan miskin maklumat
pada semua peringkat dan juga antarabangsa.
• Hakisan budaya tradisional akibat media elektronik.
• Hakisan privasi.
• Peningkatan komuniti tanpa sempadan menimbulkan nilai baru.
• Pendemokrasian pengetahuan membawa kepada pendayaupayaan individu dan
masyarakat.
• Promosi pembelajaran dan celik huruf dan juga penubuhan semula masyarakat yang
sentiasa belajar/masyarakat berpengetahuan.
Adakah teknologi menjadikan kehidupan lebih baik atau lebih teruk?
• Teknologi moden telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, jaringan
dalam masyarakat.
• Akses dan menggunakan teknologi tidak semestinya membuatkan hidup lebih baik
atau buruk tetapi ia membantu mencapai matlamat.
• Kunci untuk mendapatkan faedah yang maksimum adalah belajar bagaimana untuk
mengawal dan menggunakan teknologi.
• Memaksimumkan kebolehcapaian dan keberkesanan teknologi komunikasi moden
pada masa yang sama membantu ‘humanise’ teknologi.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 70
Syarat dan cabaran meningkatkan penyerapan teknologi
• Tahap pendidikan yang minimum
• Menghargai pendidikan yang berterusan
• Fleksibel dan berfikiran terbuka
• Penggunaan teknologi semasa dan terbaru secara meluas
• Sistem penghantaran yang berkesan
• Penyertaan positif sektor swasta dan badan-badan NGO
• Persaingan dan globalisasi
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 71
UNIT 6
ISU DAN CABARAN ICT DAN GLOBALISASI KE ATAS
KUMPULAN TERTENTU
Objektif unit : Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:
1. Membincangkan isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu
termasuklah golongan miskin, negara membangun, gender berbeza dan kumpulan
istimewa (orang kurang upaya, kanak-kanak, orang tua).
2. Memahami strategi pembangunan berasaskan pengetahuan bagi memberikan
faedah kepada semua golongan masyarakat.
Pengenalan
Unit ini mengandungi tajuk berikut:
1. Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu termasuklah
golongan miskin, negara membangun, gender berbeza dan kumpulan istimewa
(orang kurang upaya, kanak-kanak, orang tua).
2. Strategi pembangunan berasaskan pengetahuan.
Dapatkan maklumat yang berkaitan teknologi dan golongan tertentu dan bincangkan
sejauh mana teknologi boleh memberi kesan ke atas kehidupan mereka.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 72
TOPIK 1: Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu
Golongan pelajar
Kesan teknologi terhadap pendidikan (hasil kajian)
• Pelajar, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik, belajar kemahiran asas –
membaca, menulis, dan arismetik lebih baik sekiranya diberi peluang untuk
mempraktikkan kemahiran tersebut menggunakan teknologi.
• Teknologi melibatkan pelajar, dan kesannya mereka menghabiskan lebih banyak
masa untuk pembelajaran asas daripada pelajar yang menggunakan pendekatan
tradisional.
• Teknologi memberikan peluang kepada pendidik cara untuk individualize and
customize kurikulum mengikut keperluan setiap individu pelajar supaya semuanya
boleh mencapai tahap potensi mereka.
• Pelajar yang mempunyai peluang untuk menggunakan teknologi untuk memperoleh
dan menyusun maklumat menunjukkan tahap kefahaman yang lebih tinggi dan
potensi yang lebih tinggi untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam
kehidupan.
• Dengan membenarkan pelajar akses kepada sumber-sumber dan teknologi yang
lebih meluas, mereka boleh menggunakan pelbagai media komunikasi untuk
mengutarakan idea mereka dengan lebih jelas dan lebih bertenaga.
• Teknologi boleh mengurangkan perbuatan ponteng, mengurangkan kadar keciciran,
dan memotivasikan lebih banyak pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat
kolej.
• Pelajar yang selalu menggunakan teknologi lebih berbangga dengan kerja mereka,
mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap kemampuan diri sendiri, dan
meningkatkan keyakinan diri.
Golongan wanita
- Dibincangkan dengan lebih lanjut dalam unit 7.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 73
Golongan miskin
• Dunia sebenarnya akan menjadi jauh lebih miskin tanpa revolusi industri.
• Contoh: GDP 0.05% per annum sebelum revolusi industri à1.21% per annum
selepas revolusi industri.
• 1 billion orang yang masih miskin kekal miskin adalah sebenarnya merupakan
mereka yang terpisah jauh daripada memperoleh faedah dari teknologi.
Tetapi isu yang berkaitan dengan golongan miskin ini adalah:
• Siapakah yang tergolong dalam golongan miskin?
• Di manakah golongan miskin berada?
• Apakah teknologi yang diperlukan oleh golongan miskin untuk membantu mereka
hidup dengan lebih baik?
• Bagaimanakah teknologi boleh mempengaruhi hidup mereka?
• Apakah maklumat yang sedia ada yang tidak diberikan secukupnya kepada mereka
dengan cara yang berkesan? (pada tepat masanya?, dalam bentuk yang sedia
boleh digunakan?)
Sumbangan teknologi terhadap pengurangan kadar kemiskinan
• Teknologi meningkatkan tahap hidup. Seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan
dan ini dapat meningkatkan keupayaan manusia menggunakan teknologi
termasuklah teknologi pertanian, perubatan dan sebagainya.
• Peningkatan dalam pelaburan pendidikan kanak-kanak.
• Meningkatkan keupayaan manusia untuk mengembangkan dan menggunakan
teknik-teknik baru.
Teknologi telah memberi sumbangan yang besar dalam pengurangan kadar kemiskinan
tetapi itu bukanlah satu-satunya faktor yang menyumbang, kerana faktor lain turut
memainkan peranan, seperti:
• Perubahan keinstitusian
• Sistem sosial (diserap oleh individu dan juga organisasi)
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 74
Nota: Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam topik dan unit
seterusnya, berkaitan matlamat mewujudkan masyarakat bermaklumat dan analisis
polisi dan program yang berkaitan.
Negara membangun
Faedah teknologi komunikasi ke atas isi rumah luar bandar
• Dhaka – panggilan telefon menggantikan perjalanan ke bandar. Kos perjalanan 2-8x
lebih tinggi daripada panggilan telefon.
• Telecenter – Afrika (70 pusat dibuka, hanya 40% masih dibuka, banyak yang gagal)
(di luar kemampuan orang miskin dari segi jarak dan kewangan).
• Telecenter di sekolah atau universiti perlu dibuka kepada umum.
• Village voice mail system.
• E-mail address di pejabat pos (Afrika Selatan).
• Terminal internet awam di pejabat pos (Brazil).
• Radio masyarakat (Sri Lanka).
Golongan istimewa (Orang Kurang Upaya)
Kemudahan untuk golongan istimewa
• Katalog induk dibekalkan dalam bentuk Braille, Talking Book, dan Large prints.
• Perisian JAWS (Jobs Access With Speech) -- perisian pembacaan pada skrin yang
membolehkan orang cacat penglihatan menggunakan perisian seperti OPAC,
Netscape, Internet Explorer, dan sebagainya untuk mengakses maklumat, membaca
e-mel atau faks.
• Kemudahan sistem pesanan ringkas atau SMS.
• Dobelle Eye (Artificial eye sight) membantu orang buta melihat. Alat ini mengandungi
kamera televisyen yang kecil dan alat pengesan bunyi yang dilekatkan pada
sepasang cermin mata.
• Alat bantuan pendengaran untuk golongan pekak.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 75
• Perisian yang mengalihkan teks-kepada-percakapan.
Kebolehan dan Fungsi
• Menghidupkan atau mematikan alat yang disambungkan kepada peralatan
tertentu (serta-merta atau pada masa yang ditetapkan) – lampu, langsir, tirai,
pintu.
• Menukar siaran dan kawalan suara televisyen dan juga VCR.
• Mengawal suhu dalam rumah.
• Mengawasi pergerakan di dalam dan juga di luar rumah.
• Menjawab panggilan telefon dan bertindak sebagai mesin penjawab. Menelefon
orang-orang tertentu apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.
• Bertindak sebagai jam loceng.
• Boleh mengingatkan untuk mengambil ubat.
• Senarai membeli-belah, boleh menambah item dalam senarai pada bila-bila
masa, kemudian mencetak senarai tersebut apabila pergi membeli-belah.
• Boleh menerima tajuk utama ramalan cuaca dan berita melalui internet dan
membacanya.
• Bertindak sebagai sistem kawalan keselamatan di rumah, sekiranya arahan
dikesan, boleh menelefon satu senarai orang, menghidupkan semua lampu,
siren bunyi, dan sekiranya kamera optional digunakan, boleh merakamkan video
kejadian, dan boleh menyebarkan video tersebut kepada orang lain melalui e-
mail.
Soalan perbincangan
• Bagaimana teknologi telah meningkatkan kualiti hidup golongan kurang upaya?
• Sejauh mana teknologi telah menggantikan peranan dan tanggungjawab keluarga
dan masyarakat?
• Apakah kesan teknologi ke atas hubungan keluarga dan masyarakat?
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 76
TOPIK 2: Strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan
Strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan ditunjukkan dalam bentuk rajah
di bawah, yang bertujuan ke arah membentuk masyarakat bermaklumat (knowledge
society).
Apa yang dimaksudkan dengan masyarakat bermaklumat (knowledge society)?
• Masyarakat yang mampu mencipta, berkongsi dan menggunakan pengetahuan
untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyatnya.
• Rangka kerja yang dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah adalah
bercirikan pengetahuan kerana pengetahuan dilihat mampu membentuk komponen
penting untuk semua aktiviti manusia.
• Aktiviti ekonomi, sosial dan kebudayaan serta semua bentuk aktiviti yang lain
sebenarnya bergantung secara meluas kepada kuantiti dan kualiti pengetahuan dan
maklumat.
• Tumpuan yang diberi dalam strategi pembangunan ini adalah keperluan asas dan
peluang untuk mencapai ekuiti global.
• Unit yang perlu terlibat merangkumi daripada peringkat individu dalam masyarakat
sehinggalah kepada masyarakat dunia yang lebih luas.
• Pemangkin kepada strategi ini adalah hubungan dua hala di antara pengetahuan
dan maklumat dengan aspek yang membenarkan pembangunan berlaku, iaitu
akses, pendayaupayaan dan tadbir urus (yang dibincangkan dengan lebih lanjut di
bawah).
Strategi ini dibentuk dengan berasaskan kepada beberapa andaian, seperti berikut:
• Informasi dan pengetahuan membentuk asas untuk membuat keputusan dan
bertindak, terutamanya dalam pembangunan.
• Kualiti keputusan bergantung kepada kualiti dan kuantiti maklumat.
• Akses kepada maklumat dan pengetahuan membolehkan peningkatan kualiti hidup
yang menyediakan rangka kerja yang membolehkan is in place.
• Ketaksamaan dalam masyarakat akan sentiasa ada. Walau bagaimanapun,
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 77
masyarakat bertanggungjawab untuk berusaha untuk merapatkan jurang.
Apa yang dimaksudkan dengan jurang maklumat?
• Ketaksamaan dalam akses maklumat dan pengetahuan.
• Ketaksamaan keupayaan untuk menggunakan maklumat dan pengetahuan untuk
pembangunan.
• Oleh itu, jurang bukan semata-mata teknologikal dan infrastuktur.
Hasrat mewujudkan knowledge society (yang lestari) ini adalah selari dengan hasrat
yang terkandung di dalam Wawasan 2020, seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:
Towards advanced nation status … Vision 2020
Continuous Learning
People Culture Information
Informatisation Knowledge Innovation
People Culture Information
Connectivity Knowledge
People Culture Information
People Culture
Sumber:
1. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen, Developing a Values-based Knowledge
Society and Knowledge Economy. Kertaskerja dibentangkan dalam “Austrian
Society
Sustainable knowledge
society
Knowledge Society
e-Society
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 78
Conference on Knowledge Politics”, 19 June 2009, Vienna.
2. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen, Addressing the Information Divide:
Improving Quality of Life. Kertaskerja dibentangkan dalam Second Global
Knowledge Conference 7th - 10th March 2000, Kuala Lumpur.
Balance Probability Higher When the Community becomes a Knowledge Society
KNOWLEDGE SOCIETIES
Development ConcernsAddressed
• BASIC NEEDS• EQUAL GLOBAL
OPPORTUNITIES
Units Affected• Individual• Group• Community• Nation• World
Enablers of Development • ACCESS • EMPOWERMENT •
GOVERNANCE •Driver and Tool of Change
INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGIES (ICT)
Information and Knowledge⇔
Strategi Pembangunan yang Berasaskan Pengetahuan
Akses
Akses kepada kepelbagaian sosial manusia dan pengalaman kebudayaan yang lebih
banyak untuk membina bukan sahaja masyarakat yang berinformasi atau
berpengetahuan, tetapi juga satu masyarakat yang bijaksana.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 79
Pendayaupayaan
Kapasiti dan peluang untuk mengambil bahagian dengan aktif dalam proses membuat
keputusan peringkat tempatan, kebangsaan ataupun antarabangsa.
Urus tadbir
Rangka keinstitusian untuk mempromosikan menggalakkan perkongsian yang bijak.
Jurang maklumat akan terus melebar kesan daripada teknologi maklumat melainkan
tindakan diambil untuk:
• Mendefinisikan semula indikator kualiti hidup daripada satu perspektif yang
menyeluruh yang mengintegrasikan 3 perkara – kebendaan, intelektual dan
kerohanian (rujuk rajah di bawah). Rajah tersebut menunjukkan rangka kerja yang
dibentuk oleh MIMOS untuk meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan yang
berasaskan pengetahuan yang dilihat perlu melalui tiga fasa penting:
– Maklumat sedia ada dan didokumentasikan - mempunyai akses kepada
maklumat yang sedia ada yang telah didokumentasikan di mana akses ini
akan membolehkan masyarakat mempunyai maklumat dan pengetahuan
yang diperlukan untuk terus maju.
– Susunan sosial dan infostruktur – di mana dalam hal ini pendayaupayaan
adalah sangat penting bagi membolehkan masyarakat mempunyai
pengetahuan sebenar-benarnya (tacit knowledge) dari segi know-how, dapat
meningkatkan tahap pembelajaran dan membangunkan kemahiran mereka
dengan berasaskan kepada rangka kerja yang telah dibentuk oleh institusi
tertentu yang berkaitan dan bertindak dengan berpandukan kepada sistem
nilai tertentu.
– Potensi untuk pembangunan seterusnya – yang melibatkan tadbir urus yang
baik yang akhirnya berupaya mencapai kualiti hidup yang lebih baik yang
mampu merangkumi aspek material, intektual dan spiritual.
Dalam ketiga-tiga fasa dan proses yang ditunjukkan dalam rangka kerja MIMOS ini,
individu dalam masyarakat merupakan faktor penting yang menyumbangkan kepada
kejayaan pencapaian yang diharapkan.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 80
• Membina masyarakat berpengetahuan yang berjaya dalam menyatukan 3 sektor
utama (swasta, awam dan masyarakat) yang secara kolektifnya boleh
mengintegrasikan kepentingan individu dengan kepentingan masyarakat luas (rujuk
rajah terakhir). Rajah tersebut menunjukkan faktor 3 sektor yang diperkenalkan oleh
MIMOS untuk rangka pengupayaan dan tadbir urus yang baik di mana sektor swasta
dilihat perlu memainkan peranan yang penting untuk membentuk nilai-nilai murni
dalam membantu membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu. Sektor awam
mempunyai peranan untuk mengekalkan dan memantau supaya pelbagai aktiviti
masyarakat dijalankan mengikut peraturan dan arahan tertentu yang telah
diperkenalkan dalam negara dan masyarakat pula berperanan untuk mengekalkan
kualiti hidup yang baik.
Nota: perhubungan yang baik di antara ketiga-tiga sektor (tri-sectorial) akan menjadi
asas yang kukuh kepada tadbir urus yang baik (good governance).
Access • Empowerment • Governance
4
An Informational Framework for Improving QoL
Information&
Knowledge
InformationInformation&&
KnowledgeKnowledge
Tacit (know-how) knowledge
----------------------------Learning & skills
development----------------------------
Institutional Framework
----------------------------Value system
Tacit (know-how) knowledge
----------------------------Learning & skills
development----------------------------
Institutional Framework
----------------------------Value system
Quality of Life---------------Material
IntellectualSpiritual
Quality of Life---------------Material
IntellectualSpiritual
Documented and Accessible
InformationSocial Order and
InfostructurePotential for Development
ACCESS EMPOWERMENT and GOVERNANCE
* Individual action a KEY factor
*
* *
**
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 81
Convergent, Integrated Malaysia
Private
Public
Creating Value
MaintainingLaw and Order
M
MM
M = The Marginalized
The Whole, greaterthan the sum of its parts
Good governance
CommunityInterest
SustainingQuality of Life
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 82
UNIT 7
ISU GLOBALISASI DAN EKUITI SOSIAL
Objektif unit :
Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat:
1. Memahami tentang ekuiti sosial dalam era globalisasi.
2. Menjelaskan kaedah yang sesuai ke arah mencapai ekuiti sosial.
Pengenalan
Unit ini mengandungi tajuk berikut:
1. Ekuiti sosial dalam era globalisasi
2. Ke arah mencapai ekuiti sosial
TOPIK 1: Ekuiti sosial dalam era globalisasi
• Apakah itu ekuiti sosial?
• Kenapa ia penting?
• Bagaimanakah ia mempengaruhi kita?
Apa itu ekuiti sosial?
• Ekuiti ialah kualiti untuk berlaku adil atau saksama, keadilan, kesaksamaan.
• Sosial adalah berkaitan dengan kehidupan, kebajikan dan perhubungan antara
manusia.
Ekuiti Sosial
• Definisi: Akses yang adil dan saksama terhadap perkhidmatan awam tanpa
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 83
mengira status sosial atau ekonomi. “…fairness in the delivery of public services;
it is egalitarianism in action — the principle that each citizen, regardless of
economic resources or personal traits, deserves and has a right to be given
equal treatment by the political system.”
• Egalitarian in action – bermaksud bahawa perlu ada satu kefahaman egalitarian,
iaitu perlu ada prinsip untuk memberi kepada yang hak, berlaku adil dan
sebagainya.
• Ia memberi tumpuan terhadap keperluan populasi miskin dan vulnerable,
diskriminasi kaum dan jantina.
• “The fair, just and equitable management of all institutions serving the public, fair
and equitable distribution of public services, and implementation of public policy
fairness, justice, and equity in the formation of public policy”
Dimensi Ekuiti Sosial
Keadilan yang dimaksudkan mencakupi bidang-bidang berikut:
• Ekuiti ekonomi
• Ekuiti peluang dan akses
• Ekuiti kesan dan penghantaran khidmat awam
• Ekuiti kebudayaan
Kenapa ekuiti sosial penting?
• Memberi impak terhadap kesejahteraan sesuatu komuniti.
• Memastikan hasil yang adil dan mempengaruhi peruntukan sumber-sumber.
• Analisis ekonomi (cekap vs. kesamaan).
• Persekitaran dan kesan fiskal.
Semua aktiviti yang dirancangkan perlu mengambil kira kesan sosialnya supaya
semuanya memberi tumpuan kepada matlamat yang hendak dicapai.
è Ekuiti sosial boleh memperbanyakkan peluang dan mencipta lebih banyak
pilihan.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 84
Bagaimana ia mempengaruhi kita?
Ekuiti sosial memberi kesan dalam dan antara sesebuah komuniti dan generasi. Semua
orang dalam sesebuah masyarakat patut mendapat faedah yang sama rata.
- Siapa yang mendapat faedah: mengagihkan pelbagai faedah yang adil dalam
komuniti.
- Siapa yang menanggung kos: tidak meletakkan beban yang tidak adil terhadap
mana-mana pihak dalam sesebuah komuniti.
- Keadilan kepada komuniti lain: memberi keadilan kepada sesuatu komuniti
dan pada masa yang sama tidak memberi kesan yang tidak adil terhadap
komuniti lain sama ada komuniti di bandar atau daerah lain, ataupun di tempat-
tempat lain di seluruh dunia.
- Keadilan kepada generasi akan datang: memberi keadilan terhadap generasi
akan datang dengan mengambil kira kesejahteraan semua ahli komuniti yang
menerima kesan tersebut.
- Kemampuan dan akses: memberi akses yang adil dan mampu untuk
perumahan, perkhidmatan dan juga peluang dalam sesebuah komuniti.
Isu ekuiti sosial ini juga penting di mana,
• Persoalan ekuiti relevan adalam usaha membasmi kemiskinan dengan pesat.
• Pertumbuhan bersama ekuiti adalah kunci kepada pengurangan kemiskinan.
• Komitmen politik adalah prasyarat untuk kejayaan integrasi sosial dan ekonomi
untuk pengurangan kemiskinan.
• World Summit for Social Development 1995.
Nota: World Summit for Social Development 1995 ini diadakan di Copenhagen di mana
seramai 117 ketua kerajaan telah berkumpul dan berusaha untuk mencapai kata
sepakat tentang keperluan untuk meletakkan manusia dalam fokus pembangunan (put
people at the center of development).
Tindakan Program yang diambil dalam World Summit for Social Development 1995
sebelum penghujung tahun 2015 ialah untuk:
• Mengurangkan kemiskinan melampau sebanyak 50 peratus.
• Mengurangkan kadar kematian bayi dan kanak-kanak sebanyak dua pertiga
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 85
daripada kadar pada tahun 1990.
• Mangurangkan sebanyak tiga perempat kadar kematian ibu.
• Mencapai pendidikan asas di semua negara.
Kejayaan untuk mencapai objektif bergantung kepada integrasi ketiga-tiga elemen ini
dalam polisi.
• Mendapatkan asas polisi sosial yang betul
• Pembangunan luar bandar melalui pengagihan semula
• Polisi yang selari untuk pengeluaran intensif buruh
Ekuiti sosial dan pembangunan lestari
Ekuiti sosial – keadilan antara ahli komuniti, sama menikmati faedah ekonomi,
persekitaran dan semua aspek kesejahteraan sosial.
Pembangunan lestari memerlukan pengagihan yang sama dalam faedah dan kos
ekonomi dan persekitaran, perkhidmatan yang penting (contoh: pendidikan, penjagaan
kesihatan), dan peluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan yang
memberi kesan terhadap komuniti.
Kemajuan terhadap ekuiti sosial tertumpu terutamanya kepada mereka yang paling tidak
bernasib baik dalam sesebuah masyarakat (kebiasaannya wanita, belia dan kanak-
kanak, orang asli, dan/atau bangsa/etnik minoriti).
TOPIK 2: Ke arah mencapai ekuiti sosial
Circles
• Ekuiti ekonomi, sosial dan politik bermula dengan peluang untuk mengambil alih
tempat orang lain dalam masyarakat berbanding dengan hieraki sosial.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 86
• Dalam circle, tiada kiri atau kanan, atas atau bawah.
• Sementara semua orang dalam circle itu berbeza, tiada seorang pun yang
mempunyai peluang yang lebih besar daripada tempat mereka dalam circle itu.
• Circle adalah simbol dan struktur yang baik untuk komuniti yang lestari.
Hierarki
• Ditunjukkan oleh simbol seperti piramid, adalah satu sistem susun atur yang
berasaskan premis bahawa ketidaksamaan pengagihan status, sumber dan kuasa
adalah semula jadi, betul dan bagus.
• Untuk struktur itu berdiri, mestilah terdapat ramai di bawah, dan sedikit di atas.
Orang di dalam struktur itu mestilah meletakkan diri mereka mengikut status,
bersaing untuk mendapat tempat yang lebih tinggi, dan/atau mengekalkan tempat
yang mereka ada.
• Untuk memastikan struktur itu stabil, seseorang perlu bergerak ke bawah untuk
memberi laluan kepada orang lain untuk bergerak ke atas.
• Ketidakadilan yang berterusan, penderitaan dan kekejaman yang disebabkan oleh
hierarki seperti seks, perkauman, kekeluargaan, keinstitusian, etnik, nasional
sesama dan antara kumpulan budaya. Persaingan, ketakutan, ketamakkan, geram
dan balas dendam yang diwarisi daripada sistem hierarki terus manjadi penghalang
jalan untuk keadilan dalam hubungan bersama (communal).
Mengapa isu ekuiti/ekualiti penting dalam sektor teknologi maklumat?
• Budaya dan sosial tidak menyebelahi penglibatan wanita dalam sains dan teknologi
à menghadkan peluang dalam bidang teknologi maklumat.
• Wanita selalu bergantung ekonomi kepada lelaki dan tiada kawalan ke atas sumber
ekonomi àsukar akses kepada teknologi maklumat.
• Agihan sumber untuk pendidikan dan latihan lebih diberikan kepada lelaki.
• Pengasingan wanita (dalam sesetengah masyarakat) menyukarkan wanita akses
kepada teknologi maklumat.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 87
Kenapa wanita?
• Pendidikan, kesihatan dan tahap pendapatan ibu merupakan penentu penting ke
atas kesejahteraan anak.
• Ramai wanita yang didiskriminasikan di pasaran kerja (dari segi gaji, promosi,
jaminan).
• Kebanyakan orang miskin, tiada rumah, kurang zat pemakanan terdiri daripada
wanita/diketuai oleh wanita.
• Sistem perundangan, kewangan dan pemilikan tanah tidak memberi hak kepada
wanita.
• Keganasan terhadap wanita berlaku di rumah dan dalam masyarakat.
Isu Global Wanita
• Wanita di negara membangun tidak ada/kurang akses kepada teknologi yang
menjimatkan masa.
• Jam bekerja wanita > panjang daripada lelaki (wanita=11 jam; lelaki 8.5 jam).
• Wanita bertanggungjawab terhadap banyak urusan disebabkan lelaki berpindah
untuk mencari pekerjaan.
• Pepecahan keluarga memberi kesan yang lebih teruk kepada wanita (feminization of
poverty).
• Apabila menghadapi kegawatan, kerajaan cenderung untuk mengurangkan
perbelanjaan kesihatan, pendidikan dan kebajikan yang mana secara langsung lebih
memberi kesan ke atas wanita.
• Kemerosotan persekitaran dan pengurusan sumber yang tidak cekap à
menyukarkan wanita mendapatkan bahan bakar.
• Gaji wanita hanya ¾ daripada yang diterima oleh lelaki dari pekerjaan ladang, oleh
itu majikan lebih suka mengambil pekerja wanita.
• Dalam sektor pekerjaan formal wanita “last hired and first fired”.
Oleh itu, isu yang patut dilihat adalah:
• Adakah terdapat perbezaan akses kepada teknologi maklumat antara lelaki dan
wanita?
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 88
• Bagaimana teknologi maklumat memberi kesan yang berbeza kepada lelaki dan
wanita?. Bagaimana teknologi maklumat boleh mengurangkan perbezaan antara
gender?
• Adakah wanita dan lelaki sama dilibatkan dalam penentuan teknologi maklumat?
- Lelaki dan perempuan mempunyai keperluan dan halangan akses kepada
teknologi maklumat yang berbeza.
- Wanita menghadapi lebih banyak rintangan dari segi: celik huruf, akses kepada
pendidikan dan maklumat, sumber produktif dan kewangan dan masa.
- Mengikut kajian (Berg): Kenapa wanita tidak suka menggunakan komputer?
Pertama, wanita tidak nampak kegunaan komputer dalam isi rumah. Mereka
merasakan apa yang boleh digunakan sahaja yang patut dipelajari.
Kedua, sikap wanita terhadap teknologi maklumat adalah deterministik (teknologi
diberi dan tidak boleh diubah).
• Sebagai contoh, di Malaysia sendiri (mengikut laporan akhbar pada 1 April 2009,
“Kita tercorot indeks jurang gender” di mana Malaysia kini berada di kedudukan
terakhir dalam laporan Indeks Jurang Gender Dunia (GGGI) yang mengukur jurang
gender di sesebuah negara dalam empat bidang kritikal. Bidang kritikal itu ialah
peluang dan penglibatan ekonomi, perolehan pendidikan, kesihatan dan jangka
hayat serta pengupayaan politik. Misalnya, bagi jawatan ketua setiausaha hanya
14.8 peratus adalah wanita diikuti ketua pengarah (11.8 peratus) dan ketua
eksekutif (14.1 peratus). "Golongan wanita di Malaysia tidak diwakili secukupnya
dalam semua bidang sedangkan lebih 51 peratus daripada pengundi dan lebih 49
peratus penduduk negara adalah wanita”.
Oleh itu, pendekatan yang relevan adalah: “Domestication”
- Cara bagaimana orang menyemai, menjinakkan diri dan/atau mendisiplinkan diri
dengan komputer. Sebagai contoh: faktor yang mempengaruhi domestification
dalam kalangan orang tua adalah utiliti yang terhasil, nilai, kebiasaan dengan
teknologi.
Ini kerana, faedah ekonomi dan sosial teknologi maklumat adalah besar dari segi:
• Faedah daripada penglibatan dalam pengeluaran produk teknologi maklumat.
• Kecekapan ekonomi dan peningkatan produktiviti hasil daripada penggunaan
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 89
teknologi maklumat.
• Mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup dengan pendapatan yang
lebih tinggi dan kemahiran yang boleh dipasarkan.
Merujuk kepada agenda dalam World Summit for Social Development 1995 yang
bertujuan mencari kata sepakata untuk meletakkan manusia dalam fokus pembangunan
(put people at the center of development), satu isu yang relevan adalah berkaitan
dengan demokrasi teknologi yang dibincangkan seperti berikut:
Demokrasi teknologi: kebaikan awam atau keuntungan persendirian?
• Teknologi adalah satu daripada faktor penting dalam pembangunan manusia.
• Berjuta-juta manusia tanpa akses kepada teknologi asas yang telah sedia ada
berabad lamanya.
• Seringkali kajian teknologi dan saintifik moden tidak menjurus kepada memenuhi
keperluan mereka miskin.
• Semakin ramai manusia yang diasingkan daripada membuat keputusan yang
memberi kesan kepada mereka dalam semua aspek kehidupan, termasuklah
penggunaan dan pembangunan teknologi.
• Pilihan teknologi untuk mereka yang miskin adalah sebahagiannya tentang
meluaskan pilihan.
• Oleh itu, kita perlu:
- mengutamakan manusia dahulu dalam pendekatan perkembangan teknologi,
- melindungi pengetahuan sosial dan tradisional dan juga perkembangan teknologi
tempatan,
- mengarahkan semula usaha kajian kita kepada mereka yang miskin dan
menyokong inovasi mereka,
- membangunkan kawalan sosial yang lebih kukuh terhadap pembangunan dan
penggunaan teknologi, dan
- mula membina satu ’teknologi demokrasi’
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 90
UNIT 8
ANALISIS POLISI DAN PROGRAM ICT DAN EKONOMI GLOBAL DALAM
KONTEKS KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP INDIVIDU, KELUARGA,
MASYARAKAT SETEMPAT DAN GLOBAL
Objektif unit :
Selepas mempelajari unit ini pelajar akan dapat :
Menganalisis polisi dan program ICT dan ekonomi global dalam konteks kesejahteraan
dan kualiti hidup individu, keluarga, masyarakat setempat dan global
Pengenalan
Unit ini mengandungi tajuk berikut:
Analisis polisi dan program ICT dan ekonomi global dalam konteks kesejahteraan dan
kualiti hidup individu, keluarga, masyarakat setempat dan global.
Cabaran
Teknologi maklumat dan komunikasi mengubah ekonomi global dan membina jaringan
baru yang merentasi budaya dan jarak. Namun akses kepada teknologi sentiasa tidak
sama (ketaksamaan ini – dikenali sebagai "jurang digital"). Jurang digital merupakan
satu gambaran ketaksamaan sosial dan ekonomi di dalam dan antara negara.
Kekuatan pasaran adalah penggerak utama teknologi maklumat, namun ia tidak dapat
memastikan bahawa jurang digital dapat dirapatkan pada peringkat global. Teknologi
maklumat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan peluang sosial. Namun pada masa
yang sama, kebanyakan pendekatan ekonomi tradisional kurang berdaya maju. Oleh itu,
negara membangun yang lambat bertindak/tidak bertindakbalas, akan menyebabkan
mereka hilang keupayaan untuk mengambil bahagian dalam ekonomi dan sosial di
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 91
peringkat global. Ini seterusnya akan mengekalkan ketaksamaan yang sedia ada.
Oleh itu, di dalam merancang dan menjalankan program berkaitan pembangunan
nasional, ICT dilihat mempunyai dua peranan yang penting; satu, sebagai sektor
pengeluaran, dan yang kedua adalah sebagai "enabler". Pembangunan baru Malaysia
kini mengambil kira kedua-dua peranan ICT ini.
Risiko dan Ganjaran Teknologi Maklumat
• Risikonya tinggi, begitu juga dengan ganjarannya. Teknologi maklumat boleh
menjadi pemangkin yang kritikal untuk mencapai banyak matlamat pembangunan.
• Berpotensi untuk menyediakan peluang pendapatan dan pekerjaan.
• Meningkatkan penghantaran dan akses kesihatan dan pendidikan.
• Memudahkan perkongsian maklumat dan peningkatan pengetahuan.
• Meningkatkan ketelusan, tanggungjawab dan keberkesanan kerajaan, perniagaan
dan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mana semuanya menyediakan
persekitaran ke arah pembangunan.
• Dengan menjadikan teknologi maklumat satu bahagian daripada kerjasama
pembangunan, negara membangun memberi tumpuan dengan lebih berkesan
kepada jurang ekonomi dan sosial.
Untuk berjaya, negara perlu:
• Membangunkan strategi teknologi maklumat dan e-pembangunan yang
komprehensif.
• ICT sebagai sektor baru yang berkembang maju untuk mencapai matlamat pembangunan dan pembentukan nilai (value creation).
• ICT sebagai strategic
enabler dalam menggerakkan Malaysia ke arah Knowledge Society dan Knowledge Economy.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 92
• Menyokong polisi, manusia dan infrastruktur fizikal yang perlu.
• Mengambil langkah untuk memastikan akses yang sama dan kapasiti meluas dalam
menggunakan teknologi maklumat.
Teknologi maklumat dan strategi e-pembangunan perlu mengambil kira perkara berikut:
• Akses dan penggunaan
• Enabling environment
• Kapasiti manusia
• Isu kerajaan global dan kebangsaan
• Pasaran baru dan strategi untuk pertumbuhan yang terangkum
Aspek-aspek ini merupakan isu utama dalam perlaksanaan stratgei ICT dan e-
pembangunan di kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia.
Akses dan Penggunaan
Walaupun banyak negara membangun sudah mempunyai infrastruktur asas untuk
berhubung merlalui jaringan maklumat yang global, namun kesamaan kemampuan dan
akses masih menjadi isu yang kritikal. Anggaran terbaru menyatakan kurang daripada
15% daripada jumlah pengguna internet dan teknologi maklumat berada di negara
membangun. Biasanya proses pasaran membantu mengurangkan kos dan meluaskan
akses, namun kegagalan pasaran masih ketara, terutamanya dalam kalangan negara
mundur.
Enabling Environment
Kebanyakan negara membangun tidak mempunyai rangka kerja dan kapasiti
keinstitusian yang sah untuk merangsang penyerapan teknologi maklumat yang meluas.
Ini membantutkan usaha menarik pelabur dalam negara dan antarabangsa yang relevan
untuk pembangunan infrastruktur, enterprais, pembangunan perkhidmatan dan kapasiti.
Anggaran terbaru menunjukkan kurang daripada 25 buah negara membangun yang
telah memulakan proses merancang dan menyediakan enabling environment.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 93
Kapasiti Manusia
Peluang persaingan global dan tempatan yang baru untuk teknologi maklumat
menggalakkan pembangunan kemahiran. Negara membangun perlu menangani jurang
kapasiti untuk memastikan bukan sahaja orang yang berkelayakan teknikal penting
tetapi juga mereka yang berkemahiran untuk akses, mereka cipta dan melaksanakan
strategi pembangunan teknologi maklumat.
Isu kerajaan di peringkat global dan kebangsaan
Baru-baru ini, sedikit sahaja negara membangun yang mengambil bahagian dalam
dialog berkaitan urus tadbir teknologi maklumat di peringkat global. Isu kritikal, yang
memberi kesan terhadap kedudukan ekonomi global termasuklah nama, privasi,
keselamatan, aset intelektual, undang-undang e-perdagangan dan standad – ditakrifkan
dan ditentukan oleh pengetahuan dan penyertaan mereka. Kebanyakan negara
membangun kurang kapasiti manusia dan keinstitusian untuk menyesuaikan dan
menyerap dengan cepat polisi rangka kerja yang baru berkaitan isu-isu ini dan untuk
menjadikan teknologi maklumat berguna untuk menggerakkan kerajaan demokratik dan
penyertaan warganegara dalam proses pembangunan.
Pasaran Baru dan Strategi untuk Pertumbuhan yang Terangkum (Inclusive)
Statistik ekonomi terkini menunjukkan nilai sebenar eksport tradisional daripada negara
membangun telah berkurang. Ini adalah satu tren yang patut diberi perhatian. Negara
membangun perlu menilai kesan teknologi maklumat terhadap sektor sedia ada,
mengenal pasti potensi teknologi maklumat untuk membina peluang ekonomi yang baru
dan juga untuk meningkatkan faedah persaingan dalam kedua-dua sektor lama dan
baru; menyiasat cara teknologi maklumat boleh digunakan untuk menangani semua
bentuk ketaksamaan dan diskriminasi sosial yang sedia ada, terutamanya yang dihadapi
oleh wanita dan golongan minoriti.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 94
Usaha Malaysia dalam Mengarusperdanakan ICT
Tumpuan Pembangunan ICT:
• Mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedia global.
- Contoh: Pembangunan Koridor Raya Multimedia
- i.e., menyediakan landasan untuk membangunkan kelompok syarikat ICT
tempatan yang berdaya saing dan industri ICT yang mampan.
• Meluaskan rangkaian komunikasi bagi memastikan akses kepada perkhidmatan
dan maklumat yang lebih setara.
• Menggiatkan usaha merapatkan jurang digital.
• Membangunkan bandar siber sedia ada serta mempromosikan pusat siber yang
baru dan aplikasi multimedia MSC.
- Contoh: Peluasan aplikasi MSC
- i.e., Pelaksanaan, penyepaduan dan peningkatan beberapa aplikasi multimedia
termasuk pembangunan aplikasi Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Kad
Pelbagai Guna Kerajaan, Telekesihatan serta Kelompok Penyelidikan dan
Pembanguan (R&D), e-Niaga dan Program Keteknousahawan.
• Merangsang sumber pertumbuhan baru dalam sektor ICT termasuk bioformatik,
gabungan bioteknologi dan ICT.
- Penggalakkan R&D dalam ICT
- Dana pembangunan ICT
• Membangunkan tenaga kerja mahir dalam bidang ICT.
- Kemahiran ICT – menerusi MSC dan IPT
• Mempercepatkan pembudayaan e-pembelajaran.
• Mempertingkatkan keselamatan maklumat.
Bahan pembelajaranFEM3203 PJJ 95
- Akan dikeluarkan garispanduan pengurusan keselamatan maklumat - hasil Kajian
Rangka Kerja Keselamatan Maklumat Kebangsaan.
- Program kesedaran – dipromosikan oleh NISER
Bincangkan polisi kerajaan yang berkaitan teknologi yang menyumbang kepada
peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia.