teks adik

3
“Sirih berlipat, si sirih pinang Dibawa dari Pulau Mutiara Kami ucapkan Selamat Datang Awal bismillah pembuka bicara”, Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan 1Malaysia.. Yang Berusaha Puan Roshaya Binti Aziz, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang… Yang Dihormati Encik Mohad Bin Salim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.... En. Mohd Noor Bin Shamsuddin , Guru penolong kanan Kokurikulum…. Yang dialu-alukan para ibu bapa, guru-guru dan hadirin sekalian. Selamat datang ke Majlis Pendaftaran murid tahun 1 hingga tahun 6. Saya selaku pengacara majlis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih khasnya, kepada para ibu bapa tahun 1 kerana telah memilih sekolah kami untuk meneruskan kecemerlangan akademik anak-anak, bermula dari tahun 2015. Sarung ketupat berisi inti, Dibawa budak sambil berlari, Kehadiran semua sangat dihargai,

Upload: rahmah-abd-rahman

Post on 17-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AA

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS ADIK

“Sirih berlipat, si sirih pinangDibawa dari Pulau MutiaraKami ucapkan Selamat DatangAwal bismillah pembuka bicara”,

Bismillahirrahmannirrahim.Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan 1Malaysia..

Yang Berusaha Puan Roshaya Binti Aziz, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang…

Yang Dihormati  Encik Mohad Bin Salim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid....

En. Mohd Noor Bin Shamsuddin , Guru penolong kanan Kokurikulum….

Yang dialu-alukan para ibu bapa, guru-guru dan hadirin sekalian.

Selamat datang ke Majlis Pendaftaran murid tahun 1 hingga tahun 6. Saya selaku pengacara majlis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih khasnya, kepada para ibu bapa tahun 1 kerana telah memilih sekolah kami untuk meneruskan kecemerlangan akademik anak-anak, bermula dari tahun 2015.

Sarung ketupat berisi inti,Dibawa budak sambil berlari,Kehadiran semua sangat dihargai,Moga majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat,Dipetik gadis di tepi titi,Doa dibaca memohon rahmat,Moga majlis sentiasa diberkati.

Page 2: TEKS ADIK

Bagi menambah keberkatan majlis, marilah kita menadah tangan mengaminkan

bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al- Fadhil Ustaz ……………..…………………………… . Dipersilakan.

(pause)Amin, amin ya rabbal alamin….,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fadhil ustaz …………………………………….. Atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan…….

TAK MOLEK, JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYATAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYATAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIADA YANG BERBICARA

MEMULAKAN BINGKISAN UCAPAN,  MAJLIS  DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PUAN ROS HAYA BINTI AZIZ, GURU BESAR SEK.KEB.PASIR PANJANG  UNTUK MENITIPKAN SEPATAH DUA KATA.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN

Demikian tadi, ucapan penuh pengharapan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tadi.

Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama bagi menjayakan Hari Pendaftaran Tahun 1 hingga tahun 6 bagi sesi 2015. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,Kelapa bali kekal di batang,Jari disusun maaf dipinta,Bersua kembali di majlis yang akan datang.

Sekian, terima kasih. Majlis mohon bersurai.